8 | Perang

"DIA lagi..."

Dari jauh, dapat dilihat senyuman yang tercalit di wajah dua orang manusia. Seperti biasa, gigi kuning yang tidak pernah digosok itu tampak begitu menawan. Lagi-lagi sekarang matahari tengah terpacak atas kepala, memang nampak bersinarlah jawabnya!

Mata Amar dan Wawa beralih pula ke wajah asing di sebelah mereka. Lelaki itu nampak begitu muda, dalam anggaran, usia setengah jagung seperti tujuh sekawan. Tambahan pula, lelaki itu sungguh kacak!

Kalah Amar.

"King Of Fire and Fly Girl," Laksamana Darsh menghampiri mereka bertujuh. Wawa dan Amar sudah melangkah paling hadapan untuk melindungi kawan-kawannya yang lain. Wajah mereka bengis.

"Kita bertemu lagi..." Senyuman sinisnya terukir lebar. Dia sudah bersiap sedia. Dalam sekelip mata, Laksamana Darsh menghampiri tujuh sekawan. Tubuhnya berdiri tepat di antara Wawa dan Amar.

Mata hitam itu mengerling mereka berdua sebelum beralih pula ke belakang Amar dan Wawa, iaitu tujuh sekawan. Masih tidak dapat memproses apa yang terjadi. Adakah lelaki ini yang Amar ceritakan?

"Jadi inilah kawan-kawan kau? Huh," ujar Laksamana Darsh seraya berdecit halus. Badannya dibongkokkan sedikit. Kini dia berdiri di tengah-tengah antara kedudukan Amar dan Wawa sambil matanya galak merenung satu per satu ahli tujuh sekawan. Sengihan sumbing terlakar di bibir itu.

"Nampak mentah, lemah, layu. Dari segi fizikal aku dah boleh nampak korang tak layak pegang ketujuh-tujuh kuasa." Badannya ditegakkan kembali. "Saksi di belakang aku, Temenggung Haze dan Putera Karl Ivans. Dengan lembut, aku minta korang pulangkan kuasa Raja Marlen. Jika korang enggan, jangan soal kenapa salah seorang antara korang dah takde."

"Kau ugut kita orang?" soal Biel.

Terdengar pula gelak sinis di belakang Biel, iaitu Faz. "Maaf abang gigi kuning, kita orang langsung tak takut dengan ugutan kau. Dasar hodoh macam Danzen," ucapnya sarkastik. Matanya terus bulat.

Errr... Terlepas cakap!

Aish berpeluk tubuh. "Entah korang ni siapa entah. Tiba-tiba mengaku kuasa tu hak milik alam korang. Pergi mampus sanalah! Dahlah ambil nama Putera kesayangan aku! Siapa Putera Qarl tu, siapa?!"

Lambat-laun, Putera yang berada di belakang mengangkat tangannya separuh sambil menayang sengihan kekok. Sebelah tangan menggosok leher.

"Lah... Awaklah Putera tu? Patutlah nama awak Putera. Dah boleh jadi putera hati saya dah ni!"

"Yes! Setuju, setuju! Kita kongsi eh, Syaf?"

Pantas sahaja ketujuh mata termasuk Laksamana Darsh dan Temenggung Haze memandang Syaf serta Faz dengan pandangan menjengkelkan. Dua ketul manusia ni memang pantang nampak yang handsome. Nasiblah Amar ni perempuan tulen.

Putera menunduk segan.

Aish menggeleng sebelum pelipis diurut. Sekarang ni macam mana dia nak bezakan Putera dari Alam Fantano dan Putera jerung kesayangannya? Yang jadi masalah sekarang dua-dua ni pemalu teruk!

Kad haiwan yang berada di tangan dipandang sekilas lalu. Memanglah sekarang semua haiwan sudah keluar daripada kad. Masalahnya si Putera ni terus masuk balik bila lihat sahaja kedatangan tiga orang dari Alam Fantano. Tak membantu langsung!

"Dengan dia pun..." Jari Dee menunding ke arah Putera. "...korang nak?" Kepala digeleng perlahan.

"Sudah! Jangan bazirkan masa aku!" tengking Laksamana Darsh kuat. Kemudian, dia berundur setapak ke belakang sebelum berdecit geram. Memandangkan mereka enggan menyerahkan kuasa itu semula, dia harus bertindak dengan cara kasar pula. Iaitu wujudkan peperangan dan akhiri dengan pertumpahan darah antara mereka.

"Bukan aku yang minta tapi ini yang korang nak,"

Sepantas kilat dia menuju ke arah Aish sebelum rahang gadis itu ditumbuk sekali. Kemudian, dia beralih pula ke arah Wawa lantas perut Wawa ditendang dengan begitu kuat. Wawa terus terduduk lemah, bersama Alice yang setia berada di sisinya.

"Auch!"

"Arghh!"

Tak cukup dengan itu, Laksamana Darsh bergerak laju ke arah Faz sebelum dia berdiri tegak di belakang gadis itu. Belum sempat Faz bertindak, belakang tubuhnya ditolak dengan begitu kuat sehingga dia tercampak. Betul-betul di hadapan Putera. Faz mengerang kesakitan. Tak guna!

"Korang dah nampak tu?"

Amar, Biel, Syaf dan Dee ketap bibir menahan rasa amarah yang memuncak. Penumbuk digenggam. Amar sudah menahan diri daripada menghadiahkan Laksamana Darsh gempulan bola berapinya. Biel pula menggenggam tangan Bielgago, tahu bahawa haiwannya juga geram dengan tindakan orang Alam Fantano. Mereka benar-benar sudah melampau!

'Tuan... Tuan okay?'

Aish masih terduduk. Penangan tumbukan dari Laksamana Darsh sungguh kuat sehingga tepi bibirnya mulai berdarah. Kepala hoodie ditarik menutupi wajahnya sebelum tepi bibir diusap.

Tiba-tiba kad Aish bercahaya terang. Keluar bola putih bercahaya sebelum bola itu bertukar kepada bentuk jerung yang sedang marah. Lantas Putera bergerak ke arah Laksamana Darsh untuk mulakan serangan awal. Berani lelaki ini tumbuk tuannya?!

Ketahuilah bahawa seekor jerung istimewa seperti Putera dapat bernafas di dalam laut dan darat. Jika di darat, dia hanya berperang tanpa air kalau tahap kemarahannya di puncak maksima. Dan kini, jelas bahawa dia rasa tercabar kerana Laksamana Darsh menumbuk tuannya tanpa rasa bersalah.

"Putera..."

"Ya saya?"

"Bukan kaulah! Aku panggil jerung aku!"

Putera termalu sendiri. Segera dia menjauhi Aish sebelum berdiri statik di sebelah Temenggung Haze yang hanya menonton aksi perlawanan Laksamana Darsh. Dia ada kuasa, kuasanya ialah kilat. Namun dalam keadaan sekarang, dia takut sekiranya dia tidak dapat mengawal kuasanya dengan stabil. Dia takut mencederakan tujuh orang wanita itu.

Dan juga, ada sebab lain, kenapa dia hanya berdiam diri sahaja. Itu rahsia antara dia, Permaisuri Vansa dan juga Jimmy yang sudah mati.

"Pute-"

"Putera! Elak!!!" Jeritan serta amaran keras daripada Amar mengundang perasaan risau Aish. Pantas dia berdecit sebelum bangkit berdiri.

Apabila bangun sahaja daripada duduk, dia sudah dihidangkan dengan pemandangan kurang enak. Putera sudah terbaring lemah di atas pasir. Mata Aish terus membulat apabila Laksamana dari atas ingin memijak badan jerungnya dengan laju.

"Sial kau!"

Hoodie diperkemaskan. Jari-jemarinya diletupkan sesama sendiri. Tangan dibawa ke awangan sambil terhala ke lautan luas. Lantas dia memanggil ombak supaya mara ke arah Laksamana Darsh.

Tak cukup dengan itu, matanya tajam memerhati laut. Serta-merta mata bundarnya bertukar kepada warna biru cair. Keadaan di dasar laut dapat dilihat oleh matanya sendiri. Sebelah tangan dihayun ke atas. Serentak itu, sotong sebesar separuh badan manusia muncul sebelum menerpa ke arah lelaki daripada Alam Fantano itu, Laksamana Darsh.

"Woah... Cool gila!"

"Cantik gila mata Aish,"

"Fuh sesuailah tu dengan hoodie biru dia tu."

"Bodoh tepilah!" Berkali-kali Laksamana Darsh menepis sotong tersebut. Namun sotong tersebut tidak bergerak malah beranjak daripada wajahnya. Laksamana Darsh bungkam. Bertambah risau apabila satu lagi kemelut bakal menyerangnya.

"Amar! Wawa! Tolong aku!"

Dia, dia yang digelar King Of Fire mengambil langkah awal. Apabila gelaran itu sudah tersemat dalam jiwanya, automatik dia adalah seorang yang berkuasa di atas segala elemental berkaitan api. Kerana api adalah sahabatnya kini. Dialah, Amar.

"Terapungkan aku ke atas, Wa!" Arahan daripada Amar dituruti. Gelaran Fly Girl sudah sebati dalam dirinya. Kuasanya yang sering terapungkan objek, malah dapat terbang di awangan sudah pandai dikawal oleh tangannya sendiri. Wawa bangga.

Laksamana Darsh makin meronta. Pada mulanya jerung, kemudian sotong. Kali ini, kuasa dari King Of Fire pula? Memang bernasib malang betullah! Dia berdongkol geram. Lebih-lebih lagi apabila Putera Karl Ivans dan Temenggung Haze hanya berdiam diri di bawah pokok sambil berpeluk tubuh. Geram!

Segera Wawa membawa Amar ke awangan. Tatkala matanya memandang Laksamana Darsh yang sudah basah kuyup, pantas Dee dikerling.

"Dee! Gunakan puting beliung sekarang! Buat sampai lelaki tak guna tu kering!"

Dee mengangguk. Kedua belah tangan diangkat ke atas sebelum matanya terpejam rapat. Angin kuat mula muncul menunjukkan diri. Pokok-pokok di hutan mula bergoyang mengikut arus angin yang dibawa oleh Dee. Apabila cukup sahaja kuasa anginnya, lantas kedua belah tangan dipusing-pusingkan membentuk satu bulatan besar.

Sejurus itu, puting beliung datang dari satu arah. Besar. Sekali pandang memang akan gerun. Hoodie Aish sudah jatuh tidak menutupi kepala. Tudung Wawa pula bergerak-gerak akibat tamparan angin.

"Tak... Tak... Jangan! Arghh! Temenggung Haze! Putera! Tolonglah aku!"

Raungan Laksamana Darsh diabaikan oleh mereka berdua. Masih sama seperti tadi, hanya duduk di bawah pokok teduh sambil melayan perasaan. Ditambah pula apabila mendapat angin kuat begini. Di Alam Fantano tu panas sangat. Manakan tidak, Raja Marlen pun panas baran. Raja yang tidak berwibawa dan tidak bertanggungjawab.

"Kuat angin kat sini, damai je..." ujar Putera. Lantas Temenggung Haze mengangguk setuju.

"Argh! Pening!!!"

Setelah memastikan bahawa Laksamana Darsh kering daripada sebarang tempias air laut, terus Amar memandang tepat ke arah wajah itu. Amar yang berada di awangan menggenggam penumbuk sebelum api marak berwarna merah muncul di kedua belah tangannya. Muka Amar berubah bengis tatkala teringat tingkah kurang ajar lelaki itu.

Kau sentuh kawan-kawan aku? Memang kau tempah maut!

Bebola api tersebut lantas dicampak ke arah Laksamana Darsh yang sedang terbaring di gigi pantai. Apabila terkena sahaja api ke kulitnya, serta-merta jeritan Laksamana Darsh memenuhi kawasan. Putera dan Temenggung Haze masih bersahaja. Lagi pula, Laksamana Darsh yang melarang mereka untuk turut berbalah dengan tujuh sekawan. Katanya, dia mampu tumpaskan mereka hanya dengan kuasa larian lajunya sahaja.

Ni semua auta je lebih!

"Arghh panas! Panas!"

Amar senyum sinis. Kepalanya mula menoleh ke arah Syaf yang berdiam diri. "Turn kau, Syaf!" jeritnya. Tanpa bantahan, angguk menjadi respon. Lantas dia berlari ke arah batu besar sebelum dengan cekap dia melompat ke atas batu itu.

Kedua belah tangan diluruskan ke hadapan. Cahaya putih mula muncul di telapak tangannya. Kemudian, dengan pantas cahaya putih itu bergerak ke arah Laksamana Darsh yang masih dimandikan dengan kuasa api daripada Amar.

"Yeah, nice Syaf!" puji Wawa sebelum menepuk tangan tanda bangga. Melihat sahaja kuasa ais terus perasaan teruja menyelinap masuk ke dalam tubuh. Laksamana Darsh sudah beku sepenuhnya. Dengan kedudukan dia di dalam ketulan ais besar, bersama muka gelabah serta pergerakan yang telah terkaku, membuatkan Syaf lorek sengih sinis.

"Biel, sambung!" Biel angguk. Arahan diberikan kepada Bielgago untuk menumbuk ketulan ais yang sebesar dua kali ganda badan manusia. Dengan mudah, ais terus pecah selepas ditumbuk. "Thanks," ucap Biel pada Bielgago sebelum tangan kanan dikepal kuat. Dia mengundur beberapa tapak.

"Now!"

Langkah dibawa laju ke arah Bielgago. Cekap sahaja Bielgago menghulur tangannya. Biel mengambil langkah pula untuk memijak tapak tangan haiwannya sebelum dia berdiri di bahu Bielgago. Tanpa amaran, terus Biel melompat ke udara seraya tangan dikepal menjadi penumbuk sebelum ditarik ke belakang.

Tempoh masa itu juga, Biel memutarkan tangan menjadi bulatan kecil sambil terhala ke hadapan. Baru sahaja Laksamana Darsh ingin bangkit...

Buk!

Rahang Laksamana Darsh ditumbuk laju.

Padu,

Kuat,

Tak puas, Biel memijak pasir dengan gahnya. Mata mereka berdua besatu, antara mata yang dipenuhi dendam dan mata yang dipenuhi kemarahan. Dua-dua tak mahu kalah. Biel ukir senyuman senget.

"Sudah terbukti, Laksamana Darsh, semua sudah terbukti." Biel mara satu langkah ke hadapan. "Yang tak layak berunding sekarang adalah kau!" Senyum senget masih terukir di hujung bibir. "Kau yang lemah sebenarnya, bukan kita orang, kau bastard!"

Biel ketap gigi. "Pergi balik sanalah!"

Buk!

Rahang Laksamana Darsh ditumbuk ke atas berkali-kali. Hinggalah tumbukan terakhir yang paling kuat, terus melayang tubuh tegap lelaki itu ke awangan.

Semua hanya memerhati, termasuk Putera dan Temenggung Haze.

Pap!

Apabila jatuh sahaja jasad yang seakan nyawa-nyawa ikan itu, terus datangnya akar dan melilit sekeliling badan Laksamana Darsh. Akar itu bergerak pula menuju ke arah Putera dan Temenggung Haze yang sudah bangkit berdiri.

Itu kerja Faz, si tarzan, si ratu dalam hutan.

"Ambil dia! Korang pergi berambus! Buka semula portal korang tadi then blah. Dah tahu diri tu lemah, sibuk ajak berbalah!"

Laksamana Darsh yang tidak sedarkan diri diangkat oleh Temenggung Haze. Portal dibuka.

"Putera, jom." ajak Temenggung Haze. Dia berura-ura hendak masuk semula ke dalam portal hitam. Tetapi langkahnya mati apabila memandang Putera yang masih tidak berganjak. Keningnya berkerut.

"Putera?"

Putera mengeluh. "Temenggung Haze," panggilnya dengan suara mendatar. "Bawa Laksamana Darsh pulang ke Alam Fantano dengan selamat," Mata Putera merenung Amar sejenak. "Tanpa aku," sambungnya sebelum decitan halus dilepaskan.

"Aku ada urusan yang nak diselesaikan."

Temenggung Haze mengangguk.

---------------------

Ah takde kelakar kelakar. shuh.

nrnjwa_ theDynna_ itsyaf putericoffee LAmigoNizz stargazell

Btw, kalau ada nampak orang yang nak plagiat buku aku ni, habaq kat aku awal-awal.

Warning! : Kau serius nak copy idea aku? Boleh no hal. Tapi kau kena hadap kitorang TUJUH dululah. Please, jangan bagi kitorang ulang benda lama. Aku dah cuci tangan kot!

And siapa yang main instagram tu, jemput follow ig aku : aishzy__
Aku ada post trailer TUJUH. Pergi serbu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top