Tuan Arasy | 71

"The game just started!"


Nick melompat naik ke jeti dengan langkah yang santai. Raider di sebelah turut beriak sama seperti lelaki muda itu. Dia melompat dengan mudah walaupun menggalas beg yang agak besar dan berat. Mereka berdua mula melangkah ke arah seorang lelaki yang sudah sedia menunggu kedatangan mereka di keretanya yang tersadai di tepi jalan kecil itu.

“Hoi! Tunggulah kejap! Uweeek!”

Nick mencebik bibirnya kegeraman. Qasy yang muntah di tepi jeti dipandang bosan. Raider di sebelah sekadar memandang tanpa perasaan. Sesekali dia menjeling lelaki yang sudah menunggu mereka di hujung sana.

“Kau kalau tak menyusahkan aku memang tak senang kan? Aku dah cakap tadi, jangan ikut. Kau menggedik jugak nak ikut. Sekarang tengok! Kau dah menyusahkan aku, kau tahu tak!” Nick membebel panjang. Dia memeluk tubuh memandang Qasy yang terkulai di tepi jeti itu.

“Aku dah cakap dekat Arasy tadi. Kau tu menyusahkan aku je. Dia sibuk suruh kau follow aku. Dia ingat aku ni gila sangat? Selalu tak percayakan aku. Aku tahu lah mana yang baik mana yang buruk. Mana yang bahaya mana yang tak. Sibuk nak suruh kau ikut aku. Sibuk nak jaga aku. Aku boleh jaga diri sendiri lah! Kau tak payah nak jadi babysitter aku. Tengok apa dah jadi sekarang? Siapa jaga siapa? Menyusahkan aku jelah!”

Nick membebel lagi. Kali ini dia luahkan semua ketidakpuasan hati yang sedari tadi hanya tersimpan jauh di lubuk hatinya.

“Kenapa ni?”

Lelaki yang menunggu mereka tadi mula menghampiri mereka lalu menyoal. Pelik apabila melihat Nick dan Raider berdiri di sini tanpa bergerak ke arahnya yang sudah menunggu di kereta. Pandangannya dihalakan pula pada Raider yang berdiri di sebelahnya itu.

“Entah. Period kut. Whatsuuup bro!” Balas Raider sebelum dia berlaga penumbuk dengan sahabat lamanya itu.

“Kau makin kurus lah, Redza.” Komen Raider sebelum bahu lelaki yang bernama Redza itu ditumbuk perlahan. Redza ketawa kecil.

“Kurus? Aku macam ni lah. Kau tu, aku tengok makin handsome. Banyak ke duit yang ‘boss’ baru kau ni bagi?” Tanya Redza berminat. Lihat sahaja pakaian Raider dan Nick yang kelihatan cukup mewah dipandangannya itu.

“Ala, beshe-beshe je…” Balas Raider merendah diri. Dia mula menghampiri Qasy yang sudah lembik itu lalu disuakan air mineral yang sudah dibuka penutupnya. Karang mati, satu hal pulak nak bawa balik mayat si Qasy ni!

Redza tersenyum kecil. Wajah masam Nick disebelahnya dipandang lama.

“Wei, serius arh kau sambut aku dengan muka ketat ni? Bosan sial kau.” Redza mengeluh kecil. Geram apabila melihat wajah serius Nick.

Nick bukan seorang yang pemarah. Lelaki itu sentiasa bersuka ria dengannya. Tapi mengapa lelaki itu beriak seperti seorang ayah yang sedang memarahi anaknya yang nakal? Aduh, seram bodoh!

Nick menghela nafas lemah. Wajah cemberut Redza dipandang lalu dia berlaga penumbuk dengan lelaki itu lalu memeluk bahu sahabatnya seketika.

Sorry bro. Budak tu buat aku naik darah.” Balas Nick setelah pelukan dileraikan. Redza mengalihkan pandangannya pada lelaki yang meneguk air mineral yang disuakan Raider.

“Siapa budak tu?” Redza menyoal.

“Entah. Anak beruk mana entah.” Balas Nick lalu mendahului Redza dan yang lain. Dia sudah penat. Dia hanya mahu berehat.

“Kau orait tak orait ni brother? Kalau dah tahu mabuk laut, tak payah ikut!” Keluh Raider kegeraman. Dia mula berdiri sebaik sahaja Qasy cuba untuk berdiri walaupun tidak terlalu stabil.

“Diam boleh tak? Kepala aku pening ni.” Marah Qasy geram. Dia mula melangkah mengikuti jejak langkah Nick yang sudah ke depan. Raider terkedu. Kau marah aku?

“Siapa tu Raider?” Redza menyoal lagi. Selagi dia tidak mengetahui siapa lelaki muda itu selagi itu dia bertanya. Raider mengeluh kecil.

“Adik angkat Tuan Arasy. Agaknya dia takut kawan baik kau tu buat kerja gila kut. Itu yang dia suruh budak bertuah tu follow kita orang. Masalahnya budak tu mana pernah buat kerja lasak? Tadi pun duk merungut kenapa naik boat padahal boleh naik heli. Kau tengok Redza, bertapa mengadanya budak kenit tu? Nasib adik angkat kesayangan Tuan Arasy, kalau tak dah lama Si Nick tu tendang dia masuk dalam laut agaknya.” Balas Raider menyuarakan amarah yang tersisa. Redza ketawa kecil.

“Hebat budak tu. Kau dengan Nick yang tak banyak mulut pun boleh membebel. Impressive!” Balas Redza memuji. Raider menjeling Redza tajam.

“Menyampah aku layan kau.” Balas Raider sebelum lelaki itu mula melangkah tanpa menghiraukan Redza yang sibuk ketawa di belakang. Apa yang lawak pun dia tak tahu.

Amanda memandang sekitarnya. Dia cuba mencari jika ada sesuatu untuk dijadikan senjata. Tangannya yang masih terikat di belakang kerusi cuba dilepaskan dengan cara dia meronta-ronta tetapi semua itu tidak berhasil. Ikatan di tangannya terikat dengan kemas dan ketat. Hasilnya, pergelangan tangannya mula sakit dan dia yakin pergelangan tangannya mula merah.

Tapi dia tidak kesah. Dia langsung tidak kesah. Apa yang penting dia keluar dari sini. Bunyi tapak kaki seseorang masuk menghentikan pergerakannya. Seorang remaja perempuan yang berkulit sawo matang melangkah ke arahnya dengan sepinggan nasi yang berlauk ayam.

“Awak… Tolong saya… Please help me...” Amanda merintih meminta tolong. Berharap ada belas kasihan di hati remaja itu.

Tetapi remaja itu seakan-akan tidak faham akan apa yang dia ucapkan. Malah, remaja itu mula bersuara dengan bahasa yang dia langsung tidak mengerti apabila dia tidak membuka mulut untuk menerima suapan yang remaja itu berikan padanya.

“Nueng…”

Remaja perempuan itu mula berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Remaja itu mula bersuara apabila pandangannya bertembung dengan Zander. Remaja perempuan itu bagaikan sedang mengadu pada Zander bahawa Amanda menolak pelawaannya untuk menyuap gadis itu.

Bagaikan faham akan bahasa gadis itu, Zander membalas sesuatu dalam bahasa yang sama membuatkan remaja perempuan itu mengeluh kecil lalu melangkah keluar dari situ.

“Kenapa kau tak nak makan?” Tanya Zander pada Amanda yang sedang menatapnya.

“Kenapa awak sanggup belot pada Arasy?” Amanda menjawab dengan soalan membuatkan Zander mengeluh kasar.

“Kau lupa? Faizal upah aku untuk berkawan dengan Arasy. Aku hanya berpura-pura menjadi kawan Arasy. Kau lupa ke?” Zander menjawab dengan sindiran. Amanda menggelengkan kepalanya perlahan.

“Kenapa awak sanggup buat kerja ni? Kenapa awak sanggup buat saya macam ni? Kenapa?”

“Sebab dia setia pada aku.” Kali ini bukan Zander yang bersuara tetapi Faizal. Faizal mula melangkah mendekati Amanda yang terikat lemah di tengah-tengah bilik itu.

“Zander, keluar!”

Tanpa bantahan lelaki itu melangkah keluar dari situ, meninggalkan Amanda dan Faizal berdua di ruangan itu.

“Apa yang awak dapat bila buat semua ni?” Tanya Amanda lemah. Dia tak faham akan pemikiran Faizal yang bagaikan sudah terpesong dengan pemikiran waras seorang manusia.

“Aku puas! Puas bodoh! Lagi puas bila aku tengok anak kau mati!”

Kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut Faizal berjaya membuatkan Amanda terdiam. Gadis itu menatap Faizal dengan anak mata yang berkaca dan wajah yang tidak percaya. Faizal ketawa mengejek apabila merasakan dirinya sudah terlepas cakap.

Opss! Silap…hehehe…” Lelaki itu ketawa kecil. Dia ketawa dengan semakin kuat apabila melihat air mata yang mula membanjiri pipi mulus Amanda. Jarinya naik menyentuh pipi Amanda lalu air mata itu diusap lembut.

“Aku tak berniat nak bunuh anak kau. Tapi Johan. Johan marah bila aku buang dia. Dia marah bila dapat tahu Arasy akan dapat anak. Dia marah. Jadi dia langar kau. Hahahahahha… Sekarang anak kau dah mati…. Yeah, dah mati….” Faizal ketawa riang. Dia bagaikan gembira di atas kesedihan Amanda dan Arasy.

“Korang memang binatang!” Marah Amanda kegeraman. Faizal berhenti ketawa. Wajah Amanda diusap lembut.

“Itu semua salah Arasy. Dia yang rampas apa yang patut jadi HAK aku.”
Amanda ketawa mengejek.

“Kau yang rampas hak Arasy. Kau yang bodoh, Faizal. Walaupun kau pisahkan aku dengan Arasy, cinta aku pada Arasy tak pernah padam. Sikit pun tak kan ada ruang untuk kau masuk dalam hati aku. Kau Tak Layak!”

Paaang!

“Aduh.” Amanda mengeluh kasar.

“Kau memang berani kan? Kita tengok kau masih berani ke tak bila kau tengok apa yang aku dah buat pada kakak ipar tak jadi kau tu. Hahahaha..” Balas Faizal lalu ketawa besar. Amanda tergaman. Matanya membulat. Fikirannya mula merawang pada Raisya yang dibawa pergi.

“Kau buat apa pada dia? Kau jangan sentuh dia, binatang! Jangan sentuh dia!”

Amanda meronta-ronta dengan amarah yang mula mencengkam dada. Dia mula terbayang sesuatu yang buruk berlaku pada Raisya. Kepalanya digelengkan pantas. Dia cuba berdoa di hati agar tidak berlalu sesuatu yang buruk pada Raisya. Dia tak sanggup menghadapi kehilangan lagi. Cukuplah dia kehilangan abang dan anaknya. Dia tak sanggup kehilangan Raisya.

“Kita tengoklah apa yang jadi. Dia tu biadap sangat. SEMAK!” Balas Faizal selamba lalu lelaki itu kembali ketawa. Dia melangkah keluar tanpa menghiraukan Amanda yang sudah meraung-raung di ruangan itu.



Nick menghirup Nescafe suam yang dibancuh Redza perlahan-lahan. Anak matanya tajam memerhatikan Qasy yang bagaikan tersalah tingkah. Lelaki itu memeluk tubuh memandang sekeliling dengan wajah yang berkedut seribu.

“Kau dah kenapa macam guard tu? Duduk! Makan tu.” Nick bersuara menegur Qasy yang sedari tadi sibuk memandang sekeliling. Cawan Nescafe miliknya diletakkan kembali ke atas meja. Qasy yang perlahan-lahan duduk di hadapannya dipandang lama.



“Kita memang kena duduk sini ke? Abang Arasy tak bagi kau duit ke Nick. Cari lah tempat elok sikit.” Komen Qasy sambil memandang flat usang yang menjadi tempat penginapan mereka malam ini.

Di rumah itu hanya ada satu tilam queen yang sudah usang, satu sofa dan satu set meja makan. Hanya itu kemudahan yang ada.

“Kau memang tak reti bersyukur kan? Orang dah bagi tinggal sini, banyak pulak komen dia.” Bentak Nick kegeraman. Memang sesuai nama Putra Qasy Qashriq pada Qasy. Mengada mengalahkan putera raja! Menyampahlah!

“Bukan tak reti bersyukur. Tapi agak-agaklah. Cari lah yang elok sikit. Kalau kau tak ada duit, aku boleh bayarkan dulu.” Balas Qasy beria-ria.

Redza yang baru tiba di situ menggelengkan kepalanya dengan senyuman. Budak yang bernama Qasy ini sungguh menarik perhatian.

“Aku bukan tak ada duit nak sewa hotel. Tapi hotel tu tak selamat. Anak buah ghost banyak dekat luar sana. Sini je tempat paling selamat untuk korang bertiga.” Balas Redza menerangkan perkara yang sebenar.

“Raider kan hacker. Biarlah dia buat kerja dia tu.” Qasy bersuara lagi. Nick menjulingkan matanya ke atas. Melayan Qasy bagaikan bercakap dengan burung kakak tua. Membosankan!

“Kau layanlah dia tu Redza. Aku nak tidur, mengantuk.” Nick bersuara lalu melangkah pergi dari situ meninggalkan Redza, Qasy dan Raider di ruang makan itu.

“Alhamdulillah…” Raider yang sudah berjaya menghabiskan dua buah maggi cup mula mengucap syukur. Perutnya yang sudah kenyang digosok perlahan.

“Wei, aku dah kenyang. Aku nak masuk tidur. Bekas ni kau buang ye Redza. Thanks bro!” Raider menepuk bahu Redza sekilas sebelum melangkah ke arah Nick yang sudah terbongkang di atas katil di bilik utama itu.

Redza menggelengkan kepalanya perlahan. Wajah Qasy dipandang lama.

“Lupa nak kenalkan diri. Aku Redza.”

“Qasy.”

Redza menganggukkan kepalanya perlahan.

“Makanlah maggi tu. Sejuk karang tak sedap pulak. Esok aku belikan makanan yang proper sikit untuk kau.” Balas Redza lagi. Qasy pandang maggi cup di atas meja itu sebelum mengeluh dia. Tanpa sedar tangannya mula menarik maggi cup itu ke arahnya. Perutnya sudah berbunyi minta diisi.

“Dah lama kau kenal Nick dan Raider?” Tanya Qasy sebaik sahaja dia menghabiskan maggi cup miliknya. Setakat sebekas, pejam mata pun dah habis.

“Dah lama. Kita orang kenal masa kerja dengan agensi yang sama.”

“Kenapa Nick dan Raider keluar dari syarikat tu, tapi kau tak keluar?” Tanya Qasy dengan nada musykil. Redza terlampau baik untuk dipercayai. Redza ketawa kecil. Budak kecil itu bagaikan sedang menyiasatnya.

“Adalah sebabnya. Kau tak payah tahu.” Balas Redza lagi. Wajah Qasy dipandang lama. Dia bagaikan pernah melihat wajah itu. Tetapi di mana?

“Argh! Suka hati kau lah. Ha, sekarang ni aku nak tidur mana?” Qasy menyoal lagi.

Hatinya mula dipagut rasa kesal kerana menerima pelawaan Arasy untuk menemani Nick dan Raider. Dia ingatkan mereka akan berada di tempat yang mewah bagaikan di film-film action yang pernah dia lihat. Tetapi semuanya musnah apabila dia sampai di flat usang ini.

“Kau tidur dengan Nick dan Raider dalam bilik.” Balas Redza lagi.

“Kau tidur mana?”

“Sofa.” Balas Redza pendek. Matanya menjeling sekilas satu-satunya sofa usang yang berada di ruang tamu itu.
Qasy menganggukkan kepalanya perlahan.

“Baguslah. Aku pun dah nak tidur ni. Mengantuk gila.” Balas Qasy lalu mengikuti jejak langkah Raider sebelum ini. Redza menggelengkan kepalanya perlahan dengan senyuman penuh makna.

Akhirnya aku jumpa kau, Putra Qasy Qashriq.’

Bersambung...!

•02/03/2023

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember: What you give is what you will get back ✨

Note: Sorry semua... Saya janji akan update Semalam tapi kerana beberapa alasan saya terpaksa update hari ni. Have fun Arasy' Lover!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top