UWMA: 13
Hai, new chapter is done!
Enjoy your reading! 🤍
| Write: 100524 |
| Pub: 180524 |
UBAT-ubat yang berselerak di atas meja dipandang lama. Perbualan antara aku dan Mikael kembali terlayar di minda. Jadi betullah Mikael minat seseorang? Siapa? Patutlah semakin jarang dia nampak Mikael duduk di Foyer C.
Haih.
Aku gelengkan kepala berulang kali menepis semua andaian buruk yang mula hadir. Mungkin Mikael sibuk dengan kelas tambahan dan tusyen di rumah? Mana tahu, kan? Lagipun SPM makin dekat. Mesti dia nak belajar sendiri.
Setelah berjumpa doctor dua hari lepas, aku dinasihatkan untuk melakukan kerja-kerja yang ringan sahaja. Takut makin teruk pula nanti. Nak tak nak, aku hanya ikutkan sahaja. Diam-diam aku suka juga sebab tak payah bersusah payah untuk masuk acara.
Ting! Ting!
Bunyi notifikasi dari telefon mematikan lamunanku. Aku segera bangun lalu melangkah mendekati meja. Telefon yang diletakkan di atas meja dicapai dan kemudian mula membaca semua message yang dihantar tadi.
Alysa
Kau dah okey ke?
Aku nak ajak kau keluar sebenarnya.
Tanganku mula menaip bagi menjawab mesejnya itu. Selang beberapa saat, Alysa mula online. Aku sandarkan badan ke katil sambil menunggu Alysa membalas mesej yang baru aku hantar. Selesai sahaja membincang tempat dan masa, kami berdua berhenti dari saling membalas mesej.
Almari baju yang berada di depan aku pandang lama. Ini yang menjadi masalah sekarang. Aku tak tahu nak pakai baju apa. Kebanyakan baju yang berada dalam almari semuanya aku dah pakai dan baju tersebut pun dah ada dalam gambar. Okey, dah boleh bagi alasan untuk beli baju baru.
Aku melangkah mendekati almari lalu pintunya dibuka. Setiap helaian aku selak satu persatu sehinggalah perbuatanku terhenti pada satu dress ini. Penyangkut baju dibawa keluar dan dress itu aku letakkan di badan.
Okey, cantik lagi.
Tanpa membuang masa, aku terus menukar baju dan dress itu disarungkan ke badan. Kemudian aku bergerak ke meja solek. Laci yang terisi dengan semua alatan makeup aku buka. Kedua belah tangan disilangkan sambil merenung setiap foundation yang berada dalam laci. Nak buat look apa ye? Natural or heavy?
Jam tangan dikerling seketika sebelum aku mula mengambil foundation yang senang untuk blend. Dah lambat sebenarnya. Itu sebab aku memilih untuk memakai foundation yang ringan sahaja. Aku dah janji dengan Alysa untuk keluar bersama pada pukul 2:30 petang. Sekarang pun dah nak masuk pukul 2 petang.
Tangan lincah menyiapkan makeup di muka sehinggalah selesai. Perbuatanku terhenti seraya selesainya menyiapkan makeup. Senyuman lebar terukir di bibir apabila aku memandang wajahku di cermin. Puas dengan hasil tangan sendiri walaupun tidak sempurna seperti orang lain.
Aku mengambil sling bag yang digantung di belakang pintu sebelum mengatur langkah untuk turun ke bawah. Kelibat mama dicari dahulu untuk memberitahunya aku akan keluar sekejap lagi. Kepala ditolehkan ke kiri dan ke kanan sebelum bibir automatik mengukir senyuman seraya ternampak susuk tubuh mama yang sedang menyapu di ruangan dapur.
''Mama, Ifti nak keluar! Dengan Alysa tau,'' beritahuku setibanya mendekati mama. Tangan mama diraih lalu aku menyalam dan menciumnya. Kepala aku diusap lembut sebelum mama mengganguk kepala tanda mengizinkan aku keluar.
''Elok-elok, okay. Balik awal!''
Aku mengganguk kepala dan tangan dinaikkan
di kepala lalu ditabikkan persis polis.
''Aye aye captain!''
LENGAN Alysa aku rangkul sambil kami berdua berjalan beriringan menuju ke butik baju. Kata Alysa, dia nak beli beberapa helai baju. Jadi aku ikutkan sahaja kemahuannya nak pergi situ. Sampai sahaja di butik, aku lepaskan lengan Alysa dan dia pantas berjalan meninggalkan aku. Terkebil-kebil aku ditinggalkan seorang diri di sini.
Tak rilek betul perempuan ini.
Aku menggeleng kepala sebelum turut melangkah masuk ke dalam. Banyak helaian baju yang sudah disangkut kemas di setiap sudut. Rambang mata aku dibuatnya melihat setiap baju yang dijual di sini. Semua cantik-cantik!
Blouse yang bercorak bunga aku capai lalu aku pusingkannya ke depan dan ke belakang. Baju tersebut diletakkan di badan untuk melihat sama ada sesuai atau tidak. Bibir automatik dimuncungkan ke depan.
''Sesuai je dengan kau.''
Kedua belah aku sedikit terangkat apabila suara seseorang dari arah belakang menegur secara tiba-tiba. Aku pusingkan badan 180 darjah sebelum tergamam seketika. Mikael yang sedang memegang beberapa helai baju di tangannya menghampiri aku.
''Kau buat apa dekat sini?'' tanyaku dengan riak pelik. Dia tergelak kecil sebelum melibaskan sehelai baju ke mukaku. Terus aku terundur ke belakang disebabkan tindakannya. Nasib lembut je cara dia libas. Kalau kasar, memang dia libas balik si Mikael itu.
''Tengah kipas sate. Tak nampak?'' balas Mikael selamba sambil mengibaskan baju itu berkali-kali. Lantas aku menjulingkan mata ke atas mendengar perliannya itu. Sengajalah itu.
''Yelah, Mikael Ayden.'' Suara aku sengaja dileretkan tanda mengejeknya. Malas nak layan perangai loyar buruk lelaki ini. Buat sakit hati aje adalah.
''Beli bajulah, Ifti. By the way, kau sorang je ke ni?'' tanyanya sambil meliarkan pandangan ke sekeliling. Aku mengganguk kepala sebagai jawapan.
''Baju untuk siapa tu?" Bibir dimuncungkan ke arah baju yang berada di tangan Mikael. Dia seperti tersentak dengan soalanku. Perlahan-lahan baju itu disorokkan sedikit ke belakang badannya. Kening automatik tercantum hairan melihat tindakannya itu.
''Oh tak adalah. Ni ibu aku punya,'' balas Mikael sambil tersenyum. Rambut yang sedikit jatuh di dahi itu diselak ke belakang. Aku hanya mengganguk kepala sambil memerhatikan gerak gerinya yang nampak sedikit pelik. Body languange Mikael seperti menunjukkan dia sedang menipu.
Lagipun, butik ini menjual pakaian yang mengikut fesyen terkini. Memang khas untuk remaja-remaja yang suka akan fesyen. Sedikit hairan untuk ibu Mikael memakai baju sebegini. Namun aku diamkan sahaja pendapatku itu.
''Eh, Mikael.'' Alysa yang datang dari arah lain tiba-tiba mencelah. Tangannya dilambai-lambaikan kepada Mikael dengan teruja. Dia menolak aku sedikit ke tepi menyebabkan aku hampir sahaja mencium lantai. Namun Mikael lebih pantas memaut lengan aku sekali gus menyelamatkanku dari jatuh.
''Kau okey tak?'' tanya Mikael dengan nada risau. Aku melepaskan pegangannya lalu mengucapkan terima kasih. Dia hanya mengganguk kepala sebelum masing-masing diamkan diri. Alysa segera menerpa ke arahku dengan muka bersalah.
''Ifti, sumpah aku minta maaf, Aku tak sengaja.'' Dia menggosok lenganku sambil mulut tak henti-henti mengucapkan maaf. Aku hanya mengganguk kepala sambil menunjukkan simbol 'okey' kepadanya.
''Aku terexcited jumpa Mikael depan-depan. Sorry do,'' ucap Alysa dengan nada berbisik. Aku menjelingnya sebelum menjulingkan kedua belah mata ke atas. Tak dinafikan, kalau aku jadi Alysa pun aku buat benda sama. Mikael Ayden kut, siapa aje tak kenal dalam sekolah itu.
''Ifti, aku kena gerak dulu. Jumpa dekat sekolah. Bye and take care.'' Aku mengganguk kepala sambil tangan dinaikkan ke atas lalu melambainya. Senyuman dihadiahkan kepada Mikael. Dia turut membalas lambaian dan senyumanku sebelum berlalu pergi.
Pak! Pak!
Dahiku berkerut menahan kesakitan apabila Alysa yang berdiri di sebelah menepuk lengan aku dengan kuat. Dengan pantas aku jauhkan diri darinya sebelum lagi teruk aku kena. Membulat terus mataku melihat tindakan secara tiba-tibanya itu.
''Wey, Mikael pesan dekat kau tu. Bapak best gila! Kenapa dia tak pesan dekat aku jugak? Tak adilnya!'' rungut Alysa tidak puas hati. Bibirnya dijuihkan ke depan sebelum menyilangkan kedua belah tangan. Aku yang berada tidak jauh darinya dijeling.
Wah wah, dia jeling aku sebab Mikael aje? Rasa nak mengamuk pula tiba-tiba.
''Kau baliklah sorang. Malas aku layan,'' ujarku dengan nada mendatar. Baju yang hampir terjatuh aku betulkan. Kemudian aku berlalu pergi meninggalkan Alysa yang terpinga-pinga di situ. Padan muka dia!
''Eh, aku gurau je. Sorrylah, Ifti!''
TBC
Vote and comments! 🤍
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top