Tuan Arasy | 72
"Realized that everything is connect to everything else."
Nick dan Raider memandang Redza yang sedang bercakap dengan seorang perempuan muda di muka pintu dengan pandangan penuh minat. Selama dia mengenali Redza, dia tidak pernah melihat Redza berurusan dengan mana-mana perempuan. Siapakah perempuan itu?
Qasy yang sibuk dengan telefon pintanya sesekali mengerling ke arah Redza dan perempuan muda di muka pintu itu. Sedikit pun dia tidak berminat untuk mencampuri urusan mereka berdua. Tetapi dia berada seakan-akan diperhatikan. Perempuan itu bagaikan memerhatikan dirinya. Adakah dia yang terlebih perasan?
Setelah beberapa minit bercakap, perempuan muda itu mula beredar. Redza kembali menutup pintu rumahnya lalu menghampiri Nick dan Raider di meja makan dengan sekeping kad berwarna hitam di tangan. Dia duduk di hadapan Nick lalu kad tersebut dihulurkan kepada lelaki itu.
“Access card kau.”
Nick mencapai kad yang dihulur Redza lalu diperhatikan lama. Seketika kemudian, kad itu beralih pula pada Raider. Kini lelaki itu pula yang melihat kad tersebut.
“Siapa perempuan tu?”
Pertanyaan yang keluar dari mulut Nick membuatkan Redza tersentak. Tidak dijangkakan soalan sebegitu yang keluar dari mulut Nick sekarang.
“Kyle, member aku.”
“Kau tak ada member perempuan.” Raider menyampuk selamba. Kad di tangannya kembali diletakkan ke atas meja.
Redza mengeluh kecil apabila Nick dan Raider memandangnya lama. Sahabatnya itu bagaikan sedang menyoalsiasat dirinya.
“Patner kerja aku. Sejak kau keluar, dia jadi partner aku. Dua bulan selepas kau blah dari ISIC dia masuk kerja.” Balas Redza menerangkan perkara sebenar.
Nick pandang Redza lama.
“Ye ke?”
“Yelah. Tak kan aku nak tipu kau.” Keluh Redza geram apabila Nick tidak mempercayai dirinya.
“Bukan girlfriend kau?” Raider pula menyoal.
“Bukan lah gila! Si Kyle tu dah berlaki lah.” Bantah Redza lagi. Nick menjuihkan mulutnya ke depan. Ye lah tu…
“So, apa rancangan kita?” Raider menyoal dengan nada serius. Mereka perlu bersiap dari sekarang. Sebarang kemungkinan mungkin berlaku.
“Aku dan Nick akan masuk Death Ground.” Balas Redza membuat keputusan.
Raider memetik jari tiba-tiba dengan wajah yang teruja.
“Bagus. Aku ada sesuatu nak bagi kau.” Lelaki itu bingkas berdiri lalu masuk ke dalam bilik. Seketika kemudian, dia kembali lagi dengan sebuah briefcase berwarna hitam. Qasy yang mula tertarik dengan barang yang dibawa Raider menarik kerusi di sebelah Redza lalu duduk di situ.
“Ni untuk korang.” Dua buah black box yang bersaiz sederhana besar ditarik keluar dari briefcase yang dibawanya lalu diberikan sorang satu kepada Nick dan Redza.
“Apa ni?” Redza menyoal. Black box di tangannya dibuka. Dia dalamnya terdapat sebuah jam tangan bersama sebuah Bluetooth headsets.
“Jam tu bukan jam tangan biasa. Bila kau masuk Death Ground nanti, kau aktifkan jam tu. Bila kau aktifkan jam tu, aku akan dapat hack sistem Death Ground dengan mudah. Aku tak payah susah-susah nak perah otak aku lagi. Bila jam tu aktif, virus yang aku masukkan dalam tu akan aktif sekali. Senanglah aku nak hack tempat tu nanti.” Balas Raider panjang lebar. Qasy pandang Raider dengan mulut yang ternganga luas.
“Bijak gila kau, Raider.” Balas Qasy dengan wajah kagum. Nick jeling Qasy sekilas.
“Kalau ikut idea kau, pecah dulu otak Raider agaknya.” Perli Nick sekilas.
Qasy pandang Nick sekilas sebelum dia kembali memandang gadget hebat di hadapannya. Dia langsung tidak terasa dengan perlian Nick. Dia bukan hacker. Dia mana tahu. Lagipula dia hanya memberi pendapat.
“Apa benda ni?” Qasy menyoal dengan wajah pelik apabila melihat sebiji magnet yang sangat kecil berwarna light pink.
“Itu Wireless Magnetic Earpiece Spy In-Ear Smallest Earphone. Kita akan bercakap melalui tu. Kau letak saja earpiece tu di cuping telinga. Orang tak akan perasan benda tu earpiece. Paling kurang dia orang ingat benda tu subang.” Balas Raider lagi. Qasy membulatkan matanya.
“Power gila kau Raider.” Puji Qasy lagi. Raider angkat kening. Tengok kaki lah brother!
“So, bila kita nak pergi?” Tanya Nick teruja. Sudah lama dia teringin untuk menjejakkan kaki ke dalam Death Ground. Death Ground cukup popular di ISIC ketika dia masih bergelar seorang perisik. Bukan calang-calang orang yang berjaya mendapatkan access card untuk masuk ke dalam Death Ground.
Melalui risikannya terdahulu, Death Ground bagaikan sebuah kota kecil yang dipagar dengan pagar batu yang tinggi dan kukuh. Di dalamnya terdapat pelbagai bangunan yang menyediakan perkhidmatan hotel, kelab malam, cafe, tempat penjualan senjata api dan dadah serta tempat perdagangan organ manusia. Cukup menarik baginya.
Tetapi semua yang mendapatkan access card itu hanya mafia-mafia yang terhebat dari seluruh negara. Penyangak cikai-cikai pun tidak diperbolehkan untuk masuk. Jika polis di Thailand itu sendiri tidak berjaya untuk masuk membuat penyiasatan di Death Ground, apatah lagi rakyat tempatan.
“Esok.”
Senyuman di bibir Redza kian sinis. Nick menguntum senyuman. Dia sudah tidak sabar untuk melakukan rancangan rahsianya.
‘Kau tunggu, Faizal. Tunggu hadiah istimewa dari aku.’
Tan Sri Mukhriz terduduk di sofa apabila mendengar penjelasan dari Arasy mengenai siapakah sebenarnya ghost. Jantungnya berdegup hebat apabila mengetahui alasan mengapa ghost mengincar Arasy, atau lebih tepat lagi mahu menghancurkan keluarganya.
“Dad…daddy tak..tak sangka…” Suara Tan Sri Mukhriz terbata-bata. Dia sendiri terkejut dengan berita yang baru dia terima. Tidak disangka dial ah punca semua ini berlaku. Kini mereka sekeluarga berkumpul apabila Arasy menyuarakan rancangannya untuk menelefon ghost.
“Semua ni bukan salah daddy. Faizal tu yang bodoh. Dia yang tak boleh terima hakikat yang mak ayah dia dah mati. Dia tak boleh terima kenyataan. Sebab tu dia jadi macam tu. Jadi pendendam. Arasy cuma jalan untuk dia hancurkan daddy.” Balas Aariq menyampuk. Mendidih darahnya apabila mendengar penjelasan daripada adiknya itu.
Ibunya dan ibu Raisya tidak berhenti-henti menangis. Biasalah wanita. Mereka tidak mampu menahan emosi dan perasaan risau terhadap anak perempuan mereka. Apatah lagi mereka perempuan.
“Apa rancangan Arasy?” Tengku Maimon menyoal.
Walaupun dia harus ditahan di hospital, dia memilih untuk tetap pulang ke rumah. Keselamatan cucu dan cucu menantunya amat merisaukan dirinya berbanding kesihatannya sendiri.
“Arasy akan call Faizal. Kami akan serang tempat tu kalau keadaan memaksa.” Balas Arasy mengutarakan rancangannya.
“Tak bahaya ke Arasy? Tempat tu bukan Malaysia. Kalau Arasy dituduh pengganas macam mana?” Tanya Puan Sri Khaleeda dengan wajah risau.
“Mama jangan risau. Inspektor Badrul ada dengan kami. Dia dah terbang ke Bangkok pagi tadi. Dia akan berunding dengan polis dekat sana. Kami cuma nak selamatkan tebusan. Kami tak minta pertolongan dia orang tapi kami cuma nak kebenaran mereka untuk serang tempat tu.” Balas Arasy lagi.
“Tapi mereka nak ke berkerjasama dengan kita?” Kini ayah Raisya pula menyoal.
“Mereka akan setuju. Kita bagi mereka keuntungan. Lagipun, mereka pasti tak akan tolak permintaan Inspektor Badrul. Keluarga Inspektor Badrul terlampau berkuasa.” Balas Arasy yakin. Kerabat Tengku Maimon mula mengeluh lega. Mereka mungkin mampu bernafas dengan tenang selepas ini.
“Nenda…” Wafiy menghampiri nendanya yang dibanjiri air mata di wheelchair itu. Dia tundukkan tubuh lalu air mata di pipi nendanya disapu lembut.
“Wafiy janji Wafiy akan bawa Raisya balik dengan selamat. Nenda jangan risau…” Pujuk Wafiy menenangkan nendanya itu.
“Macam mana kalau… Kalau Raisya tak… Tak selamat…” Tangisan Tengku Maimon semakin kuat. Wafiy tarik tubuh nendanya ke dalam pelukan.
“Nenda jangan risau. Wafiy tak akan biarkan Raisya terluka. Wafiy janji Wafiy akan bawa Raisya balik dengan selamat. Wafiy janji nenda… Nenda jangan risau…” Pujuk Wafiy dengan yakin. Dia cuba untuk menenangkan nendanya itu.
Faizal melangkah masuk ke dalam sebuah bilik yang cukup gelap dan sejuk. Senyumannya kian sinis apabila dia melihat Raisya yang terbaring di katil dengan tangan dan kaki yang digari di sisi katil itu membuatkan gadis itu tidak mampu bergerak. Perlahan-lahan dia menghampiri perempuan muda itu lalu dia duduk di sisi katil itu.
Raisya meronta-ronta untuk dilepaskan. Mulutnya bagaikan mahu mengatakan sesuatu tetapi tiada suara yang kedengaran. Semuanya kerana gumpalan tuala yang tersumbat di mulutnya. Dengan senyuman yang kian sinis, Faizal melepaskan gumpalan tuala di mulut Raisya.
“Kau memang binatang! Apa yang kau nak buat dekat aku sial?! Lepaskan aku!” Raisya meronta-ronta lagi. Jantungnya berdegup laju. Jika sebelum ini dia takut, sekarang dia semakin seram. Akalnya menebak-nebak apa yang akan Faizal lakukan padanya. Sungguh dia takut… Cukup takut…
“Aku nak ajar kau sikit. Biadap sangat.” Balas Faizal senada.
Rambut Raisya diusap lembut. Tidak dinafikan wajah perempuan itu cukup cantik. Jika dibandingkan dengan Amanda, gadis itu berjuta kali lebih cantik. Tapi mungkin hatinya yang terpaku pada Amanda membuatkan dia memandang Raisya sebelah mata.
Pandangan Faizal mula beralih pada tubuh Raisya. Kali ini pakaian gadis itu sedikit tertutup daripada biasa. Blouse longgar bersama skinny jeans hitam. Tidak seperti sebelum ini, gadis itu sentiasa dihujani dengan kecaman kerana memakai pakaian yang terlalu terbuka. Cukup terbuka sehingga dia pernah tergoda.
“Aku nak bagi kau hadiah.” Faizal kembali memandang wajah Raisya.
“Aku tak perlukan hadiah kau lah sial!” Marah Raisya lagi. Senyuman di bibir Faizal cukup menyeramkan dirinya. Dia mula merasa tidak enak.
“Evan!”
Zander datang bersama sebuah picagari. Raisya pandang picagari itu dengan mata yang membulat sebelum dia memandang Faizal yang tersenyum penuh makna itu.
“Apa yang kau nak buat hah?”
“Aku nak buat kau merana sikit…”
Picagari di tangan Zander mula diambil lalu penutup picagari itu dibuka menampakkan sebatang jarum yang cukup tajam.
“Apa kau nak buat ni gila? Jangan! Jangan!” Raisya meronta-ronta apabila jarum yang tajam itu semakin dekat dengan lengannya yang terdedah apabila Faizal dengan selamba merentap lengan bajunya sehingga terkoyak.
“Kau akan happy kejap lagi sayang…”
Jarum tajam itu ditekan kuat ke lengan Raisya membuatkan perempuan mud aitu menjerit kuat. Picagari itu ditekan sehingga cairan yang berwarna kebiru-biruan itu mula memasukki tubuh Raisya.
Faizal tersenyum penuh makna. Dia mula berdiri. Raisya yang tadinya meronta-ronta kini lebih pantas. Mulutnya meracau-racau. Matanya mula terbeliak.
“Sakit! Sakit! Apa yang kau dah buat Faizal! Argh! Sakit! Mummy…” Perempuan muda itu meronta-ronta dengan tangisan yang sudah menggila membuatkan Faizal ketawa besar.
“Hahahhahahah…. Mampus kau! Mampus! Baru puas hati aku….” Faizal kembali ketawa. Melihat Raisya terseksa membuatkan hatinya bahagia. Dia merasa puas dan gembira!
Bersambung...!
•09/03/2023
•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨
•Remember: What you give is what you will get back ✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top