🌹2🌹
Kwon Seulha tidak berhenti-henti daripada mentaip pada papan kekunci komputer itu.
"Kwon Seulha" satu suara halus memangil namanya.
Terus membuatkan gadis itu terhenti buat seketika. Secara tiba-tiba bulu roma gadis itu berdiri tegak.
Seulha teringat kata-kata pak cik tua tadi
"kalau ada orang menyeru nama kamu, jangan berani untuk berpaling kebelakang"
"Kwon Seulha" suara itu masih lagi memanggil namanya.
Seulha tidak berpaling kebelakang, sebaliknya dia kekal duduk dengan tegak dikerusi kerjanya.
Secara tiba-tiba bahunya disentuh daripada belakang.
"Arghh!" Seulha berteriak sekuat hatinya. Membuatkan seluruh pejabat itu bergema.
"Yah, Seulha-shi, kau dah kenapa?" rakan sekerjanya itu bertanya sambil meletakkan jari pada bibirnya tanda meminta Seulha untuk berhenti menjerit.
"A-ah, k-kau rupanya" ujar Seulha kepada rakan sekerjanya iaitu Jung Hoseok.
"Ni, aku nak bagi fail yang projek pembinaan jalan raya baru tu, tolong semak pelan ni, nanti bagi sekali dengan kiraan berskala" kata Hoseok.
"o-oh ok" balas Seulha.
☆☆☆☆
Seulha bertekad untuk berjumpa dengan jirannya yang duduk ditingkat atas itu.
Lif berhenti ditingkat teratas di blok perumahan itu. Seulha melangkah keluar daripada kotak lif itu.
Sungguh senyap dan sunyi. Kawasan itu nampak lebih suram berbanding tingkat rumahnya.
Seulha terus berjalan kearah pintu rumah nombor 5 yang mana rumah yang terletak diatas rumahnya.
Seulha mengetuk pintu rumah itu.
Tiba-tiba tiupan angin yang kuat tidak tahu dari arah mana. Membuatkan rambut Seulha berserabai.
Cepat-cepat gadis itu membetulkan semula rambutnya itu.
"Dia belum balik kerja lagi kot" Seulha mengeluarkan spekulasinya sendiri.
Lalu dia berjalan ke arah lif semula untuk turun ke tingkat bawah.
"Kwon Seulha" satu suara memanggil namanya.
Secara automatik gadis itu berpaling semula ke arah pintu rumah itu.
"Akhirnya! ada juga orang pandang. Lama betul aku tak menjaga manusia!" satu suara garau menyapa telinga Kwon Seulha.
TBC
Seperti yang aku kata, cerita ni tak dapat diagak sebab aku pun tak tahu apa yang came up dari otak aku tetibe nih, apa-apa pun ini bukan cerita seram. Tapi, sedikit taburan mengarut?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top