UWMA: 26
Hai, new chapter is done! Long time no update huhu.
Enjoy your reading!
[ Write: 070824]
[ Pub: 090824 ]
HARI ini aku mengambil peluang untuk stayback sebaik sahaja tamat waktu sekolah. Tetapi bukan dengan Mikael sahaja. Qaire dan Daniel turut ikut sekali. Katanya mereka berdua ingin mengulang kaji untuk peperiksaan percubaan SPM yang bakal tiba.
Pada awalnya, aku malas untuk stayback di sekolah lagi. Dengan baru sahaja selesai PPT, ingat dapatlah rehat. Ini tidak, kena teman tiga orang manusia pula. Dengan separuh rela, aku pun ikut sahaja mereka bertiga.
Sampai sahaja di Foyer C, kelihatan Qaire dan Daniel sudah terlebih dahulu sampai dan awal-awal lagi sudah mengulang kaji. Penuh satu meja dengan buku-buku mereka berdua. Terkejut jugalah aku melihatnya. Lalu aku dan Mikael berjalan mendekati mereka berdua dan melabuhkan punggung di meja sebelah.
''Ni kau baru habis kelas, dah makan ke? Solat?'' tanyaku sebaik sahaja kami berdua selesai menyelesakan diri di kerusi. Mikael tergelak kecil sebelum mengganguk kepala. Aku mengerutkan kening apabila melihat Mikael ketawa tiba-tiba. Dia ada salah cakap ke?
''Apa yang kelakar?'' tanyaku tidak puas hati. Pipi dikembungkan bulat sambil menjelingnya tajam.
''Kau ni, bebel je kerja. Haish iyelah Cik Ifti Liyana, saya Mikael Ayden sudah selesai menyiapkan semua tugasan seperti makan dan solat sebelum berjumpa dengan anda,'' balas Mikael sambil tersenyum lebar. Mendengar kata-kata Mikael itu, aku turut melakarkan senyuman di bibir. Suka pula mendengar dia berkata begitu.
Gatalnya kau, Ifti.
Senyumanku langsung mati saat teringat pertanyaanku sepatutnya ditujukan kepada Daniel dan Qaire. Tetapi, yang menjawabya ialah Mikael. Terus membahang kedua belah pipi apabila bertentang mata dengan Mikael.
''Ehem, ehem! Aku rasa kita berdua ni halimunanlah, Daniel,'' celah Qaire sambil menjulingkan kedua belah mata ke atas.
''Ye do. Yelah, ada dua orang tu tengah sweet-sweet dekat sana. Kita dua jelah tinggal, kan?'' balas Daniel pula. Dia menayangkan wajah sedih sambil berpura-pura mengesat air mata.
Mulutku terlopong luas, tidak percaya dengan drama yang dilakonkan mereka berdua. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum menghembuskannya. Kecil besar kecil besar sahaja aku pandang mereka.
"Geli aku!" Aku sengaja menayangkan reaksi ingin muntah apabila mendengar usikan Daniel dan Qaire. Geram pula dengan mereka berdua.
Street!
Laju kepala aku menoleh ke arah bunyi tersebut sebelum terbuntang luas kedua belah mata. Sekejap sahaja meja yang diduduki Daniel dan Qaire berpisah dengan mejaku. Lantas aku memandang Mikael pula. Dia turut tergamam melihat tindakan drastik mereka berdua.
Qaire dan Daniel pula elok bergelak-tawa di sana.
"Okey, let's start again!" ujar Qaire sambil mengangkat tangannya tinggi. Reaksi teruja terpamer di muka. Daniel turut melakukan benda sama. Tidak lama kemudian, suasana di Foyer C bertukar senyap. Mikael tidak pula membantah dengan tindakan mereka itu.
Aku mengeluh seketika sebelum mengalihkan badan ke meja. Semua alatan tulis aku letakkan di atas meja. Sempat aku memandang Mikael dulu sebelum memulakan sesi mengulang kaji.
Timbul beberapa kerutan di dahiku setiap kali melihat soalan yang agak susah tertera di atas kertas. Mulut terkumat-kamit merungut terhadap soalan tersebut. Aku tarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya untuk tenangkan fikiran sejenak.
"Aduh, mintak kira pula soalan ni. Mana kalkulator aku, eh?" rungutku perlahan. Lantas aku membuka zip beg lalu mula mencari kalkulatorku di dalamnya.
Tak ada.
Kemudian, aku mengangkat kepala dan pandanganku laju tertumpu pada kalkulator yang berada berdekatan dengan Mikael. Perhatiannya terhadap buku langsung tidak terganggu. Mikael mungkin tak guna kalkulator itu, fikirku.
Dengan pantas aku memanjangkan tangan untuk mencapai kalkulator sebelum seluruh tubuhku mula mengeras. Tanganku tanpa sengaja menyentuh kulit tangan milik Mikael yang turut sama ingin mengambil kalkulatornya.
Aku pantas mengangkat muka dan kami berdua mula bertentang mata. Namun aku cepat-cepat alihkan tangan ke sisi dan dia pun turut melakukan benda yang sama. Terasa kedua belah pipi mula membahang.
"Ehem, ehem. Daniel, kau nampak apa aku nampak?"
Dah mula dah!
"Apa dia, ek?" balas Daniel dengan nada yang dileret-leretkan. Aku berdecit perlahan sebelum menjelingnya tajam.
Tidak semena-mena tangan Qaire sengaja dirapatkan dengan Daniel sebelum mengulang kembali momen kami berdua tadi. Daniel tidak kurang juga, turut melayan lakonan Qaire tersebut dan mula terbahak-bahak ketawa.
Aku mengetap bibir erat.
"Uu, kita dapat tengok kdrama's moments. Siapa sangka, kan?" ujar Qaire sambil menayangkan senyuman nakal. Keningnya diangkat tinggi berulang kali. Daniel pantas mengangguk kepala, mengiyakan kata-kata Qaire itu.
"Ee, kepala hotak kaulah!" balasku geram. Ada juga yang kena hempuk nanti.
"Diam je Mikael ni. Suka ke tu." Kali ini giliran Mikael pula yang mereka berdua usik. Masing-masing tersengih seperti kerang busuk, menunggu jawapan yang bakal meluncur di bibir lelaki itu. Aku turut mengalihkan kepala ke arahnya.
"Well, benda tu pun tak disengajakan. Obviously, takkan aku nak sentuh Ifti saja-saja, kan," balas Mikael sekian lama mendiamkan diri. Dia mengukir senyuman nipis sebelum kembali fokus dengan kerjanya.
Suasana di Foyer C kembali sunyi setelah mendengar jawapan daripada Mikael. Aku menelan air liur perlahan. Terasa kelat pula kali ini. Bibirku dipaksa tarik mengukir senyuman nipis lalu aku turut menyambung kembali kerja yang tergendala.
Namun, ada sesuatu yang bermain di fikiranku sekarang. Pen pantas diletakkan di atas meja dan aku mula berdiri. Jari Mikael seakan terhenti dari menulis untuk seketika waktu sebelum menyambung kembali.
"Aku... nak pergi tandas," beritahuku kepada Mikael. Mengharapkan dia memberi sedikit perhatian kepadaku. Namun, hampa. Dia hanya mengganguk kepala tanda balasan lalu terus kembali menunduk memandang buku di atas meja.
Keluhan berat dilepaskan serta-merta.
LANGKAH diatur satu persatu menuju ke foyer. Rasa berat di hati seakan-akan ada batu yang meghempap di situ. Satu perasaan yang aku pun turut keliru. Keluhan berat yang entah kali ke berapa dilepaskan. Perasaan aku atau pun tidak, tetapi dapat aku rasakan Mikael seperti menjauhkan dirinya daripada aku. Setiap tindakannya membuatkan aku rasa begitu.
Ke aku yang terlampau overthinking?
Entahlah.
Aku terus berjalan menonong tanpa memerhatikan sekeliling dan tanpa sedar aku telah terlanggar seseorang. Bunyi kuat yang terhasil akibat perlanggaran kami itu menyentakkan aku dari lamunan. Aku cepat-cepat menunduk dan mendekatinya.
"Aa, sorry! Sumpah saya tak sengaja. Saya minta maaf!" ujarku gelabah. Barang-barang miliknya yang berselerak di atas lantai aku kutip satu persatu. Rasa bersalah pula kalau dibiarkan begitu sahaja.
"Eh, it's okay," balasnya sambil tersenyum. Rasa bersalah pula apabila melihat terdapat sedikit kotoran di bajunya. Tahu sahaja aku ingin memohon maaf lagi, laju dia memintas kata-kataku.
"Oh, by the way, nama awak Ifti, kan?" tanya lelaki itu tiba-tiba. Aku tergamam seketika sebelum lambat-lambat mengganguk kepala. Mana dia tahu nama aku? Aku pun tak pernah nampak dia sebelum ini.
Satu beg plastik yang berada di tangannya dihulurkan kepadaku. Kedua belah kening mula tercantum hairan. Namun, aku tetap mengambilnya setelah lelaki ini masih lagi tidak menurunkan tangannya dari menghulurkan kepadaku.
"Siapa bagi?" tanyaku ingin tahu.
"Ada senior lelaki ni bagi. Mungkin ada surat or hint dekat situ. Okeylah, saya minta diri dulu," balasnya sebelum pamitkan diri untuk beredar. Aku hanya mengganguk kepala dan menghantar pandangan kepada lelaki itu sehinggalah jejaknya hilang di mata.
Hm, agak-agak siapa yang bagi ye?
Isi yang berada di dalam plastik itu aku lihat sedikit disebabkan perasaan ingin tahuku yang membuak-buak. Terus tergamam aku saat melihat terdapat beberapa snek ringan dan juga biskut yang berada di dalamnya. Dan terdapat juga sehelai nota penampal yang bersaiz sederhana tertampal di situ.
Tanpa berlengah, aku terus mencapainya dan mula membaca.
To you:
From: The person who loves you for a long time.
Eat this and always be happy.
Serta-merta satu wajah laju bermain di mindaku. Tidak lain tidak bukan, mesti lelaki itu! Lelaki yang dari dulu lagi tidak pernah berputus asa untuk mengambil hatiku. Walaupun dah banyak kali aku menolaknya. Bukan sengaja aku ingin menolak dia, namun sikap psychopathnya selalu buatkan aku meremang.
Cepat-cepat aku masukkan nota penampal itu ke dalam plastik dan mula berjalan menuju ke foyer. Perasaan tidak enak menyelumbungi diri. Rasa seperti ada orang sedang memerhatikan aku dari jauh.
Sampai sahaja di foyer, aku melangkah menuju ke meja lalu meletakkan beg plastik itu di atasnya dengan kasar. Mikael sedikit tersentak dengan kehadiran dan tindakanku yang tiba-tiba itu.
"Ifti, kau pergi tandas ke pergi koop ni? Banyak naw membelinya. Lapar sangat ke?" tegur Qaire sambil mengerutkan kening. Dia melangkah mendekatiku lalu mengambil salah satu snek yang berada di dalam plastik.
"Kau beli ke?" tanya Daniel pula. Dia turut melangkah ke mejaku lalu mengambil beberapa snek di dalamnya. Aku pantas menggeleng kepala laju bagi menjawab soalan Daniel itu.
Kerutan di dahinya mula timbul. "Habis tu? Siapa bagi ni? Kau jangan macam-macam, Ifti."
"Ada sorang senior ni bagi. Makanlah semua tu. Takut aku nak makan. Mana tahu dia ada baca apa-apa ke," ujarku sambil mendengus kasar. Plastik tersebut aku tolak sedikit ke hadapan.
"Tak baik cakap macam tu. Dia beli untuk kau. Mana tahu dia ikhlas bagi kau?" celah Mikael dengan wajah serius. Aku mengetap bibir perlahan sebelum akhirnya menghela nafas berat.
"Kau tak fahamlah, Mikael. Aku kenal dia. And tahu perangai psycho dia tu. Kau tak hadap benda tu, senanglah kau cakap," balasku geram. Mikael hanya menayangkan wajah selamba sambil memeluk tubuhnya.
"Cepat betul kau fikir negatif pasal orangkan, Ifti. Kau tak fikir pula kalau aku pernah baca something untuk kau? Kenapa orang lain kau fikir sampai macam tu? Pengaruh drama sangat kau ni, Ifti."
Saat ini seperti ada satu hirisan yang tajam membenam di dadaku. Kata-kata yang diucapkan Mikael itu begitu pedas saat mendengarnya. Aku hanya diam dan kepala mula menunduk ke bawah.
Cepat-cepat aku tepis air mata yang sudah bergenang di tubir mata. Tinggal tunggu masa sahaja dia ingin jatuh ke bawah. Siapa sangka Mikael akan berkata begitu kepadaku? Jadi, bukan salah akulah kalau aku fikir dia memang dah berubah?
Tak, dia cuma tegur kau! Dia tak marah!
Tapi....
"Ifti..." Suara Qaire menyentakkan aku dari lamunan. Tangan laju menepis air mata yang masih tersisa di situ. Aku memandang Qaire seketika sebelum menghadiahkannya senyuman.
"Korang makan jelah. Aku nak balik dulu," ujarku sambil memasukkan semua barang ke dalam beg. Belum sempat Qaire dan Daniel menghalang, aku terlebih dahulu berjalan meninggalkan mereka bertiga. Makin lama di situ, takut makan hati sahaja.
TBC
Vote and comments! 🤍
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top