UWMA: 1

Hai, new chapter is Sharelah dengan member korang about this book HALSHWLSHSJ. Okay tu je.

Enjoy your reading!

| 07022022 |










FOYER C yang sunyi itu aku pilih untuk mengulang kaji subjek yang aku rasa lemah. Tenang pun tenang untuk study. Buku subjek Sejarah yang berada di atas meja dipandang lama.

'Sekarang ni tak ada siapa ke yang nak datang sini? Aku nak tanya ni," rungutku perlahan. Kedua belah kaki dihayunkan sambil otak berfikir untuk selesaikan soalan yang tertera di buku tulis.

Tiba-tiba ramai senior mula menjejak kaki ke foyer. Ada yang datang untuk melepak, belajar dan tidur pun ada. Alahai, ada lagi 4 foyer kenapa foyer ini juga diorang pilih. Ramai-ramai ini rasa semak pula.

''Oi, pahal muka monyok tu?"

Kepalaku diangkat untuk melihat empunya suara itu sebelum mencebik bibir. Qaire mengambil tempat di depan aku lalu merampas buku tulis yang aku sedang pegang. Kurang ajar betul perangai.

''Soalan ni cane sia? Ajarkan aku," pintaku sambil mengerdipkan mata. Qaire je senior yang paling aku rapat dan sekepala. Otak dia kalau bergabung dengan aku memang meletop. Buku aku ditutup lalu Qaire memandang wajahku lama.

''Kau pahal? Tahulah muka aku lawa, tak payah nak pandang lama-lama," ujarku selamba. Qaire menayangkan muka menyampah sebelum berdeham.

''Aku tak reti do,'' kata Qaire sambil menggaru-garu kepala. Aku mengecilkan mata lalu menayangkan muka menyampah. Nampak sangat menipu. Soalan tingkatan 4 pun tak boleh jawab. Boleh dikatakan Qaire ini setiap tahun akan nampak muka dia dekat Hari Anugerah Kecemerlangan.

Itu tak reti?

''Tanyalah orang lain. Aku malas nak guna otak.'' Sejurus berkata, Qaire terus melangkah meninggalkan aku yang terpinga-pinga. Pandangan dilemparkan ke sekeliling sebelum mataku tertancap pada satu susuk yang tidak jauh.

'Diorang je nampak macam free,' gumamku sambil menghayunkan langkah menuju ke sebuah meja. Aku berdeham perlahan apabila tiada seorang yang menyedari kehadiran aku yang sudah lama ini.

Kedua belah lutut mula menggeletar seraya dua orang lelaki di depan aku mula memberikan tumpuan. Dahlah aku tak kenal siapa diorang berdua. Itulah kau, main tanya je!

''Yes?''

Aku mengangkat muka dan serta-merta lidahku terkelu untuk membalas pertanyaan lelaki tersebut. Pandangan redup lelaki itu membuatkan jantung aku berdegup kencang.

Relax!

"Erm, boleh ajarkan?" tanyaku sambil berpura-pura menggaru kepala. Kawan lelaki itu mencerun tajam setelah aku meluahkan hasrat ke sini. Belum sempat lelaki itu ingin membalas, aku terlebih dahulu mencelah.

"Jangan salah faham. Aku dah tanya dekat Qaire tapi dia suruh tanya korang," terangku dengan cepat. Tak pasal-pasal nanti aku kena tuduh menggatal pula. Dahlah mulut murid perempuan dekat sekolah ini boleh tahan juga pedas dia.

"Ouh, duduklah situ," pelawa lelaki itu sambil menunjukkan kerusi kosong di depannya. Maka sesi mengajar pun bermula. Aku mula menumpukan perhatian terhadap penerangannya.

Tepat sahaja pukul lima petang, aku mula mengemas barang dan memasukkannya ke dalam beg. Aku merengangkan badan seketika bagi melegakan bahagian yang lenguh.

''Aduh, aku lupa sia nak cakap thanks dekat dia! Nama pun tak tahu," rungutku kesal. Aku mengetuk kepala berkali-kali atas kecuaian diri sendiri. Malas nak berlama-lama di foyer, beg sekolahku digalas di bahu lalu mengorak langkah menuju ke luar sekolah.

"Eh, Daniel!'' tegurku dengan suara yang lantang. Alang-alang dah terserempak dengan Daniel, why not aku tanya terus?

''Lelaki yang ajar aku tadikan, kau tahu tak nama dia?" soalku dengan nada yang sedikit teruja. Wajahku cuba dikawal tenang. Tak naklah nampak sangat teruja itu.

''Siapa? Manalah aku tahu kau belajar dengan siapa,'' balas Daniel sambil menjulingkan kedua belah mata.

''Alah, kau ada dekat foyerkan tadi? Asal tak tahu pula,'' bidasku geram. Sebab Daniellah, si Qaire itu malas nak ajar aku. Dasar!

''Memang aku fokus dekat kau pun,'' sindir Daniel selamba. Bibirku diketap geram sambil anak mata mencerun tajam wajahnya. Berikanlah kesabaran terhadap diriku ini, ya Allah!

''Alah kau ni, lelaki yang rambut depan dia tu macam jatuh sikit dekat dahi. Dia pengawas and pakai baju kemeja. Lengan baju dia lipat sampai siku." Aku menerangkan ciri-ciri lelaki itu kepada Daniel dengan penuh semangat. Perasaan ingin tahu itu membuak-buak.

''Oh, Mikael?"

Terkebil-kebil aku mendengar nama asing yang disebut Daniel. Oh, nama dia Mikael ke? Sedap betul nama.

''Kalau betullah apa yang kau cakap tu, betullah dia. Nama dia Mikael Ayden. Form 5,'' beritahu Daniel lagi. Aku mengganguk-angguk kepala sambil mulut membentuk 'O'.

''Dah, aku nak balik,'' pamit Daniel sebelum mengorak langkah menuju ke tempat letak motor. Aku turut berjalan ke luar sekolah dan tepat pada waktu itu mama sudah datang.

Alhamdulillah!































SETIBANYA di rumah, aku memberi salam dulu sebelum melangkah masuk ke dalam. Itulah adab yang mama selalu pesan dekat aku. Kalau tak buat, satu malam beb kena bebel. Tak sanggup!

Telefon yang berada di atas meja pantas aku capai lalu mula membuka aplikasi Instagram. Username seseorang aku cari dan menekan pengikutnya. Jari aku laju scroll untuk mencari username seseorang.

Yes, jumpa!

''Oh, a.mikael,'' sebutku perlahan. Senyuman lebar serta-merta terukir di bibir apabila idea nakal mula bermain di fikiran.

Butang message aku tekan dan dengan lafaz bismillah, aku mula mengajaknya berborak. Tak sampai seminit, Mikael membalas message aku.

Wey, cepatnya!

a.mikael
Hai! Btw, sama-sama ye.

l.ifti
Sorry aa macam menyusahkan kau. Qaire punya pasallah ni 🙄😬

a.mikael
HAHAHAA tak delah. Kacang je soalan tu *senyum bangga*

l.ifti
Eleh kau form 5 bolehlah jawab tch 🥲🧎🏻‍♀️

a.mikael
Tak delah, kau je yang kena usaha lebih. Soalan dia kira basiclah tu 👍🏻

Aku berhenti seketika daripada menaip. Otak cuba mencerna kata-kata Mikael. Keluhan berat serta-merta meluncur keluar dari mulut. Soalan basic Mikael kata? Punyalah susah aku nak cari jawapan alih-alih dia cakap soalan itu soalan basic je.

Budak pandai sahaja cakap macam itu.

a.mikael
Nanti roger je okay kalau tak faham apa-apa.

l.ifti
okay cikgu!

a.mikael
Alahai, btw esok kau study lagi ke? Aku bosan do.

l.fti
Hari-hari aku study ye. Kau je tak pernah muncul dekat foyer tu ngeh.

a.mikael
Oh ye ke HAHAHA. Btw kan, esok ada festival hari kantin. So kau boleh pakai baju sukan.

l.ifti
Woah, thank you bagi tahu! Tapi cikgu tak cakap apa-apa pun.

a.mikael
Aku tahulah aku pengawas. Semua information ada dekat aku.

l.ifti
Hek eleh mamat ni.

a.mikael
Okaylah, dah azan maghrib woi. Aku nak solat. Chaw lu! Bye budak kecik.

Aku menutup telefon lalu merebahkan badan di atas katil. Mata menatap siling yang menghias pandangan aku. Senyuman lebar terukir di bibir apabila teringat setiap chat yang diberikan Mikael.





TBC

Teruskan menyokong UWMA ❤️🤍

| read, vote and comments |

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top