Tuan Arasy | Prolog

"You can't change the situation, the only thing you can change is how you chose to deal with it."

Suasana di litar itu kelihatan sungguh meriah. Para penyokong mula memenuhi tempat duduk pengunjung. Pengunjungnya datang dari pelbagai negeri dan kategori usia untuk menyokong pelumba-pelumba kegemaran mereka. Bukan sahaja orang dewasa yang teruja untuk menonton perlawanan kereta lumba tersebut malah kanak-kanak dan golongan dewasa tidak kecuali.

Para pengunjung mula memenuhi kawasan tempat duduk pengunjung untuk menonton dan bersorak bagi memberikan semangat kepada pelumba-pelumba muda akan bertanding dalam Drift Championship di Batu Kawan.

Amanda dan ahli keluarganya tidak terkecuali. Bapanya, Tan Sri Khalid merupakan penyumbang utama dalam kumpulan The Great Racer, salah sebuah kumpulan yang bertanding dalam perlumbaan kereta itu. Tambahan pula, salah seorang abangnya turut menyertai pertandingan itu.

Khairul Adha Tan Sri Khalid. Siapa sahaja yang tidak pernah mendengar sebaris nama itu. Nama pelumba yang sentiasa di sebut-sebut di arena perlumbaan. Bukan sahaja mempunyai bakat dan kemahiran dalam perlumbaan. Khairul Adha juga memiliki wajah yang tampan kerana mewarisi wajah kacak dan jelita Tan Sri Khalid dan Puan Maryani.

Puan Sri Hasmawati yang menyedari kegelisahan anak gadisnya menguntum senyuman kecil. Dia menghampiri anak gadisnya itu lalu bahu Amanda digosok perlahan. Amanda mengangkat muka memandang wajah mamanya.

"Manda risaukan Adha ke?" Tanya Puan Sri Hasmawati kepada anak bongsunya itu. Amanda menjatuhkan kepalanya perlahan-lahan.

"Race dah nak start. Abang Adha mana? Mama tahu kan abang Adha tak sihat? Manda risau lah..." Amanda menyuarakan kerisauan yang melanda hatinya.

Entah mengapa hatinya berdebar kencang. Bukan sekali dua dia datang ke litar untuk menonton perlumbaan yang disertai abangnya. Setiap kali Adha berlumba, mereka sekeluarga pasti datang ke litar untuk memberikan semangat kepada pelumba muda itu.

"Manda, ibu yakin yang Adha akan okay. Manda tahu kan Adha kuat?" Tanya Puan Maryani memujuk. Amanda tersenyum nipis memandang wajah ibu tirinya itu.

Pasti ramai yang pelik mengapa dia mempunyai dua orang ibu. Mama, Puan Sri Hasnawati merupakan isteri pertama Tan Sri Khalid dan merupakan ibu kandungnya dan Kayden Amsyar, abang kesayangannya yang kini belajar di Jepun.

Puan Maryani pula merupakan isteri kedua dan merupakan ibu kepada Kaisara Amelia dan Khairul Adha. Walaupun Amanda hanya adik-beradik sebapa dengan Khairul Adha, hubungan mereka cukup rapat. Adha cukup prihatin padanya. Lelaki itulah yang sentiasa membantunya dan melindunginya tak kala abangnya, Kayden tiada.

Jarak usianya dan Kayden yang cukup jauh membuatkan dia lebih rapat dengan Adha. Adha selalu menceriakan harinya. Hubungannya dengan ibu tirinya, Puan Maryani yang disapa ibu juga agak rapat. Wanita itu melayannya dengan baik.

Kaisara Amelia juga melayannya seperti adik kandung sendiri, walaupun gadis itu sekadar anak tiri Tan Sri Khalid. Anak Puan Maryani dengan bekas suaminya yang terdahulu.

"Ha, itu pun Adha." Ujar Puan Maryani ceria apabila kelibat anak bongsunya dipandang.

Amanda tersenyum riang apabila melihat wajah abangnya yang cukup bersemangat itu. Adha yang lengkap berbaju racing suit dipandang penuh teruja. Lelaki itu perlahan-lahan menghampiri mereka bertiga di bawah kanopi itu.

"So, Adha dah ready nak race?" Tanya Puan Maryani kepada anak terunanya itu.

Adha mengangguk dalam senyuman.

"Dah. Ibu dan mama doakan Adha tau." Pinta Adha sebelum tangan Puan Maryani dicapai lalu dicium lembut. Seketika kemudian, tangan Puan Sri Hasnawati pula diraih lalu dicium sejenak.

"Ibu sentiasa doakan Adha. Adha hati-hati ye.." Ujar Puan Maryani lagi.
Adha mengangguk perlahan.

"Walaupun mama hanya mama tiri Adha, mama tetap anggap Adha sama seperti Kayden dan Amanda. Mama sayang Adha sama seperti mama sayang anak-anak kandung mama." Balas Puan Sri Hasnawati pula. Adha ketawa kecil. Wajah ibu dan mama dipandang penuh makna.

"Adha sayang ibu dan mama sama rata. Tak ada istilah ibu tiri atau ibu kandung. Mama layan Adha sama seperti anak kandung mama sendiri. Kalau ibu sibuk, Adha tidur dan makan di rumah mama. Mama tak pernah marah Adha. Mama dah layan Adha baik sangat. Adha sayang mama dan ibu sangat-sangat." Balas Adha sebelum kedua-dua tubuh wanita bergelar ibu itu dipeluk erat.

Amanda sekadar melihat. Dia gembira melihat keutuhan hubungan keluarganya itu. Mama dan ibu sudah bermadu sebelum dia dilahirkan. Setelah dia lahir, dia sudah terbiasa dengan situasi ini. Tidak semua ibu tiri di dunia ini jahat. Ibu tirinya adalah contoh utama. Wanita itu tidak pernah melayannya teruk.
Wanita itu selalu menjaganya disaat mama terpaksa meninggalkannya atas urusan kerja. Jadi, tiada istilah benci pada ibu dan kakak tirinya itu. kedua-dua wanita itu adalah insan yang dia sayang setengah mati.

"Adha dah jumpa papa?" Tanya Puan Sri Hasnawati setelah pelukan dileraikan. Adha menganggukkan kepala dengan segaris senyuman nipis.

"Dah, tapi tak sempat berbual banyak. Papa sibuk berbual dengan rakan-rakan dia. Tadi papa kenalkan Adha pada rakan kongsi dia. Papa cakap kawan dia tu dari Itali. Sebab tu Adha tak sempat nak sembang dengan papa. Tapi Adha sempatlah nak salam tangan papa tadi." Balas Adha dalam senyuman.

Puan Sri Hasnawati dan Puan Maryani tersenyum nipis. Suaminya dilihat cukup sempurna di mata masyarakat. Mempunyai perniagaan yang dikenali di serata dunia. Mempunyai dua isteri yang elok bermadu. Lelaki itu sering dipuji. Dia sentiasa digelar ikon suami dan ayah yang menjadi contoh dan kebanggaan rakyat.

Tapi mereka tidak tahu, lelaki itu hanya mempergunakan anak dan isteri sebagai kebanggannya sahaja. Kasih sayang? Sulit untuk diucapkan.

"Manda kenapa diam ni? Are you okay my little princess?" Tanya Adha sambil menarik topi yang dipakai Amanda ke atas sedikit bagi melihat riak wajah adiknya itu.

"Manda tak sedap hati."

Adha tersenyum kecil. Bahu Amanda dipeluk. Sudah berpuluh-puluh kali Amanda menuturkan ayat itu kepadanya. Sedikit pun dia tak ambil peduli. Baginya, Amanda hanya budak kecil yang masih belum mengetahui dunia sebenar. Walaupun pada waktu ini Amanda sudah berusia 17 tahun, Amanda masih budak kecil di hatinya.

"Kenapa tak sedap hati? Abang Adha pergi berlumba je. Bukan pergi berperang." Balas Adha memujuk. Amanda hanya mendiamkan diri. Hatinya masih gusar.

"Adha! Race dah nak start!" Seorang lelaki mula menjerit memanggil Adha. Adha menyahut kuat.

"Ye, aku datang!"

Hati Amanda semakin gelisah apabila melihat Adha yang sudah bersalam dengan Puan Maryani dan Puan Sri Hasnawati buat kali kedua. Setelah itu, Adha memeluknya.

"Lepas race abang Adha belanja McD, okay?" Tanya Adha setelah pelukan dileraikan.

Hanya itu modalnya untuk memujuk Amanda. Amanda kaki makan. Sebut sahaja tentang makanan, gadis itu pasti makan dengan berselera kecuali Tomyam. Entah mengapa gadis itu cukup anti dengan masakan Tomyam.

"Janji?" Jari kelingking Amanda hulurkan. Adha mengangguk pantas.

"Janji."

Setelah itu, Adha mula berlari ke tempat persediaan. Lelaki itu perlu bersedia untuk berlumba sebentar nanti. Amanda memerhatikan Adha yang mula menyarungkan sarung tangan dan mula memakai helmet di kepalanya. Seketika kemudian, muncul seorang lelaki yang kelihatan seusia dengan Adha mendekati lelaki itu. Mereka mula berlaga penumbuk sebelum berbual sesuatu.

Amanda tergaman apabila Adha dan lelaki itu memandang ke arahnya. Lambaian tangan yang Adha tujukan padanya dibalas dengan senang hati. Amanda dapat melihat lelaki di sebelah Adha tersenyum kecil. Mungkin lelaki itu kawan Adha, Amanda mula menembak sendiri.

"Ibu, kenapa Abang Adha masuk dalam kereta hitam tu? Mana kereta abang?" Tanya Amanda dengan wajah pelik. Wajah Puan Maryani dipandang untuk meminta penjelasan.

"Yelah, Mar. Mana kereta Adha? Rosak ke?" Tanya Puan Sri Hasnawati kepada madunya itu. Puan Maryani menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tak adalah Kak Has. Kereta Adha
elok je. Last minute Adha cakap nak guna kereta kawan dia. Itu kereta kawan dia lah tu. Katanya dia nak try kereta champion." Balas Puan Maryani berseloroh.

"Ouh. Kawan dia tu hebat lah ye?" Tanya Puan Hasnawati lagi.

"Hebat. Dengar kata kawan dia tu dah banyak kali menang. Kali ni kawan dia tak dapat join. Adha cakap nenek dia tak sihat. Lelaki sebelah Adha tulah kawan dia. Dia datang sekejap je. Lepas ni nak pergi hospital. Lawat nenek dia." Balas Puan Maryani lagi. Puan Sri Hasnawati mengangguk perlahan.

Amanda memandang lelaki yang berdiri di sisi kereta yang dinaiki Adha. Adha kini sudah bersedia di ruangan pemandu. Lelaki itu nampak kacak. Sekacak Adha. Entah mengapa dia seakan-akan terpesona dengan seraut wajah itu. Tapi mengapa dia tidak pernah mengenali lelaki itu? Sedangkan semua kawan Adha dia kenal.

"Ibu, siapa nama kawan Abang Adha tu?"

"Entahlah. Ibu lupa sayang. Nanti Adha dah habis race, Manda tanya Adha sendiri. Okay?" Tanya Puan Hasnawati lembut. Amanda mengangguk perlahan. okay!

Amanda memandang tanah kubur yang masih merah di hadapannya itu. Air matanya tidak berhenti-henti mengalir. Peristiwa nyeri yang berlaku semalam tidak mampu dia lupakan. Peristiwa itu bagaikan pita video yang sentiasa bermain-main di kepalanya.

Amanda tak mampu melupakan detik-detik cemas apabila Adha tidak mampu mengawal kereta yang dipandu sebelum bergesel pada penghadang litar sebelum terbalik. Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa takutnya dia saat melihat kereta yang dipandu Adha yang terbalik itu dirempuh oleh pemandu yang lain.

Perkara yang tak mampu dia bayangkan ialah ketika melihat Adha yang sudah tidak bernafas sebaik sahaja tubuh itu dibawa ke kanopi tempat mereka menunggu. Tangisan Puan Maryani dan Puan Sri Hasnawati bagaikan tiada erti. Walaupun tubuh kaku itu digoncang kuat oleh Tan Sri Khalid, Adha tidak mungkin hidup kembali.

Apa yang Amanda lakukan saat itu? Dia hanya jatuh terduduk di sebelah jasad abangnya dengan tangisan. Suaranya bagaikan tidak mampu
untuk dikeluarkan. Dia hanya meraung di hati. Semakin lama semakin lebat air matanya mengalir takkala melihat wajah yang dipenuhi luka itu. Hatinya sakit. Mahu sahaja dia menyoal mengapa Adha dijemput awal? Dia masih memerlukan lelaki itu. lelaki itu cukup penting buatnya.

"Manda, jom balik. Hari dah nak mendung. Kalau hujan, nanti Manda deman. Kita balik ye.." Pujuk Amelia sambil menggosok perlahan bahu Amanda. Adik kandungnya pergi meninggalkannya, tak mungkin dia tak sedih. Dia cukup terkilan kerana dia tak mampu menatap wajah itu buat kali terakhir. Dia yang belajar di Korea terus pulang ke Malaysia apabila mendapat berita sedih itu.

"Abang Adha janji nak belanja adik McD..."

Amelia terdiam apabila mendengar kata-kata Amanda.

"Tapi Abang Adha mungkir janji..." Air mata Amanda mengalir lagi. Kubur yang masih merah itu dipandang sayu.

"Abang Adha dah janji... kenapa mungkir janji?! Kenapa? Abang Adha tak sayang Manda ke? Abang Adha tak sayang Manda ke?" Tanya Amanda meraung. Amelia kalut sendiri apabila Amanda mula meronta-ronta di pelukannya. Gadis itu seakan-akan mahu mengali kembali kubur yang sudah dikambus itu.

"Kayden! Sini!" Amelia mula menjerit memanggil abang tirinya apabila dia tidak mampu mengawal rontaan Amanda. Kayden menghampiri Amanda sebelum tubuh gadis itu dipeluk untuk meredakan emosi adiknya itu.

"Manda... Jangan macam ni.. Kesian Adha, dik.." Pujuk Kayden lembut. Belakang badan Amanda digosok lembut. Amanda menangis di bahu abangnya. Seketika kemudian, rontaan Amanda berhenti. Tubuh itu juga berasa ringan di pelukan Kayden.

"Kayden, Manda pengsan. Angkat dia cepat." Suruh Amelia kalut sebelum gadis itu bingkas berdiri.

Kayden mula mencempung tubuh adiknya lalu dibawa pergi dari kawasan perkuburan itu. Tanpa mereka sedari, terdapat sepasang mata yang sedari tadi memerhati mereka dari tingkap kereta Mercedes Benz berwarna hitam yang tersadai elok di bahu jalan.

Bersambung..!

• 24/10/2022

Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lover

Remember : What you give is what you will get back! Have Fun!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top