2| game beginning
***
"Aku sikit pun tak takut" acuh Yoongi memintas Jin yang belum habis bercerita.
"Hyung! Dengarlah Jin hyung habis cerita dulu , aish" kata Jungkook.
"Lepas bunyi tembakan tu , korang semua menunduk sebab terkejut dan aku sorang je yang tengok darah banyak keluar di kotak pemanggil tu" cerita Jin lalu meneguk sebotol air mineral di tangannya.
"Aduh..aku Jadi makin takutlah" kata Jimin lalu memeluk erat Hoseok.
"Haha , penakut kau ni Jimin" perli Hoseok.
Jimin semakin memperkuatkan pelukannya.
"JIMIN!AKU TAK BOLEH BERNAFAS!" Jerit Hoseok sambil tangannya berusaha untuk melepaskan pelukan Jimin.
"Betul ke tu?" Soal Namjoon masih teragak-agak dengan cerita Jin
Jin mengangguk kepalanya.
"Tu mungkin effect Skype" kata Yoongi.
"Sejak bila pula Skype ada effect darah keluar macam tu? Skype mana ada effect macam tu" kata Jungkook.
Semua memandang Yoongi.
"Hurm , mungkin akaun Skype dia versi baru ... aishhh yang korang takut sangat ni asal ha?" Soal Yoongi.
"Dah la , buang masa cakap hal yang tak berfaedah macam ni" tambah Yoongi lagi lalu keluar dari kantin meninggalkan mereka ber-lima.
"Tapi aku memang pelik dengan akaun tu , misteri betul" kata Namjoon.
"Aku pun" sokong Jungkook.
"Ish , aku tak nak terikut ngan korang" kata Jimin.
"Penakut" perli Hoseok lagi.
"Hyung!" Jimin memeluk Hoseok lagi.
"JIMIN! GILA!" Marah Hoseok.
"Jom kita cuba call dia , aku pernah call dia tapi tak angkat " ujar Jungkook lalu mengeluarkan phonenya.
"Ouh? Dari mana kau dapat nombor dia?" Soal Jin.
"Tu senang je" kata Jungkook.
Jungkook mencari contact yang bernama Unknown.
Dan lantas menghubunginya , Namjoon dan Jin menunggu si pemanggil manakala Jimin dan Hoseok sibuk bertengkar di belakang.
"Dah lima minit kita tunggu dia tak angkat pun"kata Namjoon mula bosan.
"Kita end-kan dulu" kata Jungkook lalu jarinya di halakan di skrin merah namun cepat-cepat di tempis Jin.
"Dia angkat" kata Jin.
Jungkook mula membuka hold speaker supaya suara kedengaran kuat.
Namun tiada sebarang suara yang keluar.
"Aish, dia main-main! Cakaplah!" Bentak Jungkook.
"Aku akan cari siapa yang upload video itu"
Pi...
Mereka bertiga diam , suara itu seperti mereka kenal tapi kata-kata yang dia ucapkan tadi membuatkan mereka bertiga diam buat sementara.
"Kau kenal suara tu?" Soal Namjoon.
Jin dan Jungkook serentak menggeleng.
"Okay! Aku dah muak dengan si akaun bodoh ni!" Namjoon menolak meja kantin kasar lalu mengambil begnya dan mengeluarkan laptopnya.
"Kita videocall dengan dia" Namjoon membuka laptopnya. Jin dan Jungkook menunggu rancangan Namjoon seterusnya.
Satu notification masuk dari aplikasi Facebook.
Namjoon membuka notification itu.
Kim Taehyung like your photo.
Mereka saling memandang antara satu sama lain.
Namjoon klik notification itu dan muncul-lah gambar mereka bersama yang masih lengkap tujuh orang , yang hairan adalah gambar Taehyung yang berada di sebelah Yoongi tidak dapat di-direct padahal Namjoon sudah men-tagkan nama Taehyung.
"Sekarang 'orang' itu hack akaun facebook Taehyung pulak" ujar Namjoon.
***
Jinjja? Aish , Kenapa Taehyung tak dapat direct?" Jin mengarahkan pointer mouse ke arah gambar Taehyung dan hanya muncul 'unnamed'.
"Siapa dalang semua ni?" Pelik Jin lalu memicitkan kepalanya.
'Satu pesanan masuk'
Terdapat notification pesanan dari akaun facebook Jin. Jin membuka pesanan itu.
'Kim Taehyung'
Jin membulatkan matanya , dia tidak percaya yang orang tu menghantar pesanan kepada Jin.
Perlahan Jin membaca pesanan itu.
Kim Taehyung;
Jin hyung , siapa yang upload video tu?
Jantung Jin berdegup kencang , dengan cepat pointer mouse menuju ke shortcut Skype. Jin membuat videocall namun hanya lima sahaja yang muncul , Yoongi belum kelihatan.
"Wae hyung?" Soal Jimin.
"A-aku dapat pesanan dari ..." Jin berkata dengan tersekat-sekat kerana terasa hawa dingin sekelilingnya.
"Siapa?" Soal Namjoon.
"Hacker akaun Taehyung" kata Jin.
"Jinjja? Apa dia cakap hyung?" Soal Jungkook.
"Ya! Dah la .. menakutkan" keluh Jimin.
"Dia cakap 'siapa yang upload video itu' " kata Jin
Semua terdiam.
"Aku tak nak balas" jawab Jin lalu log off akaun facebooknya.
"Asal tak nak?" Yoongi tiba-tiba muncul.
"Biar aku balas kalau kau tak nak" kata Yoongi berani.
"Hacker itu macam bahaya Yoongi" kata Jin.
"Dia tu manusia , apa dia boleh buat ? Bunuh kita?" Kata Yoongi.
"Macam mana kalau dia tu bukan manusia?" Soal Jimin.
"Bodoh , jadi dia tu kucing yang pandai main facebook dan skype?" Soal Hoseok membuatkan Namjoon ketawa kuat.
"Aniy..Macam mana kalau hantu? Kau percayakan?" Soal Jimin.
Semua terdiam.
"sial , takdelah makhluk yang nama hantu tu" kata Yoongi meremehkan hal seperti itu.
Jin memandang jam di dindingnya sudah lepas jam 12 malam.
Kim Taehyung;
Hey guys , whats up!
Mata Jin membulat apabila satu mesej masuk dalam group itu melalui akaun lama yang sudah setahun tidak diguna dan itu milik Taehyung.
"Hacker tu kirim mesej pada kita" bisik Jungkook di dalam petak yang menunjukkan mukanya.
Kemudian akaun Taehyung call mereka untuk membuat video call tanpa ragu-ragu Namjoon menjawab video call itu.
Hasilnya sama iaitu petak yang sepatutnya ada wajah Taehyung hanya gelap gelita.
"Mungkin dia suruh kita menyerah" kata Hoseok.
"Okay guys , everybody put your hands up" arah Namjoon lalu mengangkat kedua tangannya di atas dan yang lain juga mengikuti perbuatan Namjoon.
"Hey , ini aku lah Taehyung .. kawan lama korang" tiba-tiba akaun itu menghantar voice kepada mereka.
Jenis percakapan , suara itu . Mereka mengenali suara itu , itu adalah suara Taehyung yang sudah lama mereka rindui.
Sayangnya petak itu masih kosong dan gelap.
***
Malam esoknya di jam yang sama , entah apa yang menggerakkan hati Jin untuk membuka akaun Skypenya.
"Jangan cakap yang akaun Taehyung cuba call kita" Hoseok dengan muka letihnya berkata.
"Aku rasa kita dipermainkan oleh roh Taehyung" kata Jimin.
"Dia tu orang Jimin! Semalam mungkin suara rakaman Taehyung yang lama" kata Namjoon.
"Suara semalam tu macam bukan suara rakaman la hyung" Jungkook bersuara.
Kim Taehyung;
It is 12.03 am!
Akaun Taehyung menghantar mesej ke dalam group mereka.
Kim Namjoon;
Aku merayu tolong tunjukkan muka kau yang sebenar.
Belum ada jawapan dari akaun Taehyung.
Beberapa minit berlalu.
Kim Taehyung;
Kau yakin Namjoon hyung?
Kim Namjoon;
Aku yakin dan aku serius.
Jin dan yang lain tidak percaya dengan Namjoon yang berani , Jin juga tidak yakin macam mana kalau orang itu sememangnya hantu?
Kim Taehyung;
Wanna play a game , guys?
Kim Namjoon;
Sial! Jangan banyak helah la bodoh!
Kim Taehyung;
Arasseo , light off !
Secara tiba-tiba semua lampu bilik mereka masing-masing terpadam secara serentak , hanya cahaya laptop sahaja yang menerangi muka mereka.
"Yah! Apa semua ni?!" Jimin menghentam pintu biliknya yang tiba-tiba terkunci , ahli keluarga Jimin satu pun tidak mendengar hentakan pintu itu.
"Macam mana dia buat semua mati secara serentak?" soal Jungkook
Mereka terdiam dan hanya menatap skrin laptop.
"Ntah kenapa tiba-tiba aku percaya kata-kata Jimin" ujar Hoseok sambil memandang petak yang menunjukkan wajah Jimin yang kini ketakutan.
Kim Namjoon;
Kau nak main apa?
Kim Taehyung;
Ikut peraturannya.
Kim Taehyung;
Kalau korang langgar peraturan , cepat atau lambat korang akan mati.
Mereka ber-enam terkejut apabila membaca pesanan itu.
Kim Namjoon;
Macam mana kau nak tetapkan ajal kitaorang?
Kim Taehyung;
1. Korang tak boleh keluar dari akaun korang selama permainan berjalan.
2. Korang akan jawab soalan dari aku.
3. Harus jujur
Aku akan bagi waktu untuk korang menikmati hari-hari terakhir sebelum korang tinggalkan dunia.
Lalu tiada balasan dari akaun Taehyung.
Namjoon mencaci maki Taehyung secara live di dalam petak video call , Namjoon seperti orang gila.
Kemudian lampu bilik mereka hidup kembali tetapi laptop mereka terpadam secara tiba-tiba.
***
Vote [/]
Comment [/]
itsmaniesa
~editing
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top