3 | the blender
***
ESOKNYA
Mereka berkumpul di sebuah taman dan berbincang tentang apa yang berlaku semalam.
"Aku tak habis fikir macam mana dia padamkan semua lampu di bilik kita secara serentak" kata Hoseok sambil memicit batang hidungnya.
"Mungkin juga memang takda elektrik time tu" kata Namjoon berfikiran positif.
"Tak lah hyung! Hanya bilik kita je lampu terpadam , di luar bilik ada elektrik" kata Jimin sambil disokong Hoseok.
"Pintu bilik aku pun terkunci masa tu , padahal aku tak kunci pun pintu" tambah Hoseok.
"Aigoo..jangan percaya hal tu-" belum habis Namjoon bercakap , Jimin sudah memintas "Hyung kena percaya! Selama ni tu adalah Taehyung! Roh dia yang tak tenang! Bukan hacker!" Kata Jimin sambil menggoncangkan tubuh Namjoon.
"Dah la" Jin meleraikan pergaduhan di antara Jimin dan Namjoon.
"Yang kita patut buat adalah -- ya! Jimin! Kau nak pergi mana?" Soal Jin apabila Jimin mula bangun dan hendak pergi dari situ.
"Nak pergi dari sini , hidup aku dah tak tenang" kata Jimin lalu pergi dari situ mencari ketenangan.
"Dia betul-betul percaya dengan game gila tu?" Seloroh Namjoon sambil memandang Jimin yang berlalu pergi.
"Hyung! Nak ikut!" Jungkook berlari mengejar Jimin lalu di ikuti Hoseok.
"Diaorang percayakan game tu" kata Jin.
***
MALAM
Park Jimin;
Macam mana ni? Aku dah ketakutan
Mereka ber-enam membuat satu group baru , hanya mereka ber-enam.
Hanya akaun Taehyung yang mereka tinggalkan di group lama.
Kim Namjoon;
Dia tak dapat masuk sinilah Jimin.
Park Jimin;
Macam mana kalau dia boleh masuk?
Kim SeokJin;
Aish Jimin , kalau takda siapa yang invite dia , dia tak masuk punya.
Jeon Jungkook;
Hyung penakut~
Jung Hoseok;
Dia memang pengecut.
Min Yoongi;
Boleh diam tak? Aku nak tidur ni.
Jung Hoseok;
Woa..Yoongi hyung typing sambil tidur .. ganas~
Min Yoongi;
Tu sebab korang bising! Asyik berbunyi je notification.
Kim SeokJin;
Jangan bergaduh la.
Jung Hoseok;
Nae~
Mereka asyik berchat sehingga hal akaun milik Taehyung melayang begitu saja.
Seperti biasa mereka akan ber-chat dan ber-videocall hingga lewat malam.
Namum , muncul satu ketegangan di antara mereka.
Kim Taehyung;
Asal korang tak invite aku di group baru ni?
Jin membulatkan matanya apabila melihat ada tujuh member di group itu dan mendapat pesanan dari akaun Taehyung.
Siapa yang invite dia ke dalam group ni?
Jin mendapat satu panggilan video call dari group itu.
Jin tidak menjawab panggilan itu tetapi layar video call sudah muncul di hadapan skrin laptopnya , sahabat yang lain juga begitu dan berserta dengan kotak hitam milik akaun Taehyung.
"Ya! Aku tak tekan apa pun!" Jerit Jimin yang sudah merasai hawa dingin.
Jin memandang jam di laptopnya , sudah jam 12 malam.
Kim Taehyung;
Jom kita berseronok, game bermula.
Akaun Taehyung menghantar pesanan chat , tapi kenapa dia membuat video call kalau dia hendak berchat ?
Kim Namjoon;
Sial! Game bodoh apa yang kau cakap sejak semalam ha?! Aku terkecuali dalam game bodoh kau tu! Sial!
Maki Namjoon , lalu notification keluar dari group itu yang menyatakan bahawa Namjoon sudah log off kan akaunnya.
Jimin mengigit ibu jarinya , ia dapat merasakan ada hal yang tidak baik akan berlaku.
Hampir 10 minit berlalu namun tiada siapa yang bersuara dan menghantar chat.
Akaun Taehyung juga begitu , tidak memberi sebarang respon.
Namun , Namjoon tiba-tiba log in akaunnya. Semuanya diam tidak bersuara.
Kim Taehyung;
Game baru je bermula dan Namjoon hyung dah melanggar peraturan.
Pesanan itu membuatkan kelima orang itu ketakutan. Kemudian Namjoon join video call bersama mereka dan petak muka Namjoon keluar.
Yang dihairankan mereka adalah Namjoon membawa sebuah blender bersamanya.
"Ya! Hyung! Jangan bergurau la , dah malam!" Kata Jungkook melihat tingkah laku pelik Namjoon.
Namjoon tidak membalas , dia hanya memandang blender yang berada di tangannya dengan tatapan kosong.
Tangannya meraih kabel blender itu dan menyambung di plug di dalam biliknya.
Namjoon menekan punat mesin blender itu dan mata tajam blender itu berputar dengan kuat.
Apa yang Namjoon ingin blender?
"Ap-apa kau buat Namjoon?" Soal Hoseok menatap petak muka Namjoon.
"TOLONG AKU!!" Jeritan Namjoon mengejutkan mereka dan tiba-tiba petak muka Namjoon gelap gelita , tidak nampak apa-apa pun.
"Apa? Apa yang berlaku?!" Jin memegang kemas laptopnya.
"Namjoon hyung!!" Panggil Jimin pula.
Kemudian petak Namjoon hidup kembali dan terjadi benda yang mengejutkan mereka.
"Namjoon , Namjoon!"
"TOLONG!!"
Namjoon memasukkan tangan ke dalam bekas blender itu sedangkan mata pisau tajam blender itu masih berputar laju.
Sudah sampai separuh lengan Namjoon dikisar menampakkan tulang dan darah yang sudah menjadi air di dalam bekas blender.
Namjoon menjerit kesakitan dan terdengar dia meminta tolong.
Tubuhnya seperti dirasuk tetapi dia masih sedar apa yang berlaku dan merasa kesakitan itu.
Namjoon tak mahu tapi tangannya berada di dalam tu.
Namjoon mengeluarkan tangan kanannya yang sudah hancur sehingga ke lengan , lalu di masukkan tangan kirinya dan terpercik darah di petak muka Namjoon itu.
"Tak...tak.." Jimin sudah menangis , ia menutup matanya tidak sanggup lihat apa yang berlaku.
"Hyung.." luruh suara Jungkook hampir menangis melihat nasib Namjoon , Jungkook menutup mulutnya.
"Namjoon!" Hoseok menjerit nama Namjoon tetapi sudah tiada gunanya kerana kedua tangan Namjoon sudah hancur.
Yoongi diam menyaksikan kejadian penyiksaan diri itu , sahabatnya hampir membunuh diri sendiri.
Sementara itu Jin berusaha menghubungi polis.
***
Namjoon sudah tewas semasa menuju ke hospital.
Namun sempat Namjoon berpesan kepada sahabatnya.
'Teruskan bermain game tu , yang penting adalah kejujuran'
Abu mayat Namjoon dihanyutkan di sungai Han.
Kes kematian Namjoon dicatatkan kes bunuh diri oleh pihak polis.
Jin menceritakan kejadian itu pada pihak polis namun tidak ada satu pun percaya , Jin juga di anggap gila oleh salah satu anggota polis.
Keluarga Namjoon juga entah percaya atau tidak.
"Sabar hyung" Jungkook menenangkan Jin yang sedang bersedih. Mereka kini tinggal berlima.
"Aku harap Namjoon tenang di sana" kata Jin sambil memandang air sungai Han yang mengalir tenang , begitu juga dengan Jungkook , Hoseok , Jimin dan Yoongi.
"Aku rindukan Namjoon hyung" gumam Jimin.
"Aku pun" sahut Hoseok lalu mengeluh.
"Dan juga Taehyung.." luruh lagi suara Jimin yang penuh kesedihan.
Yoongi hanya diam , sebenarnya dia amat bersedih dengan Namjoon yang sudah pergi buat selamanya.
Phone milik Yoongi bergetar , dia mula mengeluarkan phonenya dari poket seluar dan membuka pesanan dari app Skypenya.
Kim Taehyung;
Who's next?
***
Taehyung dah tanya siapa seterusnya , siapa agaknya?
Yoongi si mulut besar?
Jimin yang lemah semangat?
Hoseok?
Jin?
Atau si maknae kita?
Vote [/]
Comment [/]
itsmaniesa
~editing
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top