十四

" Eomma , Jihyun pergi kerja dulu tau bye " laung aku dari ruang tamu

eomma tengah masak kot . aku dapat bau macam-macam ni . kau jangan tanya aku macam mana aku boleh bau eh macam kertas sains pt3 haritu . aku bunuh kau kang .

" makan la dulu Jihyun . semalam kamu tak makan pun " eomma membuat muka sedih . ala lek ah eomma Jihyun sihat je ni .

nak taknak ataupun lebih tepat sebab nak jaga hati eomma , aku terpaksa mengalah .

aku mengeluh perlahan lalu menarik kerusi untuk menikmati sarapan yg dibuat oleh eomma .

lama juga tak makan masakan eomma . dulu eomma selalu je busy , yg masak untuk aku pun Baekhyun . sekarang entah kenapa eomma tetiba free je lately .

" sedap ? " soal eomma setelah melihat aku makan mengalahkan raksasa .

aku hanya mengganguk . gila kau air tangan ibu tak sedap ?

" sabar la . nanti tercekik " kata eomma

aku tidak menjawab apa apa . ish , ni Jihyun la takkan tercekik punya .

" eomma dah daftarkan kamu sekolah dekat Japan bulan depan " ujar eomma

oh sekolah dekat Japan .

— eh wait . what ?!

ok sekarang aku memang tengah tercekik . cakap tak serupa bikin ah kau Jihyun choiyyy .

eomma kelihatan menjadi kelam kabut mencari air untuk aku . aku mengambil gelas di yg sudah diisi air di atas meja makan lalu menghabiskan dengan sekali teguk .

phiew nasib tak tercekik mampus .

" kan dah tercekik " eomma menggelengkan kepalanya

" sekarang ni bukan masa tercekik ke tak eomma tapi sejak bila eomma daftarkan Jihyun ni ? " soal aku

" dah lama . nak taknak kena juga . bukan senang nak carikan sekolah untuk kamu " jawab eomma tenang . gelas di tepi dicapai eomma lalu teh di dalamnya diteguk perlahan .

aku menyandarkan tubuh aku di kerusi dan mengeluh panjang .

kalau boleh aku memang taknak pergi Japan sebab ;;

1. aku akan terpisah dengan family

2. aku tak reti berbahasa jepun sangat

3. aku selesa tak bersekolah sekarang

aku tau dalam 3 syarat ni , hanya syarat pertama je yg masuk akal kan ? ha ha ha

" So Hee " aku mencuit siku So Hee yg sedang leka membaca majalah . haa kantoi makan gaji buta

" haa apadia ? " tanya dia . matanya masih tidak lekang dari membaca majalah tersebut .

khusyuk benor .

" kalau aku cakap ni , taktahu la kau akan sedih ke , takde apa apa perasaan ke , buat buat sedih ke apa . tapi mostly orang akan acah sedih je " bebel aku

dia akhirnya givap nak baca majalah dan menumpukan perhatian terhadap aku .

" cakap la " suruhnya

" bulan ni em .. bulan ni last aku kerja sini " kata aku perlahan .

wajah aku ditundukkan supaya memandang lantai .

" Jihyun .. kau serious ke ? tolong cakap kau memain "

" i'm serious , So Hee "

dia menghela nafas . ok berdasarkan kajian professor Byun Jihyun , wajahnya kuat mengatakan yg dia betul-betul terkejut dengan berita yg aku akan pergi tidak lama lagi .

" kalau kau pergi nanti , aku nak gurau dengan siapa ? aku nak usik siapa ? aku nak fangirling dengan siapa lagi ? " soal dia dengan nada yg meleret .

" hei , rileks lah . aku cuma pergi 2 tahun je . bukannya aku pergi ke syurga selamanya " jawab aku .

tak tahan punya pasal , aku terus memeluk So Hee .

sejujurnya , aku rasa dia la sahabat paling baik yg pernah aku jumpa . Yeoreum ? heh aku dah tawar hati dengan dia .

sejak berita pasal aku tersebar , dia bukan berpihak dekat aku pun . dia tumpang gossip pasal aku sekali ada lah .

and lepas tu , kami terus tak contact sampai la ke harini . entah dia hidup lagi ke tak tapi aku harap dia mati tercekik tulang ikan .

eish tak baik Jihyun .

//krekk

terkejut aku apabila ada pelanggan datang . aku cepat-cepat melepaskan pelukan . nanti apa pulak orang fikir kan ?

dan rupa-rupanya pelanggan tersebut ialah ;;

" oppa ! " jerit So Hee riang .

Jimin la siapa lagi . yg Jimin ni pun apa masalah dia hari-hari nak kena datang . semak tahu tak semak .

aku terus mengalihkan pandangan aku ke tempat lain . niat nak alih pandangan tengok muka lain , tapi pusing-pusing nampak driver bas tengah korek hidung . pengotor betul kau .

" So Hee , aku blah gi stor dulu eh ? " aku meminta izin untuk pergi dari situ .

lagipun aku taknak kacau Jimin dengan So Hee . baik kan aku .

So Hee mengganguk . dan mereka berdua pun mula berbual .

aku pun terpaksa la habiskan hari aku dalam stor tu haih semak .

+++

weh agak-agak lah dah nak malam kot apasal mamat Jimin ni tak blah lagi ?

aku keluar dan mengintai mereka dua . aik ? mana So Hee ?

//tingting

message masuk . dari So Hee mungkin ? aku mengeluarkan telefon bimbit aku dan membaca message tersebut .

SoHee : weh aku dah balik . aku sakit perut sangat sebab termakan sambal belacan basi pak jeon

Habistu kau tinggal kedai gitu je ? tak bertanggungjawab betul hekhek .

Me : laa asal tak cakap ?

SoHee : aku panggil kau tadi siot . Kau yg tertidur dalam stor haa keling ah kau

Me : k dah kau pergi rehat bye

Aku menyimpan telefon bimbit aku ke dalam poket seluar . Haih salah aku juga sampai tertidur dalam stor tadi .

kerja tak buat pun . tidur je yg banyak oh pls sleep is bae sleep is life sleep is everything for me ok ?

aku pergi ke depan dengan tenangnya . kang gementar kantoi . aku cuba untuk tidak memandang Jimin . lagipun buat apa nak pandang dia ? dia tak layak untuk dipandang sekalipun .

sesekali dia berdehem . tapi aku abaikan je dan teruskan kerja mengemas aku .

" tadi So Hee dah balik " katanya tiba tiba

" asal kau pun tak berambus balik ? " aku menjelingnya .

dia agak terkejut dengan jawapan aku .

" kalau aku biar kau sengsorang nanti dekat sini , terjadi apa apa yg susah siapa ? " tanya Jimin

eh berambus la kau . kau cuba buat aku naik darah lagi ada la .

" heh . hidup aku pun kau dah musnahkan separuh apatah lagi nak musnahkan semua ? kacang je bagi kau kan ? " jawab aku selamba

dia mengerutkan dahinya . suasana jadi diam seketika .

nasib kerja mengemas dah siap . yey boleh balik .

" sudah . aku nak kunci kedai . kau boleh keluar sekarang " suruh aku atau lebih tepat aku tengah menghalau dia .

dia mengikut arahan aku . aku pun mengunci pintu kedai dan sebagainya . sempat lagi aku memeriksa bahawa adakah kedai sudah betul-betul dikunci ?

setelah semuanya selesai , aku terus mengatur langkah untuk pulang ke rumah .

" tunggu " Jimin sempat memegang pergelangan tangan aku .

" euw please jangan pegang aku " aku menepis tangannya .

" aku tau kau mesti lapar kan ? jom pergi makan " ajaknya

weh taknak ah weh pergi dekat penjahat . kang tak pasal-pasal aku masuk kubur .

" taknak aku makan sekali dengan kau . entah entah kau letak pil kuda ke dalam makanan tu , aku yg kena masuk penjara nanti " aku tersenyum sinis .

yes aku tengah sindir dia . siapa kesah dia tersentap ke apa dah benda betul .

" stop la sindir aku " nada dia menjadi dingin .

" kalau aku taknak kau nak buat apa ? nak balas dendam balik macam dulu ? " sindir aku lagi

" kau still berdendam lagi ke dengan aku ? "

" sampai aku mati pun aku simpan dendam ni " jawab aku

dia menghela nafasnya .

" dahla , aku ikhlas ni nak bawak kau pergi makan " dia tidak putus asa untuk mengajak aku .

aku mengerling jam tangan aku . 7.08 pm , still awal lagi .

aku taknak pun tapi perut aku tak habis habis buat concert free ni .

aku mengeluh perlahan . Jimin tersenyum pendek dan terus menarik aku ke kedai makan berdekatan .

woi aku tak cakap pun aku setuju .

tapi takpela aku lapar sangat dah ni .

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top