Bab 13

"Berani kau tampar muka aku?!"

Aku tergamam, tangan kembali aku simpan di sisi. Tak sangka tangan ini seberani ini. Aku gugup, serata tubuhku menggigil menghadapi ketakutan. Mata Yusuff mencerlang tajam, rahangnya dikertap sekuatnya. Dia meneruskan langkah mendekati aku yang terundur kebelakang. Tak sempat aku berlari, rambutku dicapai lalu dijambak.

"Kau memang s***! Tak sedar diri! Suka hati bapak kau je tampar aku! Kau ingat kau siapa?!" Sebuah penampar dilibas ke mukaku. Pedih, aku menahan perit. Aku menggeleng lemah, tangan cuba meronta. Takut sudah membelit jiwa, aku tak nak dikasari Yusuff. Aku isteri dia, tak berhak terima perlakuan kejam seperti ini.

"Betina s***! Ini cinta yang kau nak, kan?!" Pipi kananku pula ditempeleng, rambutku dicekak dan tubuhku ditolak rebah ke lantai. Aku beristighfar panjang, masih berharap dia menghentikan perlakuan dia. Ini bukan Yusuff, dia tak mungkin begini. Tak mungkin!

Pipiku dicengkam olehnya, aku menaburkan rayuan agar dia hentikan semua ini. Aku ingin meminta maaf, namun lidahku kelu. Aku keliru dan bingung, perempuan yang dia maksudkan di telefon itu adalah aku, bukan? Jika tidak, siapa lagi? Siapa lagi yang dia anggap pelacur?

"Kau nak aku ajar kau atau jantan lain ajar kau?! Jawab?!" Sekali lagi tanpa belas ditampar pipiku sekuat hatinya. Muka bengisnya menghiasi tubir mata. Aku mengaduh sakit, namun di dalam hati. Terketar bibir ingin membalas kata. Sakit di bibir ini mungkin juga kerana ada titisan darah menitik angkara perbuatan kejam Yusuff. Dia benar-benar mahu cipta neraka untukku? Mengapa... Aku cintakan dia, kenapa dia sanggup melukai isteri dia begini sekali! Aku isteri dia bukan pelacur!

"Y...yusuff... S...saya isteri a...awak..."

"Apa?! Kau tak serik lagi?! Aku jijik bodoh! Aku jijik dengar kau mengaku jadi isteri aku! Kau mintak nahas, eh?! Kau nak aku lunyaikan badan kau baru kau sedar dari mimpi c***** kau tu?!"

Aku mengatup mata, mendiamkan diri. Cuba mengawal badai ombak yang melanda sukma. Aku terasa ingin menangis. Mata dia tidak lekang menaruh kebencian kepadaku.

"Aku tahu aku belasah kau macam mana pun kau tetap dengan cinta bodoh kau tu! Baiklah, aku akan ajar kau dengan cara lain."

Tubuhku dicempung dan dicampak aku ke katil. Aku mula terasa diri di awangan, kepalaku sakit lebih mencengkam berbanding sebelum ini. Tanganku entah apa dibuat oleh Yusuff. Yang pastinya aku rasa mengantuk, pening yang membuatkan aku tidak berada di dalam dunia realiti.

"Yusuff! Kau buat apa dengan wife kau tu?" Bunyi dentuman pintu membuatkan jantungku direntap kasar, aku meliarkan pandangan. Ah, apa yang sakit ni. T...tangan aku? Tangan aku kenapa?

Aku cuba gerakkan, dan kepala teralih ke sisi hendak melihat apa yang terjadi dengan keadaan aku. Ternyata tanganku diikat ketat di katil. Ya Allah. Kaki pula cuba aku angkat, dadaku berdebar kencang.

Kakiku juga diikat seketatnya, aku tak boleh bergerak langsung.

"Yusuff!!! Apa awak buat pada saya! Tolong, lepaskan saya!!!"

Aku menjerit selantangnya, kudratku hampir sipi-sipi. Membayangkan apa bakal terjadi di dalam kotak pemikiranku menjadikan aku separuh gila. Aku meronta macam orang kena rasuk.

"Kau betul-betul nak aku ratah isteri kau ni?" Suara garau lelaki tidak dikenali menghiris hatiku. Aku menjerit nyaring, tidak rela! Tak rela! Ya Allah, tolong aku! Ya Allah!

"Kau jangan sebut dia isteri aku, s***! Dia pelacur! Pelacur!!! Aku tak kesah kau nak buat apa pada dia! Aku bagi kau satu malam ni, kau kerjakan dia puas-puas! Esok kau buang dia ke lorong! Biar jadi sampah! Lepas tu, jadi habuan penagih dadah! Hahahhaha. Memang hancur hidup kau, betina s***!"

Duniaku gelap mendengar bicara lantangnya. Hatiku terhempas sehingga berkecai-kecai. Air mata yang selama ini aku paksa agar bertahan akhirnya menitik lemah di parasku. Sesak dada, terlalu sesak. Cinta yang aku agungkan menjadi cebisan tak berharga. Aku hanyut dalam genangan air mata. Hinanya aku sebagai isterinya.

"Y...yusuf..." Aku seru nama lelaki durjana itu. Lelaki itu aku benci! Benci! Terlalu benci!

"L...lepaskan saya! Lepaskan saya! Saya isteri awak! Bukan pelacur! Saya isteri awak!!!" Tangisan aku luahkan sehingga dadaku sakit menahan sesak direngkung dada. Aku terlalu takut! Ini adalah penganiayaan. Yusuff kejam! Aku terpaksa mengakui bahawa dia kejam! Kejam!!!

"Yusuff kau dah pergi. Now, sebut nama aku. Qhaizer..."

Bagaikan histeria, aku menjerit tidak tentu hala.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku! S***! Aku tak nak! Tolong! Lepaskan aku! Lepaskan aku!"

"Wait, kau relaks... Jangan gelojoh sangat. Take time, our night is going to be long." Sinis dan nada memerli itu seakan mencekik leherku, aku kelelahan. Tangan dan kaki aku kerahkan untuk melepaskan diri. Aku tak nak! Aku tak rela. Aku hanya rela bersama Yusuff!

"Lepaskan aku! Tolong, aku merayu! Lepaskan aku!"

Katil bergerak-gerak apabila tubuh jantan keparat itu mendaki mendekatiku. Aku meraung separuh gila namun jiwa berhati syaitan itu tidak mungkin mendengari rayuan aku. Ya Allah, hanya padaMu aku berserah. Tolong aku... Ya Allah...

Pipiku dielus lembut. Sungguh, aku jijik. Wajah lelaki ini menjadi tatapan benci aku. Kalau tanganku bebas akan aku robek-robek wajahnya. Menggigil aku menahan kemarahan yang membuak-buak membedil jiwa.

"How shame... Aku dapat bekas orang, bini orang pulak tu. Hurm, by the way. Kau dah pernah kena sentuh dengan Yusuff ke belum?"

"Berhambus s***! Lepaskan aku! K...kau tak tahu dosa ke? Kau tak takut kena azab Allah?!"

"Well, see yourself. Kau pun kahwin dengan Yusuff lepas berzina... Hahaha... Why not I just taste you, since Yusuff bagi free. Dia siap bayar aku malam ni. Suami kau gila, kan? But, aku lebih gila."

Rambutku dihirup baunya. Aku menangis teresak-esak, kudratku makin lemah... Aku takut, aku hilang punca. Kotak pemikiranku hampir lumpuh hendak mencari jalan penjelesaian. Makin lama, mataku melemah seakan dipaksa untuk tutup. Mungkinkah kerana aku telah diberi minum arak, tadi?

"I want to touch you, but I..."

Bummm

Mataku yang hampir tertutup kembali terbuka luas. Wajah lelaki itu seinci sahaja jaraknya. Bibir aku hampir ditawan, namun tubuh itu ditarik oleh seseorang. Entah siapa. Aku kembali menutup mata, lemah untuk menyaksikan apa yang sedang berlaku.

"Apa kau buat s***! Aku suruh takutkan dia bukan buat betul-betul! Kau ni memang jahanam!"

"Eleh, kedekut. Bagi jelah free kat aku. Kau tak nak bagi terus dia pada aku. Ceraikan dia, aku akan kahwin dengan dia. Dia kind of a bit my type. Why not?"

Pang...

Aku tak dapat dengar apa-apa selepas itu, duniaku gelap dan aku rebah bersama air mata. Sakit di hati tidak dapat terubati. Misi aku untuk dapatkannya dan berakhir menjadi episod duka. Aku gagal.

...

Aku tersedar, dan aku tengok sekeliling. Bilik sudah bertukar. Tangan dan kakiku juga sudah bebas. Aku menggosok sedikit mata yang sedikit memedih. Lutut aku bawa merapat di badanku, aku memeluknya erat.

Kepala sudah sedikit surut peningnya, namun aku masih dapat mengingati semua yang berlaku. Aku dah disentuh oleh lelaki jahanam itu ataupun tidak? Dan, mengapa aku di sini? Bukankah aku sepatutnya berada di lorong-lorong seperti arahan Yusuff?

Ya Allah. Kejamnya lelaki itu. Aku cintakan dia, dan aku terlalu bencikan dia! Tapi, perasaan benci ini tidak kekal lama... Yang tetap kekal adalah rasa cinta ini. Sungguh menyakitkan! Kenapa aku cintakan lelaki bertuhankan syaitan itu?

"Kau dah sedar?" Suara itu. Suara yang aku rindukan sebelum ini, namun mengapa mendengar suara itu sekarang seolah menikam hatinya bertubi-tubi. Aku mula merasai di pelosok hatiku berdarah angkara dia. Sakit yang terlalu dalam.

"Aku nak pergi kolej. Kau stay sini..."

"C...ceraikan saya!" Terlepas jua perkara yang paling aku tidak inginkan. Aku terpaksa, aku tidak mahu menanggung sakit kerana Yusuff. Dia dah berjaya hancurkan hidup aku dan dia juga berjaya membuat aku membencinya separuh mati.

"Aku buat-buat macam salah dengar jelah. Kau mabuk lagi ni. Just rest, nanti balik aku ambil kau dan bawa kau..."

"Ceraikan saya, Yusuff! Ceraikan saya! Saya takkan ganggu hidup awak lagi!" Aku menempik dengan berani, meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati. Menggigil tubuhku menongkah penyeksaan antara akal dan hati yang saling bertelagah. Masih juga hati ini tidak rela, namun aku tidak mahu menjadi bodoh. Berkorban untuk Yusuff lagi, sungguh ini yang terakhir.

"Dah terlambat, aku tak puas lagi nak seksa kau. Tengok kau semalam buat hati aku makin ghairah nak buat kau lebih merana. Kau takkan terlepas dari aku."

Aku mencengkam gebar. Nafasku laju berhempas pulas menahan amarah. Rupanya, Yusuff sengaja menguji aku. Dia nak aku hancur. Sampai hati... Sampai hati, Yusuff!

"Jangan risau semalam Qhaizer tak sentuh kau. Dia kata dia jijik dengan kau. And, I understand him. Mana-mana lelaki pun tak selera dengan kau. Huh, so disgusting!"

Lega. Itu sahaja dapat aku rasakan kerana lelaki itu tidak menyentuh aku. Namun, lama kelamaan jiwaku merusuh benci. Sakit dihina Yusuff sebegini. Jijik benar dia padaku.

"Jijik sangat saya di mata awak, Yusuff? Kalau jijik kenapa masih nak simpan saya?"

"Aku dah cakap kan. Aku nak seksa kau."

"Awak tipu..." Dengan berani aku menuruni katil, pakaianku masih juga seperti semalam. Tiada cara untuk aku tutupi mana-mana bahagian tubuhku yang sedikit terdedah. Aku dapat merasai semilir angin aircond meniup-niup tubuhku. Senyuman aku paksikan di bibir, sengaja dan jelas aku terdesak.

"Awak tipu saya, Yusuff..." Aku berjalan mendekati Yusuff yang sedang duduk di sofa. Semangat apa yang meresapi jiwa, aku dah tak rasa lemah dan bersedih. Aku disuntik keberanian untuk menewaskan hati batu Yusuff. Jika dia bertegas mahu hancurkan aku. Aku, aku juga bertegas mahu hancurkan dia bersama aku. Aku rela hancur bersama dia.

Mata Yusuff meliar melihat keadaan aku, tak berkelip. Katanya aku menjijikkan kenapa dia pandang aku seolah aku ini cantik rupawan? Lelaki, percakapan luaran dan dalaman pasti berlainan. Pasti Yusuff berbohong!

"Siapa boleh tolak untuk pandang tubuh saya? Saya..."

Jeda.

Aku tarik nafas yang sesak apabila Yusuff tidak alih anak mata. Langkahku terhenti di depan Yusuff, tanpa segan silu aku labuhkan punggungku di ribanya. Riaknya terpapar kaget. Aku tak buta, nampak jelas halkumnya bergerak laju. Dia tergodakah?

"Please, buang ego awak..." Suara menggoda aku bisikkan di tepi telinganya. Lehernya aku paut lembut. Aku tahu aku perempuan paling tak malu. Tapi, dia suami aku, kan. Kesah apa aku. Dia sendiri tak nak ceraikan aku, so terimalah perangai aku. Dia fikir aku akan menjadi selemah-lemah perempuan? Aku tidak akan merayu lagi jika dia tak mahu dirayu.

"Yusuff..." Terkeluar namanya di saat pinggangku dirangkulnya, aku tersenyum kemenangan. Dia dah masuk perangkap aku ke?

"I'm not lying. You're more disgusting now, Asiah. So, can you get lost?" Hatiku bagai dipanah petir tatkala telingaku menangkap suaranya. Aku terkaku tanpa dapat bergerak. Rangkulan itu terlerai dan aku cuba tanamkan kekuatan untuk bangun.

Deringan handphone bergema memecah ruangan sunyi. Yusuff menyeluk handphone di poketnya, dan aku memandang skrin tertera nama,
"My baby"

Terluka hatiku apabila dapat mengagak siapakah di talian. Perasaan geram menapak di hati, aku cuba bangun. Namun, tak disangka rangkulan kembali berlingkar di pinggangku. Aku tergamam apabila senyuman sinis dilemparkan padaku saat jarinya menyeret skrin. Handphone terlekap di telinganya sambilnya matanya merenung aku dengan pandangan mengejek.

"Hello, baby. I miss you..."

...

Writer's comment : Hahahah, Citer ni mmg kejam. Siapa tak sanggup, jgn baca nanti sakit jiwa 🤣









Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top