🌹9🌹
Kwon Seulha membuka matanya dan benda yang pertama sekali dia lihat adalah cahaya matahari menembusi tingkap bilik tidurnya.
Gadis itu lantas bangkit dari baringnya apa bila dia menyedari yang dia berada di katil. Padahal semalam dia tertidur di ruang tamu.
Seulha menampar pipinya dengan perlahan.
"Aku pasti sudah gila" kata Seulha perlahan.
Bunyi pisau dan papan pemotong sedang berlaga datang dari arah dapur. Lantas Seulha berlari kearah dapur.
Jeon Jungkook, si penjaga sementara itu sedang menyiapkan sarapan.
"Oh, kau dah bangun" suara Jungkook mula menyapa Seulha.
"Apa kau tengah buat?" soal Seulha apabila melihat Jungkook yang sedang memakai apron itu.
"Nak masak sarapan untuk kau lah, tak akan nak buat servis baiki kereta pula" balas Jungkook lalu bergerak ke meja makan bersama pinggan-pinggan yang berisi makanan.
Seulha turut berjalan mendekati meja makan.
"Duduklah, makan" kata Jungkook.
"Aku tak sangka yang hantu pun boleh memasak" balas Seulha.
"Eish, aku ni penjaga kau, janganlah panggil aku hantu, aku terasa tau" kata Jungkook sambil memegang dadanya, berlakon macam terasa sangat.
Seulha tersenyum kecil sebelum tangannya mencapai penyepit untuk menjamah sarapan itu.
"Boleh ke makan ni?" soal Seulha sekali lagi.
"kau ingat aku nak letak racun ke dalam tu?" soal Jungkook.
"manalah tahu kan" balas Seulha.
"Lebih baik aku cekik kau sampai mati daripada letak racun yang belum tentu kau akan mati" jawab Jungkook.
"Tch, iyalah, kau menang" kata Seulha sambil mengguling matanya keatas tanda menyampah.
Suasana jadi senyap seketika disebabkan Seulha sedang mengunyah makanan.
"Kau ke yang angkat aku tidur atas katil semalam?" Seulha mula bertanya.
Jungkook mengangguk.
"Terima kasih, aku mimpi indah semalam" kata Seulha.
"Sebenarnya, aku nak tukarkan baju kau sebab semalam kau tidur pakai baju kerja, mesti tak selesa" kata Jungkook.
Seulha memandang kearah wajah Jungkook, kenapa pipi lelaki itu membahang?
"Tapi, sebab kau perempuan dan aku ni lelaki, aku tak tukarkanlah pakaian kau semalam" ujar Jungkook lagi. Makin merah pipi Jungkook sebaik sahaja mengatakan itu.
"Yah, Jeon Jungkook, kau fikir apa?!" suara Seulha meninggi.
Habis semua makanan yang dalam mulutnya itu tersembur. Gatal bukan main ya, roh ni.
TBC
Teruskan votes dan komen, aku akan update bila aku rasa votes dan komen dah cukup. Luv u❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top