十一

Aku terus memasuki kelas aku sebaik sahaja terdengar jeritan para pelajar . Riuhnya kelas aku sampai orang tengah berak boleh dengar .

Memang la aku dah biasa dengan kebisingan kelas tapi agak-agak la , ni dah dipanggil sebagai Super Riuh dah ni .

" Cepat siapa nakk ?! Rm10 je untuk sehelai . Beli 3 percuma 1 !! " jerit Hoshi

Laa , ada sales ke sekarang ni ?

And ramai pelajar berkumpul dekat depan meja Hoshi . Hoshi ni memang suka menyemak dekat kelas orang sedangkan kelas dia dekat 2 blok dari sini .

Aku cuba menghimpit ke dalam kumpulan pelajar itu . Wehh aku perlukan oxygen . Saiz badan kalau macam ikan bilis takpe jugak , ni 98% semua badan macam ikan buntal .

" Yo yo yo Wang Yo " kata aku meminta laluan .

Mula la pejalar perempuan semua usya aku macam dah curi lemak dorang . Rilek la aku tak hamak pun .

" Wang Yo ? Oh stok Wang Yo takde . Wang Won ada la . Nak tak ? " ujar Hoshi sebaik sahaja dia ternampak aku .

" Aku taknak Wang Won . Dia tu macam jilake . Makin jahat aku tengok dia ee tapi dia hensem " balas aku lalu tersengih

Pfft

" Apa yg kau jual ni Hoshit ? "

" It's Hoshi not Hoshit "

" Ok . Hoshit . "

" HOSHI !!! "

" Heheheeheh Hoshi ... t "

Dia menjeling aku tajam . Seronok jugak menyakat budak budak ni .

" Kau nak beli apa ? " tanya dia

" Kau ada apa ? "

" Harini aku jual spender member EXO dengan album PPAP "

Masyaallah . Tak senonoh betul . Yg paling mengejutkan ni , ramai gila pelajar perempuan yg beratur nak beli spender EXO .

" Heh . Aku tak perlukan spender dorang . Aku hari-hari kutip spender abang aku sebab nak basuh . Free je " kata aku selamba lalu beredar dari sana macam diva malaya .

Kadang-kadang memang la aku rasa untung sebab aku adik kepada pelajar pemes sekolah ni kot .

Tipu la kalau aku cakap aku tak pernah tersuka dekat abang aku sendiri HAHAHAHA .

Dan para beruk betina pun sambung memilih spender .

" WEHHHHHH GAIS CEPAT CIKGU DAH DATANGGG !!! " jerit Jeno selaku ketua darjah yg suka buat kecoh lebih .

" Alamakk cepat tolong aku letak spender dalam plastik ni " Hoshi dah mula kalut . Tu la , buat lagi jualan haram .

" Aku dah bagi duit tadi kat kau tau , Hoshi "

" TENUK MANA CILOK KERUSI AKU NI "

" BUKU KO TERBALIK LA . KANG KANTOI DENGAN CIKGU "

" DAH DIAM SEMUA "

Tepat pada masanya , Mrs Lee masuk ke dalam kelas .

" Ehem , tak payah nak acah senyap semua . Ingat saya tak dengar ke suara kalian dari bawah ? "

K. Kantoi .

" Hoshi , jangan nak menyorok sangat dekat bawah meja . Kamu keluar sekarang " ujarnya lagi

Laa aku ingatkan dia sempat blah . Rupanya tak . Sad case .

Hoshi pun tersengih lalu pergi ke arah cikgu . Semua mata memandangnya .

Ingat aku taktau ke semua dalam hati tengah berdoa supaya tak terlibat kalau Hoshi kena denda sebab jual benda tak senonoh tu ?

Typical human .

Mrs Lee membongkokan sedikit badannya lalu berbisik sesuatu di telinga Hoshi . Cikgu nak berahsia pulak -_-

" Cikgu order spender Nam Joo Hyuk satu tau . " bisiknya .

HA HA HA CIKGU PUN DUA KALI LIMA JE TAK SENONOH .

Hoshi hanya mengganguk dan pergi dari kelas aku .

Pembelajaran pun bermula seperti biasa .

Baru je aku nak bukak beg , tiba-tiba aku terlihat sekumpulan pengawas datang . Ingatkan nak pergi kelas sebelah tapi datang kelas aku .

Kau jangan cakap ada ....

" Babe , aku rasa ada spotcheck lah harini "

Yes . Spotcheck .

So harini satu sekolah kena spotcheck . Sebab tadi aku pergi report dekat cikgu pasal Jimin and the geng .

Akhirnya Jimin , harini tiba jugak .

MUA HA HA HA

" Semua pelajar dikehendaki beratur di luar kelas " suruh salah seorang pengawas tersebut .

Terpaksa la aku beratur kejap . Dah lah panas terik dekat luar tu hmmm .

Sesi meng-spotcheck pun dimulakan . Sempat lagi aku memandang ke kelas Jimin . Nampaknya kelas dia pun tengah spotcheck jugak .

Aku tersenyum sinis .

" Ini beg siapa ? "

Senyuman aku mati disaat aku memandang beg yg berada di tangan pengawas perempuan itu .

Setahu aku , aku tak bawak benda larangan pun .

" Beg saya ! " aku mengangkat tangan supaya dilihat dia .

" Tolong masuk ke dalam kelas sekarang . "

Aku mengikuti dia masuk ke dalam kelas . Apahal ni semua tengah berkumpul dekat keliling meja aku ?

" Ni benda kamu ke ? "

Salah seorang daripada mereka menuang segala yg ada dalam beg aku . Termasuk lah rokok-rokok dan pil pil pelik .

Wait ,

Rokok dan pil ?

WEH BILA MASA AKU BAWAK SEMUA NI ?

" Ta—tak , ni bu—bukan sa—saya punya " aku menggeleng kepala aku laju .

Semua ni ... benda Jimin kan ?

" Tapi barang ni ada dalam beg kamu "

Sungguh , lidah aku kelu time tu . Aku tak boleh nak bercakap apa apa dan aku pandang mereka dengan resah .

Aku melihat ke luar kelas melalui tingkap dan semua pelajar memandang aku . Mereka saling berbisik . Termasuklah , Yeoreum .

" Ikut kami ke bilik disiplin "

" Ta—tapi , saya tak bu— "

" — Kamu boleh explain dekat sana nanti "

+++

Apa ni ? Air mata aku asyik mengalir je dari tadi .

" Kenapa kamu bawak benda tu , Jihyun ? "

" Saya ... Tu bukan benda saya " balas aku

" Kalau bukan benda kamu , kenapa boleh ada dalam beg kamu ? "

" Mungkin ... saya dianaiya "

" Cikgu , tolong la percayakan saya . Saya tak buat semua ni " aku meminta simpati mereka .

Tapi mereka tetap tidak percayakan aku . Kalau mereka percayakan aku sekalipun , aku dah rosakkan imej sekolah .

" Kamu ni pelajar cemerlang , Jihyun . Tapi kenapa pilih jalan ni ? "

" Kalau kamu stress , kamu boleh pergi jumpa guru kaunseling . "

" Kamu bukan saja dah merosakkan imej sekolah , malah merosakkan diri kamu sendiri "

" Kamu pun nak ajak budak lain jadi macam kamu ke ? "

Aku membisu apabila dituduh sedemikian . Sumpah , aku tak buat ni semua . Readers sekalian percayakan aku kan ?

" Mulai hari ini , Byun Jihyun , kamu dibuang sekolah kerana membawa barang larangan di sisi peraturan sekolah dan negara sekaligus merosakkan imej sekolah " kata pengetua tersebut dengan sekali nafas .

Damn , air mata aku mengalir dengan lebih deras kali ini . Aku tak salah dengar kan ?

" Ap..apa ? "

" Kamu boleh balik ke rumah sekarang " kata guru disiplin tersebut dan menghulurkan aku sehelai kertas .

Nama aku ditulis di atas kertas itu . Ya , kertas buang sekolah .

Apa salah aku sampai mendapat takdir yg teruk sebegini ?

Aku tak kuat .

Sekarang , aku malu dengan semua orang .

Aku keluar dari bilik disiplin dengan langkah yg berat .

Aku ke tandas dahulu untuk mencuci muka . Apa aku nak jawab dekat eomma dan appa ? Baekhyun mesti kecewa dengan aku kan ?

" Jihyun !! "

Baekhyun ...

" Baek " aku terus memeluknya di hadapan tandas perempuan .

Aku dapat merasakan bahawa uniform sekolahnya sudah basah akibat air mata aku dan hingus.

" Aku tau , kau tak buat kan semua tu ? " dia mengusap belakang aku .

Aku dah taktahu nak cakap apa . Menangis je satu satunya cara untuk aku lepaskan segalanya

" Aku akan tolong kau tegakkan keadilan "

Aku bersyukur dapat abang yg masih percayakan aku .

+++

Aku berjalan ke pintu pagar sekolah dengan langkah yg longlai .

Sempat juga aku terserempak dengan Jimin . Aku memandangnya dengan pandangan yg malas . Malas nak jumpa dia .

" Tahniah , kau kena buang sekolah " dia menghulurkan tangan kanannya .

Cepat betul berita dah tersebar .

Pada saat ini , aku betul betul berharap supaya lelaki sticky note itu dapat membantu aku .

" Tepi , aku malas nak gaduh dengan kau " aku menepis tangannya

" Mesti kau mengharapkan sticky note sender kau tu selamatkan kau kan sekarang ni ? "

Aku mengerutkan dahi . Macam mana dia tau pasal sticky note ni ?

" Mana...mana kau tau ? "

" Tak payah berharap sangat . Orang tu tak wujud pun " katanya lalu tersenyum sinis .

" Ma..maksud kau ? "

" Tu sebahagian daripada plan aku untuk kenakan kau . Tak sangka , kau lurus sangat sampai percaya semua tu . It's fun to play with you feelings. Hahahahaha " ujarnya lalu gelak sendirian .

Tak sangka ... selama ni ... HAHAHAHAHAHAHA aku sayang hidup sangat sangat .

" Kalau kau tak kurang ajar dengan aku selama ni, benda ni semua takkan terjadi . Kau pun boleh hidup dengan aman " sambungnya .

Aku mengetap bibir aku tanda geram . Sumpah , aku tak sangka rupanya selama ini , Jimin permainkan aku .

Aku berjalan beberapa tapak mendekati dia sehingga tubuhnya terkena dinding . jimin meneguk liur

" Takkan sebab satu benda kecil , kau kena musnahkan hidup aku ? Kau seorang je , dah sakitkan aku , kecewakan aku dan ... buat aku hilang harapan dengan hidup aku "

Ok . Air mata aku mengalir lagi . Deras .

" Tak pernah lagi aku jumpa lelaki yg hebat macam kau ni . Buat aku rasa macam-macam pada satu masa "

" Aku ... akan pastikan neraka pertemukan kita semula , Park Jimin "

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top