Tuan Arasy | 79

"Move in silence only speak when it's time to say checkmate!"

Amanda menutup matanya serapat mungkin. Telinganya ditekup kuat dengan kedua-dua belah tangan. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Dia tak sanggup! Jangan! Jangan!

Satu letupan kuat mula kedengaran. Hampir terhuyung-hayang mereka yang yang berada di bangunan itu kerana gegaran yang terlampau kuat. Setelah beberapa minit bunyi gegeran yang cukup dasyat kedengaran.

"Apa yang dah jadi ni? Evan!" Suara Faizal mula memetir memarahi anak buahnya itu. Pandangannya dihalakan pada alat kawalan di tangannya. Raisya yang masih bernyawa di lantai itu dipandang geram.

Evan juga turut terkejut. Lelaki itu melangkah ke arah tingkap kaca di ruangan itu untuk meninjau keadaan sebenar. Hanya luluh jantungnya sebaik sahaja melihat bangunan-bangunan di sector B yang sudah runtuh menyembab bumi.

"Boss, sector B... Sector B..." Tanpa sempat Evan menjawab, Faizal bingkas mendekati lelaki itu. Matanya membulat sebaik sahaja melihat bangunan-bangunan yang dia bina tujuh tahun dahulu lenyap dalam sekelip mata.

"Sayang!"

Amanda mula berlari mendekati Arasy. Tubuh Arasy dipeluk seerat mungkin. Team Bravo mula mengelilingi pasangan suami isteri itu sebaik sahaja Amanda masuk ke pelukan suaminya. Keadaan yang berlalu begitu pantas menyebabkan anak-anak buah Faizal tidak sempat menghalang Amanda.

"Saya takut." Amanda merintih di pelukan Arasy.

"Saya tahu sayang... Saya tahu..." Arasy mengeratkan pelukan mereka. Umbun-umbun isterinya dicium berkali-kali.

"Raisya!" Wafiy mula berlari kea rah Raisya. Tetapi langkahnya berhenti sebaik sahaja Evan mengacukan pistol ke arah Raisya yang terbaring di lantai.

"Jangan bergerak! Setapak kau bergerak, aku tembak kepala dia!" Ugut Evan tegas membuatkan Wafiy terkaku di situ.

"Boss?" Evan mula memanggil Faizal. Dia bagaikan sedang menyedarkan Faizal yang masih terkejut dengan kejadian itu. Faizal mula mengepal penumbuk dia mula berpusing menghadap Nick yang kelihatan mengeluh lega di hujung sana.

"Ni rancangan kau kan?" Tajam sahaja matanya memandang Nick saat ini. Amarahnya semakin membara sebaik sahaja melihat Amanda yang sudah berada di pelukan Arasy. Fuck! Kenapa semua rancangannya gagal?
Nick memeluk tubuh dengan senyuman yang sinis.

"Kau ada nampak orang lain ke dekat sini? Hurm... Tak kan?" Sindir Nick dengan senyuman yang sinis. Keningnya dijongket berkali-kali bagaikan sedang menguji kesabaran Faizal.

"Good job Raider." Ucap Nick perlahan. Raider di hujung sana mula bersandar di kerusi dengan nafas yang tidak teratur. Wajahnya mula basah dengan peluh. Dadanya turun naik menahan takut. Mujur sahaja dia berjaya!

Pada mulanya, Arasy hanya merancang untuk menyusup masuk dan menyelamatkan Puan Amanda. Tetapi Nick mula memberi satu idea menarik padanya. Lelaki itu mahukan kehancuran yang terbesar dalam hidup Faizal. Death Ground merupakan aset berharga bagi Faizal. Sudah pastinya tempat itu yang menjadi target utama untuk Nick.

Pakatan rahsia yang dia dan Nick lakukan tanpa pengetahuan Arasy adalah memasang bom magnet di bangunan-bangunan yang berada di sector B. Sewaktu Redza mengesan kedudukan Puan Amanda dan mencari keberadaan Cik Raisya pada hari pertama mereka menjejakkan kaki ke Death Ground, Nick pula bergerak ke sector B untuk memasang bom magnet yang sudah dia reka sebelum mereka berangkat ke Bangkok.

Bom magnet itu adalah sebuah bom yang sudah diolah menjadi sebuah magnet bulat yang sebesar telapak tangan. Magnet-magnet itu dilekatkan pada salur besi atau peralatan besi yang terdapat di sekitar bangunan di sektor B. Mereka hanya meletakkan bom magnet itu pada bangunan di sektor B kerana bangunan-bangunan itu merupakan sarang kegiatan haram Faizal. Sudah pastinya dia dan Nick mahu menghancurkan aset kesayangan Faizal sebagai pembalasan terhadap apa yang lelaki itu lakukan pada Tuan Arasy.

Rancangan awal, Nick mahu mengaktifkan bom itu sebaik sahaja mereka berjaya menangkap Faizal. Tetapi apabila Faizal menunjukkan 'hadiah' pada Arasy iaitu Cik Raisya yang sudah dilengkapi dengan bom digital membuatkan Nick berubah fikiran.

Untuk menghalang Faizal daripada mengaktifkan bom di tubuh Cik Raisya adalah mustahil kerana mereka sendiri tahu bagaimana jahatnya Faizal. Jika Puan Amanda kembali ke tangan Faizal sekali pun, tidak mungkin dia akan melepaskan Cik Raisya dengan selamat. Jadi memandangkan mereka tiada pilihan, Nick memilih itu mengikuti semua permainan Faizal.

Nick sengaja membawa Amanda kembali pada Faizal untuk mengumpan lelaki itu. Dia mahu melengahkan masa supaya Raider dapat merentas masuk ke dalam sistem bom yang terdapat di tubuh Raisya lalu ditukarkan pada sistem bom yang telah Nick pasang. Jika Faizal menekan butang di tangannya, secara automatic dia telah mengaktifkan bom yang berada di bangunan-bangunan di sektor B.

Akhirnya, kehancuran Death Ground bermula dari tangan pemiliknya sendiri!

Faizal mengepal penumbuknya. Dia tidak menerima kehancuran ini! Semua ini mustahil!

"Tembak dia Evan!" Faizal mula menjerit.

"Jangan!" Belum sempat Wafiy menghalang sebuah tembakan kedengaran.

Shuuuuuuuuuuuuuuuu......

Faizal tergaman. Evan yang sudah terbaring di tanah dengan kesan tembakan di kepala membuatkan Faizal terkedu.


"Headshot!" Nick mula bersorak kecil. Roy di hujung sana tersenyum penuh makna. Akhirnya dia boleh mula beraksi.

"Tak guna! Dia ada sniper. Serang!" Faizal mula menjerit. Dia mula memberi arahan supaya anak buahnya menyerang anak buah Arasy. Berlakulah bergaduhan di antara orang suruhannya dengan Team Bravo yang cuba melindungi Tuan Arasy. Keributan yang berlaku membuatkan Faizal mengambil peluang untuk melarikan diri. Tetapi langkah tidak begitu jauh apabila Nick bertindak menyerang lelaki itu.

"Tuan ke tepi..." Jeremy mula menarik Tuan Arasy dan Puan Amanda keluar dari pergaduhan yang berlaku. Beberapa orang Team Bravo bertindak pantas dalam melindungi Jeremy dari diserang oleh anak buah Faizal supaya ketuanya itu berjaya membawa Tuan Arasy dan Puan Amanda keluar dari tempat itu dengan selamat.

Wafiy mula mendekati Raisya. Tubuh lemah itu dipangku. Bom yang berletakkan di tubuh wanita itu dikeluarkan. Tubuh Raisya digoncang lembut, bagaikan mencari harapan bahawa gadis itu masih bernyawa. Team Alpha tidak tinggal diam. Ada sahaja peluang, mereka pantas menekan picu pada Barrette M82 ditangan. Sesiapa yang mendekati Wafiy akan ditembak membuatkan beberapa orang anak buah Faizal mati di situ.

Raider mula memberi arahan supaya Kyle datang ke situ. Raisya perlu diberikan rawatan secepat mungkin. Mereka sendiri tidak tahu bagaimana keadaan Raisya sekarang, Terukkah gadis itu?

Faizal yang perasan bahawa Nick menghalang pergerakannya mula melayangkan penumbuknya pada Nick tetapi seperti biasa Nick lincah mengelak serangan yang bertubi-tubi dari Faizal. Tanpa berlengah dia turut menghayungkan penumbuk, tetapi Faizal juga tidak kalah hebatnya. Lelaki itu juga cekap menangkis semua serangannya.

Tanpa berlengah, Nick menghayungkan penumbuk di wajah Faizal membuatkan lelaki itu kebelakang sedikit. Dia mula meludah. Kelihatan kesan darah pada air liurnya yang sudah berada di lantai. Mulutnya yang berdarah dikesat kasar. Dia tak gentar.

"Nick?" Roy mula menyoal di hujung sana.

"Jangan. Dia aku punya." Balas Nick keras. Dia tahu Roy mempunyai peluang untuk menghapuskan Faizal di saat itu juga tapi dia perlukan permainan. Di antara mereka siapa yang lebih kuat?

"Gila." Raider menjawab bagi pihak Roy. Peluang sudah di depan mata. Kenapa mahu menggunakan tenaga? Bodoh betul! Dia mula mengutuk Nick dalam diam.

"Kita tengok siapa lagi hebat." Faizal bersuara sebelum mengeluarkan pisau yang terselit di pinggangnya. Nick menjongket kening. Tanpa banyak soal, lelaki itu mengeluarkan pisau miliknya yang turut disimpan di tempat yang sama seperti Faizal.

Faizal mula melibas pisau tajam itu ke arah Nick. Pisau yang dilibas separah tengkuk itu dielak sepantas mungkin. Faizal berdecit geram apabila tiada satu pun libasannya menguris tubuh Nick. Lelaki itu seperti biasa, cepat mengelak.

Dengan amarah yang semakin menebal. Faizal mengangkat pisau itu ke udara lalu ditekan pada dada Nick. Nick yang sudah dapat menembak pergerakan Faizal pantas menghayunkan pisaunya tepat di sasaran Faizal. Kini pisau mereka mula beradu. Mereka mula menahan mata pisau itu dari menyentuh kulit. Tanpa berlengah, Nick menyepak perut Faizal membuatkan lelaki itu ke belakang sedikit dengan tubuh yang bongkok.

Tanpa melengahkan peluang yang ada, Nick terus memusingkan tubuhnya lalu tangan Faizal yang memegang pisau disepak membuatkan pisau itu terpelanting jauh dari situ. Faizal terkedu. Perutnya yang terasa senak dipegang, Nick dipandang tajam.

"Eh, pisau dah tak ada?" Soal Nick mengejek. Faizal mengetap bibirnya kuat. Nick ketawa kecil. Marah ke bang?

"Memandangkan kau dah tak ada pisau, aku pun tak nak guna pisau." Nick mula membaling pisau di tangannya ke suatu arah. Pisau itu terbang lalu mendapat tepat pada sofa yang berada di ruangan itu.

"Adil kan?"

Nick menjongket kening dengan senyuman yang sinis. Raider di hujung sana menggelengkan kepalanya perlahan.

"Bodoh gila kau!" Kutuk Raider selamba.

"Diam lah kau!" Bidas Nick pula.

Nick mula mengepal penumbuk. Faizal kembali menyerang Nick bagaikan orang gila. Penumbuk kiri dan kanannya ligat dilayangkan pada Nick. Lelaki itu sempat mengelak. Apabila dia tidak sempat mengelak serangan Faizal yang seterusnya, dia mula bertahan.

Pukulan Faizal yang menghila di tubuhnya bagaikan seperti digigit semut. Apabila terasa pukulan lelaki itu kembali melemah, dia mula memangkas kaki Faizal membuatkan lelaki itu jatuh tergolek. Dia duduk di perut Faizal lalu melayangkan tumbukan bertubi-tubi pada wajah lelaki itu tetapi Faizal lebih pantas menahan menggunakan lengannya.

Bunyi siren polis menyedarkan Nick dari kegilaannya. Lelaki itu pantas menarik keluar pisau Gerber Mark II yang terselit di kasutnya lalu tanpa berlengah dia melayangkan beberapa torehan pada tubuh Faizal. Di lengan, bahu dan dada Faizal membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan.

Nick bingkas berdiri lalu menjauhi Faizal sebaik sahaja pihak polis Thailand mengepung kawasan itu.
'Puas hati aku!' Bentak Nick dihati. Akhirnya dia berjaya membalas kembali perbuatan anak buah Faizal pada Redza. Kini pada ketuanya itu dia lunasi dendam yang membara. Ketakutannya ketika melihat Redza dipenuhi darah akhirnya terbalas.

"Kau kena mati!" Berbekalkan tenaga yang tersisa, Faizal mengacukan pistol yang tersorok di badannya pada Nick. Picu pistol itu ditarik lalu....

.

.

.

.

.

Bang!

.

.

.

.

.

Nick tersenyum sinis apabila melihat tubuh Faizal kaku di lantai itu. Kepalanya didongakkan memandang ke arah sebuah tingkap yang pecah akibat tembakan. Walaupun dia tidak melihat sesiapa di situ, dia pasti Roy dapat melihatnya dengan jelas. Thumbs up diangkat ke udara dengan senyuman.

"Good jobs buddy! Headshot!"

Bersambung...!

26/03/2023

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember: What you give is what you will get back ✨

(Vote melebihi 60 saya double update! Vote Banyak ii tau guys! Tuan Arasy dah nak tamat! Lepastu kita semua boleh enjoy!)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top