TEASER 3

TEASER 3 | TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR

"Tapi Yi, tak rasa ke, it's about time kita bagi tahu dia orang?" Lila cuba-cuba menyuarakan hasratnya yang satu itu.

Dia setuju untuk merahsiakan hubungan mereka buat sementara waktu, tapi sekarang sudah hampir dua bulan dia dan Zikri bercinta.

Lila rasa tak sedap jika sembunyikan perkara sebesar ini daripada pengetahuan keluarga mereka.

Muka Zikri dah berubah.

"Lila... kita dah bincang, kan?" Perlahan sahaja suara Zikri meminta, bimbang perbualan mereka didengari orang lain.

"Yi, lagi lama kita sorok, lagi susah nak berterus-terang tau?"

Ya, Zikri tahu tapi...

"Lila tak rasa mummy dengan daddy nak marah. Kita bukan buat benda yang salah, kita dah besar kot." Lila tak putus asa mahu memujuk lelaki ini supaya lebih jujur dengan perasaannya.

Kalaupun mereka mahu berterus-terang, hari ini adalah hari yang paling tepat untuk lakukannya.

Semua orang ada dekat sini.

Senang kerja, tak payah cakap banyak-banyak kali, pergi rumah sana sini. Hadap je sekali harung, kan senang?

"Tapi Yi belum ready, Lila."

"Habis tu bila Yi nak ready?"

Zikri kehilangan kata.

"Bila Yi nak ready? Kita dah dua bulan sorok-sorok bercinta macam ni, berapa kali dah tersasul depan orang. Yi nak orang tahu kita bercinta bila dah terkantoi ke?"

Zikri diam lagi.

"Yi, listen to me. Lila tak kisah, selama mana pun Yi nak ambil masa untuk ready, Lila tak kisah. Yi ambillah masa, tapi apa yang Lila kisah sekarang ni, kita tengah tipu mummy dengan daddy. Tak tenang tau hati ni bila kita buat macam ni?"

Lila curi-curi pandang pintu dapur, lega bila tak ada kelibat lain yang datang.

Dia tengok pula Zikri yang sedang tunduk menekur lantai.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top