🌹4🌹

Badan Seulha menggigil akibat terlalu terkejut dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.

Lantas dia menyelimuti seluruh badannya sambil berbaring diatas katil.

"H-hantu" ucap Seulha perlahan.

"Aku bukan hantulah, aku penjaga sementara kau" satu suara garau membalas kata Seulha.

Perlahan-lahan Seulha berpaling kearah suara itu.

Terserlah wajah lelaki tadi yang turut berada dalam selimut itu dan bersebelahan dengannya.

"Argh!" Seulha menjerit sekuat hatinya.

Lantas Jungkook menekup mulut gadis itu.

"boleh tak kau berhenti menjerit? aku nak explain pun susah tahu tak?" ujar Jungkook lalu dia menghela nafas.

☆☆☆☆

Seulha duduk diatas sofa sambil memeluk lututnya.

"Jelaskan dalam masa 2 minit, lepastu kau kena keluar dari sini" kata Seulha sambil memandang kearah Jungkook yang berdiri dihadapannya.

"Nama aku Jeon Jungkook" Jungkook memulakannya.

"kau dah cakap itu, tadi" balas Seulha.

"maaflah masuk rumah kau tanpa izin" ujar Jungkook lagi.

"Tak nak, aku tak maafkan" balas Seulha lagi.

"boleh diam tak?" soal Jungkook dengan nada yang dingin.

"Tak nak diam" balas Seulha lagi.

Lantas Jungkook memetik jarinya dan Seulha terus kehilangan suaranya.

"Erm!" Seulha meronta-ronta apabila suaranya tidak dapat dilontarkan.

"Oh ya, tolong duduk diam-diam" kata Jungkook lalu memetik jarinya sekali lagi.

Terus Seulha tidak dapat mengawal badannya dan dia kekal duduk disofa itu dengan diam dan tidak bergerak.

"Sampai mana tadi?" Jungkook menyoal.

"oh ya, aku penjaga sementara kau, suka atau tidak kau kena terima aku untuk menjaga kau sampailah kau berpindah dari sini" kata Jungkook.

"Siapa suruh kau pergi naik tingkat atas sekali? Lepastu bila aku panggil nama kau, kau berpaling pula tu. Memanglah kau terjebak dalam semua ni" ujar Jungkook lagi.

"Jadi, kita akan bersama, sampailah kau pindah, Oh ya! kau pun sekarang tengah kesempitan wang untuk cari rumah sewa yang lain kan?" Jungkook menyoal.

"tahniah! lagi lama kita akan bersama HAHAHAHA" kata Jungkook lalu dia tertawa jahat.

"Ok, jadi, kalau kau menghadapi kesukaran untuk melakukan apa-apa. Kau hanya perlu berpaling kebelakang dan aku akan ada dibelakang kau" kata Jungkook.

Jungkook memetik jarinya lalu keadaan Seulha kembali normal.

"Aaa" Seulha cuba menyuarakan suaranya. Ada bunyi!

"Jadi, kau akan bantu apa-apa sahaja?" Seulha menyoal.

"kecuali bagi kau harta dan rumah, tu aku tak boleh bagi" kata Jungkook.

Seulha berdecit perlahan, macam tahu sahaja apa yang difikirkannya.

"Kalau kau menghadapi perkara yang sukar, turn back and I'll be there" kata Jungkook sambil tersenyum manis.

TBC

Siapa masih ada?
Excited tak?!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top