Tuan Arasy | 78

"Sometimes to win, you have to change the game."



“Bom?”

Suara Nick mula memetir. Nafasnya mula turun naik saat ini. Amanda di sebelah kembali menangis. Apakah yang berlaku? Apa yang berlaku? Hatinya merintih lagi.

“Apa yang kau dah buat pada dia?” Gagap Arasy menyoal. Dia tergaman apabila melihat keadaan Raisya yang tidak terdaya saat ini. Faizal berpura-pura berfikir.

“Hurm… Apa aku buat ye? Aku tak buat apa-apa pun. Aku cuma suntik dia dengan…” Kata-kata Faizal terhenti. Senyuman di bibirnya kian sinis apabila melihat perubahan pada riak wajah Arasy.

“Suntik apa?” Arasy menyoal lagi.

Drug kut… Sikit…” Jawab Faizal lalu ketawa besar.

Dadah yang dimasukkan ke dalam tubuh Raisya adalah sejenis dadah yang diberi nama Crystal Methamphetamine. Pengunanya akan berasa panas, cemas, keliru dan paranoid.

“Binatang!” Arasy mula mencarut.
Faizal ketawa kecil. Renungan tajam Arasy dibalas dengan renungan yang tidak kalah tajam.

“Bawa Amanda datang sini kalau tak, aku tekan bom tu. Biar perempuan ni berkecai.”

“Jangan! Jangan!” Wafiy mula meraung. Arasy tergaman. Arahan Faizal mustahil untuk dia lakukan. Nyawa Amanda atau Raisya yang patut dia utamakan?

“Arasy! Jangan diam! Buat lah sesuatu! Arasy!” Wafiy mula berdiri lalu tubuh Arasy yang kaku itu digoncang kuat. Arasy diam tanpa kata. Dia tak sanggup untuk buat keputusan.

Bukan sahaja Arasy, Roy, Jeremy, Raider, dan Nick yang mendengar turut sama terkedu. Pilihan yang diberikan bagaikan membuatkan mereka terjun ke mulut buaya. Mereka tiada pilihan. Kedua-duanya merugikan.

“Arasy! Kau tengok lah Raisya tu! Jangan diam lah!” Tubuh Arasy digongcang lagi. Wafiy semakin serabut. Melihat tubuh wanita kesayangannya yang sudah lemah tidak berdaya membuatkan dia terseksa. Dia mula serabut.

“Nick, apa kita nak buat?” Raider menyoal kalut. Dia tahu Arasy tiada pilihan. Perkara ini tiada di dalam rancangan mereka. Semuanya di luar kawalan mereka.

Nick diam tanpa suara. Otaknya mula berfikir keras. Dia perlu bertindak segera. Arasy tak mampu membuat keputusan. Salah satu dari mereka perlu bertindak.

“Kenapa Nick? Apa yang dah jadi?”

Amanda memandang Nick dengan wajah risau. Nick memandang Amanda lama. Akalnya mula terdetik satu rancangan gila. Dia masih berfikir. Patut atau tidak? Berjaya atau tidak? Selamat atau tidak? Dia masih berfikir. Terus berfikir.

“Raider…” Nick menyeru Raider tiba-tiba.

“Ye.” Sahut Raider di hujung sana.

“Kau boleh check Bom tu tak? Bom jenis apa?” Tanya Nick lagi. Matanya masih tertumpu pada Amanda.

“Kejap, aku check.” Raider mula menekan papan kekunci di komputer riba miliknya. Dia cuba mengenal pasti jenis bom yang berada di tubuh Raisya saat ini.

“Bom digital. Kesan bom tu tak terlalu besar. Tapi kalau timer tu tamat, tubuh Cik Raisya akan berkecai.” Balas Raider tanpa ragu. Nick menganggukkan kepalanya perlahan. Dia masih memandang Amanda membuatkan wanita itu semakin keliru.

“Aku nak bawa Puan Amanda masuk dalam.” Kata-kata Nick berjaya membuatkan Amanda terkejut. Rakan-rakan sepasukannya yang lain turut tergaman.

“Kau dah gila ke Nick!” Roy mula membentak. Dia tahu Nick sentiasa mempunyai rancangan. Dia juga tahu semua rancangan Nick berbahaya. Tapi kali ini sudah melampau! Rancangan itu terlalu gila! Terlalu bahaya!

“Kita tak ada pilihan.” Balas Nick lagi. Dia masih memandang Amanda yang berwajah keliru itu.

Roy mula mengeluh kasar. Jeremy di hujung sana turut keliru. Rancangan Nick terlalu bahaya. Bagaimana jika rancangan Nick tidak berjaya? Bagaimana mereka hendak berdepan dengan Tuan Arasy?

“Nick…” Raider memanggil tiba-tiba membuatkan Nick menyahut pendek.

“Hurm.”

“Aku tahu apa yang kau rancang. Aku tak yakin, tapi tu je pilihan yang kita ada.” Kata-kata Raider saat ini membuatkan Roy semakin mengamuk. Raider bagaikan berada di pihak Nick saat ini.

“Kau gila ke Raider!”

Nick tersenyum sinis. Dia tahu Raider boleh diharap.

“Puan Amanda…”

“Ye?”

“Faizal pasang bom pada Cik Raisya.”
Amanda menekup mulutnya tidak percaya. Air matanya kembali mengalir. Dia menggelengkan kepalanya dengan tangisan.

“Nick… Awak kena selamatkan Raisya. Saya nak masuk…” Amanda mula meronta-ronta tetapi rontaan ditahan oleh Nick.

“Saya ada plan” Nick memegang kedua-dua belah bahu Amanda supaya wanita itu bertenang. Amanda mula diam. Anak mata Nick dipandang lama.

“Kita akan masuk. Tapi…”

“Tapi apa?” Amanda menyoal lagi.

“Puan Amanda kena janji yang… Puan Amanda kena ikut cakap saya. HANYA SAYA. Jangan buat keputusan melulu. Kalau Puan Amanda setuju, kita akan masuk. Macam mana?” Nick mula membuat perjanjian.

“Saya setuju. Jom masuk…” Amanda merintih lagi setelah dia bersetuju.
Nick memejamkan matanya lalu menarik nafas lama lalu dihembus perlahan-lahan. Matanya kembali dibuka. Kini anak matanya mula bertukar tajam. Cukup tajam tidak seperti sebelum ini.

“Raider, kau dah ready?”

Raider mula duduk dengan selesa. Cermin matanya dinaikkan sedikit ke atas. Kerusinya dilaraskan supaya kedudukannya selari dengan komputer riba di atas meja itu. Jari-jarinya dipatah-patahkan seketika.

“Aku ready.”

“Jom masuk!” Nick mula menarik tangan Amanda masuk kembali ke dalam bangunan itu.

“Gila!” Roy mula mencarut geram.


Faizal ketawa kecil apabila melihat wajah keruh Arasy. Wafiy di sebelah sudah mati akal. Dia suka melihat keadaan itu. Dia terasa gembira melihat kesengsaraan Arasy. Baginya semua itu suatu kepuasan.

“Macam mana? Panggil bini kau datang sini atau aku tekan benda ni.” Faizal mula memberi pilihan. Sebuah alat kawalan pada bom itu diangkat tinggi. Bagaikan mengingatkan tentang masa. Jika terlambat, semuanya musnah.

“Arasy….” Wafiy memukul bahu sepupunya yang diam tanpa kata itu. Dia sudah putus harapan. Raisya yang terluka di hadapannya membuatkan dia hilang arah. Jika boleh, mahu sahaja dia menumbuk Faizal saat ini. Tetapi membayangkan nyawa Raisya di genggaman Faizal membuatkan dia berfikir logik.

Anak buah Arasy ramai. Dia pasti mereka tidak akan berdiam diri jika Amanda dibawa ke sini. Pasti mereka melindungi Amanda. Tapi lihatlah Raisya. Nyawanya di hujung tanduk.

“Aku…” Berat Arasy mahu membuat keputusan satu suara menghentikan kata-katanya.

“Saya dekat sini, Faizal.” Amanda berjalan masuk ke kawasan itu melalui pintu kecil di sudut kiri bersama Nick di sisi. Arasy menggelengkan kepalanya pantas. Matanya membulat tajam memandang Nick saat ini.

“Apa yang kau buat ni Nick!” Suara Arasy memetir.

Arasy tahu Nick selalu bergerak mengikut kata hati dan tidak mendengar arahannya. Tapi tidak sepatutnya sekarang. Perhubungan mereka sudah terputus sewaktu dia tiba di Airport. Segala amanah dan tanggungjawab diserahkan kepada lelaki itu. Dia percayakan Nick. Tetapi tidak begini!

Nick membawa Amanda kembali ke sarang singa. Perkara itu diluar jangkaannya. Dia ingatkan lelaki itu akan melakukan sesuatu tanpa melibatkan Amanda. Mengapa Nick suka mengambil langkah bahaya sebegini?

Amanda hanya memandang Arasy dengan ekor mata. Dia langsung tidak berani memandang lelaki itu. Nick sudah memesan kepadanya jangan memandang Arasy. Dia perlu mengikut semua kata-kata Nick supaya rancangan Nick berjaya.

Nick pandang Arasy sekilas. Dia tahu lelaki itu marahkan dirinya. Tetapi dia tidak jalan penyelesaian. Hanya ini jalan yang mampu difikirkan. Dia tak mampu memikirkan jalan penyelesaian yang lebih baik dari ini. Dia cuma berharap agar Arasy mempercayakan dirinya, seperti biasa.

Nick yang berada di belakang Amanda mengalihkan pandangannya pada Faizal. Lelaki itu bagaikan sedang berpuas hati apabila rancangannya untuk memaksa Amanda kembali, berjaya. Raisya yang terduduk lemah dipandang kasihan. Rambutnya yang dijambak Evan membuatkan Raisya kekal memandang ke hadapan. Jika tidak, pasti wanita itu sudah terbaring di situ.

“Tak sangka kau ikut arahan aku Nick. Berani kau bawa dia datang sini jumpa aku. Kenapa? Kau dah buntu? Kau dah tak ada pilihan?” Tanya Faizal jengkel. Nick perisik yang hebat. Pelik jika Nick tunduk pada perintahnya. Dia pasti lelaki itu sudah buntu. Lihat sahaja Arasy yang terdiam tanpa suara itu. Pasti lelaki itu sudah merasakan detik-detik kehancurannya.

Nick diam tanpa suara. Matanya masih tajam membalas renungan Faizal. Sikit pun dia tidak takut berhadapan dengan lelaki itu. Dia tidak gentar. Malah dia tidak pernah mengalah!

“Yakinnya kau.” Tanpa gentar Nick membalas. Kedua-dua belah tangannya dibawa ke belakang badan. Jam di tangan kirinya disentuh. Jarinya mula mencari-cari sesuatu di permukaan jam itu. Setelah mendapat apa yang dicari, dia mula menekan butang yang terdapat di situ.

“Cuba lengahkan dia Nick!”

Raider di hujung talian mula memberi arahan. Jarinya sibuk bergerak pantas, sepantas yang boleh di atas papan kekunci itu. Otaknya ligat berfikir untuk memecahkan pertahanan Faizal. Dia cuba untuk mengawal kembali keadaan. Kesilapannya perlu dibetulkan. Dia mampu! Dia cuma perlukan sedikit masa.

Faizal ketawa kecil.

“Yakinlah. Sebab kau tu licik. Tapi bila nampak kau dah pasrah macam ni, aku tahu. Kau!” Faizal menunding jari telunjuknya tepat ke arah Nick yang berada tidak jauh darinya.

“Tak adalah hebat mana.” Balas Faizal sebelum lelaki itu ketawa kecil. Nick sekadar menayangkan wajah selamba. Pedulikan sahaja lelaki gila itu. Orang gila jangan dilayan takut kita pula yang gila nanti!

“Amanda…” Arasy mula memanggil.

Kali ini Amanda terpaksa. Dia terpaksa mengukir janji dengan Nick. Wajah suaminya yang sudah tidak terurus itu dipandang lama. Dia takut jika nyawanya sudah tidak lama. Dia mahu menatap wajah suaminya selama mungkin.

“Kenapa?” Arasy menyoal sayu. Dia tahu pasti Amanda memaksa Nick untuk ke sini. Dia kenal wanitanya. Dia tahu Amanda bagaimana.

“Sebab saya sayangkan awak. Saya tak sanggup jauh dari awak.” Amanda menangis lagi.

“Tapi awak bahayakan diri awak, Amanda!” Suara Arasy mula naik seoktaf.

“Kita dah janji nak bersama. Saya tak akan tinggalkan awak Arasy. Kita dah janji akan hadapi semua masalah bersama-sama.” Balas Amanda sayu. Andai kali ini kali terakhir dia memandang Arasy, dia rela. Dia sudah cukup gembira apabila berjaya menatap wajah Arasy saat ini.

Faizal mula mengeluh kasar. Pasangan suami isteri itu dipandang dengan tatapan membunuh.

“Tak payah nak buat jejak kasih dekat sini! Ingat, nyawa Raisya ada di tangan aku. Sekali aku tekan butang ni, Bom! Tubuh Raisya akan berkecai! Hahahhaah.” Faizal kembali ketawa dengan kuat. Amanda dan Arasy terdiam. Mereka mula menyedari keadaan itu. Nyawa Raisya masih di tangan Faizal.

“Raider…” Nick mula berbisik perlahan. Suara kembali tegas. Dia mahu mengingatkan Raider akan rancangan mereka supaya jangan gagal. Tersilap langkah, ke liang lahat mereka semua.

“Kejap… Sikit lagi. Korang bersedia je…” Raider di hujung sana menjawab.


Roy mula kembali fokus dengan senapang di tangannya. Barrett M82 dilaraskan pada target yang ada. Dia cuba untuk bersedia jika berlalu sesuatu di luar kawalan mereka.

Jeremy juga turut bersedia. Kedua-dua belah tangannya menggenggam pisau Jagdicommando dengan kemas. Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Dia perlu memastikan keselamatan Tuan Arasy turut terkawal saat ini.

Team Alpha dan Team Bravo turut bersedia di posisi masing-masing. Mereka perlu bertindak pantas dalam mengawal keadaan. Mereka perlu bersedia dengan sebaik mungkin. Kyle dan ahli kumpulannya turut bersedia di sector A. Mereka perlu memastikan rancangan utama mereka bergerak seperti yang dirancang walaupun terdapat sedikit masalah.

“Jangan Faizal. Amanda dah datang. Lepaskan Raisya!” Pinta Wafiy menuntut janji. Faizal ketawa besar. Wajah berharap Wafiy dipandang jengkel.

“Kau ingat aku bodoh? Ini yang aku nak! Aku nak korang semua terseksa. Aku nak korang semua tengok tubuh perempuan tu berkecai! Evan!” Faizal mula memberi arahan. Evan melepaskan rambut Raisya membuatkan tubuh Raisya jatuh ke tanah. Lelaki itu mula menjauhi Raisya beberapa meter.

Amanda menggelengkan kepalanya pantas. Air matanya mengalir laju. Dia tak sanggup. Jangan!
Faizal tersenyum sinis. Kali ini senyumannya makin sinis.

“Kita tengok macam mana keadaan korang selepas aku tekan butang ni. Korang masih mampu berdiri macam ni atau tak..” Balas Faizal sinis. Wafiy menggelengkan kepalanya pantas. Jangan!

“Raider!” Nick berbisik keras. Jantungnya berdebar kencang. Adakah percaturannya salah kali ini? Jangan! Jangan salah!

“Satu….”

Amanda menggelengkan kepalanya dengan tangisan.

“Jangan Faizal… Jangan…. Saya merayu…” Amanda mula jatuh terduduk di situ. Kedua-dua belah tangannya dirapatkan lalu digosok perlahan. Dia mula memohon.

“Dua…”

Wafiy menggelengkan kepalanya pantas.

“Jangan, Faizal! Jangan!” Wafiy turut memohon.

‘Raider….’ Nick menyeru nama sahabatnya panjang di hati. Jantungnya semakin berdebar kencang. Dia tak sanggup!

“Tiga.!”

Boom!

“Arghhhhhhhhhhhhh.”

Bersambung...!

•25/03/2023

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember: What you give is what you will get back ✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top