Bab 10

"Ikut aku masuk bilik stor. Ada hal nak cakap." Arahannya aku buat tidak dengar. Aku keliru, nak patuh atau tidak. Kerjaku di luar masih banyak belum selesai, kalau melayan Yusuff bercakap dan sambung menghina aku akibatnya aku bakal dicincang oleh mamanya pula. Yusuff dengan mamanya, aku lebih takut dengan mamanya.

"Kau sengaja buat pekak ke?" Marahnya lagi, masih dalam nada terkawal. Mesti dia risau jika Mak Sue terdengar jerkahan dia.

"Saya nak siapkan kerja sikit. Nanti-nanti jelah awak nak maki saya." Bersahaja dan tanpa rasa takut aku keluarkan suara, kaki dah melangkah menjauhi Yusuff. Ala kadar sahaja aku vakumm, memandangkan Yusuff masih tercegat. Iyelah, takkanlah aku nak vakumm kaki dia? Aku menyusun langkah ingin keluar, dalam otak dah berfikir-fikir cara paling cepat siram pokok bunga yang keliling banglo. Aduh, boleh mati kering aku kat sini.

"Kau degil, kan?" Penuh selamba dia tarik tangan aku. Dia paksa aku macam haiwan pulak. Pergelanganku kebas kerana cengkaman dia.

Aku akhirnya malas nak meronta, yang sakit juga aku. Eee, geram betul dengan kasarnya dia tolak tubuh aku supaya masuk dalam stor. Pintu dikunci rapat.

Aku jauhkan tubuh bila dia dah lepaskan pegangan. Kerana penat, aku duduk di bangku lama. Lega jugak dapat rehat, kakiku turut terasa sedikit longlai. Ini kalau dapat tilam, memang aku pejam sampai ke bulan. Baru tersedar badanku letih sangat-sangat. Boleh tak kalau aku halau Yusuff sekarang? Dia mengamuk tak agak-agak?

"Yusuff, awak nak cakap apa?" Aku pandang dia. Yusuff hampiri aku, dia berdiri tegak sambil anak mata mengarah aku supaya beri ruang untuk dia duduk. Aku berganjak juga je tepi.

Dia duduk dan bahu kami berlanggaran, kedudukan kami dekat sangat. Aku menahan gelodak perasaan, gembira pun menjelma. Duduk dekat-dekat begini dan mampu hadirkan bahagia. Bauan maskulin Yusuff sudah menjadi haruman kesukaan aku. Bila terhidu, semerta hatiku jadi sejuk dan derita aku menyembunyi buat seketika. Dapatlah juga hilangkan gundah walaupun tidak lama hatiku berdarah kembali.

"Aku nak kau berhenti belajar kat kolej."

Sudah kuduga itu pilihan dia. Dia kan nak hancurkan hidup aku. Dengan tempat belajar aku juga dia tak bagi aku teruskan. Kejam betul kau, Yusuff. Mujur juga aku sayang.

"Sebab tak nak orang tahu pasal kita, kan?" Sengaja aku mengujar bicara, menambah perisa dalam hatiku sendiri. Aku berusaha tampak biasa, aku perlu berlagak tidak terkesan dengan apa yang bakalan dia perkatakan kepadaku.

"Yes, of course. Kau tu mulut becok. Kalau kau belajar sana, satu kolej tahu pasal kita. Aku tak nak maruah aku jatuh bila dorang tahu aku kahwin dengan perempuan miskin macam kau. And, aku tak nak Zulaikha salah faham tentang aku."

Ya, aku tahu kau pasti malu berkahwin dengan perempuan tidak cantik seperti aku dan miskin pulak tu. Takpe, aku dah lama sedar tentang itu meskipun terasa nyilu hatiku digigit rasa kecewa... Berkaitan Zulaikha pula, aku akan pastikan hubungan korang berakhir. Bisikan halus makin membara menghangatkan api cemburu. Sampai mati aku akan cemburukan dia! Jika aku tidak dapat memiliki jiwa Yusuff, tidak mengapa. Aku boleh terima, tapi dengan syarat. Kau juga tidak dapat memiliki dia, Zulaikha.

"Ada apa-apa lagi awak nak cakap?" Tak betah berlama, rasa macam panas punggung. Aku benci apabila nama Zulaikha di sebut oleh dia. Ya, tidak dapat dinafikan bila nama itu meniti di bibir lelaki itu, aku dapat rasakan getaran suaranya. Dalam terpaksa aku tidak dapat menolak Yusuff mempunyai perasaan cinta yang tidak bertepi untuk tunangnya itu.

"Start hari ni, kau panggil aku Tuan. Aku tuan rumah. Kau orang gaji. Aku anggap kau ORANG GAJI SAHAJA! Kau kena ikut semua perintah mama dan aku. Sekali kau melawan aku, tengoklah apa aku buat kat kau. Kau jangan berlagak jadi mem besar ya, TITLE ISTERI hanya atas kertas. Kau tak layak jadi isteri aku. Kau hadam benda ni sampai mati! And, sebelum aku lupa. Aku tak nak tengok kau bercakap dengan Mak Sue. Kalau belakang aku takpe, depan aku, kau kena kerja betul-betul! Jangan nak buang duit aku pulak bayar tinggi-tinggi tapi hasil kerja langsung tak memuaskan!" Suara lantangnya menembus ke ulu hati. Pedih, memang pedih. Sakit apabila dia berulang kali mengujar aku sebagai orang gaji sahaja. Bagaimana aku tidak bersedih? Sekuat-kuat aku pun, jika dia mengherdik aku begini dengan memperingatkan aku bahawa aku isteri atas kertas sungguh memilukan juga.

Entah bila derita ini akan berakhir? Kau mampu ke, Asiah? Kau yakin kau boleh kuat? Kau yakin rancangan kau akan berjaya?

Bibir aku paksa untuk tersenyum, aku toleh Yusuff di sisi. Dia tidak memandangku, malah dia dah bangun seraya kakinya mengorak langkah ini berlalu pergi.

"T...tuan" Pertama kali aku sebut panggilan yang begitu mulia itu. Panggilan seorang isteri kepada suaminya? Payah untuk ku telan betapa peritnya menahan rasa sakit dihati. Aku rindu ingin memanggil dia Yusuff. Namun, tidak dapat aku seru lagi nama itu di bibirku. Aku hanya orang gaji yang hina di matanya, tidak bernilai langsung untuk dia pedulikan. Aku sekarang hanyalah orang luar dan tidak akan sesekali menjadi sebahagian penting dalam hidupnya.

Dia hentikan langkah, tapi tetap juga tidak kalih memandang aku.

"Apa kau nak?" Soalnya dingin dan ada nada menyampah.

"Tuan, salah ke kalau saya tetap nak cintakan tuan? Saya sedar saya hanyalah orang gaji, tapi saya tak boleh tipu perasaan saya. Saya tetap cintakan tuan..." Bergetar suaraku cuba mengungkap perasaan sebak yang mendatang. Aku dah mula ditimpa badai perasaan yang jelas terlalu dahagakan kasih sayang seorang suami. Aku mahukan cinta dia... Sungguh, aku tidak berdusta.

"Pergi mati dengan cinta kau tu! Aku tak nak kau mengaku cintakan aku! Aku jijik! Takpe, kau jangan risau. Lepas ni aku akan pastikan cinta kau pada aku akan mati dan kau akan bencikan aku setengah mati. Kau akan rasa apa yang aku rasa sekarang! Waktu tu, ikatan kita akan terlerai selepas aku puas buat hidup kau derita!"

Aku diam membisu. Aku tahu waktu itu akan tiba, perlahan perasaan mengalah menitik di lembaran sanubari, namun aku masih mahu berjuang habis-habisan. Aku pantang menyerah. Lempar sahaja tohmahan, aku akan berusaha menerima walaupun hati terluka parah. Biar ia menjadi barah. Biar aku menjadi perempuan yang tidak punya hati dan perasaan.

Dicerca dan dihina tidak berbekas di hati. Aku berharap hatiku bakal menjadi sedemikian agar aku tidak merasa sedih lagi angkara mereka.

Aku hanya mampu menekur lantai, kakiku pula sedikit longlai. Lemah seketika, mungkin kerana dari malam kelmarin aku tidak menjamah nasi. Perutku pedih bagai disimbah lada. Ah, janganlah gastrik datang waktu begini.

"Kau datang sini, kejap." Arahan muncul, Yusuff juga sudah membalikkan tubuh. Sangsi juga mengapa dia panggil aku suruh datang padanya, mungkin juga dia mahu dera aku. Aku cuba bangkit, perlahan-lahan aku menapak hampiri dia. Beberapa langkah masih boleh menampung badanku, langkah yang terakhir aku terlanggar badan Yusuff. Kepalaku tersembam di dadanya.

"Kau buat apa ni, s***!?" Bengis suaranya menyentuh telinga. Tidak cukup itu, tubuhku ditolak sehingga aku terjelopok di atas lantai.

"Argh!" Aku terjerit tanpa sengaja kerana sakit.

"Diamlah bodoh. Kau nak Mak Sue tahu pasal kita ke, hah?!"

Aku menekup bibir. Orang tak sengaja, nak buat macam mana.

"Dah cepat bagi no kau. Aku tak nak hadap muka kau lagi, meluat!"

Aku capai handphone yang dihulurnya dan segera menaip no aku. Siap aku save, orang gaji asiah. Itu kan dia nak. Kalau aku save My wife, sia-sia kena maki. Lebih baik turutkan sahaja raja ini.

...

"Mak Sue nak tanya sikit, boleh?"

Aku tidak menyahut mahupun memberi tindas balas. Tanganku ralit menyiram pokok bunga, mataku juga tidak kalih kepada perempuan separuh abad itu. Dalam hati aku dah tak senang, kalau dilihat Yusuff pasti dituduhnya aku mengelat buat kerja.

"Mak Sue tak pernah nampak lagi Datin sekasar macam tu dengan orang gaji sebelum ini. Kenapa Datin marah sangat dengan kamu?"

Aku diam membisu. Perlu ke aku jawab? Baru aku tahu Datin hanya berkasar dengan aku. Aku ingatkan dia dah biasa sangat menengking-nengking orang. Iyelah, selalu datin-datin, orang kayakan suka sangat perlekehkan orang miskin seperti aku, lagi-lagi dengan title aku sebagai orang gaji. Senang cerita orang panggil hamba.

Setiap perintah kena patuh dan taat. Ah, apalah nasib aku terjebak dalam dunia Yusuff dan terseksa begini. Jikalau orang sekelilingku tahu niatku ini, pasti aku bakal dicemuh bodoh. Namun apa daya, aku dah nekadkan diri. Tiada siapa mampu ubah.

"As, Mak Sue tanya ni. Mak Sue risau tengok kamu kena dera, padahal baru sahaja bekerja. Kamu dengan Tuan Yusuff ada hubungan apa sebenarnya? Mak Sue pelik, Tuan Yusuff pun tengking As. Apa yang berlaku ni?"

Aku fed up, muka Mak Sue aku toleh dan mataku tajam memandang dia.

"Itu bukan urusan Mak Sue. Saya tak nak Mak Sue tanya saya bukan-bukan." Aku beredar ke belakang rumah, tidak betah menerima pertanyaan Mak Sue. Kalaulah aku dapat terus terang tentang segalanya... Maafkan saya, Mak Sue. Saya akan simpan rahsia ni sampai akhir hidup saya.

Aku duduk bertinggung. Perutku makin memedih, entah mengapa kepalaku pula berdenyut-denyut. Dalam sekelip mata, aku rebah jatuh ke tanah dan duniaku gelap gulita.

...

writer's comment : Apa jadi pada Asiah?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top