十六
jimin membawa aku ke hospital . yg peliknya dia siap bawa aku jumpa doktor peribadi dia lagi .
nampak sangat dia ni jenis anak orang berada . cuma ... never mind lah .
kini , doktor tersebut sedang menulis sesuatu di atas kertas setelah habis merawat luka aku .
" baik , ini ubat yg kamu kena ambil ye untuk luka kamu tu. saya akan bagi kamu painkiller juga sebab takut luka kamu tu akan sakit nanti " jelas doctor tua itu dengan panjang lebar .
kertas itu bertukar tangan . bukan aku yg mengambil , tapi jimin .
" tapi doc , luka saya tak dalam kan ? " soal aku .
yela kalau tak dalam tak payah la susah susah bagi ubat kan ? bagi la dekat orang yg lebih memerlukan .
" tak dalam cuma luka kecil pun boleh jadi serius tau " jawab doctor itu
" tapi doc ,saya tengok cuma berdarah macam terhiris pisau je . tak payah la sampai bagi painkiller kan ? " aku masih tidak mengalah .
" dah la jihyun , buang masa je kau bertengkar . ikut cakap doc tu , kata kata doc tentang kesihatan selalunya hampir benar " kata jimin pula
doctor tua itu menjelirkan lidahnya . ewah orang tua ni , small big small big je aku tengok dia ni .
dah la muka berkedut , rambut warna kelabu . dah macam Albert Einstein aku tengok doctor ni —
— stop it jihyun . tak baik .
entah entah adik albert einstein kot . nama dia pun albert einstone —
— berhenti jihyun .
k aku tak kutuk dah .
aku dan jimin menunduk ke arah doctor tersebut lalu keluar dari biliknya . sempit nak mampus bilik tu . tak cukup oxygen aku nak bernafas .
kata doctor pakar la apa la tapi apesal bilik macam almari baju aku je . kecik dan sempit .
" budak budak ni kan , tak reti sebut doctor ke ? asyik sebut doc doc doc buat aku fikir aku ni dog . haih " bebel orang tua itu sambil membetulkan kaca matanya .
+++
" nah ubat kau . balik jangan lupa makan "
jimin ni kan , lately dah berubah banyak . ubat pun dia yg bayar tau .
dia tengah dalam proses berubah ke dalam proses nak kenakan aku lagi sekali ?
aku mengangguk
" aku harap ni kali terakhir kau muncul dalam hidup aku. aku tak perlukan pertolongan daripada manusia macam kau dah "
aku terus membuka pintu rumah . baru sahaja aku hendak memulas tombol pintu , si baekhyun dah pun buka pintu .
adakah ini ...... dinamakan jodoh ?
choiyyy jihyun sedor kejap dia tu abang kau , kau jangan nak menggatal eh .
" kau pergi mana ? balik dengan siapa ? kenapa lambat sangat baru balik ni ? " ambek ko bertubi-tubi dia tanya
" pergi jogging . dengan kawan . sebab ada hal " jawab aku lalu menolaknya ke tepi untuk masuk ke dalam rumah .
" kau balik dengan jimin kan ? " dia memegang pergelangan tangan aku .
" ma—mana ada !! "
" tipu lah kau . dari tadi aku duduk belakang langsir tu perati je kau " dia menjungkitkan keningnya .
" dasar pervert !! dengan adik sendiri pun nak ke ?! "
" euw siapa nak dekat orang macam kau ? kau tu dah la pemalas , orang tengok kau pun tak berselera " dia membuat muka jijik .
jilake punya abang .
" dah berambus kau semak "
+++
lagi berapa hari je aku dah nak blah pergi Japan .
tak pernahnya aku jejak kaki dekat sana . perasaan excited mula datang wihii . tapi sedih pun ada gak .
nak kena tinggal family 2 tahun uhuks .
sedih ni hanya tuhan yg tahu .
baru je aku melangkah masuk kedai , si jimin dah datang . syok sangat sembang dengan so hee sampai tak sedar kehadiran aku .
ni yg buat aku terkilan sikit ni . maksud aku , terkilan sebab so hee tak perasan yg aku dah datang . bukan sebab jimin tak perasan aku . jangan salah faham .
kadang kadang aku tertanya juga , apa hubungan dorang ? mesra semacam je .
si so hee ni girlfriend jimin ke ? dah , buat apa aku nak kesah . bukan hal aku .
aku berdehem untuk beberapa kali memandangkan mereka masih tidak perasan yg aku dah sampai . nampaknya aku ni halimunan dekat mata dorang barangkali .
" oh jihyun . bila sampai ? " tanya so hee . jimin turut menoleh memandang aku .
damn apasal dia handsome sangat harini choiyy jihyun jaga mata kau .
eh eh eh dia tanya kita la bila sampai . abah kau la dari tadi aku terpacak dekat sini boleh pulak kau tanya eh ?
" dah lama . kau yg tak sedar aku dah sampai " aku mencebik .
jimin ditepi so hee hanya memandang aku kosong . takyah la asyik pandang aku , tau la aku lawa ok joke .
aku menjeling jimin sekali
" alah sorry la . aku tak dengar loceng pintu tadi hehe "
k . whatever .
" kau dah makan belum , jihyun ? " tanya so hee lagi .
" belum . baekhyun tu buat perangai saitan dia . ada ke patut dia masak untuk dia je ? bila aku tanya , dia cakap dia terlupa yg dia ada adik ha ha ha saitan betul " jawab aku lagi .
aku memuncungkan bibir aku . so hee ? dia tak henti henti gelak dari tadi . ni pun member jenis jilake gak ni .
jimin yg dekat tepi dia pun duk senyum senyum . nak gelak baik kau cakap nak gelak , jangan tahan .
" jom pergi makan nak tak , jihyun ? " ajak jimin .
serta merta muka aku jadi lain . wahaha apa masalah dia ? ajak la girlfriend dia , yg kalut nak ajak aku pehal ? heh .
" haa pergi la dengan jimin . dia pun tak makan lagi tu " so hee menyokong ajakan jimin .
weh korang ni couple ke tak ?
belum sempat aku menjawab apa apa , jimin sudah pun menarik tangan aku . eh sabar la wallet aku macam mana ? phone aku lagi .
+++
" makan pun comot kau ni " jimin menghulurkan tisu kepada aku .
" jangan baik dengan aku boleh tak? " aku membalas kasar . ish tak baik . dalam duk balas dengan kasar pun sempat lagi aku ambil tisu yg dia hulurkan tadi tu hekhek .
kekadang aku tak faham dengan jimin ni . dah masuk 2 bulan , dia asyik datang dekat tempat aku kerja .
selalu mesti ajak aku pergi makan sekali , pergi teman dia beli barang dan sebagainya . even aku taknak ..
dia pun lately selalu ada bila aku susah . dah macam stalker pulak . nak kata jodoh hahahah tak mungkin .
dia lain . lain masa dekat sekolah dulu . aku taktahu la sekarang dia still jahat tak dekat sekolah .
dia dah berubah ke ? atau dia nak hancurkan hidup aku sekali lagi?
" termenung apa tu ? " suara jimin mengejutkan aku daripada lamunan .
aku menggelengkan kepala aku . jimin tersenyum pendek , sama pendek dengan ketinggian dia choiyy .
" kau mesti pelik kan kenapa aku jadi macam ni ? " tanya dia
orite dia boleh baca fikiran aku .
" suga hyung ! kira kejap makanan ni " jimin memanggil kawannya yg leka bermain pokemon go itu .
siapa suga ? gula ke ?
oh tu ha dah datang . yoongi rupanya . nama swag gila heh .
" asal nama dia suga ? " soal aku tanpa segan silu .
" sebab dia senyuman dia manis bagaikan gula " jawab jimin lalu ketawa kecil .
erk .
" senyuman je manis . tah tah hati tu tak manis pun . dont judge a guy by it's smile because even the salt looks like sugar "
apa benda aku mengarut ni . ampun tuanku . jimin terketawa kecil manakala yoongi ditepi sambil mouthing perkataan yg tidak elok .
" anyways, kau taknak belanja aku ke kali ni , jihyun ? "
" ada orang tu tarik aku tadi. tak sempat nak bawak dompet " aku menjelingnya .
jimin menggosok belakang lehernya . malu mungkin . yela sebab dia yg beria tarik aku tadi lepastu ada hati nak aku belanja dia . so salah dia la semua ni .
+++
" jihyun " panggil jimin
" apa ? " aku membalas malas .
" ak—aku bu—bu..kan jahat macam yg kau sangkakan " katanya .
apa masalah dia tetiba nak ungkit pasal jahat tak jahat ni ? nak ungkit hal lama ke bro?
" kenapa kau bagitau aku ? " tanya aku
dia berhenti berjalan . dia berpusing memandang aku .
" aku taknak kau berdendam dengan aku dah , jihyun " katanya . tangannya memegang kedua belah bahu aku .
berat la bahu aku ahahah .
" kalau kau tak jahat , kenapa kau kema musnahkan hidup aku ? " soal aku
" aku..aku tak sengaja " dia menundukkan kepalanya memandang tanah .
" huh ?! tak sengaja ? apa kau merepek ni? tak sengaja kau cakap? "
aku tak percaya dengan apa yg dia cakap tadi . like seriously bruh kau cakap kau tak sengaja ? alasan yg paling tak munasabah aku pernah dengar .
" apa maksud kau dengan tak sengaja , jimin ? "
" i dont know " dia mengeluh
" susah untuk aku maafkan kau, jimin " aku menghela nafas lalu berjalan masuk ke dalam rumah .
***
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top