6 | mickey
"Jom lah kita menginap di rumah Hoseok hyung" cadang Jimin pada sahabatnya yang sudah tinggal 2 orang.
Jin dan Hoseok saling berpandangan antara satu sama lain.
"Betul tu , boleh juga kita saling melindungi" sokong Hoseok.
"Risikonya mungkin berkurang" tambah Jin lalu mereka bertiga bersetuju untuk menginap di rumah Hoseok.
Mereka bergegas ke rumah masing2 untuk mengambil pakaian untuk di salin.
Jin masuk ke dalam biliknya untuk mengemas pakaian.
Jin memandang keluar tingkap biliknya dan memandang bilik Jungkook.
Bilik Jungkook ditutupi kain hitam dan garisan label polis terlekat di dinding luar bilik Jungkook. Begitu juga dengan bilik Namjoon dan Yoongi.
Apa yang menyebabkan kematian mereka ? Betul ke kematian mereka ada kaitan dengan game tu?
"Betul ke... di sebabkan hal tu menyebabkan Taehyung bunuh diri?" Gumam Jin.
Jin cuba mengingati kejadian setahun yang lalu.
***
09 November 2014
Phone Jin berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Jin perlahan bangun dari tidurnya dan meraba katil mencari phonenya. Ternyata Jimin yang menelefonnya.
[ Jin hyung , ni aku Jimin! Cepat buka youtube , dan search Kim Taehyung , sekolah kita hangat dengan video tu! ]
Jin membuka laptopnya dan membuka youtube lalu search apa yang disuruh Jimin.
Jin amat terkejut melihat video yang telah di upload seseorang
***
"Hoseok-ah!" Jin terus menekan loceng rumah Hoseok beberapa kali namun tiada tanda-tanda ada yang ingin turun membuka pintu.
"Aish...mana Hoseok hyung" keluh Jimin.
Pintu perlahan terbuka lalu Hoseok berada di muka pintu sambil menggaru kepalanya. Rambutnya kusut.
"Ah , Mianhe... aku tertidur tadi" jelas Hoseok.
"Mana omma dan appa kau?" Soal Jin.
"Kerja di Jepun" balas Hoseok singkat lalu menyuruh Jin dan Jimin masuk ke dalam rumahnya.
"Hyung! jam 11 malam ni ada bola!" Kata Jimin lalu menghempas tubuhnya di atas sofa. Jin melirik jam tangannya , baru jam 8 malam
"Jeongmal? Rasanya aku tak tengok lah... aku mengantuk sangat ni" kata Hoseok sambil menguap.
"Ouh , takpe la , Jin hyung boleh temankan" kata Jimin.
Hoseok mengangguk " Aku dah sediakan tempat tidur untuk korang , jadi kalau nak tidur masuk bilik tiga tingkap atas , berseronok lah ye" kata Hoseok sambil melambai tangan lalu naik ke tingkap atas.
Setelah bayangan Hoseok tidak kelihatan.
"Ugh..biasanya rumah Hoseok banyak makanan" kata Jimin lalu menuju ke dapur.
Jimin membuka almari "Erk..k..kosong?"
Jin hanya ketawa "Jimin, kau ambil makanan dalam beg tu aku da bawa" kata Jin.
Jimin mengambil beg yang ditunjuk Jin .
Jimin membuka beg itu
"Yeah! Makanan ringan!"sorak Jimin.
***
Jin dan Jimin yang masih terjaga sampai jam 12 malam.
Mereka asyik menonton bola , Jin berbaring di sofa manakala Jimin duduk di atas lantai sambil makan makanan ringan.
Kejadian yang aneh tiba-tiba muncul.
Tingkap yang asalnya tertutup dengan rapat tiba-tiba terbuka luas.
"Hyung!" Jimin lantas melompat naik ke atas sofa.
Jin bangun lalu menuju ke tingkap itu.
Angin yang kuat menyerpa muka Jin
Jin menutup kembali tingkap itu.
"Gwenchana , angin je" kata Jin lalu menuju ke arah sofa.
Jimin masih ketakutan, matanya memandang kiri kanan.
Peluh dingin mula turun dari dahinya apabila matanya terpandang sesuatu
"H-hyung" dengan gementar Jimin menarik lengan baju Jin.
"Apa lagi?" Soal Jin berasa terganggu.
"T-tu..."Jimin menunding jarinya ke arah dapur yang gelap tidak dibuka lampu.
Terdapat satu bayangan yang masuk ke dapur.
Jin menelan air liurnya , macam bayangan manusia.
Jin meletakkan tapak kakinya di lantai rumah Hoseok.
Ia memberanikan diri menuju ke dapur.
"Hyung! Kat tangga!" Jerit Jimin apabila Jin hampir sahaja menekan suis lampu dapur.
Jimin memberanikan diri menaiki separuh dari tangga di ikuti Jin dari belakang.
"Tadi ada kat sini" kata Jimin hairan.
"Mungkin ilusi" kata Jin lalu melihat pintu bilik Hoseok yang terbuka.
"Mana Hoseok?" Pelik Jin apabila Hoseok tiada di dalam biliknya.
Terdengar bunyi bising di salah satu stor dari bilik penghujung. Jin dan Jimin terasa curiga lalu menuju ke stor itu.
"Hyung?" Sapa Jimin apabila melihat Hoseok sedang menyelerakkan barang di dalam stor.
"Apa yang kau buat?" Soal Jin.
"Aku cari tikus" kata Hoseok sekilas memandang Jin dan Jimin yang berada di muka pintu.
Lalu menyambung menterbalikkan barang-barang.
"Cari tikus? Buat apa?" Soal Jin lagi pelik dengan Hoseok.
Hoseok dengan tiba-tiba berhenti.
"Aku perlukan ni" kata Hoseok lalu mengangkat seekor tikus boleh tahan besar , Hoseok memegang penghujung ekor tikus itu.
Tikus itu meronta-ronta.
"T-tikus?" Kata Jimin.
Hoseok mengangguk kepala lalu masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu.
"Ternyata bayangan tadi Hoseok...menakutkan betul" kata Jin lalu turun ke bawah bersama Jimin.
***
Mereka kembali ke sofa menyambung tengok bola.
"Hyung" Jimin memanggil lagi
"Hurm.."
"Hyung tengok Hoseok?" Soal Jimin
"Dia masuk dalam bilik dia balik" kata Jin.
"Tak ..mata dia" kata Jimin lagi
Jin terdiam.
"Tatapan mata dia sama dengan Yoongi hyung" kata Jimin.
citt....citt...
"Jap..bunyi apa tu?" Soal Jin perlahan.
"Bunyi..tikus?" Teka Jimin
Jin mengangguk laju.
Bunyi tikus kuat kedengaran dari tingkat atas bilik Hoseok , Jimin dan Jin lantas menuju ke bilik Hoseok.
Sial. Pintu biliknya terkunci.
Jin menghentam pintu Hoseok dengan badannya.
"Hoseok-korban-seterusnya!!" Kata Jin setiap kali tubuh Jin menghentam pintu , dan dengan bantuan tubuh Jimin juga menghentam pintu , pintu akhirnya terbuka membuatkan Jin dan Jimin terdorong masuk ke dalam.
Kelihatan Hoseok hanya berseluar tidak berbaju berdiri di tengah-tengah biliknya.
Jin memandang laptop di atas katil Hoseok yang bernyala , dia main game tu.
"Korang..." suara Hoseok kedengaran perlahan.
Jin dan Jimin memandang Hoseok dengan perasaan curiga , tiada apa-apa yang berlaku pada Hoseok.
Dengan tiba-tiba mata Jimin memandang perut Hoseok yang bergerak.
"A-apa dalam p-perut hyung?" Soal Jimin mula ketakutan.
"Ti..tikus" kata Hoseok lalu tersembur darah keluar dari mulutnya.
"TIKUS?!" Jin dan Jimin serentak menjerit.
Perut Hoseok semakin kuat bergerak dan seperti ada benda yang akan tembus keluar dari perutnya.
Tiba-tiba sahaja perut Hoseok berlubang kecil dan makin lama makin besar.
Muncullah satu kepala dari perut Hoseok , ternyata itu adalah kepala tikus yang cuba berusaha untuk keluar dari dalam perut Hoseok.
Hoseok rebah di atas lantai.
Tikus itu bukan seekor tapi dua ekor , satu ekor telah keluar dari perut Hoseok dan seekor lagi masih merobek isi perut Hoseok.
Jimin terduduk di lantai
"Hyung!!" Jeritnya dengan air mata laju mengalir.
"S..siapa..upload..v-video..tu..?" kata-kata terakhir Hoseok dengan suara tersekat-sekat.
Jin menggeleng perlahan , dia juga turut terduduk di lantai sambil menangis.
Hoseok menghembus nafas terakhir ya apabila melihat Jin menggeleng kepalanya.
Jimin memandang Hoseok yang sudah tidak bernyawa.
"Aku...aku tak..aku tak tahu Hoseok" kata Jin perlahan sambil menutup mukanya.
***TBC
Hanya tinggal dua orang lagi , korang rasa pelik ke sebab tiba2 ade tikus dalam perut Hoseok?
Hurm..nantikan chap seterusnya .. kalau korang macam dah agak2 macam mana tikus tu ade dalam perut Hoseok komen la .. saya nak tahu apa yang korang fikirkan
Jimin.. atau Jin yang upload video tu? Muahaha..nanti akan terbongkar
Vote [/]
Comment [/]
KsJin_Taehyung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top