UWMA: 12

Hai, new chapter is done!

Enjoy your reading! 🤍

| Write: 090524 |

| Pub: 140524 |





MATAKU dibuka perlahan-lahan dan benda pertama yang menjengah pandanganku kini cahaya lampu dari arah atas. Aku bingkas bangun dan menyandarkan badan di katil. Aku memerhatikan sekeliling dengan wajah keliru.

Dekat mana ini?

Pintu bilik terbuka dari luar menyebabkan aku sedikit gelabah. Kepala pantas disentuh sebelum menghela nafas lega. Nasib baik memang dah pakai tudung. Tak adalah risau sangat kalau lelaki masuk tiba-tiba dalam bilik.

''Ifti, dah bangun?'' Tersentak aku dibuatnya sebelum mengalihkan pandangan ke arah Mikael yang sedang menghampiri katil. Di tangannya ada sebotol air yang berisi air kosong. Sedar aku sedang perhatikan botol tersebut, Mikael lantas menghulurkan kepadaku.

''Hah? Kenapa bagi aku?'' tanyaku pelik. Aneh-aneh sahaja Mikael ini.

''Doktor kata badan kau tu dehydrated. And kau ada injured dekat kaki tu. So kau tak boleh join any sukan sebulan or dua bulan. So, kau kenalah minum air masak banyak-banyak ye,'' balas Mikael dengan panjang lebar. Botol itu masih dihulurkan kepadaku. Aku megganguk kepala tanda faham sambil mulut membentuk 'oo'.

Lantas aku mencapai botol itu lalu penutup dibuka. ''Thanks.''

''You're welcome,'' balasnya.

''Ya Allah sedapnya air ni!'' Aku tersenyum puas sambil menunjukkan air tersebut kepada Mikael. Dia yang sedang melihat telefon itu mula berkerut wajahya.

''Air masak je kot. Dramalah kau, Ifti,'' balas Mikael dengan mata yang dijulingkan ke atas. Aku menjuihkan bibir melihat reaksinya. Tak sportinglah Mikael ini.

''Aku dekat mana ni?'' tanyaku sambil mata meliarkan ke sekeliling. Terdapat hiasan di dalam bilik ini. Sedikit tetapi tidaklah nampak kosong sangat. Aku pantas mengalihkan tangan ke perut apabila terdengar bunyi yang dihasilkan meminta untuk diisi.

''Bilik Kesihatan. Kau pengsan tadi,'' beritahu Mikael sambil mula bangun dan berjalan ke arah sofa. Kelihatan ada beberapa plastik di atasnya. Aku menjengulkan kepala sedikit untuk melihat perbuatan Mikael. Laju aku kembali ke posisi asal apabila dia menunjukkan tanda-tanda ke sini.

Okey, kan betul.

''Nah makan ni.'' Plastik yang kelihatan sedikit berat dengan barang di dalamnya itu aku pandang. Terkelip-kelip mata aku memandang Mikael dan plastik itu silih-ganti.

''Kenapa bagi aku?'' Soalan bodoh sengaja ditanyakan kepadanya. Mikael berdecit perlahan sebelum meletakkan plastik di sisi katil. Tangannya dicekak ke pinggang bersama dengan riak wajah kegeraman.

Erk, aku salah cakap ke?

''Kau tu sakit. Sedar sikit. Dengan perut berbunyi tadi pastu tanya lagi,'' ujarnya tidak puas hati. Aku hanya tersengih sebelum meminta maaf kepada Mikael. Plastik yang berada di sebelah dicapai sebelum aku membukanya dengan lebih luas. Terdapat dua kotak air Dutch Lady, roti dan juga coklat Cadbury!

''Oh my god, ada coklatlah!'' Coklat Cadbury itu aku bawa keluar sebelum menunjukkan kepada Mikael. Bibir lantas mengukir senyuman lebar.

''Thanks, Mikael,'' ucapku Ikhlas. Dia hanya mengganguk kepala sambil membalas senyumanku. Plastik yang melapisi roti itu aku buka lalu mula memasukkan ke dalam mulut.

''Oh ya, aku dapat nombor berapa tadi?'' Baru teringat yang aku sempat mengambil nombor sebelum jatuh pengsan. Dan selepas itu aku tak ingat apa jadi.

''Siot, pengsan-pengsan sempat lagi ambil nombor ye. Top 10 pulak tu.'' Membulat mataku seraya mendengar kata-kata Mikael. Lantas bibir ditarik mengukir senyuman lebar. Tak sia-sia aku push diri nak dapat juga nombor. Finally!

''Congratulitions, Ifti,'' ucap Mikael bersama senyuman di bibirnya. Aku terpana sekejap melihat dia yang sedang berdiri sambil memeluk tubuhnya bersama senyuman di bibir. Laju aku mengganguk kepala dan mengucapkan terima kasih.

Hensemnya, Mikael!

''Tak apa ke kau dekat sini?'' Aku menyoalnya dengan kerutan di dahi. Mana tahu orang itu nak pergi dating lagi. Mikael menghamburkan gelak secara tiba-tiba membuatkan aku terkebil-kebil melihatnya.

''Kau kenapa?'' soalku tidak puas hati. Aku ada buat kelakar ke?

''Nothing. It just your face... looks so innocent,'' balas Mikael dengan tawa yang masih tersisa. Aku menjulingkan mata ke atas lalu berura-ura untuk memukulnya. Dia pantas mengelak dan menjauhkan dirinya. Tak guna betul Mikael ini.

''Whatever!'' Malas aku nak melayannya. Telefon yang berada di tepi bantal segera dicapai lalu butang on ditekan. Lepas sahaja aku masukkan nombor pin, telefon berjaya diakses. Aplikasi Tiktok aku buka dan mula menatalnya ke bawah.

''Ifti.''

''Hmm.''

''Ifti.''

''Apa?''

Aku palingkan muka ke arahnya dengan kening yang bercantum.

''Kau... pernah suka dekat someone tak?''

Berubah terus wajahku seraya mendengar soalan yang terpancul di bibirnya. Kepala ditundukkan ke bawah bagi menahan rasa dalam hati. Lantas aku angkat kepala dan menghadiahkannya senyuman.

''Haha apa soalan kau ni. Semua orang mesti pernah ada crush, kan?'' Sengaja aku membalas dengan soalan. Cuba mengelak untuk menjawab pertanyaannya.

''Memanglah. It just aku nak pendapat kau. Kalau kau crush dekat someone tu, apa kau buat?'' Mikael mengulang sekali lagi soalan sambil memandang aku dalam-dalam. Pandangannya buatkan hati aku tak tenteram saat ini. Rasa nak lari aje sekarang.

Aku tarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. ''Kalau aku, aku akan ikut benda yang dia buat. Contoh, kalau dia suka anime, aku akan try tengok. So benda tu kita boleh guna as bahan topik untuk sembang dengan dia.''

''Kalau dia redflag?''

Aku mengerutkan kening. ''Macam?''

''I mean, dia kuat marah, kuat merajuk semua tu,'' balas Mikael. Aku menggeleng kepala menafikan penyataannya itu. Apa yang dia cakap itu tidak semestinya dikategorikan redflag.

''Tak semestinya. Perempuan memang perangai dia macam tu kecuali kalau dia dah start maki-maki kau. Tu kira redflag. Kalau merajuk, jealous semua tu tak pun. Normal je benda tu kalau dia suka dekat kau,'' terangku panjang lebar. Faham ke tidak Mikael itu dengan penjelasanku mengenai perempuan. Dia hanya mengganguk kepala berkali-kali sebelum membuang pandangan ke tempat lain.

''Kau cakap pasal siapa ni?'' Walaupun dah tahu ayat apa yang bakal keluar, aku masih bertanya lagi.

''Pasal kau.''

Terkelu lidahku mendengar kata-katanya itu. Mataku menatap wajahnya lama-lama. Jantung berdegup kencang apabila tiada sebarang reaksi dari wajahnya. Air liur ditelan kesat dan bibir digigit perlahan.

''Tak adalah, gurau je. Macam aku cakap tadi, aku nak pendapat kau je'' ujarnya sebelum menghamburkan gelak. Terus berubah wajahku apabila mendengar pengakuannya. Kedua bahu terus terjatuh dan bibir dipaksa mengukir senyuman nipis.

''Oh, betul-betul,'' balasku perlahan sebelum mula mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Dia turut melakukan benda yang sama. Skrin yang bercahaya itu aku biarkan terbuka. Fikiran sudah melayang jauh ke tempat lain.

''Waktu hari sukan nanti kau tak boleh join,'' beritahu Mikael secara tiba-tiba. Aku terus menghala pandangan ke arahnya yang sedang menunduk bermain telefon. Kening sudah bercantum hairan.

''Kau kan sakit. And then disebabkan injured kau tu, kau tak boleh join,'' terangnya lagi. Dia mula menutup telefon lalu diletakkan di tepi. Mikael menopang dagu menggunakan kedua belah tangan sambil matanya memandang ke arahku. Wajahku terus berubah rona dan pipi mula terasa panas.

Hensemnya Mikael buat macam itu!

''Habis tu nanti aku nak buat apa je? Siapa ganti aku nanti?" Soalan demi soalan ditanyakan kepada Mikael. Dia mula tergelak kecil. Dapat aku lihat dia terhibur dengan kekalutan aku yang tiba-tiba itu.

''Kalau macam tu, kau jadi penyokong aku jelah, Ifti. Boleh?''

Kelu lidahku untuk menjawab soalannya. Mulut seakan-akan terkunci dan tidak mampu untuk bergerak. Otak tak payah cakap, memang tak boleh berfikir langsung. Jari dicantumkan dan mula bermain antara satu sama lain bagi mengurangkan rasa debar.

Aku sentiasa jadi penyokong kau, Mikael.







TBC

Vote and comments! 🤍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top