Tuan Arasy | 77
"You can't win a game if you don't score any points."
Dia suatu sudut, Nick mula melepaskan ikatan di tubuh Puan Amanda. Wajah itu kembali basah dengan air mata sebaik sahaja dia melihat Nick dan beberapa anak buah Arasy yang lain. Dia tahu mereka akan datang menyelamatkannya tepat pada waktunya.
“Kita kena keluar dari sini. Jom.” Ajak Nick sebelum lengan Puan Amanda dipapah keluar.
“Arasy mana?” Soalan itu soalan pertama yang keluar dari mulutnya saat ini.
“Tuan okay, Roy akan jaga Tuan. Puan Amanda kena ikut saya. Kita kena keluar dari tempat ni.” Balas Nick lagi. Dia mencuba membawa Amanda keluar dari tempat itu. Ahli mereka tidak seramai anak buah Faizal tetapi mereka perlu bertindak bijak.
“Raisya macam mana. Dah jumpa dia.”
Soalan Amanda kali ini berjaya membuatkan Nick terdiam tanpa sepatah kata. Amanda berhenti melangkah.
“Nick?” Amanda menyoal lagi dengan anak mata yang bergenang.
“Kami masih tak jumpa Cik Raisya. Kami akan cari dia. Puan jangan risau. Yang penting, kita keluar dulu.” Nick memujuk lagi. Amanda menggelengkan kepalanya dengan lindangan air mata.
“Tolong carikan Raisya. Please, Nick. Sebab saya dia kena culik. Tolong saya Nick.” Amanda merintih lagi.
Nick pula yang serba salah. Dia memandang Jeremy dan Bravo Team yang berada di situ.
“Korang geledah Gedung tingkat 2 dan 3. Aku dengan Redza tak sempat nak geledah tempat tu. Kau tolong carikan Cik Raisya.” Nick mula memberi arahan. Jeremy menganggukkan kepala pantas.
“Sorry, aku tak boleh jaga kau.” Nick mengucapkan maaf membuatkan Jeremy tergelak sedikit.
“Jangan risau. Aku boleh jaga diri aku. Kau jaga diri kau Nick. Jaga Puan Amanda elok-elok. Kita jumpa dekat sana.” Balas Jeremy yang sudah bersedia dengan senjata tajam di tangan. Mereka perlu menyusup masuk dengan senyap.
Nick menganggukkan kepalanya perlahan. Mereka mula berpisah. Redza dan Nick mula memapah Amanda keluar dari situ. Belum sempat mereka keluar dari tingkat itu, beberapa orang lelaki bertubuh sasa mula menghalang pergerakan mereka.
‘Shit, ramai lah pula!’ Nick mengumpat di hati. Sewaktu dia bersama Bravo Team dia tidak bertembung dengan seorang pun anak buah Faizal. Tapi sewaktu mereka berpisah, ramai lah pula yang datang!
“Macam mana?” Redza di hujung sana menyoal risau. Kini mereka sedang berada di kiri dan kanan Amanda. Amanda di tengah-tengah mula merinding. Adakah dia akan selamat? Adakah pasti Nick dan lelaki bernama Redza itu tidak akan cedera.
“Puan tunggu sini.” Nick mula menarik lengan Amanda ke suatu sudut yang sedikit tersorok. Biarkan wanita itu berada di situ sementara mereka menghabiskan anak-anak buah Faizal yang boleh tahan ramai itu.
“Kau yakin?” Redza di sebelah menyoal. Dia kurang pasti soal ini. Walaupun mereka seorang penyerang hendap sebelum menjadi pengintip, tapi sudah lama mereka tidak menggunakan keahlian yang satu itu. Semakin boleh mengelak daripada bertempur, selagi itu mereka mengelak.
“Nick, kau ingat kau hebat sangat ke? Aku boleh panggilkan Bravo Team untuk back up kau.” Raider di hujung sana mula gelabah.
“Ala, aku boleh.” Nick pandang Redza di sebelah.
“Kau takut ke?” Keningnya dijongket nakal, memaksa dalam diam.
“Anak jantan ni bro! Tak lari sebelum berperang.” Balas Redza yakin. Penumbuk mula digenggam sebelum mereka mula menyerang.
Redza mula mengelak tumbukan yang dilayangkan oleh salah seorang pengikut Faizal. Tanpa berlengah dia mula melayangkan tumbukan balas. Nick juga bergitu. Tubuhnya lincah mengelak pelbagai tumbukan yang datang padanya. Walaupun hampir empat orang yang menyerangnya, semua tumbukan itu dapat dielak dengan baik. Malah dua daripada lelaki yang menyerangnya terduduk di tanah akibat tendangannya yang kuat di bahagian perut.
Entah di mana silap Redza, seorang lelaki menghampiri Redza dengan pisau yang cukup tajam di tangan. Redza yang baru sahaja berpusing terbeliak. Tangannya perlahan-lahan naik menyentuh pisau yang sudah selamat mendapat di perutnya. Darah mula bercucuran turun membasahi bajunya di bahagian perut. Dia mula terduduk di situ dengan wajah yang berkerut menahan sakit.
Amanda menekup mulutnya tidak percaya. Lelaki yang menyelamatkannya tadi kini sudah rebah di tanah dengan wajah yang menahan sakit. Darah pekat yang membasahi baju Redza membuatkan Amanda semakin pusing. Hampir pitam dirinya apabila melihat darah pekat yang mengalir laju itu.
“Redza!” Jeritan Raider di earpiece itu menyedarkan Nick dari sibuk bertarung. Lelaki itu mula mencari keberadaan Redza setelah anak buah Faizal yang terakhir sudah rebah di tanah.
“Binatang.” Bulat mata Nick apabila melihat Redza yang meringkuk menahan kesakitan di suatu penjuru. Tanpa berlengah Nick mula melompat lalu menendang kepala lelaki yang menikam Redza tadi dengan kuat. Lelaki itu jatuh terlentang di tanah sebelum pengsan.
“Kau okay tak ni?” Nick pandang Redza dengan wajah risau. Matanya hampir bergenang apabila melihat darah pekat yang sudah membasahi seluruh baju di bahagian perut Redza.
Redza yang berkerut menaham sakit mengukir senyuman nipis. Tangannya masih menekup luka di perutnya setelah pisau tajam itu dicabut lalu dicampak ke sebarang arah. Mengharap agar kesakitannya berkurang walaupun dia tahu semua itu mustahil.
“Aku okay.”
“Kau tipu.” Nick terlebih dahulu menjawab. Dia kini turut menekup luka di bahagian perut Redza. Berharap agar dia dapat menghentikan darah yang mengalir supaya Redza tidak kehilangan banyak darah.
“Pergi… Selamatkan Puan Amanda.” Redza mula menghalau dengan wajah kesakitan.
“Kau gila ke? Aku tak akan tinggalkan kau, Redza! Datang berdua, balik berdua lah gila!” Kali ini Nick pula meraung. Wajahnya cukup panik. Dia sudah hilang arah.
Redza menggelengkan kepalanya perlahan. Wajah takut Nick dipandang lama.
“Aku okay. Kyle akan datang sini selamatkan aku. Apa yang penting kau kena selamatkan Puan Amanda.” Jawab Redza lambat-lambat.
Kesakitan di perutnya semakin kuat dia rasakan. Dia tahu Kyle sudah dalam perjalanan menghampirinya. Pasti wanita itu merisaukan keselamatannya setelah mendengar jeritan Raider sebentar tadi.
“Kau ingat aku sanggup ke sial!” Kali ini air mata Nick mula mengalir tanpa sempat ditahan. Melihat sahabatnya di dalam keadaan setengah mati seperti ini berjaya membuatkan hati batunya menangis pilu.
“Aku okay. Pergi.” Pujuk Redza dengan suara yang semakin lemah. Dia sudah tidak berdaya saat ini. Tetapi sebagai seorang perisik, tugas menyelamatkan tebusan adalah perkara utama. Keselamatan diri adalah yang kedua.
Nick menggelengkan kepalanya kasar. Dia mula berserabut. Dia mula tersekat di antara dua pilihan. Selamatkan Puan Amanda seperti yang dijanjikan atau selamatkan Redza, kawan yang sudah selama ini sehidup semati dengannya.
“Aku tak boleh.” Nick menangis lagi.
“Ingat tujuan kita Nick. Loyalty before love! Kau kena pergi. Tinggalkan aku, selamatkan Puan Amanda.” Pinta Redza yang mula melemah. Lelaki itu mula tercungap-cungap membuatkan Nick meraup wajahnya kasar. Tidak dihiraukan wajahnya yang mula merah kerana darah Redza, dia sedang berserabut.
Amanda di hujung sana turut menangis. Kerana dirinya, semua orang merana. Raider yang mendengar semua pergaduhan kecil itu turut meraup wajahnya kasar. Dia turut terseksa. Dibiarkan saja Qasy melihat dia yang menangis. Dia langsung tidak peduli.
“Raider…” Redza mula memanggil nama sahabatnya itu.
Raider tidak menyahut, hanya esakan kecil sahaja yang kedengaran.
“Raider…” Panggil Redza lagi. Kali ini suaranya semakin perlahan membuatkan Raider tiada pilihan selain menyahut.
“Hurm… Isk… Isk…”
“Ingat tujuan kita? Ingat kenapa kita ada dekat sini? Ingat Raider.” Pesan Redza yang masih cuba untuk bertahan. Matanya sudah mula terasa berat tetapi dia perlu kuat di hadapan Nick dan Raider.
Raider menggelengkan kepala dalam diam.
“Redza, aku tak sanggup…Isk…Isk…” Raider kembali teresak-esak. Nick turut begitu. Dia tak sanggup meninggalkan Redza di situ sendirian.
“Go, Nick. Aku selamatkan Redza.” Kyle berlari menghampiri Nick dan Redza dengan Ranz di sebelahnya. Kali ini dia pula yang menggantikan tempat Nick di sisi Redza.
“Go Nick. Kyle ada dengan aku.” Rayu Redza berharap. Nick pandang Redza lama sebelum lelaki itu bingkas berdiri.
“Aku tak izinkan kau mati lagi! Jangan biarkan dia mati Kyle.” Ujar Nick memberi amaran. Kyle mengangguk laju.
“Aku akan pastikan dia selamat.” Balas Kyle yakin.
Nick mula berpaling ke arah Amanda yang masih lagi menangis di hujung sana. Tubuh genit itu dihampiri lalu lengan Amanda dipegang lembut.
“Kita kena pergi Puan Amanda.” Ujar Nick tegas. Tanpa membalas, tubuh itu ditarik Nick meninggalkan tempat itu. Dia perlu memastikan Amanda berada di tempat yang selamat sebelum dia kembali pada Redza.
“Nice game Tuan Arasy…”
Faizal menepuk tangannya dengan kuat apabila melihat beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam melangkah masuk ke ruangan itu. Dia pasti orang-orang itu adalah anak buah Arasy.
Roy yang sedari tadi memerhati kedudukan Arasy dari atas bangunan yang berbeza mula terkejut apabila melihat kelibat Team Bravo yang merempuh masuk ke ruangan itu. Roy menghalakan sniper miliknya ke arah lelaki-lelaki yang berpakaian serba hitam itu untuk memastikan adakah dia tidak tersalah pandang.
“Apa yang kau buat ni Jeremy?” Roy menekan earpiece di telinganya.
Jeremy turut terkejut. Tidak disangka dia kini berada satu ruangan dengan Tuan Arasy.
Mengikut rancangan asal, Team Apha yang merupakan penembak jitu ditugaskan menjaga Tuan Arasy dari jauh manakala Team Bravo ditugaskan menyelamatkan Puan Amanda kerana mereka adalah penyerang hendap. Dia sepatutnya menyelamatkan Puan Amanda dengan senyap supaya semua rancangan mereka berjalan lancar.
Sewaktu berpisah dengan Nick, mereka mula bergerak ke tingkat 2 dan 3 untuk mencari Raisya. Tetapi sebaik sahaja Redza ditikam, dia mula kehilangan panduan dari Raider. Lelaki itu hanya menangis tanpa menghiraukan dia yang hilang arah membuatkan mereka terus bergerak tanpa arah tuju sehingga ke sini.
Raider di hujung sana turut tergaman. Tidak disangka kerana dirinya, semua perkara mula musnah satu persatu. Permukaan meja itu ditumbuk kuat. Haisy!
“Apa yang dah jadi?” Nick yang baru sahaja melangkah keluar dari tempat itu, berhenti. Amanda di sebelah turut tertanya-tanya. Mengapa raup wajah Nick tegang?
“Team Bravo kantoi. Dia orang masuk Main floor.” Raider di hujung talian mula mengeluh berat.
“Bodoh lah kau! Aku dah cakap tadi kan, buat kerja elok-elok!” Nick mula mengamuk.
“Habis kau ingat kau buat kerja elok sangat? Kau ingat aku boleh fokus ke bila tengok Redza kena tikam! Kau pun sama je dengan aku! Kau pun menangis tadi!” Raider mula membela diri.
“Habis kau nak salahkan aku lah ni?” Nick membentak.
“Habis tu, salah aku?” Tanpa bersalah Raider menyoal.
“Sudah!” Roy di hujung sana mula mengeluh kasar. Tak guna mereka bertikam lidah saat ini. Mereka perlu memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk membaiki kesalahan yang telah mereka lakukan saat ini.
Arasy memandang Jeremy dengan wajah keliru. Mengapa Jeremy berada di sini? Apa yang sudah berlaku?
“Aku ada hadiah untuk kau Arasy.”
Suara Faizal memecahkan lamunan Arasy. Lelaki itu kembali memandang Faizal yang tersenyum sinis. Wafiy turut berpaling memandang Faizal. Dia juga ingin tahu apakah ‘hadiah’ yang lelaki itu maksudkan.
“Evan!”
Serentak dengan itu, Evan keluar sambil menyeret Raisya yang sudah lemah mendekati Faizal. Raisya yang sudah tidak terurus dan lemah itu dibiarkan melulut di sebelah Faizal. Keadaan Raisya yang cukup menyayat hati membuatkan Wafiy terluka. Tubuhnya lemah. Wajahnya kebiru-biruan malah di bibirnya pecah.
Wafiy menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tidak percaya! Sebuah bom yang dipasang pada tubuh Raisya berjaya membuatkan semua organ di tubuhnya mati. Dia mula terduduk di situ dengan anak yang bergenang.
Raider yang melihat semua kejadian itu dari kamera litar tertutup di situ tergaman.
“B…bo…bom…?”
Bersambung...!
•24/03/2023
•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨
•Remember: What you give is what you will get back ✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top