BAB 2
S
ATU suara halus kedengaran memanggil namanya dari belakang disertakan dengan cuitan halus di bahunya buatkan tumpuan Lila terganggu.
"Kakak Lila!"
Lila yang ketika itu sedang menulis sesuatu di atas kertas sudah letakkan pennya ke atas meja baru dia pusing ke belakang.
Ada Zikri yang sedang berdiri sambil tangannya disilangkan ke belakang badan. Malu-malu dia memandang Lila.
Automatik bibirnya melebar dengan sendiri.
"Eh Yi, bila sampai?" Terus Lila turun daripada kerusi dan berdiri menghadap si kecil itu.
Zikri senyum-senyum sambil garu belakang kepala dia yang tak gatal pun.
"Nak salam." Zikri hulurkan tangan kecilnya untuk bersalaman dengan Lila.
"Oh!" Laju Lila menyambut huluran tangan Zikri.
Zikri menunduk, kemudian mencium tangan Lila, kemudian Lila pula menunduk untuk mencium pipi montel Zikri.
Comel sangat, Lila geram!
"Sini, duduk dengan kakak." Lila gamit Zikri supaya duduk sekali dengan Lila di atas kerusi kecilnya.
Terkedek-kedek Zikri memanjat kerusi lalu dia labuhkan duduknya di sebelah Lila.
"Kakak tengah buat apa?"
"Kakak tengah mewarna," jawab Lila sambil tunjukkan bukunya yang baru saja dia rasmikan tak lama sebelum Zikri sampai.
"Warna apa?"
"Nama kakak." Lila tunjuk lukisan namanya yang baru sudah dia lukis sebentar tadi. "Kakak lukis dalam buku diari ni."
"Diari?" Berkerut-kerut kening Zikri. "Apa tu?"
"Daddy kata, diari tu macam buku cerita. Kakak boleh cerita macam-macam dekat buku ni." Lila tunjuk buku diari yang sudah siap bertulis dengan nama dia dekat Zikri.
"Yi tak ada pun, Yi nak juga!"
"Nanti kakak suruh daddy belikan untuk Yi, okey?"
"Okey!"
"Lah, dekat sini rupanya Lila dengan Yi, puas daddy cari." TZ dah berdiri di muka pintu sambil bercekak pinggang.
"Hai, daddy." Sapa Lila.
"Hai, sayang. Lila dengan Yi tengah buat apa tu?"
"Lila tunjuk diari Lila dekat Yi." Lila dah turun daripada kerusi dan berlari dapatkan si bapa yang jauh lebih tinggi daripada dia, lalu tangan yang mampu dia capai itu Lila genggam manja. "Daddy..."
"Ya, sayang..." TZ leretkan suaranya juga sama seperti Lila. Mesti ada sesuatu yang dia mahukan dari TZ ni.
"Nanti daddy belikan buku diari macam Lila punya tu, lagi satu boleh?" Tinggi Lila mendongak untuk melihat muka daddynya.
"Eh? Kan baru lagi daddy beli? Tak penuh lagi kan buku tu?"
Laju-laju Lila menggeleng. "Bukan untuk Lila, tapi untuk Yi. Yi pun nak buku macam Lila." Lila tunjuk ke arah Zikri yang sedang memandang mereka berdua dari atas kerusi.
Oh...
Fahamlah TZ sekarang. TZ majukan langkah masuk ke dalam bilik anak gadisnya, sambil memimpin Lila. Sampai sahaja TZ depan Zikri, terus pipi tembam itu digentel perlahan.
"Yi nak buku macam Kakak Lila?"
"Nak!"
"Okey, nanti daddy belikan untuk Yi. Tapi sekarang, kita kena turun dulu, mummy dah tunggu dekat bawah."
"Daddy dah nak bawa mummy pergi hospital ke?"
TZ angguk. "Ya, sayang."
"Adik dah nak keluar?" soal Lila lagi. Teruja sungguh dia sejak diberitahu yang Lila bakal menerima adik tujuh bulan yang lalu.
Hari-hari Lila menghitung waktu menanti detik dia bakal bertemu dengan si adik. Akhirnya, hari ini tiba juga!
"Ya. Lila duduk dengan Nana dengan Dada sekejap ya sementara daddy bawa mummy pergi hospital, nanti Daddy Amar dengan Yi hantarkan Lila pergi rumah Dada, boleh kan?"
"Boleh!"
TZ senyum sambil dia usap rambut Lila penuh sayang. Dia pimpin kedua anak itu turun ke tingkat bawah, di mana semua orang senang menanti.
Ally tiba-tiba datang sakit hendak bersalin, tak sempat dia nak hantar Lila pergi ke rumah ibu dan bapa mertuanya, terpaksa dia meminta pertolongan daripada Amar yang rumahnya kebetulan tidak jauh dari kediaman TZ untuk hantarkan Lila ke sana.
Ally depangkan tangan dia sebaik kelibat Lila singgah di retina matanya.
"Mummy!"
Berlari Lila dapatkan Ally, manja dia sembamkan mukanya di dada si ibu seperti selalu-selalu dia buat.
"Mummy, adik dah nak keluar ke?" Tanya Lila sebaik pelukan dia leraikan.
Ally angguk. "Ya, sayang..."
"Mummy sakit tak?" tanya Lila lagi.
"Tak sakit, Lila peluk mummy terus tak rasa sakit."
Lila daratkan tangan comel dia di atas perut Ally yang membusung menanti masa untuk melahirkan, kemudian dia cari mata ibunya.
"Mummy take care, okay? Lila janji Lila tak nakal-nakal, tak buat mummy risau. Lila wait mummy balik dengan adik."
Terus Ally rasa matanya berair mendengarkan bicara polos lagi tulus daripada puteri kesayangannya itu. Kemas dia dakap badan Lila.
Tak peduli akan mata-mata lain yang memandang mereka, Ally terharu dengan kematangan yang Lila tonjolkan walaupun hampir tujuh tahun dia menjadi anak tunggal.
"Mummy loves you, so much. Even nanti mummy dengan daddy ada adik, we will always love you, sangat-sangat," ucap Ally perlahan di telinga Lila.
Seolah memahami segala emosi yang sedang bergelojak dalam fikiran si ibu, air mata Lila turut mengalir membasahi pipinya.
Makin kemas badan Ally dia dakap.
"Okey... mummy." Ally leraikan pelukan mereka, dia daratkan kucupan hangat di dahi Lila buat kali yang terakhir sebelum TZ papah dia pergi ke kereta.
Lila kira TZ tidak akan berpatah semula, tapi dia silap, TZ kembali semula ke dalam lalu dia dukung Lila dan berdiri sedikit jauh dari orang ramai.
"Daddy, Lila dah besarlah," kata Lila manja sambil sangkutkan dagunya di bahu TZ.
"Tak kisah, Lila tetap baby dekat mata daddy," ujar TZ sambil mengucup pelipis anaknya.
"Daddy..."
"Ya, sayang?"
"Jaga mummy, okey?"
"Always. Lila tunggu sekejap okey?"
"Always."
"Jangan lupa, daddy sayang Lila, sampai bila-bila. Nothing gonna change even lepas ni Lila dah ada adik, tau?"
Menitis lagi air mata Lila buat kali yang kedua, dia cuma mengangguk dalam pelukan TZ.
TZ turunkan Lila daripada dukungan, kemudian dia melutut untuk menyamaratakan aras muka dia dengan anaknya.
Pipi yang basah itu dia kesat dengan hujung lengan baju. Ah, luluh sungguh hati dia melihat air mata itu singgah di situ.
"Jangan nangis, berapa kali daddy nak kata, your tears break my heart?"
Lila ketawa kecil dengan ayat manis si bapa yang tak pernah buatkan dia tersenyum sendiri. "Daddy ni, pergilah cepat hantar mummy!"
TZ cium dahi Lila buat kali yang terakhir. "I love you."
"Love you... more." Balas Lila saat dia lihat kereta yang dipandu TZ sudah keluar dari garaj.
Setitis air mata jatuh juga, sebak Lila tak dapat ditahan.
Baru dia nak tersedu, tiba-tiba terasa tangannya dipegang seseorang. Lila lihat ke tepi, ada Zikri sedang genggam tangannya lalu dia usap perlahan.
"Kakak jangan nangis, Yi boleh teman kakak!"
Lila kesat air mata dia yang bersisa di tubir mata. "Betul?"
"Betul! Nanti kita main sama-sama!"
"Okey! Kita main sama-sama!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top