Tuan Arasy | 80

"Love is so unpredictable. That's what makes it so great."

Wafiy menolak pintu bilik rawatan itu lalu ditutup perlahan-lahan. Kakinya dihayun ke arah sekujur tubuh yang terbaring lesu di atas katil hospital itu. Dia kemudiannya melabuhkan punggungnya di kerusi pelawat yang terdapat di sisi katil itu. Wajah Raisya dipandang lama dengan pandangan sayu.

Entah dimana kekuatan Wafiy, tangannya naik menyentuh kepala wanita itu. Rambut Raisya diusap perlahan-lahan. Wajah lesu yang masih terpejam di hadapannya itu dipandang lama.

Jika ditanya adakah dia membenci Raisya? Jawapannya tidak! Tidak pernah dia membenci wanita yang sudah memiliki sebuah tempat yang istimewa jauh di sudut hatinya. Jika ditanya mengapa dia memperlakukan Raisya kasar? Semua itu kerana dia cuba, dia cuba untuk menyembunyikan perasaannya pada Raisya.

Wafiy tahu dia dan Raisya tidak mungkin akan bersama. Apabila hubungan cinta Raisya dan Adha sampai ke telinganya, hatinya sakit. Jiwanya terseksa. Dia cuba untuk merawat hatinya yang luka. Tetapi mungkin kerana terlalu mengikutkan rasa cemburu membuatkan dia dan Raisya sudah tidak seperti dahulu.

“Kenapa hubungan kita jadi teruk macam ni, Raisy?” Tanpa sedar, mulutnya menyoal satu soalan yang sering berlegar-legar di fikirannya saban hari.

“Bukan ke dulu kita rapat? Tapi kenapa kita jadi macam ni?” Wafiy menyoal lagi. Tangannya naik mengusap wajah putih susu Raisya. Entah mengapa, hubungan mereka yang akrab mula renggang. Adakah silapnya?

Tanpa sedar, Wafiy teringat kembali kenangannya bersama Raisya ketika masih kecil. Kenangan terindah dalam hidupnya. Kenangan yang tak mungkin dia lupakan seumur hidupnya.





Seorang budak lelaki yang sibuk membaca sebuah buku di bawah pohon yang rendang itu mula terganggu apabila mendengar suara yang menjerit seperti sedang bertengkar. Earphone di telinganya ditarik keluar lalu dia mengangkat muka memandang ke arah suara itu.

“Kenapa Raisy tak boleh main?”

Seorang kanak-kanak perempuan bercekak pinggang memandang beberapa orang budak lelaki yang berada di hadapannya itu. Mereka kini sudah berada di atas court bola keranjang yang terdapat di bahagian belakang Villa Tengku Maimon.

“Tak boleh! Mana ada budak perempuan main basketball! Budak perempuan main masak-masak je! Pergilah masuk dalam, jangan kacau kita orang.” Salah seorang daripada budak lelaki itu mula bersuara.

“Is, adik nak main juga!”

Raisya yang bagaikan sudah tersedu-sedu menahan tangisan mula memandang si abang untuk meminta belas kasihan. Tetapi sayangnya si abang langsung tidak menghiraukan dirinya. Lelaki bernama Iskandar itu sibuk mendribble bola di tangan lalu dia melompat sedikit ke atas. Bola oren ditangannya dilemparkan ke hoop lalu..

“Yes! Masuk!” Lelaki itu menjerit keriangan.

“Is……!” Raisya merengek geram apabila Iskandar langsung tidak mempedulikan dirinya.

“Alaaa, Raisy. Betullah Im cakap. Budak perempuan tak boleh main basketball. Raisy pergilah main masak-masak. Tak payah datang sini. Okay, kita bahagi team. Aku atau Im? Korang pilih.”

Iskandar mula memandang sepupu-sepupu lelaki yang jauh lebih kecil darinya. Dia sudah mahu membentuk kumpulan untuk berlawan bola keranjang. Hanya dia dan Imran sahaja yang sudah darjah 3. Sepupu-sepupunya yang lain masih kanak-kanak. Jadi mereka berdualah ketua dalam setiap perkara.
Raisya memeluk tubuh dengan wajah masam.

Tengku Iskandar Irfaq dipandang penuh geram. Tajam sahaja anak matanya merenung abangnya yang langsung tidak menghiraukan hadirannya.

“Is! Raisy cakap dekat mama!” Raisya mula mengugut. Tetapi seperti biasa, lelaki bernama Iskandar itu langsung tidak menghiraukan ugutan adiknya itu. Dia mula mengajak sepupu-sepupunya ke tengah gelanggang untuk bertanding.

“Siapa yang kalah kena belanja aiskrim.” Imran mula membuat pertaruhan.

“Okay, cool!” Iskandar mula menyahut.

“Alaaa, kami mana ada duit.” Sepupu-sepupunya yang masih kecil itu mula merengek apabila mereka tiada duit untuk mengikut arahan sepupunya yang sudah bersekolah rendah itu.

Raisya memandang kelibat abangnya yang sudah menjauh dengan pandangan yang berkaca-kaca. Mulutnya tersebik-sebik menahan tangisan. Raisya mula melangkah ke arah sebuah pohon yang rendang. Dia duduk di tanah dengan memeluk lutut. Wajahnya disebam ke situ lalu dia teresak-esak menangis.

Wafiy yang sedari tadi sekadar memerhati mula menutup buku yang dibaca. Earphone di telinga di cabut. Tanpa sedar Wafiy memerhatikan Raisya yang masih lagi menangis tidak jauh dari tempatnya duduk.

“Kenapa kau nangis ni?” Tanpa sedar, Wafiy bersuara. Seketika kemudian, dia terkedu sendiri dengan tingkahnya.

Raisya mengangkat muka. Wajah Wafiy disebelahnya dipandang lama. Wafiy bercakap dengan dia ke? Kata Iskandar, Wafiy berat mulut dan malas bercakap. Adakah Wafiy sedang menegurnya?

“Raisy tak ada kawan. Semua orang tak nak kawan dengan Raisy. Isk… Isk…”

Raisya mula tersedu-sedu menahan esakan. Wajahnya cuba disayukan sebaik mungkin. Manalah tahu jika sepupunya itu terpujuk dengan perlakuannya. Sudahlah abangnya sendiri tidak mahu bermain dengannya.

“Dah lah, jom Wafiy teman Raisy main.”

Tanpa sedar kata-kata itu keluar dari mulutnya. Wafiy bingkas berdiri. Bukunya dipegang di tangan kanan manakala, earphone di tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

“Yeah, Raisy dah ada kawan. Sayang Wafiy…”

Wafiy tersenyum apabila teringat akan perbualan kali pertama dia dan Raisya. Entah mengapa, hatinya terasa lapang apabila melihat senyuman di wajah Raisya waktu itu. Entah mengapa dia senang hati menerima semua arahan Raisya padanya.

Raisya nak main masak-masak, dia ikut. Raisya nak main solek-solek dia ikut. Malah, ketika Raisya mahu bermain ‘jual-jual’ dia sanggup menjadi pembeli.

Dia sendiri pelik mengapa dia yang digelar kera sumbang ini sanggup bermain dengan Raisya, sepupu yang manja dan mengada-ngada itu. Entah mengapa dia senang apabila Raisya merengek meminta sesuatu darinya. Dia berasa gembira apabila berjaya menunaikan permintaan Raisya.

“Raisya…” Wafiy sentuh umbun-umbun wanita muda itu.

“Aku janji lepas ni aku dah tak jahat dekat kau. Aku dah tak nak marah-marah kau. Bangunlah. Aku tak sanggup tengok kau macam ni. Mama dan papa kau dah terbang sini pagi tadi. Kau mesti tak nak dia orang sedih kan?” Soal Wafiy sayu. Pandangannya tidak lepas dari wajah Raisya. Wajah itu kelihatan cukup ayu dengan mata yang tertutup.

“Nenda dah tak marah kau. Nenda janji tak akan marah-marah kau lagi. Tapi kau janganlah buat hal kalau tak nak nenda marah.” Ujar Wafiy lagi.

Buat seketika wajah itu dipandang penuh cinta. Tanpa sedar wajahnya dibawa dekat ke wajah Raisya. Mulutnya bergerak ke telinga wanita muda itu. Suatu kata yang tak pernah dia ucapkan keluar tanpa sedar dan dia ikhlas mengucapkan ayat itu.

“Bangunlah Raisya… Aku tak sanggup tengok kau macam ni… Kau kena kuat Raisya. Ramai orang sayangkan kau. Aku pun sayangkan kau, Raisya. I love you, Tengku Raisya Rosella.”

Redza memandang dua orang lelaki yang duduk di sofa tidak jauh dari tempatnya. Arasy pula duduk di kerusi di sebelahnya. Mereka masih tidak bersuara walaupun sudah hampir sepuluh minit masuk ke bilik itu.

“Terima kasih, Redza…” Arasy yang mula bersuara, memecahkan kebisuan yang melanda bilik itu. Redza menguntum senyuman nipis lalu menganggukkan kepalanya perlahan.

“Sama-sama Tuan Arasy.”

“Saya tak tahu macam mana nak balas budi Redza. Besar sangat.” Arasy mengeluh lemah manakala Redza ketawa kecil.

“Saya ikhlas. Lagipun, saya memang dalam misi nak lenyapkan Death Ground. Patutnya saya berterima kasih pada Tuan Arasy. Kerana Tuan Arasy, misi saya berjaya.” Balas Redza dengan senyuman penuh ikhlas.

Raider memandang skrin ipad miliknya. Satu berita yang panas yang tersebar luas saat ini menjadi perhatiannya.

Death Ground, kawasan hitam terbesar di Asia Tenggara kini musnah!

Kehancuran Death Ground menjadi permulaan kemusnahan kegiatan haram di dunia!

Kening Raider terangkat sedikit apabila membaca sebuah tajuk berita yang kelihatan kelakar baginya. Dia mula menekan sesuatu pada ipad miliknya.

Death Ground lebur di tangan Dark Ghost? Baru selangkah Dark Ghost bergerak, Death Ground yang gagah terbina hancur sekelip mata. Amboi, senangnya hidup kau. Aku susah-susah hack bomb tu, kau yang famous? Mana aci!” Raider mula meluahkan ketidakpuashati yang dia rasa saat ini. Kepala dia hampir pecah kut nak hack bom tu, tiba-tiba Nick dapat nama? Bestnya…

“Kau hack jelah news tu. Tukar! Raider, hacker terhebat berjaya musnahkan Death Ground! Apa susah.” Balas Nick selamba. Dia malas melayan kerenah Raider yang dianggap meloyakan. Perangai mengada kalah perempuan.
Raider pandang Nick tajam.

“Cakap dengan kau baik cakap dengan lembu. Sekurang-kurangnya tak adalah sakit hati sangat!” Balas Raider geram.

“Habis tu cakap dengan aku kenapa? Pergi lah cakap dengan lembu.” Nick mengusir selamba.

“Kau ni….” Belum sempat Raider membalas, Arasy menyampuk.

“Dah lah. Hospital ni. Walaupun kita dalam VVIP room, agak-agaklah kalau nak bergaduh pun. Kawan korang ni baru lepas kena tikam. Biarlah dia rehat dengan tenang.”

Raider mengeluh kecil. Dia mengalah!
Nick tersenyum mengejek. Padam muka kau!

“Saya keluar dulu.” Arasy mula meminta izin untuk beredar. Dia perlu melawat isterinya yang masih mendapatkan rawatan di situ. Kehadiran Arasy mula bertukar ganti dengan Kyle. Sebaik sahaja Arasy keluar, Kyle pula masuk untuk melawat Redza.

“Kau okay?” Kyle mula bertanya. Dia kemudiannya mengambil tempat di kerusi di sisi katil Redza yang tadinya Arasy duduk.

“Okay. Sikit je ni…” Balas Redza selamba. Kyle menganggukkan kepalanya perlahan.

Yow, Redza!” Pintu bilik rawatan itu terbuka luas sambil kedengaran satu suara yang menyapa kuat. Nick menggelengkan kepala manakala Raider picit dahi. Masalah!

Happy kau hari ni.” Redza mula menyoal. Dia pandang Qasy yang mula mendekati katilnya.

Happylah. Hari ni aku terbang balik KL. Kau ingat aku nak mereput dekat sini lama-lama?” Qasy bertanya jengkel. Redza sekadar mendengar dengan senyuman. Biarkan sahaja remaja lelaki itu bersuara.

“Korang tak nak peluk Redza ke?” Soalan Qasy yang kedengaran pelik di telinga Nick dan Raider membuatkan kedua-dua lelaki itu memandang Qasy penuh tanda tanya.

“Kenapa pulak kena peluk Redza?” Raider mula menyoal.

“Entah. Dia ingat kita ni ‘gay’ macam Roy dan Jeremy ke.” Nick pula bersuara.

Qasy pandang Nick dan Raider dengan wajah menyampah.

“Eleh, buat-buat tanya. Redza, kau tahu tak ada dua orang budak tu menangis macam nak budak kecil tak dapat gula-gula tau tadi. Menangis je kerja. Abang Arasy cuba tenangkan tapi biasalah. Dia orang kan keras kepala. Menangis je kerja, macam pondan.” Balas Qasy membuka rahsia.
Nick dan Raider memandang Qasy tajam. Aduh budak ni! Tak reti simpan rahsia langsung!

“Kau boleh diam tak?!” Nick mula membentak.

“Kau malu ke?” Qasy masih mengusik.

“Patutnya kita kurung je dia dekat Boot camp tu biar padam muka.” Raider pula membalas.

“Pandang muka aku..”

Nick dan Raider mula memandang wajah remaja lelaki itu dengan pandangan jengkel.

“Ada aku kesah.” Jawab Qasy selamba membuatkan Nick dan Raider sama-sama membentak.

“Menyampah gila aku! Patutnya tak payah bagi dia ikut!” Nick mengetap bibir.

“Itulah tu. Menyesal aku bagi dia duduk sebelah! Menyusahkan!” Raider mula memicit dahi.




Arasy mendekati Amanda yang tersenyum nipis di atas katil pesakit itu. Dia duduk di kerusi pelawat lalu tangan isterinya diraih.

Are you okay, baby?” Soal Arasy prihatin. Amanda menganggukkan kepalanya perlahan.

“Saya okay bila awak ada dengan saya Arasy…” Amanda menjawab dengan senyuman.

“Saya minta maaf. Saya lambat selamatkan awak.” Bibir Amanda yang luka itu disentuh lembut. Mungkin luka itu kecil sahaja tetapi hatinya terluka melihatnya, bagaikan dirobek-robek.

“Awak dah buat yang terbaik untuk saya Arasy. Awak datang selamatkan saya dengan cepat. Terima kasih.” Amanda menyentuh pipi suaminya lalu diusap lembut. Arasy hanya dia. Tangannya menyentuh tangan isterinya yang berada di pipinya.

“Alhamdullilah, semuanya dah berakhir. Faizal dah meninggal di tempat tu. Zander dah ditangkap, Death Ground pun dah hancur. Kita akan bahagia sayang. Awak dah tak perlu risau akan keselamatan saya lagi. Kita akan hidup bahagia sayang…” Balas Amanda penuh cinta.

Arasy mengganggukkan kepalanya perlahan. Tangan Amanda dibawa ke mulut lalu dicium lembut.

“Betul, kita dah tak perlu risau. Kita akan hidup bahagia. Terima kasih kerana setia dengan saya Amanda. Terima kasih sebab tak pernah tinggalkan saya dan terima kasih sebab sanggup berkorban segalanya demi saya.” Balas Arasy penuh syahdu. Amanda memandang suaminya dengan pandangan penuh cinta.

“Terima kasih Arasy. Awak cintakan saya dan tak pernah sedikit pun tinggalkan atau lupakan saya. Terima kasih sayang…” Balas Amanda dengan senyuman. Saat ini, hatinya mula lega. Dia dan Arasy tidak perlu hidup dalam ketakutan lagi. Mereka sudah bahagia…

Bersambung...!

•17/04/2023

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember: What you give is what you will get back ✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top