🌹12🌹

"aku buat kesalahan besar ketika aku hidup dulu" kata Jungkook dengan nada sayu.

Seulha berpaling memandang kearah Jungkook yang sedang menahan sebak.

Seulha berfikir sendiri, biasanya kalau roh yang tak boleh nak pergi lagi ni, biasanya dalam drama di televisyen, disebabkan dia membunuh orang.

"Kau ada bunuh orang ke?" Seulha menyoal.

Jungkook menggeleng laju, air matanya dibiarkan sahaja jatuh ke bawah.

"Dulu aku sibuk kerja sampai tak ambil tahu langsung tentang ibu bapa aku yang sedang tenat" kata Jungkook.

Seulha setia mendengar.

"Satu hari tu, aku dapat panggilan yang orang jumpa mayat ibu bapa aku dalam rumah. Bila selidik, rupanya mereka mati sebab kebuluran" kata Jungkook lagi.

Perlahan-lahan tangan Seulha menepuk-nepuk belakang bahu Jungkook itu.

"K-kalaulah aku datang melawat dan bagi ibu bapa aku makan. A-aku pasti yang mereka tak akan mati kebuluran" ujar Jungkook berselang-selikan tangisan.

Seulha setia mendengar sambil tangannya tidak henti-henti mengusap belakang Jungkook untuk menenangkan lelaki itu.

"Memang patut pun aku dihukum sebegini, sebagai penjaga manusia" kata Jungkook lagi. Sungguh dia kesal dengan dirinya sendiri.

"Sudahlah, dah lepas pun, bukannya boleh putarkan masa semula" Seulha cuba memujuk.

"Kau tahu? kau orang kelapan" kata Jungkook sambil mengukirkan senyuman.

"orang kelapan? maksud kau?" soal Seulha.

Perlahan-lahan wajah Jungkook mendekati wajah milik Seulha.

"A-apa kau nak buat ni?!" teriak Seulha.

TBC

Iya, macam biasa, ni short story tu yang short semacam chapter dia😂 Teruskan votes dan komen, barulah aku ada mood nak update huehuehue

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top