六
" hahh sudah, mana pulak perginya kertas tu ?! "
dah berapa kali aku cari kertas ni . tapi tetap tak jumpa jugak .
" cari apa tu? " soal ketua darjah aku , lee jeno
" kertas pendaftaran untuk exam akan datang tu la . hilang pulak "
" kau letak dekat mana ? ke kau lupa bawak ? " soal dia ragu-ragu
" tak mungkin aku lupa bawak . semalam aku letak dalam file ni "
terang terang semalam aku letak dalam file orange ni . harini dia hilang pulak . kau buat magic apa kertas oi ? takkan kau ada kaki kot ?
kau jangan buat hal . kau tu penting untuk aku. aku sanggup pertaruhkan nyawa aku untuk kau, tahu tak?
" hmm, apa kata kita pergi jumpa guru kelas ? bagitau dia " jeno memberi cadangan .
oh hell no
" kau gila ke apa ? kau nak aku kena marah ke ? " aku menjegilkan mata aku .
dia tergelak kecil .
" takpe aku ada . aku boleh tolong kau cakap "
AHHHHH YA TUHAN SWEET NYA DIA HAGAGAHAAHA
aku mengganguk kecil dan pergi ke pejabat guru bersama dia .
" kenapa kamu cuai sangat ni , jihyun? " bebel Puan Han
dah berapa kali dia asyik cakap aku ni cuai . bebel tak henti-henti ish . aku pun taknak la kertas tu hilang . dah dia gedik nak hilang jugak, apa boleh buat?
yang jeno ni pun satu , sembang pung pang nak tolong aku bagai sedangkan dia pun sampai terkencing dalam seluar tengok aku kena bebel.
" halah cikgu , mana la saya tau . kertas tu dia buat magic. dia munculkan kaki lepastu dia keluar jejalan dengan kawan dia then taknak balik . so, bukan salah saya lah "
tak logic langsung . Puan Han menghela nafas dan cuba untuk tersenyum .
" lawak ye kamu ni? ugh baiklah, saya akan tolong kamu kali ni saja okay ? saya akan printkan kertas kamu itu kejap lagi . data dan maklumat kamu dah ada dalam computer '
lahh , kena print jeke ? habistu yg kau bebel macam kena libatkan Kementerian Pendidikan untuk benda alah ni kenapa ? bazir masa aku je .
guru besar pun dari tadi tenung aku macam nak makan aku pun ada . Macam kerbau pun ada . Amari keluarkan kain merah meh .
" i'm glad but i'm worried . worried about you "
aku tak faham maksud dia tapi aku rasa tenang dan makin selesa dengan dia ni. bila lah aku boleh jumpa dia eh ?
" jihyun! "
aku menoleh ke kiri , dimana suara itu datang . kelihatan seorang perempuan sedang berlari dengan rambut tengah terbang macam kuntilanak .
oh, yeoreum rupanya .
" kenapa? "
" aku dah jumpa kertas kau tu !! " katanya dengan penuh teruja macam kertas dia pulak yg hilang hish .
" mana? " aku pun sama je teruja . Eh tu kertas aku ofcos la kena eksited ye idok?
yela, kalau dah jumpa syukur lah jugak . Tak payah susah-susah isi nama umur bagai , kena pergi ambil gambar sendiri lagi ergh menyusahkan aku .
" tapi dah hangus " nada dia meleret ketika dia menunjukkan aku kertas tersebut .
dah jadi warna hitam . aku agak terkejut dan mengambil kertas itu dari tangannya .
memang ada orang yg bakar kertas aku ni .
" mana kau jumpa ni ? "
" tong sampah "
jimin, terlalu awal untuk kau pergi sejauh ni .
" apa kau nak? " soal jimin
ya, aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan dia dan tanya apa dia nak dari aku .
" kau sedar tak yg perbuatan kau hampir memusnahkan hidup aku ? kalau ye pun nak ganggu aku, bukan dengan bakar kertas penting tu! " aku cuba menahan marah .
" best kot kalau hidup kau musnah. kau layak "
mata aku terbuntang luas . sanggupnya dia cakap macam tu dekat aku ?
" apa yg aku perlu buat untuk kau berhenti kacau aku huh ? " aku menyilangkan tangan aku .
" melutut. itu pun kalau hati aku rasa nak maafkan kau " dia tersenyum sinis .
mana mana hati kau nak maafkan aku dah kalau hati kau tu dah hitam . takde perasaan punya jantan . harap je muka handsome , tapi perangai mengalahkan syaitan . opss tersasul
" kauu dah pergi terlalu jauh , jimin "
" aku boleh pergi jauh lagi kalau kau nak "
Aku mengetap bibir aku dan memandangnya tajam.
" jangan sebab hidup kau dah musnah, kau turut nak musnahkan hidup orang lain jugak "
" kau ni menyedihkan, jimin "
" oh really? kau tak sedar ke yang kau lagi menyedihkan? " jimin menyoal aku semula
***
NI BARU CHAPTER 6 HALAMAK SIOT PUNYA WATTPAD AKU SUMPAH KAU 7 KETURUNAN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top