Picsart [ Background ]
Kalini, meh aku terangkan segalanya tentang Picsart. Macam yang aku katakan dulu, Picsart ni tempat yang sesuai untuk peng-edit-an dilakukan. Terdapat pelbagai cara untuk edit gambar. Jadi baca betul-betul penerangan ini.
PICSART
BACKGROUND
Background ni adalah salah satu perkara yang WAJIB anda semua lakukan sebelum anda memulakan sebarang pembuatan cover book. Walaupun kau tak perlukan background dalam proses buat cover, walaupun gambar yang kau pilih itu sangat cantik, istimewa dan gempak, kau tetap perlu tekan background ni.
• tekan background
• pilih warna hitam
• tekan Tools yang ada di barisan bawah
• crop. Tukar 2289 × 2289 kepada 512 × 800
• tekan ✔
• add photo yang kau nak, secantiknya
Trust me. Background ni akan membantu kau tetapkan perfecto saiz. Takkan ada lagi cover yang herot berot, takkan ada lagi cover yang terlebih besar, terlebih luas, terlebih segalanyalah!
Example
Gambar yang aku pilih. Tengok dari jauh pun dah tahu dah kalau aku main letak je tajuk, tagline dan segalanya, dia akan terlebih lebar.
Cantik? Yeah, memang cantik! Sayangnya, idea ada tapi teknik zero. This is what I'm trying to say tadi. Happen when kau terus letak tajuk, tagline dan sebagainya tanpa kau edit gambar itu ikut saiz yang perfecto. Hasilnya? Ini.
What do you think? Awful, kan?
That's why aku nasihatkan sebelum buat apa-apa cover, tekan background, pilih warna hitam, tukar saiz bla3 semua tu.
Example. Masih guna gambar yang sama.
Ini terjadi selepas kau buat 6 steps yang aku senaraikan tadi. Besarkan gambar hingga kena pada dinding background hitam.
Terasa buruk dengan garisan gambar yang bakal mencacatkan cover book? Jangan risau! Anda nampak simbol pemadam di bahagian atas? Tekan!
Adjust Opacity, size ikut anda suka. Kemudian, padam bahagian yang bakal mencacatkan kecantikan cover book anda!
Tahu kan bahagian mana yang aku padam? Kau boleh buat perbandingan berbanding gambar sebelum-sebelum ni.
• Tekan ✔ lepas dah puas hati
• Tekan arrow ke kanan yang terletak di sudut kanan belah atas ➡️
• Save to Gallery
Dan ini hasil apabila kau ada idea, ada gaya kau tersendiri dan ada TEKNIK
Kinda amazing, right? Hanya sebab kau tiada teknik sahaja, segalanya akan jadi hancur. Take or Leave it. Background tu sangat penting beb.
• menetapkan saiz yang perfecto!
• membolehkan kita menggunakan gambar yang kecik dalam pembuatan cover book
• menghasilkan satu cover book yang menarik!
One more thing. Waktu kau besarkan gambar, hanya besarkan hingga dia sentuh dinding background hitam. Jangan pula kau besarkan, drag atas, drag bawah sampai jadi macam ni
Ini bukan sahaja tiada teknik. Ini lurus bendul namanya 😂😂😂Jangan buat lawak beb. Kau sendiri boleh tahu apa akan jadi kalau kau besarrrkan macam tu. Ingat! Butang pemadam ada kat atas tu, menanti untuk kau gunakan dia.
Selain membuat cover, background juga membantu kita dalam membuat banner dan cast banner! Teknik yang sama je weh.
Sooo, itu sajalah dahulu. Sambungan di episod seterusnya! Don't forget to vomments beb. Jangan seganlah, tak tahu apa-apa, tanya jelah. Dan for your information, ini baru 1/10 dari segala perkara yang ada dalam aplikasi Picsart. Hanya perlukan teknik dan anda boleh lakukan apa sahaja tak kesahlah gambar itu kecik, anda boleh besarkan macam aku ajar tadi. Atau gambar itu besar, anda boleh kecikkan. Atau gambar itu buruk, aku bakal ajar kemudian. Hanya perlukan Teknik!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top