十九

Jihyun's

" jihyun , maafkan lah dia . kesian dia aku tengok "

" dia ikhlas tu . dia sampai menangis sebab menyesal layan kau macam tu dulu "

" jihyun, tak ada siapa pun dalam dunia ni yang berhak nak point out kesalahan orang lain melainkan dia tu tak pernah buat kesalahan "

" setiap orang layak mendapat peluang kedua, unless apa yang dia buat memang tak boleh dimaafkan "

" aku tau apa yang jimin buat dekat kau tu salah. salah dia besar sangat sebab dah musnahkan hidup kau tapi jihyun, everyone deserves a second chance "

" kau jangan la ego sangat , jihyun . dia pun dah cuba rendahkah ego dia dengan cuba untuk berbaik dengan kau "

haih ...

apa patut aku buat sekarang ni ? aku tak tahu kenapa tapi aku dah cuba nak maafkan jimin but tak boleh . susah sangat .

lagi susah bila terfikirkan apa yg dia dah buat dekat aku . besar sangat ke dosa aku dekat dia sebelum ni sampai dia kena buat aku macamtu?

lagi menyakitkan bila , dia menipu aku . menipu dan bermain dengan perasaan aku.

betapa retaknya hati aku bila dapat tahu yg rupanya itu ialah sebahagian daripada rancangan jimin .

fakehope everywhere . buaya buaya buaya buaya jimin buaya aku harap dia kena makan dengan buaya esok .

aku meraup muka aku dengan kedua dua belah tapak tangan aku .

tapi , patut ke aku maafkan dia ?

atau aku patut ikut kata hati aku ?

" hey jihyun "

awal awal pagi lagi jimin sudah datang ke rumah aku . bersemangat betul dia ni hari hari datang rumah aku .

" awal datang "

" demi kau , tengah malam pun aku sanggup "

ceh sanggup la sangat . meh time kau tengah berak aku suruh kau datang sini . sanggup tak kau berak dalam seluar demi aku ? ( ͡° ͜͜ʖ ͡°)

" harini keluar jom "

" pergi mana "

" umm , how about pantai ? "

lama juga aku tak pergi pantai . last aku pergi pantai pun masa zaman tadika dulu .

aku mengganguk dan naik ke atas untuk menyalin baju .

" nak pergi mana ? "

baekhyun baru sahaja keluar daripada biliknya . baru terasa nak keluar ke bang ? setelah 5 hari kau terperap dalam bilik main dota .

mata pun dah ada eyebag dengan darkcircle . euw panda .

" pergi cari jodoh "

" eh eh tu jodoh kau dekat bawah tu "

" kepalahotak kau "

aku menjeling nya dan terus masuk ke dalam bilik . makin melayan makin merepek dia ni . yela 5 hari main game entah sampai pukul berapa dia main , mana otak tu tak rosak .

+++

" wuhuuuuuu pantai !!!! "

" eh kau ni jakun macam tak pernah datang pantai ni kenapa hah ?!! "

aku menolak perlahan kepala jimin . macam budak-budak .

" oh tolak kepala aku eh ? nak kena ke ? "

" wekk wekk fikir aku takut ke hah ? "

aku menjelirkan lidah . jimin pun dah mula tersenyum sinis . perlahan-lahan dia datang mendekati aku . aku mengundur beberapa tapak ke belakang .

dia nak buat apa ni ?

" kau mencabar aku eh ? "

jimin mengecilkan matanya . weh mata dah kecil , kau lagi kecilkan lagi nampak macam kau ni manusia yg takde mata .

aku menolak badan jimin dan berlari laju . aku pun taktahu la aku nak lari kemana .

" dashi run run run "

jimin pun apa lagi ? mula la mengejar aku dari belakang . larian dia pun boleh tahan laju juga . macam atlet negara .

typical beach scene .

disebabkan aku dah kehabisan tenaga nak lari , aku pun berhenti sekejap . tercungap-cungap aku mencari nafas .

siapa sangka , ada orang datang memeluk aku dari belakang . aku memusingkan kepala aku .

" dapat pun !! "

jimin menjerit gembira . aku berdecit .

" kalau aku tak penat , mesti kau takkan dapat tangkap aku tau "

" tapi sekarang kau penat kan ? "

aku menjelingnya tajam . ada je alasan yg dia nak bagi hanya sebab nak menang . heh .

dia melepaskan pelukan .

" dah jom jalan jalan dekat pantai ni "

aku mengganguk setuju . cuaca pun elok je . berangin .

" bukak sini kasut kau "

aku mengerutkan dahi aku . apa ni tiba tiba nak suruh aku bukak kasut .

" nak bu— "

" — kau takkan nak kasut kau masuk pasir pantai ni kot ? "

ok dia dapat baca fikiran aku . aku membuka kasut aku dan memberinya kepada jimin . jimin turut membuka kasutnya .

tangan kiri dia sekarang ni memegang 2 pasang kasut manakala tangan kanannya memegang erat jari jemari aku .

aku hanya memerhatikan sahaja tingkah lakunya ini . dia tersenyum kecil dan mengajak aku untuk berjalan jalan di pantai ini .

lepas dah letih berjalan , aku dah jimin duduk di atas pasir pantai . kami masing-masing hanya mendiamkan diri . tiada tajuk untuk dibualkan .

sesekali angin yg kuat datang dan menyerabutkan rambut aku dan jimin . jimin mengkuak-kan rambut nya yg berwarna kelabu purple itu ke belakang .

sumpah aku cakap nampak hot .

" jimin "

aku cuba memecahkan suasana yg agak sunyi itu .

" ye "

" kalau aku tanya ni , kau jangan marah or apa apa tau "

" kau pun belum tanya lagi , macam mana aku nak marah ? "

aku tersengih kecil sebelum menyambung perbualan itu .

" kau dengan so hee tu couple ke ? "

jimin yg tadi khusyuk memandang lautan biru itu , kini mengalihkan pandangannya ke muka aku .

" cuba aku tanya kau , kalau aku dengan so hee couple , buat apa aku keluar dengan kau sekarang ni ? "

ye tak ye jugak kan kenapa la aku bodoh sangat . mungkin akibat jimin handsome sangat , tu yg aku jadi bengap tetiba .

hmm make sense .

" dahtu kau dengan so hee nampak rapat semacam je "

" kami dua adik beradik "

dia membalas selamba .

" hah ?! adik beradik ?! "

aku fikir dorang couple hahahahah .

so hee tak pernah cerita pun yg dia ada abang .

" dia tak cerita ke ? "

" tak pun hmm kawan sampai macam ni " aku mencebik

" kalau macam tu , kau cerita la dekat aku pasal korang dua " sambung aku lagi

" nak buat apa ? "

alah dia ni jual mahal pula .

" nak buat nasi goreng . ish kau ni , mesti la nak tahu "

dia berdecit perlahan .

" aku dengan dia dah lama juga terpisah . masa aku 15 tahun , aku keluar dari rumah tu "

" kenapa kau keluar ? "

" sebab ... saja . "

hmm tak mungkin la saja . aku rasa ni mesti sebab masalah family dia dan aku rasa aku tak patut kot tanya dia pasal tu .

" lepastu haritu masa pergi 7E tu la aku terjumpa dia . tak sangka , dia kerja dekat situ . dari dulu sampai sekarang tak berubah dia ni , rajin sangat nak kerja . eomma dengan appa dia dah bagi dia segalanya pun dia nak kerja juga "

jimin ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya . jadi , jimin dengan so hee ni memang dari keluarga berada la .

hmm patutla jimin jadi pelajar yg bermasalah . kurang kasih sayang barangkali .

" by the way jihyun "

aku tersedar daripada lamunan aku ketika jimin memanggil aku .

" ya ? "

" haritu kau ada sebut pasal makwe aku . haa apa maksud kau eh ? "

" oh tu ... ak...aku ingatkan so hee tu makwe kau ha ha ha "

aku tersenyum kelat . jimin di tepi dah lama gelak berdekah-dekah .

" HAHAHAHAHAAHAHAH SERIOUSLY JIHYUN ?! HAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA "

mamat ni , tunggu masa je aku kerat dia lepastu buang dalam laut .

" ish mana la aku tau so hee tu adik kau . kemain mesra je korang . kalau orang lain pun mesti akan fikir korang ni couple tau "

" ok .. ok ..,stop taknak gelak dah aduh sakit perut aku haha aduh "

dia mengesat air matanya akibat banyak bergelak . aku perhati je dia ni .

" asal berhenti ? gelak la lagi "

" taknak la nanti sweetheart aku merajuk "

" siapa sweetheart kau ? "

" kau la "

aku tidak menghiraukannya . baik pandang laut lagi best .

" jihyun "

" hmm ? "

" kau...dah maafkan aku ke ? "

aku benci soalan tu . sebab aku sendiri taktahu jawapannya .

" entah "

jawapan pendek daripada aku membuat jimin mengeluh .

" aku harap satu hari nanti , kau dapat maafkan aku "

aku pun berharap sangat dapat maafkan kau , jimin .

tapi ,

aku terpaksa buat semua ni .

sebab ,

aku memang berniat nak buat semua ni .

supaya ,

kau sedar apa itu erti hidup .

aku minta maaf , park jimin .

***

makin merepek jalan cerita ni maafkan patik .

terasa nak delete la pulak fanfic ni weh adakah aku patut delete ?

sejak buat fanfic baru , rasa idea untuk fanfic ni menghilang secara tiba tiba . bila la fanfic ni nak tamat ( lama lagi weh )

<333333333

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top