UWMA: 21

Hai, new chapter is done!

Enjoy your reading!

[ Write: 140624 ]

[ Pub: 290624 ]






HARI Isnin merupakan permulaan minggu yang paling orang tak suka. Tetapi, hari Isnin juga merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Jadi, sebagai orang Islam, kita perlu paksa diri buang perasaan malas dan monday blues itu. Walaupun susah, tetapi apa salahnya mencuba.

Dan hari ini juga sekolah memberikan cuti sempena sukan yang baru sahaja diadakan pada hari Sabtu lepas. Tak dinafikan, aku memang suka walaupun kehadiran aku tidak menyumbangkan apa-apa pun pada hari Sabtu itu.

Oh lupa, kehadiran juga diambil kira sebagai mata.

Pagi ini aku ambil keputusan untuk berjoging disebabkan aku tersedar awal sedikit dari biasa. Menyakitkan hatilah juga bila difikirkan, waktu hari sekolah lepas sahaja bangun, mesti mata ini berat semacam. Bagaikan ada gam yang melekat di situ.

Ini bila hari cuti, elok bangun awal dan badan pula segar semacam. Menyakitkan hati betul!

Usai sahaja aku menyarungkan kasut di kedua belah kaki, aku bingkas berdiri. Lantas jaket dikemaskan dan dibetulkan. Jaket itu memang khas untuk berjoging. Ringan dan selesa untuk dipakai sewaktu berjoging ataupun melakukan aktiviti lasak seperti hiking.

Awal-awal lagi aku sudah memaklumkan kepada kedua ibu bapaku untuk keluar pergi joging pagi ini. Aku tahu aku akan kelam-kabut sebelum gerak. Jadi, ini sebagai langkah awal dan persediaan sebelum berjoging.

Earphone dicucukkan di ruang yang disediakan di telefon lalu aplikasi Spotify dibuka. Aku mula mengatur langkah keluar dari rumah. Sempat pintu dikunci dahulu sebelum keluar.

Sambil-sambil berjalan, aku mula menarik nafas dan menghembuskannya. Kemudian, aku teruskan dengan senaman ringan yang lain. Sekadar yang ringan-ringan yang sahaja bagi memanaskan badan aku sebelum memulakan joging.

Selesai melakukan senaman, aku menarik nafas dahulu sebelum menghembuskannya. Kaki mula menghayunkan langkah berjoging satu taman perumahanku. Taman perumahanku tidaklah besar sangat, dan tidaklah kecil juga.

Di sini juga disediakan trek dan taman untuk penduduk berjoging dan bersenam. Trek itu tidaklah besar sangat tetapi cukuplah membuatkan orang seperti aku penat dan lelah.

7 hingga 10 km ye.

Dan bagusnya di sini, terdapat juga tasik buatan manusia yang dibina sepanjang laluan trek. Jadi, tidaklah bosan sangat bila nak joging asyik tengok kawasan perumahan sahaja.

Cukup sahaja satu pusingan, aku perlahankan larian dan mula berjalan ke tepi tasik. Dengan nafas yang tercungap-cungap, aku mengelap peluh menggunakan kain kecil yang dibawa bersama. Topi yang dipakai di kepala dibuka dan dikibas-kibas bagi menghasilkan angin dari situ.

Tasik yang terbentang luas aku pandang dengan perasaan kagum. Setiap kali duduk dan lepak di sini, tak pernahlah aku jemu untuk pandang. Tasik ini seperti penenang ketika fikiranku serabut.

"Buat apa dekat sini?" Suara dari arah belakang yang menegur menyentakkan lamunanku. Aku menoleh ke belakang untuk melihat empunya suara sebelum terdiam sejenak.

Inara mula berjalan menghampiriku dan berdiri di sebelah. Matanya tidak lepas memandang tasik di hadapan. Aku memandangnya atas dan bawah.

Melihat pakaian yang tersarung di tubuhnya, jelaslah dia juga baru sahaja selesai berjoging. Sama seperti aku.

"Well, jogging and so on," balasku.

"Kenapa sini?"

Berkerut wajahku saat mendengar soalannya. Dalam hati, sudah bersumpah-seranah terhadap Inara yang mula mempersoalkan perbuatanku. Tasik ini bukan milik dia pun. Dah kenapa sampai nak persoalkan?

Tetapi, kata-kata itu disimpan dalam hati.

"Rumah aku area sini. Salah ke?" Inara memusingkan badannya 180 darjah menghadap aku. Dapat aku rasakan seperti ada sesuatu yang dia tidak puas hati dengan aku.

"Well, tak salah. Tapi, setiap kali aku ada, kau mesti ada. Just pelik." Bibirnya naik mengukir senyuman. Bukan senyuman ikhlas, tetapi sinis yang memang akan menyakitkan hati sesiapa yang melihat.

Hatiku mula membara-bara untuk menahan marah. Jadi, dia nak cakap aku sibuk ikut dialah? Sibuk tiru life style dia?

"Okay, ada problem ke? Kau nak cakap aku tiru kau?" Aku menyoalnya dengan nada tidak puas hati. Dia tersentak sebelum menghamburkan tawa kecilnya. Tak tahu sama ada ikhlas atau hanya berpura-pura.

"Relax, Ifti. Aku tak maksudkan macam tu pun. Okay, aku minta maaf," ucap Inara sambil menghulurkan tangannya. Tajam mataku memandang tangan dan wajahnya bersilih ganti. Was-was untuk percaya.

Lambat-lambat aku sambut juga hulurannya. Tak baik pula kalau biarkan. Walaupun hakikatnya, nak biarkan sahaja sampailah tangan dia lenguh.

"By the way, alang-alang kau dekat sini. Nak join kawad tak? Kitorang tengah cari budak ni," tanya Inara sambil menyilangkan kedua belah tangan ke dada. Tak lepas matanya memandang aku. Menunggu aku untuk memberi keputusan.

Aku terdiam seketika.

"Erm, bila tu?" tanyaku balik. Bukan tak nak sertai, tetapi dapat aku rasakan pertandingan itu akan diadakan lepas sahaja Peperiksaan Pertengah Tahun selesai. Dah tentu-tentu latihan akan dilakukan waktu PPT (Peperiksaan Pertengahan Tahun) berlangsung.

"Well, habis je kita exam. Ada gap around tiga hari untuk berlatih and then terus pertandingan. And of course, waktu kita PPT nanti, petang tu akan ada latihan setiap hari."

Tepat seperti apa yang aku fikir. Dan aku tahu, aku tak akan dapat membahagikan masa dengan baik kalau aku sertai juga. Fokus untuk belajar juga akan terganggu.

"Aku tak join. You know, exam nak dekat. Of course, aku nak get ready semua tu," balasku sambil mengukir senyuman nipis. Mengharapkan Inara faham dengan keadaanku.

"Oh. Tapi kalau Mikael ada, mesti kau masukkan?" tanya Inara sambil menjongketkan keningnya. Nadanya lebih kepada memerli. Hujung bibirnya ternaik mengukir senyuman sinis. Terus mengeras tubuhku saat itu.

"Ada aku cakap macam tu ke? Kau pun tahu waktu tu PPT, kan? Tak ada kaitan langsung dengan Mikael!" bidasku geram. Tangan mengepal erat penumbuk. Memincing tajam mataku memandang Inara.

Inara pantas mengangkat kedua belah tangan.

"Well, kalau kau nak guna alasan PPT tu, macam useless. Nak cakap kau ni terpaling studylah, macam tu? Tapi, kalau ada Mikael, kemain laju ye. Kau ingat aku buta ke?"

Aku mengetap bibir sambil memejamkan mata sesaat. Ya Allah, titipkan kesabaran dalam hatiku saat ini juga. Jangan sampai aku tolak aje Inara dalam tasik ini.

"Apa benda kau mengarut ni? Kau ni obses sangat dengan Mikael ke? Sikit-sikit kaitkan Mikael."

Inara tergelak kecil. Tetapi lebih kepada mengejek. Dia memandang aku atas dan bawah sebelum membuka mulut untuk membalas.

"Whatever it is, orang lain maybe tak nampak. Tapi, aku nampak dengan jelas ye setiap kali ada program, kalau Mikael join, muka kau pun ada sekali. Kau ingat aku bodoh ke?"

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya. Cara untuk aku tenangkan diri dari terus menyembur orang. Satu lagi, aku tak nak perasan marah mengawal diri.

"First of all, maybe kau dah salah faham ni, Inara. Salah ke kalau aku nak join program yang sekolah buat? Kalau ada Mikael pun, kau ingat aku suruh dia join ke? Kau ingat aku ada masa nak chat dia suruh dia join setiap program, hah?" Wajah Inara mula berubah. Dia hanya diamkan diri.

"And kalau kau paranoid fikirkan tu, aku minta maaf. Kalau kau still fikir lagi, aku tak join kawad sebab Mikael, kau salah. Aku nak fokus untuk PPT dulu. Lagi pun, aku tahu aku tak dapat balancekan masa aku kalau aku join. Terpulang untuk kau percaya atau tidak. Aku chaw dulu."

Malas nak berlama-lama di situ, aku bergegas meninggalkan Inara sendirian di situ. Ingat joging dapatlah kurangkan perkara yang menyerabutkan aku. Lain pula yang terjadi. Datang pula masalah yang lain.












USAI sahaja membersihkan diri, aku menapak ke ruangan meja belajar. Meja tersebut masih lagi kemas dan tersusun dari semalam. Buku latihan Matematik Tambahan aku ambil dari rak yang berada di sebelah dan diletakkan di atas meja.

Tanpa membuang masa, aku terus melabuhkan punggung di atas kerusi dan mula menyediakan semua alatan tulis termasuklah kalkulator. Buku latihan dibuka dan tangan laju menyelak bahagian muka surat yang terakhir aku buat.

Aku mula menekan kalkulator satu persatu bagi mengira jawapan. Cukup sahaja dua jam, aku berhenti dari menulis. Kertas yang dipenuhi dengan jalan kira aku pandang lama. Memastikan setiap jalan kira itu betul dan tiada kesalahan pun.

Senyum lebar diukir di bibir setelah yakin jawapan dan jalan kira aku semuanya betul. Telefon yang diletakkan jauh dari meja dicapai. Ini bagi memastikan aku tidak mencuri-curi untuk bermain sewaktu mengulang kaji.

Aplikasi Tiktok aku buka dan jari mula menatal ke bawah. Setiap video yang lalu dihalamanku tiada langsung yang menarik
hari ini. Kalau bukan video pasal pelajaran, mesti video kata-kata motivasi. Aku mendengus geram.

Waktu rehat pun kena hadap belajar lagi.

Lantas aplikasi Instagram aku buka pula lalu mula melihat setiap 'story' yang dihantar oleh kawan-kawanku. Jari laju menekan butang 'like' di situ setiap kali gambar mereka keluar di 'story'.

Kita kena saling support girl, guys.

Sampai sahaja di 'story' Mikael, aku segera membetulkan duduk. Jarang-jarang Mikael buat 'story'. Aku mula menekan storynya untuk melihat apa yang dihantar. Mati terus senyumanku saat membaca post dari akaun yang bernama 'Jemari' itu.

Ayat yang tertulis di situ menunjukkan seperti Mikael sedang tujukan kepada seseorang yang sangat istimewa. Puitis dan penuh berkias.

Dan yang pasti, bukanlah aku orangnya.














TBC

Vote and comments! 🤍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top