🌹13🌹

"Apa yang kau nak buat ni?!" suara Seulha meninggi apabila wajah Jungkook semakin menghampirinya.

Jari-jemari milik Jungkook menyentuh lembut wajah milik Seulha.

"Ada bulu mata kau yang gugur" kata Jungkook sambil membuang bulu mata yang jatuh di pipi Seulha.

Jantung Seulha berdegup dengan sangat laju akibat tindakkan Jeon Jungkook itu.

"Uhuk! Uhuk!" Seulha mengeluarkan batuk palsu untuk menamatkan keadaan janggal itu.

"Oh ya, pasal tadi. Kau orang kelapan" ujar Jungkook.

Seulha setia mendengar apa yang mahu Jungkook katakan.

"Aku perlu jaga 10 orang untuk tamatkan semua ni dan kau, orang kelapan" kata Jungkook.

"Jadi, aku perlu pindah daripada rumah nilah? supaya orang kesembilan dan kesepuluh boleh pindah masuk" soal Seulha untuk dapatkan kepastian.

Jungkook mengangguk tanda mengiyakan.

"Jadi, kalau aku pindah. Kau akan lebih cepat pergikan?" Seulha menyoal lagi.

Ayat Seulha buatkan Jungkook susah nak faham. Tetapi setelah dia memahamkan ayat itu, jejaka itu mengangguk lagi.

Seulha mengukirkan senyuman.

☆☆☆☆

Seulha sedang menunggu mesin pencetak yang sedang mencetak helaian kertasnya.

Tiba-tiba sahaja mesin itu berhenti. Hal itu membuatkan Kwon Seulha mengeluh lalu dia menepuk-nepuk mesin itu.

"Oh, tolonglah. Kenapa kau nak rosak waktu ni? aku nak guna kertas tu untuk meeting petang ni!" Seulha memarahi mesin pencetak.

Gadis itu berpaling kebelakang dan Jungkook terus muncul dihadapannya.

"Kau nak apa?" Jungkook menyoal sebaik sahaja dia muncul.

"Mesin ni rosak. Ehehe, tolonglah betulkan" pinta Seulha.

Jungkook menyentuh mesin itu untuk beberapa saat.

"Ok, dah baik macam asal" kata Jungkook.

Seulha tersenyum suka apabila kertas mula keluar dengan lancar.

"Terima kasih!" kata Seulha dan Jungkook hanya membalas dengan senyuman lalu dia lesap.

☆☆☆☆

Kwon Seulha menikmati pagi cutinya dengan membuat sarapan.

Dia meletakkan empat keping roti diatas pinggan putih lalu dia mencapai sebotol jem blueberry.

Dengan menggunakan seluruh tenanga yang dia ada, dia masih tidak dapat membuka penutup botol jem itu.

Seulha berpaling kebelakang dan Jeon Jungkook terus muncul.

"Ha, kau nak apa?" soal Jungkook.

"Tolong bukakan" kata Seulha sambil menghulur botol jem itu kepada Jungkook.

Jeon Jungkook mencapai botol itu lalu dia memusingkan penutupnya dan ia terbuka.

"Nah" ujar Jungkook sambil menghulurkan botol itu semula kepada Seulha.

"Ehehehe, terima kasih" balas Seulha sambil mencapai sudu.

Jungkook membantu Seulha menyapukan jem keatas roti bakar itu.

"Kadang-kadang aku takut untuk minta tolong kau" Seulha mula bercakap sambil tangannya menyapu jem.

"Kenapa? sebab aku roh?" Jungkook menyoal. Tangannya turut sibuk menyapu jem keatas roti bakar.

"Bukan sebab tu" balas Seulha.

"Dah tu?" Jungkook menyoal.

"Aku takut yang aku terlalu bergantung pada kau. Kalau satu hari nanti kita dah tak macam ni, aku takut.... tentang semuanya" kata Seulha dengan penuh perasaan risau dan bercampur kecewa.

"Jadi, janganlah tinggalkan aku. Kita kekalkan sahaja macam ni buat selamanya"

TBC

Baiklah, tinggalkan komen andaaa. Jangan lupa vote! Macam biasa, kalau komen dan votes banyak baru aku update. Bukan senang duh nak cari mood nak update short story 😂

Oh ya! lagi 3 chapter! lepastu habis! nak happy ending ke sad ending??

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top