1👀

" Okey , saya nak bagi satu assignment kepada kamu semua dan tajuk dia akan saya hantar dalam telegram . Jadi, siapkan dalam masa dua minggu ni ."

Sebelum Puan Song keluar dari dewan kuliah , dia sempat menyampaikan arahannya itu .

Tugasan lagi! Aku rasa dah malas . Tapi  itulah , dah lumrah hidup dekat universiti . Kena lah redha .

Tamat saja kuliah, semua pelajar jurusan undang-undang termasuk aku keluar daripada dewan .

" Seora , jom . Aku rasa nak gi kafeteria lah . Kau balik hostel tak pasni?"soal Yoora .

" Aku ikut kau je lah . Lagipun aku lapar sekarang ni ."

" Cantiikkk!! Dah jom."

Kami pun berjalan menuju ke kafeteria . Memang waktu sebegini , kafeteria belum sesak lagi memandangkan ada pelajar yang belum tamat kelas .

Untuk makanan tengah hari kami, aku memesan tteokboki sahaja disebabkan perut aku masih belum menerima untuk makan makanan berat .

" Seora  , kau nak tahu something tak?"

" Apa dia?"

" Aku minat someone dekat sini ."

Aikk, sejak bila minah ni start bercrush-crush ni? Selama ni , dia pegang teguh slogan dia .

JANGAN JATUH CINTA SELAGI BELUM BERJAYA .

Haktui , dia punya slogan . Nak je aku maki tapi tak nak lah . Jaga hati member lah sikit .

" Kau suka siapa doh?"

" Hmm.. dia budak course seni muzik . Hek, nama dia Jimin ."

Jimin? Tu bukan ke ....

" Jimin mana ni? " aku inginkan kepastian .

" Park Jimin . Instafamous yang selalu cover lagu dalam instagram tu pastu dia youtube channel sendiri ."

" Tapi aku bukan apa tau. Jimin tu famous . Macam mana kau nak kena notice?"

" Aku selalu hantar dm dekat dia . Pastu komen post ig dia . " kata Yoora dengan terujanya .

" Ada balas ?"

" Err...hurmm.." bunyi macam kecewa je . Aku menggeleng .

" Tabahlah sis . Mana tahu belum ada rezeki kau nak kenal-kenal dengan dia . " aku cuba menyedapkan hatinya .

Dia menunduk dan wajahnya seakan hampa . Tiba-tiba , dia membulatkan matanya .

Apasal minah ni tiba-tiba tengok aku macam aku ni hantu?

" Seora , minta tolong sikit boleh?"

" Tolong apa?"

💛

Aku rasa serba salah nak tolak permintaan Yoora tu  . Hmm ... susah ni susah . Aku buka handphone aku dan auto cari username Jimin dekat Instagram .

Butang follow aku tekan dan message . Should I dm him? Hahaha no way . Nampak sangat aku gedik .

Tapi ni demi Yoora . Hmm... kau tolong je kan Seora? Bukan kau minat dia .

Jangan Seora . Yoora yang suka dia , jadi Yoora lah kena buka langkah . Gimana ya?

Woii, aku dah buntu sangat-sangat sekarang ni . T_T

Okey. Biarkan je lah Seora . Pandai-pandailah kau explain dekat Yoora .

Permintaan  Yoora masih terngiang-ngiang ditelingaku .

Flashback

" Tolong apa?"

" Tolong aku untuk dm si Jimin tu . Kau je yang aku boleh harapkan . Huwaaa!"

Hampir tersembur air mineral aku . What? Dm?

" Agak-agaklah weh Yoora . Takkan aku kena gi dm dia . Takmo , takmo ."  aku tetap menolak permintaannya itu .

Dm Jimin? Budak instafamous tu? Hell no! Aku tak nak . Siapa Jimin? Aku tak kenal dia . Aku tak undi dia pun . Eh tiber .

" Please . Kalau aku dah together ngan dia, aku tolong kau buat assignment sebulan . "

Apabila mendengar tawaran tersebut , automatik mata aku terbeliak . Serius aa minah ni?

" Okey . Aku setuju!"

💛

Oh shet Kang Seora . Dah kenapa kau gi setuju untuk tolong dia? Kan dah mesti tunaikan .

Ting! Satu notification muncul di skrin telefon ku .

P.Jimxn started following you .

What the madafa....

Tbc👋

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top