Tuan Arasy | 76
"The vision without a strategy remain an illustration."
Arasy melangkah keluar dari lapangan terbang itu dengan wajah tenang. Wafiy di sebelah turut beriak selamba. Mereka cuba untuk tidak menonjolkan ketakutan di dada. Menghadapi musuh akan lebih susah jika berada di dalam keadaan takut. Musuh pasti akan mudah mengesan kelemahan mereka jika mereka ketakutan.
“Jom, ikut aku!” Tanpa berlengah anak buah Evan mula menarik tubuh Arasy dan Wafiy ke arah sebuah van hitam yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
“Kenapa kau buat aku macam ni?” Arasy menyoal sebaik sahaja van hitam itu bergerak di atas jalan raya.
“Aku cuma ikut arahan.” Evan yang duduk di kerusi di sebelah pemandu menjawab tenang.
“Sanggup kau khianati aku Zander?” Keluh Arasy lagi.
“Kau lupa aku kerja dengan siapa? Faizal upah aku untuk dekati kau. Kau ingat aku nak sangat berkawan dengan kau? Jangan mimpi lah Arasy!”
Sinis sahaja suara lelaki itu saat ini. Arasy menggelengkan kepalanya pantas. Dia tidak percaya. Selama bertahun-tahun mereka berkawan, tiada sedikit pun cacat cela pada Zander. Lelaki itu sahabat yang terlalu baik untuknya.
“Tak kan sikit pun kau tak rasa bersalah?”
“Bersalah? Pada kau?” Soal Zander sinis sebelum lelaki itu ketawa mengejek.
“Aku berkawan dengan kau untuk jadi pengintip. Salah kau yang terlampau percayakan aku. Dah lah! Aku nak tidur. Jangan nak memekak!”
Evan mula memejamkan matanya tanpa menghiraukan Arasy yang beriak kesal di kerusi belakang.
Faizal melangkah masuk ke dalam bilik kurungan yang menempatkan Amanda. Wanita itu masih lagi menangis. Entah mengapa, hatinya sakit apabila Amanda menangis untuk lelaki lain, walaupun lelaki itu adalah suami wanita itu sendiri.
“Hari ni Arasy datang. Kau tak payah nangis lagi…” Faizal usap air mata yang mengalir di pipi wanita kesayangannya itu.
Amanda menatap wajah Faizal dengan pandangan tajam. Dia jijik memandang wajah Faizal lama-lama. Dia mual! Dia boleh muntah!
“Jangan sentuh suami aku!”
“Alolo, sayang…” Faizal tersenyum kecil sambil mengusap perlahan rambut Amanda. Wanita itu masih sahaja comel walaupun dengan wajah yang kusut seperti itu.
“Hari ni, suami kau akan mati! Aku akan bunuh dia! Aku akan cincang tubuh dia. Lepas tu aku akan buang daging dia pada Henna. Biar harimau aku makan dia! Hhahahahaha!” Faizal ketawa kuat. Dia mula bahagia. Rancangannya untuk menghancurkan Arasy semakin hampir. Dia semakin mencapai kemenangan!
“Jangan sentuh Arasy! Jangan sentuh dia!” Amanda meronta-ronta dengan tangisan. Faizal mula mengusap air mata Amanda kembali.
“Jangan nangis sayang. Nanti lepas Arasy mati, kita pergi dari sini. Kita lari dari semua ni. Kita mulakan hidup baru. Kita akan bahagia dengan anak-anak kita nanti. Kita bini keluarga kita nanti.” Faizal mula merangka masa depannya bersama Amanda. Amanda menggelengkan kepalanya pantas.
“Tak! Kau dah gila! Kau dah gila! Psycho!” Jerit Amanda penuh emosi.
“Diam!” Bentak Faizal kuat.
“Boss!”
Faizal pusingkan tubuhnya. Wajah Evan dipandang lama.
“Arasy dah sampai.”
Kata-kata Evan berjaya membuatkan senyuman Faizal naik sampai ke telinga. Amanda pula menggelengkan kepalanya tidak percaya. Jantungnya berdebar kencang. Dia sudah tidak sedap hati.
Redza melangkah keluar dari Truck yang dipandu lalu ditarik kuat oleh seorang lelaki yang mengawal di sector B yang menempatkan pusat penyimpanan senjata api. Lelaki itu bagaikan tidak mempercayai Redza. Mungkin pelik mengapa Redza yang menghantar senjata api itu sedangkan Joshua yang diberikan kepercayaan.
Lelaki bertubuh sasa itu mula memeluk tengkuk Redza dengan lengannya lalu mengarahkan beberapa orang anak buahnya memeriksa truck yang dibawa Redza.
Lelaki itu mungkin tidak mempercayakan Redza.
Redza mendongkak sambil berjinjit sedikit. Tengkuknya berasa mahu patah. Pergerakannya bagaikan dikunci. Mungkin lelaki itu tidak mahu dia melarikan diri jika dia bersalah.
Beberapa orang lelaki mula cuba untuk membuka pintu di bahagian belakang truck itu. Bagaikan mahu bersedia, Redza mengeluarkan sebuah pistol dari poketnya sebagai langkah keselamatan.
Pintu truck dibuka sebelum…
“Arghhhhh!”
Lelaki yang tadinya mengunci pergerakan Redza mula rebah. Orang suruhannya yang baru sahaja mahu menarik pintu truck terkejut lalu mengalihkan pandangan ke arah ketuanya. Tanpa berlengah, beberapa orang lelaki serba hitam mula melangkah keluar lalu mematahkan leher tiga orang lelaki itu secara serentak membuatkan lelaki-lelaki itu turut rebah di itu.
“Aduh, tengkuk aku. Nasib tak patah. Tak guna punya gangster.” Redza mengurut tengkuknya yang terasa sakit.
“Hebatkan stun gun aku? Tak sia-sia aku beli menatang tu. Berguna juga akhirnya.” Raider di hujung sana mula memuji diri sendiri. Redza memutarkan bebola matanya ke atas. Menyampahnya.
Nick yang baru keluar dari Truck itu bersama-sama beberapa orang lelaki yang lengkap berpakaian serba hitam, bersenjata dan memakai helmet dipandang.
“Macam mana?” Redza menyoal.
“Jap.” Nick masih beriak selamba. Mulutnya sibuk mengunyah chewing gum yang dirampas dari Qasy sebentar tadi. Mengamuk betul Qasy tadi. Ala, dia minta sikit je pun! Kedekut punya budak.
“Nick.”
Redza pandang Nick tajam. Nick masih beriak selamba sedang mereka perlu cepat menyelamatkan Puan Amanda dan Tuan Arasy. Sibuk nak kunyah chewing gum.
“Nick, serius lah sikit.” Roy yang sudah lengkap bersenjata mula mengeluh geram apabila melihat perangai acuh tak acuh Nick. Nyawa majikan mereka dalam bahaya tetapi Nick masih tenang tanpa membuat apa-apa.
Nick jeling Roy sekilas. Pembalut chewing gum yang disimpan di poket hoodie hitamnya dikeluarkan lalu dia meludah chewing gum di mulutkan pada pembalut itu. Pembalut itu digumpal. Tanpa risau, Nick selamba membuang pembalut itu ke sebarang arah membuatkan Jeremy menggelengkan kepalanya perlahan.
‘Bertuah punya budak!’
“Nick, cepatlah! Tuan Arasy dah masuk sector c!” Raider di hujung sana mula gelabah. Nick mencebik kecil.
“Jangan jerit boleh tak. Berdarah telinga aku ni!” Marah Nick kegeraman. Sudahlah earpiece itu terletak elok di gegendang telinganya, Raider selamba badak sahaja menjerit. Kalau dia pekak, siapa nak bertanggungjawab?
“Okay, kita ikut plan asal. Roy, kau bawa team kau (Alpha Team) bersedia dekat tempat yang Raider cakap semalam. Jeremy, kau dengan team kau (Bravo Team) ikut aku dan Redza. Kita pergi selamatkan Puan Amanda dan Cik Raisya.” Ujar Nick memberi arahan. Roy dan Jeremy menganggukkan kepalanya pantas.
Baru sahaja mereka mahu beredar ke tempat masing-masing, Roy bersuara…
“Jeremy!”
Jeremy dan Bravo Team mula berhenti melangkah. Mereka mula berpusing memandang Roy. Redza dan Nick turut berpusing.
‘Apa lagi ni? Mereka dah lambat.’ Nick membentak di hati.
“Jangan mati.” Pesanan yang dibuat Roy membuatkan Jeremy ketawa kecil.
“Nyawa aku liat.” Balas Jeremy selamba.
“Nick.”
“Apa lagi?!” Keluh Nick kegeraman. Dia baru je nak serius tetapi Roy bagaikan sedang menguji kesabarannya. Sudahlah dia bukan jenis yang penyabar.
“Kau jagakan Jeremy. Kali ni aku tak ada nak cover dia.” Ujar Roy penuh berharap membuatkan Jeremy terharu tetapi bukan Nick.
Kebiasaannya sebagai seorang sniper, dia akan melindungi Jeremy dari jauh. Tetapi kali ini mereka perlu berpisah. Dia perlu menjaga keselamatan Tuan Arasy manakala Jeremy perlu menyelamatkan Puan Amanda dan Cik Raisya. Lelaki itu memandang Roy menyampah.
“Kau ingat aku ni babysitter dia? Pandai-pandai dia lah nak jaga diri sendiri. Dah besar kut.” Balas Nick tanpa perasaan. Redza menggelengkan kepalanya perlahan. Budak ni!
“Jangan risau. Aku boleh jagakan Jeremy.” Redza mula menabur janji.
“Kau ingat aku tak pandai jaga diri aku sendiri?” Tanya Jeremy kegeraman. Dia bagaikan dilayan seperti budak kecil saat ini. Dia tak sanggup. Dia Bravo Leader kut! Malulah kalau kena jaga dengan Nick. Tahulah Nick hebat.
“Aku tahu kau hebat.” Balas Roy dengan senyuman. Nick menjulingkan matanya ke atas. Menyampahnya aku!
“Dah lah, jom gerak. Layan drama kau, mati dulu Tuan Arasy kesayangan kau tu.” Balas Nick tanpa bertapis, berjalan meninggalkan Alpha Team disitu.
“Haisy! Mulut budak ni!” Redza pula naik darah saat ini. Masin mulut tu karang, mereka hanya pegang jasad Tuan Arasy! Aduhai, simpang 44 malaikat!
“Nick…” Raider di hujung talian memanggil. Tanpa menghentikan langkahnya, Nick menjawab.
“Hurm?”
“Kau nak aku cakap hati-hati jugak ke?”
Nick berhenti melangkah secara tiba-tiba. Kamera litar tertutup yang terdapat di situ dipandang tajam. Bagaikan sedang memandang Raider saat ini. Dia tahu Raider sedang memerhatikan dia melalui kamera itu.
“Kau jangan nak menggila. Cukuplah Roy dengan Jeremy je yang gay. Kau tak payah nak join dia orang jugak!” Marah Nick kegeraman. Dia mula naik darah saat ini. Suara Raider ketawa mula kedengaran.
“Hahahahaha… Kau ingat aku sayang kau ke? Sorry sikit. Sikit pun aku tak sayang kau. Jangan mampus sudah. Tak pasal-pasal menyusahkan aku nak angkut mayat kau.” Balas Raider di hujung sana dengan ketawa yang masih tersisa. Nick ukir senyuman sinis.
“Buat kerja guna otak sikit. Jangan nak menyusahkan aku sangat!” Balas Nick dengan senyuman sebelum kembali meneruskan langkahnya. Bebelan Raider di hujung sana dia buat-buat tidak peduli. Meroyan lah tu!
Arasy melangkah masuk ke sebuah gudang yang cukup besar bersama Wafiy. Mereka dibawa masuk oleh Evan dan anak buahnya. Mata Arasy meliau. Dia mula mencari kelibat lelaki yang mahukan kematiannya dan akhirnya. Anak matanya tertumpu pada seorang lelaki yang duduk di kerusi tidak jauh dari tempatnya. Kini kawasan itu mula dikerumuni dengan beberapa orang lelaki yang berbadan besar.
“Welcome to my hell, Tuan Arasy.”
Faizal mengangkat gelas kaca berisi arak lalu diteguk perlahan. Dia bagaikan menyambut Arasy dengan perlakuan itu. Arasy hanya memandang Faizal kosong. Dia sudah muak dengan lelaki itu. Wafiy di sebelah Arasy mula mengerutkan keningnya. Bau di ruangan itu cukup memualkan, apatah lagi melihat botol-botol arak yang bertaburan di merata tempat. Cukup menyeksakan.
“Kenapa tu Pak Ustaz? Tak selesa?” Sindir Faizal selamba sebelum lelaki itu ketawa besar. Wafiy mencebik kecil. Jika tiada orang suruhan Faizal yang mengelilingi mereka, sudah pasti wajah Faizal kini ditumbuknya. Perangai melebihi syaitan!
“Mana isteri aku?” Tanpa banyak soal, Arasy bersuara.
“Isteri kau? Mana? Cuba intai belakang pintu tu. Takut dia menyorok dekat situ.”
“Aku tak main-main lah sial!” Bentak Arasy marah. Faizal ketawa kecil.
“Alaa, bosanlah kau ni…” Balas Faizal selamba. Arasy mengeluh kecil. Kini, dia memandang Faizal dengan pandangan lama.
“Kenapa aku?”
Faizal menjongket kening apabila mendengar pertanyaan Arasy.
“Kenapa apa?”
“Kenapa kau incar aku? Kenapa kau tak ugut daddy aku sedangkan kau berdendam dengan daddy aku?” Tanya Arasy ingin tahu. Faizal berfikir sejenak. Perlakuannya bagaikan sedang berfikir dengan serius sedangkan dia hanya mengejek Arasy sahaja.
“Sebab aku nak daddy kau rasa apa yang aku rasa dulu. Sakitnya bila orang yang dia sayang terseksa.” Balas Faizal kejam.
“Kenapa aku? Kenapa bukan abang aku?” Arasy menyoal lagi. Dia bukan mahu mendoakan kematian abangnya. Tetapi perlakuan Faizal bagaikan dia bersalah. Lelaki itu bagaikan berdendam dengannya.
“Sebab kau tu racer terkenal. Bila kau kena tuduh membunuh, keluarga kau malu. Hidup kau musnah. Kalau aku guna abang kau, aku cuma sia-siakan usaha aku. Dia bukannya terkenal. Lagipun kalau dia jadi pembunuh taka da sesiapa nak tahu. Lain lah kau, Arasy The Top Young Racer. Satu dunia nak tahu cerita kau.” Balas Faizal selamba.
“Kau memang jahanam!”
“Bos, Puan Amanda dah hilang!” Evan tiba-tiba menjerit kuat. Faizal pandang Arasy tajam.
Serentak itu, pintu gudang itu dirempuh kuat. Beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam dan bersenjata pisau mula melangkah masuk ke ke ruangan itu untuk melindungi Arasy. Faizal tersenyum sinis.
“Nice game, Tuan Arasy…”
Bersambung...!
•23/03/2023
•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨
•Remember: What you give is what you will get back ✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top