🌹5🌹

Kwon Seulha berjalan melintasi jalan raya itu.

Mulutnya terkumat-kamit mencaci Jeon Jungkook.

"Semalam bukan main lagi cakap yang dia nak tolong aku lah, apalah, hari ni aku terlambat bangun, bukannya nak kejutkan pun, sial betul" kata Seulha perlahan sambil berjalan.

Secara tiba-tiba sahaja Seulha berpaling kebelakang untuk melihat kebelakang.

Dan ketika itulah Jungkook berdiri dihadapannya.

"Aigoo, tak baik tau mengumpat orang" tegur Jungkook yang membuatkan Seulha kembali berpaling kehadapan.

"Mak! hantu!" teriak gadis itu.

Jungkook menggulingkan matanya keatas, haduhai, kenapalah manusia yang dia kena jaga berperangai sebegini?

"Ha, kenapa? kau nak aku tolong apa ni?" Jungkook meungkapkan perkara sebenar.

Lantas Seulha meragut kolar baju milik Jungkook.

Terbeliak mata Jungkook dibuatnya.

"aku dah lambat nak pergi kerja" kata Seulha.

Jungkook tersenyum manis.

"lama aku tak bawa manusia" kata Jungkook.

Seulha memandang wajah Jungkook.

Secara tiba-tiba Jungkook menyentuh jari-jemari milik Seulha lalu dia menggenggam erat jari gadis itu.

"Ready?" soal Jungkook sambil tersenyum penuh makna.

TBC

Aku update sikit je giass, mohon komen and vote T-T, aku tak naklah letak target dekat cerita ni macam cerita aku yang lain.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top