" jihyun , makan la dulu . tak payah sibuk nak hafal sejarah tu "

" hyun , tak lama lagi aku ada exam yg tersangatlah penting . aku kena study hard ni " kata aku kepada abang aku , baekhyun .

" kau tak akan ada tenaga kalau kau tak makan dan otak kau akan lambat berfungsi. kau nak ke jadi lembab macam sediakala buat selamanya? " sindirnya

amboi sedap mulut je cakap aku lembab ye . tak sedar ke tengah cakap dekat diri sendiri ish .

" yang  janji aku tak selembab kau . dah tau pukul 7:20 , lagi suruh aku sarapan.  "

betulla apa orang cakap, the sins you mock today, may be the sins you comit tomorrow

" Takde insurans punya mu- "

" Gerak lu pape rogerrrr "

selepas mencium pipi abang aku, aku terus berlari keluar dari rumah sebab aku dah terlambat ke sekolah.

siapa cakap pelajar cemerlang sekolah ni 24 jam berperangai baik? heh

" huhhhhh huuuhh saya tak lambat , cik pengawas "

" no no, awak terlambat "

" tak "

" awak terlambat "

" sekarang baru 7:29 am dan saya berada di luar pagar "

aku menjejakkan kaki aku ke dalam sekolah .

" dan tepat 7:30 am saya dah ada dalam sekolah . so, saya tak lambat "

aku tersenyum ke arah pengawas yg tengah speechless dengan aku itu .

awal betul otak aku berfungsi ye

tanpa membuang masa , aku terus pergi ke kelas .

tapi apa malang sangat nasib aku sampai terlanggar seorang budak ni. ni pun sebab aku jalan sambil mata asyik hadap buku teks sejarah.

orang yang aku terlanggar itu ialah park jimin

pelajar paling bermasalah ? park jimin

pelajar paling dingin ? park jimin

pelajar paling jilake ? semestinya park jimin

tanpa menghadap muka dia atau nia untuk meminta maaf , aku terus nak pergi. aku tak ada masa untuk ni semua.

tapi siapa sangka dia lebih cepat menarik pergelangan tangan aku .

" mintak maaf cepat " katanya

" euw, for what? "

" kau dah langgar aku. takkan tu pun nak aku bagitahu? "

" terlanggar sikit je kan? takde pulak kau luka, takde pulak kau mati " aku berdecit

" aku tak suka orang tak beretika dan tak bermoral macam kau ni langgar aku "

" kau fikir kau siapa? aku tak beretika dan tak bermoral? oho excuse me? tengah cakap dekat diri sendiri ke? "

" kau tak pernah diberi pengajaran ke? kau nak aku ajar kau? "

aku ketawa kecil. lawak apa dia tengah buat ni? diri sendiri pun tak diajar dengan betul lagi, masih ada hati nak ajar aku.

" teach yourself a lesson first, park jimin "

aku malas nak bertekak dengan lelaki gila ni jadi aku mengundur diri dahulu. makin melayan, makin lawak si jimin ni.

" baik kau lindungi nama baik kau as pelajar cemerlang tu sebaik yang mungkin, byun jihyun "

itu kata kata terakhir yang aku dengar daripada mulut jimin.

aku memekakkan telinga sahaja.

" jihyun, kenapa lambat? "

perempuan itu datang memeluk aku. well basically, perempuan ni kawan aku. tapi aku taktahu aku patut mengaku dia as kawan atau tidau because otak dia kadang kadang gila.

datang datang nak peluk aku je kerja . tak peluk sehari memang tak sah hidup dia ni . agak agaknya ada tak orang mati sesak nafas sebab kena peluk dengan dia ni ?

" tepi la, yeoreum " aku menolak dia supaya jauh daripada aku. rimas beb

" alah nak peluk pun tak boleh ke? "

" ha ah memang tak boleh. geli, jijik tahu tak? "

" alahhh " yeoreum mencebik

euw i'm disguted

" anyways, kau dah ready for this coming exam? "

" sepanjang kau kawan dengan aku, pernah ke kau nampak aku serious dalam pelajaran? " soal yeoreum

k

" so class , exam yg akan datang nanti , saya harap supaya semua dapat score ye. don't push yourself too hard, just do your best. and jihyun, cikgu menaruh harapan yg tinggi dekat kamu " kata sir kim.

aww cikgu suka saya ke sampai menaruh harapan tinggi lambung sehingga ke langit dan sama sama kita menyaksikan bintang di malam hari- aku dah agak kemerapuan aku mesti datang punya .

cikgu taknak confess dekat saya ke ? Baik confess sekarang , takut confess lambat nanti saya dah berpunya .

woi syok sendiri apa sia .

" woooo bestlah, jadi murid harapan cikgu lagi " tiba tiba pulak satu kelas bersorak lepas soramg budak ni cakap macamtu

aku tersenyum kecik sahaja. malas nak cakap apa apa. dia ingat tak stress ke jadi murid harapan semua cikgu ni?

" jihyun, tadi kan— " yeoreum menyiku tangan aku. ni sorang lagi yang tak habis habis nak bergossip.

yeoreum la punca dosa aku selalu bertambah.

" apa? " mata dan tangan aku masih khusyuk membuat latihan addmath yang diberikan.

" aku nampak jimin. dia tu macam marah semacam je "

" lah, dia period la tu kot "

" bukan jimin tu lah! "

" habistu jimin mana lagi? "

" jimin. park jimin "

oh budak ketagih maaf tu ke?

" so? apa kena mengena dengan aku? dengan kita? "

" memanglah tak ada kena mengena dengan kita tapi hm entahlah, rasa gerun aku bila nampak muka dia marah gila. "

tak terkejut pun bila jimin berkelakuan macamtu. almost everyday dia akan jadi macamtu. apa masalah dia pun aku taktahu

kesian. sad, all love.

" selalunya bila jimin macamtu, mesti dia tengah marahkan seseorang sebab tak ikut cakap dia. dan mesti jugak dia dah plan nak balas dendam "

time tu serious hati aku tersentak sedikit . takkan sebab aku kot?

aku hanya tersenyum kelat lalu mengganguk.

" mungkin "

***

Jimin's fanfic again . Fanfic FAKE tu um , tengok dulu la nak delete ke tak lmao xD

Thanks to bunktan- for this amazing idea .

Idea dia memang amazing tapi dapat dekat aku , percayalah segala plot yg tak logic akan keluar dan akhirnya hancur jalan cerita fanfic ni .

Start ; 27.8.16
End ; 19.11.2016

Xoxo ,
Ragah Gajus Hijo

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top