Teaser 2


“Hmmm… pukul 6.00 karang tunggu aku dekat sini. Aku yang hantar kau balik.”

Melopong sudahnya mulut Huda. Terbuntang matanya kerana pelik dengan tingkah Jebat. Jadi apa kaitannya dengan pengangkutan percuma yang disediakan oleh majikan tadi?

Huda naik bingung namun lelaki itu tidak memberi sebarang reaksi malah sedang bersilang lengan di dadanya pula dengan posisi tubuh yang sedang bersandar di kerusi. Mata pula tunak memandang Huda di hadapan.

 “Err… Tuan Jebat, kalau dah ada pengangkutan percuma untuk semua pekerja, kenapa pulak saya kena balik dengan Tuan Jebat? Tuan Jebat tak payahlah susah-susah untuk saya. Lagipun bukan ke tak berapa elok, Tuan Jebat? Nanti apa kata pekerja yang lain? Mesti diorang pelik.”

Huda cuba memberi alasan dengan harapan Jebat akan memahami apa yang dia cuba maksudkan. Ya, dia tidak mahu terus-menerus menjadi bahan gosip di tempat kerja setiap hari. Itu yang dia tekankan.

“Apa yang peliknya?” Jebat tak mahu mengalah. Soalan ringkas tapi padat itu seolah-olah mahu menjerat Huda pula.

 “Peliklah, Tuan Jebat. Orang lain naik van. Saya pula bos yang hantar sedangkan kita tak ada apa-apa hubungan pun. Cuma hubungan bos dengan pekerja aje.”

 “Siapa cakap tak ada hubungan?”

 “Alaa… Tuan Jebat ni. Semua orang tahu kan saya pekerja baru dekat sini. Belum lama pun kenal Tuan Jebat. Tapi saya dapat keistimewaan macam ni. Siapa-siapa pun akan perasanlah, Tuan Jebat.”

“Jadi kau nak aku peduli semua tu? Perlu ke?” Jebat menetapkan pendiriannya. Muka Huda yang berkerut dia tangkap dengan senyum sinis. “Kalau ada yang bantah ke, tak puas hati ke, siapa diorang nak halang aku? Aku tak kira kau pekerja baru ke, lama ke. Aku nak pukul 6.00 petang, lepas kau solat asar, tunggu aku dekat luar pintu kabin ni. Kalau kau tak tunggu, aku anggap kau bantah arahan aku.”

Huda menghela nafas. Kenapalah nasib dia begini. Dapat majikan hati beku macam ni. Tak ada perasaan betul. Akhirnya dia yang jadi serba salah. “Okey, Tuan Jebat. Saya minta maaf. Nanti saya tunggu dekat sini.”

 Jebat tayang sengih. Bukan susah pun hendak menundukkan hati Huda. Sekali kena ugut, dah kecut perut. Jebat tersenyum. Hatinya gembira dengan penerimaan Huda. Bukan dia sengaja hendak menyusahkan gadis ini namun itu saja cara untuk dekat dengannya.

“Saya dah boleh keluar ke Tuan Jebat? Kalau lama-lama dekat sini, saya tak berani jamin yang orang-orang dekat luar tu tak bercakap pasal kita, Tuan Jebat.”

“Kenapa nak kisah pasal semua tu Huda? Kalau kita fikir semua tu, apa pun kita tak boleh buat dalam kehidupan ni. Semuanya salah. Sesekali kenalah ada pendirian sendiri. Persetankan semua kata-kata orang tu. Mulut orang kau mampu tutup ke Huda?” Jebat cuba menguji pula. Huda yang tidak mahu berdebat akhirnya mengalah. Dia mengangguk.

“Baik, Tuan Jebat.”

“Okey. Pastikan kau tunai janji petang nanti. Kau boleh sambung kerja sekarang.”

Huda berpaling meninggalkan kabin dengan hati yang berkecamuk. Dia tidak faham dengan tingkah lelaki ini. Seram pula rasanya hendak menunggu waktu petang.


LAST DAY HARGA PROMO
Jom pm utk dapatkan harga jimat 0126816031

arenayidin
20 Ogos 2023

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top