Bab 8

"Keluarlah, kau nak duduk dalam kereta sampai kau mampos?" Kasar benar suaranya menjerkah aku. Baru sahaja hendak bertenang sambil melayan perasaan sedih aku sudah diherdik dia. Perlahan tangan mahu membuka pintu kereta, tetapi aku sekali lagi terkejut apabila terdengar kuat hempasan pintu keretanya.

Pintu kereta dibuka luas oleh Yusuff, lalu dia menarik aku secara paksa supaya keluar. Entah apa yang merasukinya, dia mengheret aku sehingga ke muka pintu.

Aku mengaduh sakit, lenganku dicengkam kuat macam nak terputus rasanya. Makin aku meronta, kesakitanku makin perih.

"Yusuff, lepaskan saya. Sakit..." Rayuan terpaksa aku lepaskan di bibir. Belum habis kesakitan kerana jatuh angkara mama tadi, sekarang terpaksa pula aku hadapi kesakitan kerana Yusuff. Kenapa Yusuff sebegini tekad hendak menyeksa aku? Bukan aku yang rancang pernikahan ini, aku juga terperangkap.

"Kau diam. Aku tak nak kau bercakap sepatah pun! Kalau kau melawan tengoklah nasib kau macam mana."

Tombol pintu utama dipulas dan dia kembali meneruskan langkah panjang hingga ke ceruk ruang tamu. Aku meliarkan pandangan, besar gila rumah banglo ini. Rekaan dan hiasan dalamannya indah belaka. Berwarna emas dan campuran putih. Aku terngaga sedikit kerana kagum, belum pernah aku saksikan depan mata rumah secantik dan sebesar ini. Dah macam istana.

"Siapa perempuan yang Seif bawa ke rumah ni?" Terpacul suara wanita linkungan 50-an, aku terus halakan pandangan ke hadapan. Mama Yusuff ke? Mata wanita itu memandang aku atas bawah dan berakhir di wajahku. Mukanya berkerut, tidak mengerti mengapa aku hadir bersama anaknya di dalam rumah ini.

"Orang gaji baru. Seif jumpa tepi jalan tadi. Kesian ma, Seif angkut jelah dia sebab dia merayu sangat nak kerja jadi orang gaji."

Hatiku dirobek kejam. Sampai hati dia cakap aku orang gajinya? Setahap ini dia memperlakukan aku? Status aku sebagai isterinya juga dia tidak mahu mengaku. Aku sungguh terkilan, lelaki dambaan dan aku puja ini rupanya hatinya keras umpama batu kerikil.

Mama menghampiri kami berdua, matanya berlaga denganku, seolah dalam senyap meminta penjelasan tentang apa yang diperkatakan oleh anaknya. Aku hanya mampu kuncikan bibir memandangkan lenganku makin dicengkam Yusuff. Dia telah memberi amaran awal-awal kepadaku. Jadi aku hanya perlu mengikut rentaknya sahaja kan?

"Mama, don't worry. Dia bukan kekasih Seif. Taste Seif bukan seteruk ni, ma..." Selajur itu, tanganku dileraikan begitu sahaja. Sindirannya sedikit sebanyak menyakitkan hati. Aku tahan sabar selagi terdaya. Nampaknya benar ugutannya semasa di pejabat kadi tadi, dia dah lancarkan rancangan ingin mematikan aku secara perlahan-lahan.

Benar, separuh hatiku ini dah hilang rasa mahu bahagia. Sedikit demi sedikit kesakitan menggigit tangkai hati. Namun, aku sudah terbiasa dicerca mama. Cumanya, aku perlu membiasakan diri menebalkan telinga agar hinaan dia bakalan tidak membekas di hati seperti yang aku rasainya apabila berhadapan dengan mama. Aku bukan wanita biasa yang mudah mengalah. Yusuff tidak akan menang. Dia akan aku tumpaskan suatu hari nanti. Meskipun hal itu lambat dan kian tidak menjadi nyata. Aku tetap akan menjadikan takdir yang bermula sengsara ini berakhir bahagia.

"Urm, okay. Mama percaya. So, dia dah boleh start kerja esok. Malam ni dia rehat dulu, yelah tengok muka dah tahu pucat. Letih sangat tu."

Aku diam, berdasarkan bicaranya kedengaran seperti dia mengambil berat dan simpati namun aku tidak buta lagi untuk menilai. Mama dia sedang menyindir aku secara berkias dan matanya masih memandang aku dengan riak menjengkelkan.

"Ma... Biar jelah dia buat kerja. Orang miskin macam dia tak payah nak bagi muka sangat. Dah dia merayu nak kerja, bagi ajelah kerja berlambak kat atas tu. Mak Sue tu kita kasi rehat kejap. Biar orang muda ni pulak buat kerja. Betul tak, ma?"

Nafas cuba aku kawal. Hinaan ini jangan aku ambil kesah. Memang kenyataannya aku miskin, aku takkan bersedih dan sakit hati hanya kerana itu. Aku tak selemah itu, Yusuff!

"Mama kesian dia terlebih buat kerja malam, iyelah tengok muka serabai macam ni. Sah lah muka dia ni suka menjual diri." Tidak menyangka mama dia juga melontar fitnah dan tohmahan kepadaku sebegini rupa. Dan, tubuhku pula langsung ditolak sehingga terjatuh ke lantai. Aku tergamam menerima kekasaran ini daripada mamanya. Ya Allah, kenapa aku diuji begini?

"Ma... Dah lah, mama relaks okay. Dia tak jual diri dengan Seif. Dia hanya orang gaji. Mama jangan fikir bukan-bukan." Tubuh mamanya ditahan, tangan mamanya juga dipautnya agar menjauhi aku. Aku cuba bangun, bingung dengan situasi seolah-olah aku adalah perempuam kotor dan penuh lumpur dilumur dimukaku. Aku lihat dia memimpin mamanya supaya duduk di sofa.

"Mama nak orang gaji lain. Mama tak nak perempuan tu ada dalam rumah mama. Seif tolonglah bawa dia keluar. Mama tak suka..." Sayup-sayup kedengaran suara mamanya meminta hal itu kepada Yusuff. Hatiku berbekam sakit, jijik sangat ke mama dia pada aku? Setakat jadi orang gaji pun dia tak mahu? Apa salah aku? Apa yang tidak kena dengan diri aku?

Yusuff menyentuh tangan mamanya lalu disalut lembut, macam memujuk sahaja gayanya. Aku tak tahu apa dalam fikiran Yusuff, mungkin lepas ni aku bakal di campak di lorong-lorong dan ditinggalkan macam sampah sarap. Ya Allah, bagaimana nasibku nanti?

Hendak ke mana lagi aku perlu bawa diri? Perlukah aku mengaku aku isteri Yusuff agar aku tidak dihalau dari rumah ini?

"Mama, dia orang gaji jelah. Seif pun tak suka dia, tapi nak buat macam mana lagi. Dia nak sangat kerja ni, kalau mama menyampah sangat. Seif bagi dia kerja selama sebulan. If mama tak puas hati lagi dengan dia, Seif sendiri bawa dia keluar dari rumah ni. Mama jangan risau, take it easy. Okay?"

Ah, seriuslah? Dia pujuk mama dia hanya kerana aku? Tapi, hanya sebulan? Apa muslihat Yusuff yang sebenar, aku kurang mengerti. Aku bingung. Dia pasti merancang sesuatu.

"Kenapa beria Seif ni? Seif ada apa-apa dengan betina tu? Mama pelik tengok Seif, ada simpan rahsia dari mama? Cuba slow talk dengan mama," ujar mama tidak berpuas hati. Mukanya berkerut-kerut menahan marah.

"No, apa mama ni. Okay, kalau mama benci dia, Seif tak boleh nak buat apa. Seif bawak dia keluar jelah, itu yang mama nak. Seif ikut kehendak mama." Yusuff seakan beralah, dia bangun dan menghampiri aku. Segera dia paut tanganku agar beredar dari situ. Aku dah kecut perut, Yusuff benar-benar ingin membuang aku? Dia tidak sedarkah aku ini amanat dan tanggungjawabnya, kenapa dia sekejam ini? Aku isterinya!

Aku cuba meronta tidak mahu jadi lemah. Jika Yusuff tidak berterus terang dan berusaha hendak membuang aku, aku perlu pertahankan diri aku. Biar aku mengaku depan mamanya, bahawa kami sudah berkahwin. Dan, tengoklah apa bakal terjadi. Puting beliung ataupun tsunami, aku tidak kira. Lantaklah nak jadi apa pun!

"Lepaskan saya, Yusuff!" Aku ditolak sehingga masuk ke dalam perut kereta. Dia mengunci pintu kereta setelah dia duduk di tempat pemandu. Nafas berat dan kasar dia hempaskan. Aku terkejut apabila pipiku ditarik kasar sehingga kepalaku terteleng melihat wajahnya.

"Argh, kenapa kau menyusahkan aku! Asal kau tak mampos je, hah?! Sekarang kau nak aku buat apa? Nak campak kau ke mana malam-malam buta ni?!"

Tanganku menolak tangannya agar melepaskan pipiku yang dicengkam. Sakitnya hati. Sesuka dia sahaja hendak mendera aku. Dia fikir aku akan berdiam diri apabila dia terus menerus berkasar pada aku?

"Saya isteri awak. Kenapa nak mengaku saya ni orang gaji? Mengaku jelah saya ni isteri awak. Berani buat beranilah tanggung! Awak juga yang bawa saya pergi club. Bukan saya yang nak pergi sana! Bukan salah saya kita kena tangkap basah!"

Dia menjeling aku tajam. Marah barangkali kerana aku melawan. Matanya juga mencerlung macam nak makan aku hidup-hidup. Aku malas nak tengok dia, mata aku pandang ke depan. Tak sangka pula ada mama Yusuff di depan muka pintu, sedang memeluk tubuh sambil memerhatikan kami. Aku teguk liur, mak aih, mak dengan anak garang macam harimau. Macam mana aku nak survive kalau macam ni gaya dorang?

"Pandai kau menjawab. Kau gatal nak ikut aku, sekarang berlagak tak bersalah. Haish, perempuan ni kang aku tampar baru tahu. Nasib baiklah ada mama depan tu. Aku nak kau merayu dengan mama sekarang. Aku nak kau stay jugak dalam rumah ni, selagi aku belum puas. Permainan aku belum start lagi, aku takkan lepaskan kau macam tu je. Aku akan ajar kau cukup-cukup."

Aku malas nak dengar. Sakit hati sangat! Sebenarnya aku gerun membayangkan apa yang bakal berlaku dalam hidup aku selepas ini. Oleh itu, aku bertindak keluar dari perut kereta tanpa dengar amaran dia yang keji itu.

Bertahan, Asiah. Untuk kali ini jatuhkan sedikit maruah kau. Kau perlu ikut telunjuk Yusuff, dan secara perlahan kau akan rancang strategi rahsia kau. Kau tak perlu bersedih jika jadi orang gaji, ini peluang kau untuk menetap di rumah ini. Lambat laun Yusuff pasti jatuh ke tangan kau jua. Kau hanya perlu kesabaran.

Dengan muka tidak malunya aku jatuhkan lutut di depan mamanya. Aku pejam mata. Sekejap sahaja, Asiah. Kau jangan rasa terhina, ini hanyalah sementara. Kau tak boleh mengalah.

"Puan, izinkan saya kerja di sini selama sebulan. Jika puan tidak suka cara kerja saya, saya akan berhenti sendiri. Tolong, puan saya merayu. Saya takde sesiapa, hanya puan yang dapat tolong saya..."

Aku gigit bibir menahan sebal. Bencinya  berpura-pura lemah, belum pernah aku lakukan perkara menjatuhkan maruah aku seperti ini. Hanya kerana Yusuff, aku menjadi tidak waras begini. Ya Allah, kuatkan aku.

"Baiklah, aku bagi kau kerja. Tapi, bersyarat. Aku nak kau... Jauhi anak aku, kau kerja sekadar orang gaji. Kalau aku nampak kau dekati Seif, masa tu juga aku pecat kau. Kau faham?"

Dalam nafas tertahan, aku angguk.

"Ya, saya faham, puan." Nak sangat aku ikut telunjuk? Aku ikut. Aku takkan sia-siakan peluang ini. Tunggulah masanya, anak kau akan berlutut depan aku seperti apa yang aku lakukan depan kau.

...

writer's comment : Asiah ni kenapalah tempah neraka sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top