🌹15🌹
Kalau nak feeling,boleh buka lagu di atas
aku pasti nanti kau akan rasa lain❤
••••
"Seulha, ni kertas apa?" soal Jungkook sambil mengangkat kertas tentang pemindahan rumah.
"Kau nak pindah?" soal Jungkook lagi.
"Jungkook.." gadis itu memanggil.
"Kita tak ada bincang lagi tentang ni" kata Jungkook dengan nada yang jelas bunyinya seperti marah.
"Aku tengah bantu kau untuk pergi ke alam kau, kenapa kau nak marah?" balas Seulha.
"Sekurang-kurangnya bagilah tahu aku lebih awal!" balas Jungkook dengan nada tinggi. Memang dia tidak berpuas hati. Sungguh tidak berpuas hati!
"Apa bezanya kalau aku bagi tahu kau lebih awal? Kenyataannya tetap sama, aku akan pindah dari rumah ni" kata Seulha yang masih tidak mahu mengalah.
"Kalau kau bagitahu aku lebih awal, tak adalah aku makin jatuh cinta dengan kau!" akhirnya keluar juga kata-kata Jungkook.
Seulha terdiam, tidak tahu apa mahu dikatakan lagi. Semua sudah jelas terbukti yang mereka masing-masing ego.
"Sudahlah Jungkook, kau dan aku tak akan pernah bersama buat selamanya. Kau roh, aku manusia" kata Seulha dengan nada perlahan.
Jungkook terdiam, dia menarik nafas sedalam yang mungkin lalu dia menghilangkan diri dari situ.
Kwon Seulha menghembuskan nafas berat setelah Jeon Jungkook hilang di sisinya. Seakan-akan bebannya hilang.
☆☆☆☆
Seulha menghadapi kesukaran untuk mengangkat fail-fail yang bertimbun itu. Sungguh berat.
Mahu sahaja dia berpaling kebelakang dan minta pertolongan Jungkook. Mahu sangat dia buat begitu!
Tapi dia mahu belajar hidup tanpa pertolongan Jungkook disebabkan minggu depan Seulha akan mula berpindah rumah dan lepas daripada jagaan Jungkook.
"Hei, mari aku tolong" satu suara yang amat dikenalinya, Jeon Jungkook.
"Aku tak panggil kau pun, macam mana kau ada?" soal Seulha dengan nada perlahan takut orang lain dengar.
"Kau panggil aku dalam hati. Ingat aku tak dengar?" balas Jungkook lalu dia menyambut fail-fail daripada tangan Seulha.
"Eh, bukan aku kena berpaling kebelakang ke baru kau muncul?" soal Seulha.
Jungkook tidak menjawab sebaliknya dia membantu mengangkat fail-fail itu.
"Biar jelah aku nak tolong kau" balas Jungkook.
"Iyalah, Iyalah" Seulha mengalah juga akhirnya.
Jungkook hanya mampu tersenyum tawar. Memang betul dia hanya akan muncul bila Seulha berpaling kebelakang sahaja.
Tapi kali ini dia bukan muncul, dia memang memerhatikan gadis itu daripada jauh kerana Jungkook takut. Takut yang gadis itu tidak akan berpaling kebelakang sehingga dia pindah dari situ.
Sebab Jeon Jungkook tahu, Kwon Seulha sedang cuba melupakannya. Tetapi Jungkook, tidak mahu melupakan gadis itu.
Biarlah mereka tidak dapat bersama buat selamanya, tapi benarkanlah dia mencipta memori indah bersama gadis itu sebelum semua ini tamat.
TBC
Okay, lamanya tak update. Siapa masih disini??
Lepas ni ending!! teruskan komen dan votes supaya aku update awal. Kalau tak proses dia akan lambat beb😂
Oh ya, ok tak chapter ni?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top