🌹14🌹

"Jadi, janganlah tinggalkan aku. Kita kekalkan sahaja macam ni,buat selamanya" kata Jungkook sambil memandang kearah anak mata milik Seulha.

Kwon Seulha memandang kearah jejaka itu dengan pandangan sayu.

"Come on, kita kena move on untuk hidup" kata Seulha lalu dia mengambil kepingan roti itu untuk dimakan.

Jungkook menghembus nafas kecil. Kalaulah Seulha tahu yang dia lah gadis pertama yang Jeon Jungkook jaga.

Pasti dia akan terkejut. Oleh kerana, semua orang yang Jungkook jaga sebelum ini ialah lelaki. Semuanya, lelaki.

Jadi, apabila sudah berbulan-bulan tinggal dengan Seulha. Jungkook tidak tahu sama ada dia selesa bersama gadis itu disebabkan hubungan persahabatan

atau, sebenarnya dia sudah jatuh cinta? Jungkook sendiri tidak tahu sebab sebelum ni dia tidak pernah menjaga wanita.

"Kau nak buat apa hari ni?" Jungkook menyoal sambil matanya tidak lepas memandang kearah pipi Seulha yang sibuk mengunyah roti.

"Tengok movie" balas Seulha.

"Kau nak tengok cerita apa?" soal Jungkook lagi.

"Frozen 2" balas Seulha.

Jungkook hanya mengangguk perlahan sebelum dia melangkah kearah televisyen bersama Seulha.

☆☆☆☆

"Aaaaaaaaaaaa ohhhhh Aaaaaaa ohhhhhh" bunyi jeritan Jungkook mengikut irama lagu Into the unknown.

"Sudahlah tu, Jungkook. Kau tak sakit tekak ke?" Seulha menegur Jungkook yang sejak tadi tidak berhenti menjerit.

Memanglah suaranya merdu. Cuma, bila diulang berkali-kali tahu tak ia jadi serabut?

"Alah, weh, aku tak puas lagi ni" kata Jungkook sambil tersengih kearah Seulha yang sedang sibuk membuat kerjanya di laptop miliknya.

"Arghhh!"

Tiba-tiba sahaja bunyi satu suara wanita menjerit datang dari tingkat bawah. Seperti bunyi jeritan rasukkan

Jungkook dan Seulha saling berpandangan.

"w-weh" Kwon Seulha memanggil si penjaga sementara itu.

Jungkook masih memandang dengan padangan terkejut.

"p-pergilah tengok" pinta Seulha.

"Eh, kenapa aku pula!" balas Jungkook.

"kau kan hantu!" balas Seulha.

"Habis tu, kau ingat hantu tak akan kena cekik ke?!" balas Jungkook lagi.

"Tapi kalau kena cekik, tak akan mati kan?" balas Seulha kerana ingin menang.

Oleh itu, Jungkook sudah mati kata.

"Aku rasa dia tengah practice lagu into the unknown yang elsa tu, kot" balas Jungkook dengan jawapan merepek akibat tidak mahu pergi.

"Kepala hotak kau!" marah Seulha.

☆☆☆☆

Jungkook muncul dihadapan Seulha setelah beberapa minit menghilangkan diri untuk pergi ke rumah orang yang menjerit tadi.

"Apa jadi?" Seulha menyoal.

"Dia terkejut sebab ada lipas terbang dalam rumah dia" balas Jungkook dengan nada menyampah.

Seulha hanya mengangguk, lalu dia kembali membuat kerjanya. Manakala Jungkook mengambil tempat duduk bersebelahan dengan gadis itu.

Jeon Jungkook memandang kearah kepingan-kepingan kertas yang terdapat diatas meja itu. Ada sehelai kertas yang membuatkan jejaka itu mengambilnya.

"Seulha, ni kertas apa?" soal Jungkook sambil menunjukkan kertas tentang pemindahan rumah.

Ah, sudah.

TBC

Lamakan aku tak update? rindu tak??

okay gais teruskan komen dan vote. Tinggal lagi 1 chapter lepastu ending!

Beautiful poster made by YOURWINTERBEAR

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top