BAB 3

A

MAR baring mengiring sambil tangannya menongkat kepala. "Kenapa abang nampak Sofea cantik sangat malam ni?"

Sofea yang ketika itu sedang menyikat rambutnya terus jadi terhenti. Semacam aje dia pandang suaminya yang tengah tersengih-sengih di atas katil.

"Apa benda yang cantiknya?" Sofea lihat badan dia yang hanya bersarung dengan baju T longgar dan seluar tidur panjang. Itu cantik?

"Entahlah, tiba-tiba abang nampak Sofea cantik." Amar masih lagi tersengih nakal ketika berkata-kata.

"Abang jangan nak macam-macam! Sofea tak habis lagi period tau!" Sofea dah bercekak pinggang depan Amar, berdiri di sisi katil. Terus mati senyuman nakal suaminya itu.

"Apa ke situ pula! Eh... eh. Abang tahulah Sofea tengah on period, apa ingat gatal sangat ke?" Amar mula duduk bersila.

"Dah tu?" Naik sebelah kening Sofea.

"Nak minta tolong ni..." Muncul semula senyuman Amar yang tadinya sudah memudar.

"Tolong apa?"

"Tolong cintai saya?"

Buk!

Satu bantal singgah di belakang badan Amar tanpa dia sangka buatkan dia terjerit kecil. "Gurau pun tak boleh!"

Amar menggerutu sambil menggosok-gosok tempat yang dihempuk isterinya.

"Abang nak apa ni? Baik cakap cepat sementara saya berdiri lagi ni. Saya dah naik katil nanti, malas dah turun."

"Tolong ambilkan earphone abang dekat atas meja luar?" Tangannya sudah bercantum menjadi satu.

Tanpa banyak kata, Sofea keluar lalu kembali dengan barang yang Amar mahu dia tolong ambilkan.

"Dah? Itu je? Ada apa-apa lagi tuan putera?" Sofea bercekak pinggang sambil bertanya.

"Tak ada apa dah, marilah baring." Amar tepuk-tepuk bantal di sebelah dia, menyuruh Sofea untuk berbaring di situ.

"Betul ni abang?"

"Ya... baringlah."

Sofea tak tunggu lama untuk memanjat katil dan rebahkan badannya ke tilam. Terpejam matanya sesaat, menahan kenikmatan apabila pinggang diluruskan.

Ah, selesanya.

Baru dia mahu menarik bantal peluk untuk tidur, tiba-tiba mereka dengar bunyi pintu diketuk dari luar.

Amar dan Sofea berpandangan. Siapa?

"Masuklah..." Amar kuatkan suara supaya yang mengetuk pintu itu akan dengar.

Pintu terbuka dari luar, terjengul kepala putera bongsu mereka di sebalik pintu, tidak terus masuk sebaliknya dia cuma berdiri di situ dengan sebiji bantal dipeluk dengan sebelah tangan.

Terus melebar senyuman Sofea dan Amar.

"Can I come in?" Sopan anak kecil itu bertanya ibu dan bapanya, sudah biasa diajar untuk meminta izin sebelum memasuki kamar mereka.

"Masuklah, sayang. Come." Sofea gamit Zikri supaya mendekat.

Zikri yang dah lengkap berbaju tidur itu menutup pintu sebelum dia mengheret bantalnya jalan pergi ke katil.

Katil yang sedikit tinggi untuk usianya dia panjat kemudian merangkak hinggalah dia sampai ke tengah-tengah katil, duduk di antara Amar dan Sofea.

"Can I sleep here tonight?" Zikri pandang muka Amar dan Sofea bersilih ganti.

"Kenapa nak tidur sini?" Amar tanya. Bukan dia tak bagi, tapi macam pelik sekejap.

Selalunya Zikri tidur dengan Zikran berdua dalam bilik mereka sendiri. Tiba-tiba mahu tidur dengan mummy dan daddy.

"Yi takut," kata Zikri sambil sembunyikan separuh mukanya di balik bantal, meninggalkan hanya mata yang kelihatan untuk tatapan Amar dan Sofea.

"Takut? Takut apa?" Sofea tunduk kerana ingin melihat muka Zikri, tapi si comel itu lagi pandai, makin ke dalam dia membongkok.

"Kenapa Yi?" Amar pula ambil giliran untuk bertanya.

"Yi takut... tadi Yan dengan Kak Zara tengok cerita hantu," kata Zikri dengan suara yang tenggelam timbul kerana mulutnya disembamkan ke bantal.

Alahai...

Patutlah!

Amar tahan gelak. Kasihan anak bujang dia ini. Ingatkan ada apalah yang jadi tadi.

"Kasihannya anak daddy. Nak tidur sini ke?"

Zikri angguk. "Can I?"

"Boleh... apa salahnya. Jom, tidur dengan mummy, mummy peluk Yi kuat-kuat." Bantal peluknya diketepikan, Zikri ada sebagai ganti. Malam ni Sofea ada bantal peluk yang lagi empuk!

Muka Zikri bersinar-sinar apabila mendapat keizinan Sofea. Bantal yang tadinya dia peluk kini sudah diletakkan di tengah-tengah antara bantal Amar dan Sofea, lantas kepalanya dilabuhkan ke situ.

Zikri baring sambil tersenyum-senyum. Bahagia sangat nampaknya.

Amar apabila nampak kedua-dua ibu dan anak itu sudah bahagia berbaring, dia apa lagi? Turut ikut sama.

"Mummy, cepatlah peluk Yi." Pinta Zikri, manja.

Sofea tergelak. Macam-macamlah anak bujang dia yang seorang ini.

Laju tangannya dilingkarkan ke badan comel itu, kemas memeluk dengan penuh kasih sayang.

"Yi suruh mummy je? Daddy?" Amar sengaja buat ayat seperti sedang berjauh hati.

"Kejaplah daddy. Ni Yi nak suruhlah ni..." Zikri macam nak marah buatkan Sofea mengekek gelak.

Bahu Amar dia tunjal perlahan tanda mengejek. Padan muka kena marah dengan Zikri.

"Okey... okey. Sorry!" Amar mengalah, terlukis juga senyum di mukanya, terhibur dengan keletah si bongsu.

"Daddy, peluklah Yi." Zikri depangkan tangan kirinya yang masih kosong tidak dipeluk sesiapa. Sekelip mata tangan Amar sudah singgah di atas perut Zikri, melintang di situ.

Lama mereka berdiam sahaja, menghayati pelukan hangat masing-masing sebelum Zikri tiba-tiba memecahkan suasana sunyi dengan soalannya.

"Mummy... daddy... Yi nak tanya boleh?"

"Tanyalah."

"What is love?"

Gulp!

Amar telan air liur, Sofea pula dah terkebil-kebil mata tengok muka anaknya. Zikri pandang kedua-dua muka ibu dan bapanya itu silih berganti.

Susah sangat ke soalan Zikri?

"What is love?" Zikri ulang tanya soalan yang masih tidak berjawab.

"Love is like... you and me," jawab Sofea ringkas.

"Maksudnya?"

"Maksudnya, mummy and daddy take care of you, hug you like this, buat Yi happy... kiss you... semua tu love," jawab Amar pula.

"What about the couple dalam movies? Do they love each other like daddy told me just now?"

Dang!

Amar rasa nak aje dia cubit mulut petah Zikri. Zaralah ni, anak sulung mereka yang ajar adik-adik dia tengok cerita bukan-bukan!

Kecil-kecil dah pandai tengok cerita-cerita cinta.

"Macam mana nak cakap eh, couple dalam movie tu, they have another definition of love, nanti bila Yi dah besar Yi faham. Tapi yang penting, they care for each other, sama je macam mummy daddy care for you."

Sofea tak tahulah apa benda yang dia cakap dekat Zikri ni betul ke tak, dia main petik aje jawapan.

Alahai Zikri pun... bagi soalan aras tinggi pula malam-malam macam ni.

"Ya, betul cakap mummy tu, sayang." Amar cuit hidung comel Zikri.

"Daddy?" Mata Zikri tiba-tiba memandang dia, seperti mahu tahu sesuatu.

"Kenapa dengan daddy?" Amar hulurkan senyum kepada anak bongsunya.

"Daddy love mummy macam daddy love Yi tak?"

Terburai gelak dia mendengarkan soalan polos Zikri. Amar tundukkan mukanya lalu dia cium pipi labuh itu sekejap.

Mana sama sayang Amar dekat Sofea dengan sayang Amar pada Zikri.

"Ya, sayang. Daddy love mummy sama macam daddy loves Yi, loves Yan, loves Kak Zara. Semua daddy loves."

Bisik Amar perlahan sambil menggosok kepala Zikri buatkan bibirnya melebar tanpa dia sedar.

"Kalau macam tu, Kakak Lila pun love Yi jugalah, kan?"

"Kenapa dengan Kakak Lila?" Sofea pelik. Tiba-tiba aje nama Lila naik.

"Kakak Lila always care for me. Mummy kata kalau dia care dekat kita, dia loves kita? Kan?"

Sofea ketap gigi.

Aduhai!

"Haah, betullah tu." Amar tolong jawabkan, malas nak terangkan dengan lebih lanjut, bukan anak berusia lima tahun ini faham pun makna 'sayang' yang sebenar-benarnya.

Cukuplah dia tahu sampai situ.

"Yi pun loves Kak Yila," kata Zikri selamba di hadapan ibu dan bapanya buatkan ketawa masing-masing hampir pecah.

"Ya?" tanya Amar.

"Haah. I want to marry her one day, just like mummy and daddy." Zikri peluk kemas-kemas kedua-dua tangan Amar dan Sofea rapat ke dada sebelum dia tenggelam dalam lena.

"Sweet dreams, sayang..." Sofea kucup dahi Zikri yang matanya sudah terpejam.

Amar pandang sahaja perlakuan Sofea sambil tersengih-sengih tersendiri.

"Dah kenapa pula dengan abang ni?"

"Sofea tak rasa ke apa yang abang rasa?" Soalan berbalas soalan.

"Rasa apa?"

"Rasa nak berbesan dengan TZ."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top