UWMA: 20
Hai, new chapter is done!
Enjoy your reading!
[ Write: 080624 ]
[ Pub: 120624 ]
AKU memasukkan botol air ke dalam totebag setelah siap minum tadi. Dapatku lihat ramai murid yang sudah beratur untuk menaiki bas. Hari ini sekolah mengadakan Sukan Tahunan di Stadium Anesonic. Murid boleh memilih sama ada untuk pergi ke stadium dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh sekolah ataupun pergi sendiri bersama ibu bapa.
Ada juga segelintir murid lelaki yang pergi dengan menaiki motor walaupun telah ditentang keras.
Aku cepat-cepat menapak masuk ke dalam bas yang khas disediakan untuk murid-murid yang menyertai acara ataupun perlu membuat persembahan. Bas itu dikira khas untuk orang-orang yang penting. Dan aku juga tak dikecualikan. Sebab Cikgu Raihana baru sahaja memberitahuku agar menolongnya setibanya sampai di sana.
Jadi, aku orang pentinglah, kan?
Mata diliarkan mencari tempat duduk yang kosong. Aku mengukir senyuman apabila melihat ada lagi beberapa tempat yang belum dimiliki. Tanpa membuang masa, aku terus berjalan menuju ke tempat duduk yang berada bersebelahan dengan tingkap. Nasib baik masih lagi kosong.
Punggung terus dicecahkan di kerusi lalu totebag aku peluk di dada. Kerusi sebelah yang sengaja dikosongkan dipandang. Kerusi tersebut aku jaga untuk Alysa. Semestinya aku mengheret dia sekali untuk menaiki bas ini. Terpinga-pinga dia dibuatnya apabila tiba-tiba aku menghalangnya sewaktu dia baru nak naik bas lain.
Kata-katanya terngiang-ngiang di telingaku.
''Ifti, aku nak usya crush akulah! Eee, kau ni kacau daunlah...''
Dan banyak lagi rungutan yang meluncur di bibirnya. Aku hanya buat-buat tak dengar dan menyambung menarik dia.
Nampak sahaja susuk tubuh Alysa yang baru balik dari tandas, senyuman terus terukir di bibir. Aku melambai-lambaikan tangan ke arahnya.
Jantung berdegup kencang tatkala menyedari kehadiran Mikael yang berada tidak jauh dari tempat duduk aku. Dia tidak perasan aku. Hati berkira-kira untuk menegurnya dahulu. Penat berperang dengan diri sendiri, aku akhirnya ambil keputusan untuk menegur dia dahulu.
Baru sahaja ingin bergerak mendekati Mikael, namun langkahku terus mati apabila terpandang Inara yang sedang berbual dengannya. Dia juga meletakkan beg di kerusi yang dia duduk. Mukaku terus berubah.
Takkanlah?
''Ifti? Kenapa berdiri ni?'' Aku tersentak sebelum menolehkan kepala ke sisi. Wajah Alysa yang berkerut menyapa pandangan. Aku menggeleng kepala sebelum melabuhkan punggung di kerusiku. Soalan Alysa aku biarkan sepi tiada jawapan. Malas nak besarkan hal yang kecil.
Sampai sahaja di Stadium Anesonic, aku dan Alysa mula keluar dari bas dan melangkah masuk ke dalam stadium. Cikgu mengunci kereta dahulu sebelum mengikut langkah kami berdua. Setibanya di dalam stadium, cikgu-cikgu bagi setiap rumah sukan mula bersiap-siaga bagi acara pertama yang bakal dimulakan sekejap lagi.
Perbarisan bagi setiap rumah sukan.
Tanpa berlengah, aku terus mengikut Cikgu Raihana menuju ke tempat bagi rumah sukan Biru untuk menolongnya apa yang patut. Kotak-kotak yang berisi dengan nombor dan makanan serta minuman aku tolong angkat. Kemudian aku susunkannya bagi kemas.
''Ifti, nanti tolong cikgu bagi nombor ni dekat diorang tau.'' Nombor bagi setiap peserta ditunjukkan kepada aku. Aku mengganguk kepala tanda faham.
''Yang list nama tu payahlah, kan?'' tanyaku ingin kepastian. Nak prepare awal-awal. Tak adalah nanti masa aku tengah bagi nombor, tiba-tiba cikgu panggil suruh buat benda lain pula.
''Tak payah. Itu tugas QM (Quater Master),'' balas Cikgu Raihana sambil menyusun setiap nombor berdasarkan kumpulan yang mereka sertai. Aku mengganguk kepala sambil mulut membentuk 'O'.
Baki nombor yang masih ada dalam kotak aku ambil dan turut membantu cikgu menyusunnya. Selesai sahaja menyusun, aku minta izin untuk pergi ke tandas sekejap.
Tanpa membuang masa, aku berjalan keluar dari tempat rumah sukan Biru. Mata melilau mencari papan tanda arah. Aku menghentikan langkah seketika sebelum mengeluh berat. Stadium ini besar, maka akan jadi masalah untuk aku yang asyik sesat ini.
"Ifti?"
Aku pusingkan badan 180 darjah tatkala mendengar namaku disebut oleh seseorang. Membulat mataku melihat Mikael yang sudah siap berpakaian sukan berjalan mendekatiku. Aku mengamati visual yang berada di hadapan.
Dia... nampak hensem.
Dengan baju jersey yang ditempah dan di dalamnya dipakai inner t-shirt berwarna hitam. Topi pula dipakai di kepala menutupi rambutnya yang flowy.
"Kau buat apa dekat sini?" tanyanya dengan kening yang sudah ternaik. Dia membuka topinya sekejap dan helaian rambut yang terjatuh di dahi diselak ke belakang. Kemudian dipakai kembali topi itu di kepala.
"Kau sesat?" Aku sedikit tersentak mendengar soalannya. Bibir bawah digigit perlahan. Malu pun nak mengaku dengan Mikael. Melihat kebisuan aku, dia mengulum senyum sebelum menghamburkan tawa besarnya.
Tengok, aku dah cakap!
"Kau nak pergi mana ni?" tanya Mikael bersama tawa yang masih tersisa. Aku mencebikkan bibir ke depan.
"Tandas. Tak tahu pulak stadium ni besar. Satu lagi, tak nampak pulak signboard dekat sini," balasku sebelum mendengus. Ke aku yang tak perasan ada signboard dekat-dekat sini?
"Mulut tu cuba tanya orang sekeliling. Ini tak, senyap je. Kalau aku tak jumpa kau, memang tercegat je ke dekat sini?" bebel Mikael sambil menggeleng kepala. Aku terus menjuihkan bibir ke depan. Mulalah itu nak cari salah aku.
"Whatever. Cepatlah, dekat mana toilet? Aku busy kejap lagi," gesaku memaksa Mikael memberitahu. Bernanah nanti telinga mendengar bebelan Cikgu Raihana kalau aku lambat.
"Jom aku tunjuk." Mikael melangkah mendahului aku. Kelam-kabut aku berjalan mengejar langkahnya. Aku menggigit bibir sambil mengerlingnya.
Awkward pula kalau tak borak.
"Kau tak tengoklah aku nanti?" Mikael menyoal secara tiba-tiba.
"Hah?"
"Kan kau cakap kau busy. So, that means kau tak boleh tengok akulah, kan?" ulang Mikael sambil menoleh memandang aku. Wajahku tiba-tiba membahang apabila selamba sahaja dia menyoal aku dengan soalan itu. Terus aku berdeham bagi mengurangkan perasaan malu.
"Kenapa pulak? Aku rasa aku sempat je nak tengok senamrobik korang," balasku sambil tersenyum. Mikael terdiam seketika. Perubahannya yang tiba-tiba itu buatkan aku gelabah.
Aku ada salah cakap ke?
"Baik. Dah sampai dah tu. Aku nak pergi dekat teammates aku tau. Bye."
Belum sempat aku membalas, Mikael terlebih dahulu berjalan menonong meninggalkan aku. Kedua belah bahuku jatuh dan keluhan berat terbit di bibir.
Dia terasa ke? Tetapi, kenapa?
HABIS sahaja sesi menyanyikan lagu Negaraku , Daulat Tuanku dan juga lagu sekolah, murid-murid diminta untuk duduk. Seterusnya, sesi ucapan bagi pengetua dan juga wakil PIBG.
Aku segera mencari nombor peserta mengikut senarai nama kumpulan. Sekejap belek kertas, sekejap belek nombor-nombor itu. Kumpulan bagi P3 akan memulakan dahulu bagi setiap acara.
"B123... Qaira?" Nombor beserta dengan nama peserta aku sebut. Satu persatu muka peserta yang berdiri di hadapan aku pandang. Dahiku mula berkerut apabila tiada seorang yang menyahut.
"Mana dia?" tanyaku sambil menayangkan wajah garang. Hatiku sudah mula membara menahan marah yang bakal meletus bila-bila masa. Tak kelakarlah nak mula dah acara, tiba-tiba pula orangnya tidak ada.
"Tak... tak tahu. Kitorang tak nampak pun dia tadi," balas seorang peserta perempuan yang dari kumpulan P3. Sama seperti dengan Qaira. Takut-takut dia memandang aku.
Aku mengetap bibir erat sambil memejamkan mata sesaat sebelum menceliknya kembali. Dada sudah berombak turun naik menahan sabar dan marah.
"Dah tahu nak start, boleh pulak merayau. Kalau macam nilah perangai, next time tak payah masuk. Menyusahkan orang," rungutku sambil mendengus kasar. Jam di tangan dipandang lama.
Dah nak pukul 8:30 pagi. Acara akan mula dalam pukul 8:45 pagi macam itu .
Aku meletakkan senarai nama di atas kerusi lalu melangkah turun ke bawah. Mata melilau mencari murid perempuan yang berpakaian baju rumah sukan Biru. Aku tidak tahu macam mana rupa budak itu, jadi dengan cara ini sahaja yang aku boleh buat.
Mana Qaira ini.
Aku mengecilkan mata apabila terlihat seorang budak perempuan yang berbaju warna biru sedang gelak bersama dengan lelaki di sebelahnya. Tanpa membuang masa, aku terus melangkah mendekati mereka berdua.
''Awak ada masuk apa-apa acara tak?'' tanyaku setibanya sampai di tempat mereka berdua. Budak perempuan itu seperti tergamam mendengar soalan aku. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.
Dan benda itu buatkan aku rasa sesuatu.
''Aa... ada,'' balas budak perempuan itu tergagap-gagap. Dia menundukkan kepala setiap kali aku cuba bertentang mata dengannya.
''Jangan cakap awak ni Qaira?'' Aku terus menyoalnya tanpa berkias-kias. Dia tersentak sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain. Dan itu buatkan rasa marah mula membuak-buak dalam hati aku.
''Aku bagi masa lima minit. Kalau kau tak ada, aku buang nama kau. And nama kau, aku blacklist untuk next year punya acara.'' Amaran diberikan kepada budak perempuan itu. Malas nak berlama-lama di situ, aku terus berjalan menuju ke tempat rumah sukan Biru.
Aku mempercepatkan langkah apabila melihat Cikgu Raihana yang sudah melambai-lambaikan tangan sebagai isyarat menyuruh aku cepat. Sampai sahaja di sana, aku terus mengambil nombor-nombor itu lalu mengagihkan kepada semua peserta rumah sukan Biru.
NAFAS dihela lega dan punggung dilabuhkan di kerusi yang berada di aras atas. Dari sini, dapat aku lihat semua orang yang berada di bawah. Penat menolong cikgu tadi masih lagi tersisa. Baru aku perasan, aku tak nampak Alysa sejak sampai di stadium.
Cis, tak guna punya kawan.
Tak payah nak meneka, aku dapat rasakan Alysa itu tengah sibuk mengusyar anak teruna orang yang satu itu. Dan yang lagi pasti, tempat duduknya mestilah yang berdekatan dan jelas untuk dilihat.
Aku menggeleng kepala mengenangkan sikap gatal Alysa.
Beberapa acara sudah selesai dilakukan dan kebanyakan pemenang dari rumah sukan Hijau. Terkejut juga aku apabila mendengar pemenang bagi tempat pertama dan kedua bagi setiap kumpulan merupakan peserta rumah Hijau. Naik mendadak pula rumah sukan tersebut dari tahun-tahun sebelum ini.
Aku membetulkan duduk bagi selesa. Mataku mula fokus ke arah trek di bawah. Terus membulat mataku apabila melihat Mikael dari atas. Dia sedang membetulkan topinya yang sedikit senget itu.
Drastik tindakan aku mengeluarkan telefon sebelum membuka aplikasi kamera. Telefon diangkat ke udara lalu dihalakan menghadap Mikael. Jelas dari sini dapat melihat semua tingkah lakunya. Aku tersenyum sendiri.
Namun itu sekejap sahaja sebelum tubuhku serta-merta mengeras tatkala kami berdua bertentang mata. Air liur ditelan kelat sebelum dipaksa mengukir senyuman nipis. Muka pula dah berbahang menahan malu. Kantoi dengan Mikael macam itu sahaja.
Aku terus tergamam apabila melihat Mikael yang tiba-tiba melambai-lambai dari bawah. Bibirnya menguntum senyuman lebar. Nasibku sedikit baik kerana awal-awal lagi aku sudah menekan butang rakam di telefon.
Sebelah tanganku diangkat ke atas lalu mula membalas lambaiannya bersama senyuman di bibir. Kemudian, arahan daripada pengacara majlis memberitahu tentatif bagi menjayakan Sukan Tahunan ini. Mikael membetulkan posisinya dan mengemaskan diri sebelum mula bersedia untuk melakukan senamrobik.
Aku mula bersedia untuk merakamnya dari atas. Selang beberapa saat, lagu yang telah dipilih oleh mereka dimainkan. Dan pertunjukkan senamrobik pun bermula. Aku merakam dari awal sehinggalah selesai. Tak lekang langsung senyuman di bibirku. Dan ada masa aku turut bersorak seperti yang lain bagi memberikan sokongan kepada mereka yang terlibat.
Habis sahaja pertunjukkan senamrobik, acara bagi pass button dimulakan. Aku menjerit sedikit kuat dengan melaungkan perkataan 'Biru' berulang kali. Disebabkan tidak boleh sertai, jadi aku di sini memberikan sokongan padu kepada mereka yang terlibat.
Bagus, kan?
Rumah sukan lain pun tidak kurangnya. Masing-masing berlawan melaungkan rumah sukan masing-masing. Yang lelaki pula membawa drum yang boleh diangkut ke mana-mana itu. Acara tahunan setiap kali sukan. Bunyi yang terhasil dari drum itu lagi memeriahkan suasana sukan hari ini.
Aku mula melabuhkan punggung di kerusi setelah terasa penat. Tenaga aku dah banyak digunakan dari pagi tadi. Dan tak pelik kalau aku tiba-tiba sahaja akan moody lepas ini.
''Aik, dah penat ke?''
Tubuhku sedikit melompat akibat terkejut ditegur tiba-tiba. Badan dipalingkan ke sisi sebelum tangan laju memukul Mikael. Dia tergelak kecil sebelum mengangkat tangan tanda mengalah. Sempat aku menjelingnya tajam sebelum menjatuhkan tangan ke sisi..
''Dah settle ke?'' tanyaku sambil menjongketkan kening ke atas. Dia pantas mengganguk kepala lalu badan dihalakan ke depan. Aku turut melakukan benda yang sama.
Dan kami berdua mula senyap.
''Hebat kau senamrobik tadi,'' pujiku bagi memecahkan kesunyian. Rasa pelik pula tiba-tiba senyap.
"Tahu," balasnya sambil menayangkan muka bangga. Aku menggulingkan kedua belah mata ke atas tanda menyampah. Ini malas nak puji Mikael.
''Tapi aku rasa aku tak buat the best tadi. Banyak mistakes, haih,'' rungutnya sambil mengeluh lemah. Aku segera memukul lengannya sedikit kuat. Terangkat kedua belah bahu Mikael, terkejut dengan tindakan aku yang tiba-tiba memukul.
''Okey jelah. Jangan nak rendah diri sangat eh,'' balasku sambil menjelingnya tajam. Gerakan Mikael masih lagi sharp walaupun dia sedikit lost tadi. Tetapi, kalau nak diceritakan semua, performance Mikael boleh dikatakan sempurna. Lagi pula, dia baru sahaja keluar dari hospital.
Orang nak expect dia berlatih senamrobik dekat hospital ke?
''Bukan rendah diri, tapi aku cakap benda betul. Kalau tanya budak lain pun, mesti dia cakap benda sama.'' Mikael membaas mendatar. Jelas terpamer riak kecewa di wajahnya.
Aku berdeham perlahan. ''Whatever it is, I'm proud of you. You did the best.''
Usai sahaja menuturkan kata-kata, aku terus memalingkan wajah ke sebelah. Membahang terus muka menahan malu. Lama aku fikir, sama ada nak ucap ke tak. Tetapi saat-saat macam ini, mestilah Mikael memerlukan kata-kata semangat.
Tetapi, itulah. Macam lebih kepada benda lain je.
Aku menoleh kepala ke sebelah apabila tiada reaksi atau balasan daripadanya. Terus mengeras seluruh tubuhku tatkala bersabung mata dengan Mikael. Wajah serius menyapa pandangan.
''Kau suka aku ke Ifti?''
TBC
Vote and comments! 🤍
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top