BAB 5

ZIKRI perlahankan suara di komputer belajarnya apabila dia dengar seperti bunyi suara orang memanggil dia.

Deras dia pusing ke belakang, ada Sofea sedang berdiri di muka pintu sambil bercekak pinggang dengan muka yang geram.

"Yi!"

"Eh, mummy! Kenapa?"

"Patutlah tak dengar, pasang lagu punyalah kuat."

Zikri sengih dahulu untuk menutup kesalahannya. "Sorry. Kenapa mummy panggil Yi?"

"Telefon Yi mana?"

Telefon? Berputar kepala dia tengok sekeliling bilik, cuba nak ingat di mana kali terakhir dia nampak telefon bimbitnya terbaring.

Oh!

Zikri dah ingat. Dia bangun dari meja belajar lalu pergi angkat bantal di atas katil. Jumpa!

"Ni telefon Yi, mummy."

"Patutlah... ha, call semula Lila nanti."

"Kakak Lila?" Zikri pelik bila tiba-tiba nama itu dipetik.

"Ya, tadi Lila call mummy, sebab dia cakap dia telefon Yi tak dapat."

"Kenapa kakak nak telefon Yi pula?" Zikri masih tak puas hati, jarang-jarang Lila nak hubungi dia.

Eh, bukan jarang tapi langsung tak pernah!

"Tak tahulah pula, dia kata ada nak minta tolong dekat Yi pasal assignment dia ke apa tadi. Yi telefonlah Lila semula, tanya."

Kening Zikri dah berkerut. Assignment? Tanya Zikri?

Biar betul Lila ni?

Malas nak berteka-teki, dia buka telefonnya. Terkejut Zikri tengok jumlah panggilan yang tak berjawab daripada Lila yang tertera di situ.

7 panggilan.

Ada apa ni?

Zikri ambil tempat semula di kerusi meja belajarnya sambil dia tekan butang memanggil. Tak sampai lima saat pun, talian mereka dah bersambung.

"Helo ka-"

"Yi! Yi kena tolong kakak Yi, please, tak ada orang lain dah yang boleh tolong kakak selain Yi."

Tak habis lagi Zikri punya sapaan, suara Lila terlebih dahulu memotong percakapan dia buatkan bibir Zikri terkatup semula.

Zikri jauhkan telefon daripada telinga. Kenapa dengan Lila?

Tak ada salam, tak ada helo, tiba-tiba cemas macam ni.

"Yi, are you there?"

"Ya, ya, ada ni. Cuba bawa bertenang dulu kakak." Zikri cuba untuk tenangkan Lila yang pada pengamatan dia sangat kalut ketika itu.

Lila buatkan Zikri sekali rasa cemas tak tentu hala. Buku latihan biologinya ditutup.

Lila lagi penting daripada semua ulangkaji.

"Okey... kejap."

Zikri dengar bunyi orang tarik dan hembus nafas dengan kuat dari seberang sana buatkan gelak dia pecah tanpa dapat ditahan.

"Okey, dah." Lila beritahu keadaan semasa dirinya yang konon dah sedikit tenang itu.

"Okey, spill. Apa yang Yi kena tolong kakak? Mummy kata kakak nak buat assignment?" Badannya yang dari tadi tak berhenti menunduk disandarkan ke bahu kerusi, selesanya.

"Tak ada assignment pun, kakak tipu je Mummy Sofea. Ingat tak yang kakak cerita dekat Yi masa dekat rumah moyang tu?"

Zikri gigit bibir bawahnya, cuba gali memori. Yang Lila cerita dekat rumah moyang mereka?

Banyak... tiga hari duduk situ, segala masalah Lila dia tahu.

"Kakak cerita banyak benda dekat rumah moyang, yang mana satu?" Jujur Zikri bertanya, takut keliru.

"Alah, yang kakak cerita dekat bawah pokok masa mengait buah rambutan tu. Ingat tak?"

Zikri petik jarinya apabila memorinya sudah singgah di otak.

"Okey, okey. Yi dah ingat. Kenapa kakak?"

"Yi kena tolong kakak. Please... kakak tahu yang Yi busy nak dekat SPM ni, banyak homework, nak study, nak buat exercise, nak kena-"

"Kakak!" Zikri tinggikan suaranya sedikit hingga Lila jadi terdiam.

"I'm not that busy. Just straight to the point, okay?" Zikri lembutkan semula suaranya sambil tersenyum kecil.

Boleh dia bayangkan bagaimana rupa Lila sekarang yang tengah terkedu.

Mesti mata bulat itu sedang terbuka luas dan bibir nipisnya ternganga sedikit.

"Helo? Kakak, are you there?" Zikri tengok telefon dia, talian masih bersambung tapi tiada respon daripada dia di seberang sana.

Lila mana?

"Ada ni." Akhirnya Lila bersuara juga buatkan Zikri mengeluh lega. Ingatkan Lila dah tamatkan panggilan.

"So, apa yang Yi boleh tolong?"

"Yi janji tak marah kalau kakak cakap ni?"

Berkerut kecil dahinya dengar soalan Lila. Dia bangun daripada duduk lalu diselaknya pintu dan keluar ke balkoni.

Mahu mengambil angin segar setelah seharian terperap di dalam bilik mengulangkaji pelajaran.

Terserlah kolam renang kecil yang biru airnya di belakang rumah.

"Kakak tak cakap mana Yi tahu nak marah ke tak," kata dia dengan tenang.

"Yi... janganlah macam ni."

"Okey, Yi janji tak marah, sekarang boleh kakak bagi tahu kenapa kakak telefon ni?"

"Bagus! Kan kakak ada cerita pasal budak psiko hari tu, kan?"

Zikri terdiam sekejap. Ingatkan kes tu dah selesai lepas Zikri bagi amaran tempoh hari. Rupanya tak habis lagi?

"Dia kacau kakak lagi ke?"

"Ya Yi, dia kacau kakak lagi! Kali ni lagi teruk. So I really need your help."

Zikri menyandar pada pagar balkoni sambil sebelah tangan dia seluk dalam poket seluar trek yang dipakainya.

"Okey... so kakak nak Yi tolong apa?" Zikri sabar menunggu tapi Lila pula yang berdiam diri.

Hanya deru nafas gadis itu yang Zikri dengar menandakan dia tidak bercakap sendiri.

"Kakak?"

"Erm... Yi janji kan tak marah?" Sekali lagi Lila tanya soalan yang sama buatkan Zikri rasa kesabaran dia makin menipis.

Apa sebenarnya pertolongan Lila mahukan daripada Zikri sampai dia begitu takut dan ragu-ragu untuk meminta begini?

"Ya Allah... ya Yi janji."

"Jangan bagi tahu mummy dengan daddy kakak?"

"Ya..."

"Promise?"

Zikri ketawa kecil, pasrah.

"Promise."

Diam lagi.

"Kakak-"

"Be my fiancé?"

Thud.

Zikri pegun. Badannya yang tadi bersandar selesa dekat penghadang balkoni kini sudah tegak berdiri.

"Kakak cakap apa?"

"Be my fiance, Yi?"

"Fiance?"

"Hurm, fiance."

***

Lila jenguk-jenguk ke belakangnya, tak ada orang. Bagus.

Perlahan-lahan daun pintu bilik tidur TZ dan Ally dia ketuk.

"Daddy, Lila ni." Lila kuatkan suaranya supaya TZ di dalam sana dapat dengar.

"Masuklah, sayang."

Bila dah dapat keizinan, Lila pulas tombol pintu. Dia masuk dengan hati yang berdebar.

Telapak tangannya yang dah sejuk itu dia gosok-gosok ke sisi paha. Berdebar Lila sekarang sama taraf dengan berdebar waktu nak ambil keputusan SPM!

"Hey, bacteria." TZ menyapa Lila dengan senyuman.

"Hey, daddy."

Lila merapati TZ yang tengah duduk di sofa di hadapan TV.

Dia duduk betul-betul sebelah TZ, rapat sehingga bahunya bersentuhan dengan si bapa lantas lengan lelaki kesayangannya itu dia rangkul manja.

"Amboi, ni kenapa manja sangat ni?" TZ menunduk untuk melihat Lila yang sudah pun melentokkan kepala di bahunya.

"Saja. Amboi, tak boleh dah ke Lila nak manja-manja dengan daddy?" Lila cebirkan bibirnya.

"Bukan tak boleh, daddy dah kahwin tau."

"Daddy kahwin lain?!"

Cepat-cepat TZ cubit mulut Lila sambil jegilkan mata dia seluas mungkin. "Eh, mulut tu jangan celupar eh! Dengar dek mummy kejap lagi macam mana?!"

Mengekek Lila ketawa tak ingat dunia tengok TZ yang dah gelabah semacam.

Tahu takut...

Lila angkat kepalanya dari terus menyandar di bahu TZ. "Alah daddy ni, gurau pun tak boleh."

"Gurau tak gurau, kejap lagi mummy dengar, dah tak jadi gurau dah, jadi bala nama dia. Yang teruk kena tu daddy, bukan Lila." TZ masih lagi tak puas hati dengan cara anaknya bergurau. Cari pasal sungguhlah...

Lila sambung peluk lengan TZ. "Habis tu, kalau daddy dah kahwin pun, apa kaitan dengan Lila tak boleh peluk daddy?"

"Itu pun tak boleh fikir?"

Lila buat muka. TZ ni selalu macam tu. Adalah tu loyar buruk yang dia nak buat tu.

"Apa daddy ni... cakap cepat tak payah nak buat teka teki."

"Lila dengan mummy, sama aje. Benda senang pun tak boleh tangkap." TZ tunjal lembut dahi Lila.

"Ha, cepatlah. Apa dia benda senang sangat tu."

"Daddy dah kahwin, nanti mummy marahlah, jealous Lila manja-manja dengan daddy. Daddy ni dah ada isteri, marahlah isteri daddy nanti ada perempuan lain duk manja dengan daddy. Tu pun tak dapat tangkap."

Muka Lila?

Toya!

Eee, TZ ni suka buat lawak hambar!

Kebetulan ketika itu Ally baru keluar dari bilik air, terus Lila jerit panggil ibunya. "Mummy! Tengoklah daddy ni, tolonglah... mummy ruqyahkan sikit!"

"Kenapa?" Ally yang tak tahu menahu ni jadi tertanya-tanya, apa yang sedang terjadi antara anak dan bapa itu?

"Daddy buat lawak hambar..." Lagi dia merengek.

"Lawak apa?"

"Daddy kata Lila tak boleh peluk dia sebab daddy dah kahwin. Tolonglah mummy jampi sikit..."

Oh. Ally dengar kemudian dia julingkan matanya ke atas. Tak beri komen apa dah, terus keluar dari bilik itu. Malas nak layan.

Kalau Lila rasa tak tahan, cuba bayang Ally yang dah hidup dengan lelaki itu berpuluh tahun?

"Buat muka, buat muka! Mummy pun tak nak layan." TZ tekup muka Lila dengan tangannya.

Lila tepis tangan TZ, lembut ajelah. Kasar-kasar nanti jadi anak derhaka pula.

"Apa-apa ajelah daddy, as long as you happy. Lila nak minta izin ni." Seram sejuk yang hilang tadi kini datang semula.

"Izin apa? Dating? Tak payah nak mengada, daddy tak izinkan."

Gulp!

Air liurnya ditelan, kesat.

"Bukanlah... apa sampai situ. Lila nak minta izin nak keluar aje." Lengan TZ digapai semula.

"Keluar ke mana? Buat apa? Dengan siapa? Bila?"

Ha ambil!

Bertubi-tubi!

"Pergi mall, nak bawa Yi keluar jalan-jalan, haritu masa dekat rumah moyang Lila dah janji nak bawa dia keluar, belanja makan. Boleh?"

Lila ketap bibir bawahnya dan bulatkan mata dia, sengaja buat muka comel.

"Dengan Yi?"

Lila angguk. Muka habis selamba ditayang sedangkan dalam hati... berdebar dia usah dibilang. Macam ada taufan!

Janganlah TZ tanya lebih-lebih, bimbang dia ketahuan nanti mereka cerita. Lila ni bukanlah pandai sangat menipu.

Dia tak khatam lagi cara-cara nak jadi pemberi alasan yang baik sebagai seorang anak kepada 'typical asian parents'.

"Dia tak busy ke? Kan nak dekat exam ni?"

"Er, Yi cakap dia dah tepu belajar, sebab tu Lila nak bawa dia keluar ni. Lagipun sekarang kan dia tengah cuti." Lila tahan nafas ketika bercakap.

Selalu kalau nak minta keluar dia punya perasaan biasa-biasa sahaja, tapi disebabkan hari ini dia menipu, buat dosa, maka beginilah jadinya.

Cuak sendiri.

"Lila drive?"

"Haah, nanti Lila pick up Yi dekat rumah Daddy Amar. Lila nak pinjam kereta daddy boleh?"

"Boleh. Take care, elok-elok bawa kereta tu. Duit ada tak, nak belanja Yi tu?"

"Ada, ada. Daddy jangan risau. Thank you daddy!" Lila cium pipi TZ sekilas sebelum bergegas jalan keluar dari bilik.

TZ pandang kelibat Lila yang dah menghilang. Kenapa TZ rasa macam ada sesuatu yang lain eh dengan perangai Lila hari ini?

Mencurigakan...

***

"Kakak... calm down, please?" Ke kiri dan kanan mata Zikri mengikut pergerakan badan Lila yang tak duduk diam dari tadi.

"Tak boleh Yi, tak boleh. Selagi benda ni tak selesai, kakak tak boleh hidup dengan aman." Lila goyang-goyangkan kaki dan tangannya dalam menahan debar di dada.

"Yi kan ada. Kakak nak takut apa lagi?" Zikri cuba untuk tenangkan hati Lila.

Bila Lila jadi macam ini, dengan Zikri sekali rasa cuak.

"Ya Allah, Yi! Yi tak faham lelaki tu perangai dia macam mana. Dia psiko tahu tak! Psiko yang sejati!"

Zikri mengeluh kecil. Penat dengan perangai kalut Lila yang tak sudah.

Masalahnya bukanlah besar mana, tapi dia punya gaya tu macam Korea Utara nak bom Malaysia waktu itu juga.

Mudahnya Zikri bersandar sahaja pada kerusi sambil memerhati Lila yang masih kalut sendiri.

"Yi tak nak cakap apa-apa ke?" Lila angkat sikit kepalanya dengan bibir yang memuncung bila lelaki itu tidak berikan dia sebarang respon.

"Kakak nak dengar ke?" Keningnya dijongketkan sebelah.

Lila merengek dengan jawapan sarkastik Zikri.

"Dari tadi Yi suruh kakak bertenang, jangan gelabah sangat, Yi ada, kakak bukan nak dengar pun. Apa lagi Yi boleh buat? Tengok ajelah kakak menggelupur."

Seperti biasa, tenang sahaja Zikri bercakap sambil senyum.

Ah Zikri ini, bagaimana dia boleh jadi setenang itu? Kenapa Lila tak boleh jadi macam dia?

Sedangkan Lila itu lebih tua usianya daripada Zikri. Tapi matangnya Zikri, jauh Lila ketinggalan di belakang.

Baru Lila nak tarik nafas lega, tiba-tiba mata dia jadi membulat, dan duduknya terus tegak.

"Yi, dia datang, dia datang!" Lila bercakap separuh berbisik.

Zikri toleh ke belakang, dia nampak seorang lelaki ringkas berbaju T kuning dan berseluar jean sedang menghampiri mereka.

"Tu ke?"

Lila angguk sungguh-sungguh. "Yi, sinilah duduk dengan kakak." Lila masih lagi bercakap separuh berbisik.

Kerusi di sebelahnya yang kosong Lila tepuk perlahan, menyuruh Zikri berpindah tempat.

Zikri tanpa sebarang kerenah bangun dan duduk di sebelah Lila. Tempat kosong itu kini sudah berpenghuni.

"Yi cakaplah apa-apa yang Yi nak cakap, kakak tak kisah. I love you tau, Yi!" Lila cakap pada Zikri sebelum lelaki itu sampai betul-betul depan meja mereka.

Memerah kejap muka Zikri apabila dia dengar ayat terakhir Lila.

I love you?

Kan seronok kalau sayang Lila itu bukan membawa maksud sayang seorang kakak terhadap adiknya...

"Hai Dalila." Lelaki itu sudah pun duduk di hadapan mereka. Senyumnya dia lemparkan dengan mesra kepada Lila, tapi langsung tidak kepada Zikri.

Pandang Zikri pun gayanya seperti tak sudi buatkan dia menggenggam penumbuk.

Eh eh lelaki ini, belum apa-apa dah cari pasal.

"I'm here too, you know? No hi for me?" Zikri sudah mula jengkel dengan sikap lelaki ini yang melayannya seolah-olah dia tidak wujud di situ.

Zikri nampak bagaimana air muka lelaki itu berubah.

"Oh, lupa. Hai, Helmi." Lelaki yang perkenalkan dirinya sebagai Helmi itu sudah hulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Zikri.

Zikri sambut, tapi saat tangan mereka bertaut, dapat dia rasakan tangan itu sengaja menggunakan kekuatan yang berlebihan untuk menggenggam tangannya seolah memberi amaran kepada Zikri.

Back off.

Lila itu kepunyaan Helmi. Lihatlah mata itu, hina sungguh memandang Zikri.

Panasnya hati! Lelaki di depannya ini ingat Zikri siapa?

Lila di tepi yang melihat itu jadi tidak sedap hati bila salam mereka masih tidak berakhir, mata masing-masing tajam menikam antara satu sama lain.

Ya Allah... janganlah apa-apa yang buruk jadi. Mati Lila nak jawab nanti. Sudahlah keluar ni pun menipu.

"Guys, lamanya salam?" Apabila Lila tegur barulah tangan kembali ke sisi paha masing-masing.

"So, kaulah Zikri?" Helmi bertanya sambil matanya melirik memandang Zikri dari atas ke bawah.

"Ya, kenapa? Kau ada masalah ke dengan aku?" Zikri itu bukanlah orang yang biadap.

Tuturnya sentiasa dijaga nak pula dengan mereka yang lebih dewasa darinya, tapi entah kenapa dengan Helmi hilang habis adab dia tenggelam ke laut.

"Are you sure this is your fiancé, Dalila?"

"Yalah. Takkan saya tipu pula." Lila mula tak sedap hati apabila dia nampak rahang Zikri bergerak-gerak.

Dia tak pernah nampak sisi Zikri yang ini buatkan Lila sedikit kecut perut.

"Are you sure?" Keluar gelak sinis daripada bibir Helmi sambil matanya sekali lagi memandang Zikri dengan jengkel.

Jelas perbuatan itu bertujuan untuk merendah-rendahkan dia.

Zikri genggam penumbuknya erat-erat.

"Apa yang kau tak puas hati sangat kalau aku tunang Lila pun?"

"Kau nampak macam bukan tunang Dalila. So, aku kurang percaya." Helmi pandang muka Lila sambil bercakap dengan nada yang memerli.

"Dah tu, siapa yang nampak macam tunang Lila? Kau?"

"Why not? You look so young, macam budak sekolah. Tingkatan berapa?" Tersungging senyuman sinis di bibir Helmi.

Zikri ketap giginya.

"Stop staring at me with that filthy eyes, I warn you." Perlahan, tapi dalam sahaja suara Zikri kedengaran tanda dia benar-benar sedang menahan marahnya.

"Kau nak buat apa kalau aku pandang kau pun? Pukul? Tumbuk? Buatlah, cepat, aku tunggu." Helmi seperti sengaja menyimbah minyak ke atas bara, menyemarakkan lagi api kemarahan Zikri.

Buk!

Sesaat kemudian, satu tumbukan sudah dilayangkan oleh tangan Zikri tanpa sebarang amaran.

Helmi dah tersandar di kerusi sambil memegang pipinya.

Lila pegang dada dia dek rasa terkejut dengan apa yang dia saksikan.

"Yi!"

"Jangan kau berani kacau Lila lagi lepas ni. Lila tunang aku. Kalau lepas ni aku dapat tahu kau buat hal lagi, kau tunggu!"

Usai berkata-kata, terus Zikri tarik tangan Lila meninggalkan kawasan itu.

Dibiarkan sahaja mata-mata lain yang memandang dan mulut orang awam yang berbunyi.

Puas hati Zikri dapat menumbuk muka tak sedar diri Helmi. Zikri dah beri amaran, Helmi yang tak nak dengar.

Berani-berani dia memperkecilkan Zikri begitu sekali. Mentang-mentanglah muka dia nampak kebudak-budakan, Helmi fikir Zikri tak berani nak ajar dia?

Lila hanya menurut apabila pergerakannya didorong oleh Zikri.

Ini adalah pertama kali dalam seumur hidup Lila melihat Zikri marah dan hilang kawalan.

Pertama kali tapi Lila rasa Zikri sangat 'manly' ketika sedang marah, dia punya aura yang tersendiri.

Hilang habis muka manis Zikri yang selalu jadi tatapan dia lalu digantikan dengan raut yang serius.

Lila jadi takut pun ya juga.

Tapi memang padanlah dengan muka Helmi, cabul sangat mulut, kan dah kena?

Zikri tarik Lila sampailah mereka tiba di kereta. Lelaki itu sudah berhenti berjalan buatkan Lila juga berdiri pegun.

Remaja itu berdiri membelakangkan Lila, tapi lengannya masih lagi digenggam Zikri kemas dengan sebelah lagi tangannya mencekak pinggang.

Dari belakang Lila nampak bahu Zikri naik turun, cuba tenangkan diri mungkin.

"Yi..." Takut-takut, Lila cuba seru nama itu.

Zikri dah pusing. Mukanya sudah kembali kepada biasa, manis dan tenang.

"Yi... okey?"

Zikri angguk perlahan. Menyesal pula dia tidak mengawal marahnya tadi, itulah pertama kali dia menumbuk orang, sudahlah orang tidak dikenali, di khalayak ramai pula tu.

Matilah Zikri kalau mummy dan daddy dia tahu.

"Sorry, kakak."

"Tak apa. Tak payah minta maaf, kalau kakak pun kakak tumbuk je Helmi tu. Mulut macam celaka," kata Lila selamba buatkan mata Zikri tertumpu padanya.

Oh.

"I didn't curse, or did I?"

"Yes you did."

Lila sengih tayang gigi.

Zikri? Terpaku.

Comel sangat-sangat! Buatkan tanpa sedar bibirnya turut melebar dengan sendiri.

Lila akhirnya tersenyum juga apabila nampak Zikri mula melebarkan bibirnya. Angin dia dah okeylah tu.

"Yi?"

"Ya?"

"Tu..." Lila tunjuk lengan dia yang beralas dengan baju lengan panjang yang masih kemas dipegang Zikri.

Zikri tunduk melihat mana muncung Lila menghala.

Oh!

Serta merta lengan Lila dilepaskan. Merah muka Zikri dek kerana segan. Tak sedar langsung!

"Sorry, kakak." Zikri garu belakang kepalanya sambil menunduk.

Lila tahan gelak, tak nak buat Zikri tambah malu, merah dah telinga dia.

Alahai comelnya...

"Dah, jom balik." Lila dah bergerak ke bahagian pemandu dan boloskan dirinya ke dalam kereta, begitu juga dengan Zikri.

Diam dia duduk di sebelah Lila, termenung pandang ke luar tingkap.

Terbayang-bayang apa yang baru sahaja dia lakukan kepada Helmi.

Lama dia melayan perasaan.

"Kakak..."

"Yes?"

"Kakak tak akan bagi tahu mummy dengan daddy Yi kan yang Yi pukul orang?"

"Yi rasa?" Lila rasa macam nak mengusik lelaki itu, nakal sahaja dia mengangkat kening sambil memandu.

"Tak?"

"Yakin?"

"Kakak janganlah..."

"Alah Yi ni, bergurau pun tak boleh. Takkanlah kakak nak cerita dekat mummy daddy Yi, tak pasal-pasal Yi kena marah. Kesian tunang kita ni."

Dan pipi Zikri sekali lagi seperti disental dengan cili api, panas apabila Lila cakap macam tu.

Dia palingkan mukanya menghadap luar, tangan dibawa ke bibir cuba rahsiakan perasaan suka yang tidak terperi.

Tanpa Lila sedar, ada senyuman yang tersembunyi dilemparkan ke luar tingkap.

Berbunga-bunga?

Itu yang Zikri rasa.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top