UWMA: 15
Haii, new chapter is done! The conflict will start soon!
Enjoy the roller coaster guys! Ups, reading guys!
| Write: 140524 |
| Pub: 240524 |
BUKU latihan yang sedia terbuka itu dibiarkan tidak terusik. Badan disandarkan di kerusi sambil fikiran telah terbang jauh. Tubir mata secara tiba-tiba mula berlinangan dengan air mata. Air liur ditelan kelat dan bahagian dalam pipi digigit perlahan.
Ah, dia benci perasaan ini.
''Oh, take care.'' Pesanan Mikael sebelum aku balik petang tadi kembali bermain-main di minda. Benda ini yang buat aku sakit. Selalunya Mikael akan teman sehinggalah mama sampai. Tetapi petang buat kali pertamanya benda itu berlaku.
Mungkin aku yang terlebih berharap kepada Mikael.
Ting!
Pemberitahuan dari telefonku mula berbunyi. Lambat-lambat aku telefon yang terletak di hujung meja lalu mula melihat mesej yang baru masuk itu. Daripada Mikael.
Telefon diletakkan kembali.
Ting!
Ting!
Dan semakin banyak masuk menyebabkan aku rasa sedikit terganggu. Aplikasi Instagram aku buka dan chat Mikael berada di atas sekali. Aku pandang lama sebelum aku buka juga mesej darinya.
a.mikael
Ifti
Kau marah aku ke
I'm so sorry. Please jangan merajuk. Jangan marah dah.
Kau terasa ke petang tadi
Ifti jangan seen
Online la
Ifti cantik, I'm sorry kalau kau terasa dengan aku.
Aku tahu kau online
Aku tarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Semua mesej daripada Mikael aku jawab sepatah-patah. Tak ada mood nak bergurau atau berborak dengannya. Kemudian jariku mula menri-nari di atas papan kekunci dan mula membalas semua mesejnya.
a.mikael
Yang pasal Inara tu, dia just tunjuk gambar crush member dia je.
That's it. Aku harap kau tak salah faham.
l. ifti
It's okay.
Tak kesah pun.
Cuma janganlah ignore aku macam tadi. Sakit tahu tak.
a.mikael.
Alolo, sorry okay. Nanti aku bagi kau coklat.
I'm sorry again ifti.
Aku ada homework ni.
Babaii.
Telefon ditutup setelah aku membalas mesejnya yang baru dihantar tadi. Senyuman nipis terukir di bibir. Walaupun sakit hati masih ada lagi, sekurang-kurangnya dah berkurang sedikit. Tika itu aku lupa akan rasa sakit dan luka yang Mikael lakukan petang tadi.
Kerusi di depankan ke meja dan pen yang berada dalam kotak pensel aku ambil. Rasa semangat mula kembali dalam diri. Kemudian akum ula fokus menyiapkan kerja sekolah yang diberikan cikgu pagi tadi. Cikgu dah bagi amaran awal-awal lagi untuk siapkan.
Trauma disebabkan kena denda masih ada lagi. Jadi, nak tak nak terpaksa juga kena siapkan.
KRINGG!
Bunyi jam loceng yang terhasil mengejutkan aku dari tidur yang lena. Terpisat-pisat aku bangun dan telefon yang berada di tepi bantal dicapai. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Rasa mengantuk masih tersisa lagi dalam diri.
Lambat-lambat aku bangun dan mula berdiri. Selimut, cadar dan lain-lain aku susun dan kemaskan. Kemudian, tuala yang disangkut di ampaian diambil lalu kaki mula menapak ke dalam tandas untuk mandi.
Usai sahaja selesai menguruskan diri dan solat, beg sekolah aku ambil dan buku-buku yang telah disusun disemak kembali. Takut ada yang tertinggal pula nanti. Yakin semua buku yang telah ada dalam beg, akum ula menggalas di bahu dan berjalan keluar dari bilik. Perut sudah berbunyi minta diisi.
''Mama, papa!'' tegurku setibanya sampai di ruang makan. Mama dan papa yang sedang berbual itu terus menumpukan perhatian kepadaku. Mereka berdua membalas teguranku tadi.
''Ceria ni kenapa?'' tanya mama sambil meletakkan roti bakar di piring dan kemudian diberikan kepada aku. Aku mengucapkan terima kasih lalu dengan bismillah, aku mula menyuapkan ke dalam mulut.
Bibir menguntum senyum lebar.
''Senyumkan sedekah. Lagipun, roti mama buat ni sedap,'' balasku dengan sengihan. Suapan demi suapan dimasukkan ke dalam mulut sehinggalah terakhir. Usai sahaja selesai makan, aku bergerak ke sinki dan piring digunakan tadi dibasuh sehingga bersih.
''Okeylah, Ifti pergi sekolah dulu. Papa, cepat makan tu!'' ujarku lalu menghampiri mama dan mula menyalamnya. Aku mula menapak ke luar rumah untuk memakai kasut. Sempat aku menepuk bahu papa untuk segera menghabiskan makanannya.
''Iyolah! Cuba sabar sikit. Tengok anak awak tu, mama.''
SETIBANYA sampai di sekolah, aku lantas menyalam papa dan meminta izin untuk masuk ke dalam. Langkah terus diatur menuju ke kelas. Usai sahaja nampak kelas yang berada tidak jauh dari keberadaanku, langkah semakin dilajukan.
Tok! Tok!
Pintu diketukkan sebanyak tiga kali sebelum aku menapak masuk. Aku berjalan menghampiri meja lalu beg diletakkan di atas kerusi. Bahagian atas meja aku lap menggunakan tisu basah bagi menghilangkan debu dan habuk di atasnya. Kemudian aku tunduk sedikit kepala ke laci sebelum tergamam seketika.
Ada coklat.
Coklat itu aku ambil lalu membeleknya depan dan belakang. Ada dua nota pelekat yang tertampal di bahagian depan coklat. Terdapat tulisan yang tertera di atasnya. Kedua-dua nota pelekat itu aku ambil lalu mula membaca ayat yang tertulis.
I'm sorry, Ifti. Sorry again okies for my fvcking wrong doing. Maybe aku
tak sedar but I just wanna say some apology okay.
Kemudian, nota pelekat mula beralih tangan.
Sorry if I hurt your feeling. Don't ever hate me okay. I wanna
see like previous Ifti that I know. Can you ^_^
Hujung bibirku ternaik sedikit. Terhibur dengan perbuatan Mikael. Nampak comel bila Mikael buat macam ini. Dengan nota pelekat dan coklatnya. Lantas disimpan 'hadiah' yang diberikan itu ke dalam beg. Kalau Alysa nampak nanti, mulalah menyibuk nanti.
Habis sahaja sesi persekolahan, masing-masing mula berpusu-pusu untuk balik. Tinggalah aku sendirian dalam kelas. Alysa awal-awal lagi dah beritahu aku dia nak pulang dahulu. Katanya, dia lapar dan ibu dia kebetulan masakkan makanan kegemarannya. Memang lajulah dia balik.
Aku menggeleng kepala mengingatkan itu.
Selesai sahaja mengemas barang-barang, beg kemudian digalaskan di bahu. Disebabkan aku orang terakhir yang berada di dalam kelas, aku bertanggungjawab untuk semuanya, Pintu mesti dikunci dan suis kipas dan lampu wajib ditutup. Yakin semuanya telah ditutup, bibir mengukir senyuman puas.
Langkah terus diatur menuju ke Foyer C. Ikutkan hari ini malas nak stayback. Tetapi disebabkan kerja sekolah yang diberikan cikgu terlampau banyak, terpaksalah stayback sekejap. Lagipun, mama ambil lambat sedikit hari ini.
Ada satu lagi sebab kenapa aku stayback.
Buku dibawa keluar dari beg dan diletakkan di atas meja. Tanpa membuang masa, aku mula menulis dan menyiapkan kerja subjek Sains. Habis satu subjek, aku meneruskan dengan subjek lain pula. Tak ada masa untuk bermain telefon atau buat benda lain.
Ting!
Ting!
Pemberitahuan dari telefonku mula berbunyi terus menghentikan perbuatanku. Sempat aku toleh kepala ke kiri dan kanan bagi memastikan tiada cikgu yang berada berhampiran. Lantas telefon dicapai lalu aplikasi Instagram dibuka.
a.mikael
Aku dah habis kelas.
Jap lagi aku datang.
Mesejnya aku balas sebelum menutup kembali telefon. Baru sahaja aku pegang, perut tiba-tiba rasa memulas. Cepat-cepat aku kemaskan sedikit barang dan mula menyimpan barang yang berharga di dalam beg.
Aku mula berjalan menuju ke tandas untuk melepaskan hajat. Tak ada tak ribut, tba-tiba sahaja perut memulas ini. Langkah semakin laju sebelum badanku ditolak kasar ke dinding secara tiba-tiba.
Tubuhku terus terhentak kuat lalu aku berdesis perlahan. Terus terlupa rasa sakit perut tadi. Kepala diangkat sebelum tergamam melihat pelaku itu. Wajah Arine yang bengis menyapa pandangan. Arine merupakan senior yang setahun lebih tua dari aku.
Pandangannya yang tajam menikam itu aku balas.
''Woi, perempuan! Kau ni memang tak tahu malu ke? Rapat-rapat dengan laki orang? Dengan ex aku pulak tu!'' tengking Arine sambil menolak bahuku berulang kali. Kening mula bercantum hairan. Otak cuba memproses apa yang dikatakan Arine itu.
Aku lantas menepis kasar tangan Arine apabila gadis itu mula bertindak agresif.
''Siapa?'' tanyaku pelik. Memang aku tahu pun siapa bekas kekasihnya itu.
''Mikaellah! Dia tu ex aku.'' Aku terdiam beberapa saat. Cuba menghadam kata-kata yang dilontarkan Arine. Terkebil-kebil aku memandang Arine dengan riak tidak percaya.
Sumpahlah, Mikael dengan perempuan ini?
'Terusnya taste kau, Mikael,' getus hatiku.
Aku berdeham seketika sebelum membuka mulut untuk membalas kata-katanya.''Oh, really? Then, kau tengah jealouslah ni?''
Wajah Arine sedikit terkejut apabila aku berani menjawab kata-katanya. Mungkin tak menyangka aku seberani itu. Dengan perempuan macam ini, tak boleh bagi muka.
''Obviously. Kau tu tak reti respect ke?" Arine menyilangkan kedua belah tangan sambil mata tajam merenungku. Hujung bibir ternaik sedikit. Kelakar mendengar ayatnya itu.
''For what? Kau tu ex dia je. Bukan girlfriend. Sedar diri sikit.'' Selamba aku membalas. Geram pula dengan perempuan ini. Suka hati sahaja mengaku diri itu bekas kekasih Mikael.
''So what? Kau tu penting sangat ke sampai Mikael tu terhegeh-hegeh dekat kau?'' Arine memandang aku atas dan bawah. Tergelak kecil aku dibuatnya.
''Thanks sebab cakap Mikael terhegeh-hegeh dekat aku. I take it as compliments,'' ujarku bersama senyuman sinis di bibir. Sengaja mengapi-apikan dirinya yang sudah terbakar itu.
''Kau ni... memang perempuan tak guna!'' Terus belakang tudung aku ditariknya kasar menyebabkan aku turut terundur ke belakang. Berkali-kali aku pukul lengan Arine menyuruh dia lepaskan. Gila betul perempuan ini!
Buk!
Aku menghela nafas lega apabila akhirnya dia lepaskan juga. Tubuhku berpaling ke belakang sebelum tergamam melihat kehadiran Mikael. Wajahnya kelihatan garang dan tajam memandang Arine yang sudah terduduk di lantai.
''Aku? Ex kau? Self-claim ke? Bukan kau ke tak malu sekarang ni?'' Penuh sinis Mikael menyoal Arine. Aku hanya diamkan diri sambil memerhatikan mereka berdua. Tak sangka pula Mikael boleh datang.
''Mikael, betullah kan? Kita pernah rapat before this. So, that means...''
''Wait, wait. Rapat tak semestinya couple. Dan tak semestinya aku suka dekat kau,'' balas Mikael dengan nada tegas. Membetulkan kefahaman Arine yang sudah salah itu. Aku mengganguk perlahan, setuju dengan Mikael.
Arine terus menghalakan pandangan ke arahku. ''Ke sebab dia? Kau hasut apa hah dekat Mikael?''
Arine berura-ura mendekatiku namun Mikael lebih pantas berdiri di depan. Menghalang Arine dari melakukan sesuatu. Hujung bibirnya terangkat lalu senyuman sinis terukir.
''Betullah, kan?''
''Ifti tak ada kaitan langsung. Stop delulu tak tentu pasal.''
Ah, sudah. Tiba-tiba jadi macam drama pula.
''Jom, Ifti.'' Suara Mikael menegur menyentakkan aku dari lamunan. Terkebil-kebil aku memandangnya sebelum membuntuti langkah Mikael yang sudah jauh ke depan. Sempat aku menjelirkan lidah ke arah Arine yang sudah terduduk di lantai itu.
SETIBANYA di Foyer C, Mikael menghentikan langkah secara mendadak menyebabkan aku hampir melanggar belakang badannya. Kemudian, dia pusingkan badan menghadap aku. Mulut tertutup rapat, menunggu Mikael mulakan perbualan.
''Ifti, aku nak minta maaf,'' ucapnya sambil menekur kepala ke bawah. Mungkin rasa bersalah lagi.
''Kau kan dah minta maaf. Kenapa nak minta maaf lagi?'' tanyaku pelik. Dia menggeleng kepala perlahan.
''Tapi hati aku still tak tenang selagi aku tak minta maaf depan-depan. I'm sorry again,'' ucapnya tetapi kini dengan nada yang lirih. Serba salah pula aku lihat. Aku mengganguk kepala dan mengarahkan dia mengangkat kepala.
Kami berdua saling berbalas senyuman.
Tiba-tiba dia mengarahkan aku menunggu sebentar sebelum hilang sekelip mata. Belum sempat aku bertanya, Mikael dah pergi dulu. Aku hanya akur dengan arahannya dan menunggu dia kembali.
Beberapa minit kemudian, Mikael hadir bersama dengan plastik di tangannya. Terus berkerut dahiku melihat perbuatannya yang sedang mengeluarkan dua cawan ice blended di dalam plastik tersebut. Selepas itu, ice blended chocolate diberikan kepadaku.
''Tanda minta maaf,'' beritahu Mikael sebelum menyedut ice blended yang berperisa vanilla itu ke dalam mulut. Aku tergelak kecil sebelum turut menyedut ice blended juga.
TBC
Vote and comments!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top