Tuan Arasy | 70

"People who created their own drama, deserve their own KARMA."

“Adha? Aku tak ada niat nak bunuh Adha.” Balas Faizal selamba membuatkan Raisya yang tadinya cuba bersabar mula naik darah.

“Habis tu kenapa Adha mati? Kenapa!” Raisya meraung lagi. Faizal menggelengkan kepalanya perlahan. Kepalanya dipusingkan ke arah Raisya yang sudah lecun dengan air mata.

“Sebab….

.

.

.

.

.

Sebab dia bad luck. HAHAHAHHAHAAHAH…”

Faizal ketawa lagi. Geli hati apabila mengingatkan kisah itu. Dia mengenali Adha. Adha pernah sekelas dengannya. Mereka tidak terlalu rapat tapi dia tiada masalah dengan lelaki itu.


“Binatang! Kau memang binatang!”

Raisya menjerit lagi. Dahulu pada Arasy tempat dia melepaskan amarah kerana kehilangan Adha. Sekarang hatinya berdarah kembali apabila mengenangkan alasan Faizal yang dianggap tidak memberi kemanusiaan.

“Okaylah. Aku cerita dekat korang apa yang berlaku sebenarnya. Kesian tengok kau meroyan macam ni.” Balas Faizal sambil tersenyum mengejek memandang Raisya yang bagaikan sudah hilang akal.

“Digma Holding. Kau tahu kan syarikat tu?”

Amanda mengerutkan dahinya. Dia seakan-akan pernah mendengar nama syarikat itu. Tapi dimana?

Tahun 2014…

Seorang lelaki muda memandang pusara dihadapannya dengan anak mata yang mula merah. Hatinya bagaikan sudah koyak tanpa dapat disambungkan kembali. Hujan yang turun membasahi tubuhnya langsung tidak dia hiraukan. Air hujan itu tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan hatinya yang sudah hancur itu.

Berita kematian ayahnya dua bulan yang lepas berjaya membuatkan dia hilang arah. Hampir dia jatuh terduduk apabila mendengar berita tentang kematian ayahnya ketika dia masih berada di Kanada. Pantas sahaja dia membeli tiket untuk pulang ke Malaysia sebaik sahaja mengetahui berita kematian ayahnya. Lebih memilukan lagi apabila dia mengetahui penyebab kematian ayahnya.

Syarikat peninggalan keluarga mereka mula musnah. Mereka sekeluarga muflis. Ayahnya meninggal dunia sebaik sahaja mendengar berita buruk itu. Ibunya mula hilang arah. Semenjak kematian ayahnya ibunya mula tidak siuman. Berkali-kali ibunya menangis memanggil nama ayahnya. Merintih mengapa ayahnya pergi dulu.
Ibunya mula jatuh sakit. Ibunya terlantar di katil tanpa mampu bergerak. Wajah wanita itu sentiasa basah dengan air mata. Dia cuba untuk menceriakan wanita itu tetapi wanita itu masih dirundum kesedihan. Cinta yang terlalu besar pada ayahnya membuatkan kesihatan ibunya semakin merosot dan kini…
Ibunya mengikuti jejak ayahnya pergi meninggalkan dirinya…

“Mama…” Terasa suaranya bagaikan tersekat di kerongkong. Air matanya jatuh ke pipi bersama-sama air hujan yang membasahi tubuh.

“Kenapa mama tinggalkan Asfar? Mama tak sayangkan Asfar ke? Kenapa mama tinggalkan Asfar. Asfar tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni, mama…” Lelaki itu mula teresak-esak sendiri.

“Asfar tak kesah kalau Asfar hanya boleh jumpa mama dan papa dua kali je setahun. Asfar tak kesah.. Asfar tak kesah kalau Asfar kena berpura-pura tak kenal mama dan papa kalau kita berjumpa… Asfar tak kesah. Asfar faham… Tapi Asfar tak boleh terima kenyataan yang Asfar dan tak boleh jumpa papa dan mama lagi… Asfar tak boleh… Asfar tak kuat…”

Lelaki itu teresak-esak lagi. Dadanya yang tersakit sakit ditekan kuat dengan telapak tangan. Mengharapkan kesakitkan yang melanda lega dengan sendirinya tapi dia tak mampu. Dia mampu melegakan kesakitan yang mula mencengkam dada.

“Kenapa papa dengan mama buat Asfar macam ni? Asfar nak hidup macam mana selepas ni? Asfar dah tak da sesiapa… Mama… Asfar dah taka da tempat mengadu… papa… Asfar dah taka da tempat bergantung… Asfar dah taka da sesiapa… Asfar tak kuat…” Lelaki muda itu merintih lagi.

Terhincut-hincut bahunya menahan tangisan yang semakin menggila.
Jika sebelum ini dia masih mempu mendengar suara ibunya sebelum tidur walaupun tidak berjumpa, dia masih merasa kehangatan dan kasih sayang wanita itu. Tetapi kini tiada lagi. Dia tiada sesiapa… Dia tiada sesiapa…

“Tuan Asfar. Kita kena pergi.” Luqman, pembantu peribadi arwah Tan Sri Otman mula menengur. Dia yang berdiri bersama paying ditangan mencuba untuk memujuk Tuan Mudanya beredar. Bukan dia tidak mahu memayungi lelaki itu. Tetapi Tuan Asfar yang mengelak. Dia hanya mengikut arahan.

Anak mata Asfar mula bertukar tajam. Tegang sahaja wajahnya saat ini.

‘Aku Muhammad Asfar Faizal bersumpah! Aku akan hancurkan Tan Sri Mukhriz. Aku akan buat dia menderita. Aku akan pastikan dia tersiksa. Aku akan buat dia hancur lebih teruk dari aku! Aku bersumpah! Kau tunggu!’ Tekad Asfar dihati dengan dendam yang membara.

.

.

.

.

.

“Arghhhhhhhhh! Bodoh! Arasy, Arasy, Arasy! Apa yang hebat sangat dengan budak mentah tu! Bodoh!”

Johan menyepak tong sampah di hadapannya dengan amarah yang tersisa. Melihat Arasy disanjung tinggi membuatkan hatinya dipanggut rasa cemburu. Kata-kata Auncle Lim sebentar tadi membuatkan perasaan bencinya pada Arasy semakin bertambah.

‘Kenapa saya tak boleh masuk Drift Championship tu? Auncle tahu kan yang saya dah lama aim nak masuk competition tu!’ Johan bertanya dengan nada tidak puas hati.

‘Gua tarak larang lu masuk itu competition. Tapi lu sendili tahu ma, dia orang tarak mau lu lagi. Lu punya skill sudah lama ma. Dia orang mahu skill baru punya. Dia orang cadang Arasy race kali ini. Apa gua boleh buat? Gua tarak boleh buat apa-apa. Ini competition Johan. Gua mahu menang. Tarak siapa mahu kalah.’

“Arghhhhhh siaaaaaaal!” Johan menjerit kuat. Dia bagaikan melepaskan amarahnya di situ dengan menjerit.

“Orang bodoh je yang menjerit macam orang gila.” Sindiran yang tiba-tiba kedengaran di telingannya membuatkan Johan berpaling. Dua orang lelaki berhoodie memandang Johan dengan wajah selamba.

“Korang siapa? Korang tak tahu apa-apa. Jangan nak menyibuk!” Marah Johan sebelum beredar. Kakinya berhenti melangkah sebaik sahaja mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Musuh pada musuh kita adalah kawan. Kau nak musnahkan Arasy, kan? Jangan risau, kita ada tujuan yang sama.”

Johan berpaling. Dua orang lelaki itu dipandang atas bawah. Dia dapat merasakan satu aura seram pada dua orang lelaki itu. Lebih-lebih lagi pada lelaki yang berhoodie itu.

“Kau benci Arasy kan? Dia rampas tempat kau kan? Kalau dia mati… Aku yakin kau akan dapat balik apa yang sepatutnya jadi milik kau. Macam mana?” Lelaki tadi menyoal lagi.
Johan memandang lelaki-lelaki itu dengan pandangan yang mengecil. Dia tidak pernah perasan kewujudan lelaki itu sebelum ini. Tapi siapakah mereka?

“Kenapa kau bencikan Arasy?”

Lelaki yang menyoal tadi ketawa besar. Johan menelan ludah kelat apabila melihat renungan tajam lelaki itu. Jika tadi lelaki itu bercakap sambil menundukkan kepala, melindungi wajah daripada kelihatan. Kini tidak lagi. Lelaki itu dengan berani merenung anak mata Johan membuatkan Johan sedikit menggeletar.

“Kau tak perlu tahu kenapa aku bencikan Arasy. Apa yang kau perlu tahu, aku bencikan Arasy lebih daripada kau bencikan dia. Kalau boleh aku nak dia lenyap dari dunia ni serta-merta.” Balas lelaki itu dengan nada kejam.

Johan berfikir sejenak. Dia mula menghitung baik buruk akan pelawaan yang dibuat lelaki yang dia langsung tidak kenali itu.

“Aku akan bayar kau empat puluh ribu ringgit kalau kau setuju untuk ikut rancangan aku. Kalau kau berjaya musnahkan Arasy, aku akan bayar kau enam puluh ribu ringgit lagi.” Balas lelaki itu membuat penawaran.

Johan tersentak. Empat puluh ribu ringgit!

Selama dia berkerja di bengkel Auncle Lim dia hanya mampu mendapat dua ribu ringgit setiap bulan. Tapi lelaki ini menawarkan empat puluh ribu ringgit untuknya dalam masa sehari dan bakinya jika dia berjaya musnahkan Arasy?

“Macam mana?” Lelaki itu menyoal lagi.

“Okay. Aku setuju. Apa yang aku kena buat?” Johan bertanya lagi.
Lelaki tadi menguntum senyuman yang dia langsung tidak mampu tafsirkan.

“Kau tak perlu risau. Sampai masanya aku akan cari kau. Kau cuma perlu tunggu. Evan.” Lelaki tadi menyebut sebaris nama membuatkan lelaki berdarah kacukan melayu-kanada itu mula mengangguk faham.

Bunyi pesanan yang masuk, membuatkan Johan mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluarnya. Hampir terbeliak biji matanya apabila mendapati akuan bank miliknya yang tadi hanya tersisa dua puluh ringgit kini sudah mencecah lima angka. Senyuman di bibirnya mula ternaik sendiri. Dia mula merasa senang.

Lelaki tadi ketawa sinis dengan nada perlahan. Manusia! Selalu kalah jika disogok dengan duit. Mudah terpedaya! Mudah terpesong!

“Terima kasih…”

“Tak perlu nak berterima kasih dekat aku. Kau buat kerja kau, sudah. Jangan gagal pulak!” Lelaki tadi memberi peringatan tegas sebelum melangkah untuk pergi. Tapi Johan bersuara untuk menegah.

“Siapa kau?”

Lelaki tadi semakin melebarkan senyumannya membuatkan dirinya kelihatan begitu seram dengan anak mata yang semakin tajam.

Ghost. Panggil aku, ghost.” Balas ghost tanpa berpaling dan terus beredar…

Kini….

“Liat betul nyawa suami kau tu, Adha pula yang jadi mangsa. Sungguh menyusahkan aku.” Balas Faizal sambil ketawa kecil. Amanda menggelengkan kepalanya perlahan. Air matanya sudah membanjiri pipinya sedari tadi.

“Kau memang binatang! Kau tunggu! Aku bunuh kau, sial! Aku bunuh kau!”

Raisya meronta-ronta untuk melepaskan ikatannya dengan anak mata yang tajam memandang Faizal. Dia sudah dilanda amarah yang besar terhadap lelaki itu. Jika bukan kerana dia diikat, pasti dia sudah membunuh lelaki itu sekarang. Pedulikan akibatnya, dia terlalu marah.

Faizal ketawa besar apabila mendengar ugutan Raisya.

“Aku tunggu kau bunuh aku.” Balas Faizal dengan senyuman mengejek. Raisya yang memandangnya tajam tidak dia hiraukan. Pandangannya kembali pada Amanda. Si gadis pujaan hati yang sudah tidak terurus itu. Tetapi wajah itu tetap berseri dimatanya. Sentiasa…

“Saya tak sangka awak sekejam ini, Faizal…” Balas Amanda dengan wajah kecewa. Lelaki yang pernah menjadi ikon pelajar terbaik di sekolahnya merupakan lelaki yang kejam dan tidak memberi kemanusian. Sungguh dia kecewa.

“Kau tahu tak Amanda. Aku memang marah gila bila Johan gagal hapuskan Arasy. Bila aku dengar kereta Arasy terbalik, aku gembira gila. Orang yang aku benci dah mampus! Tapi… Bila aku tahu Adha yang pandu kereta tu, aku jadi geram. Aku marah sebab aku masih tak mampu balas dendam dekat Si Mukhriz tu. Tapi…”
Faizal mengukir senyuman bahagia. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi dengan wajah yang tenang.

“Aku gembira bila Arasy dituduh sebagai pembunuh Adha. Aku happy gila! Akhirnya hidup Arasy, hidup Si Mukhriz tu akhirnya hancur! Hancur! Tak sia-sia aku gunakan arwah papa aku untuk rasuah Kamal tu. Tak sia-sia…” Balas Faizal bahagia. Lelaki itu ketawa riang. Bagaikan kanak-kanak dihadiahkan mainan. Sungguh gembira. Tapi semua itu hanya sementara.

Tawa yang keluar dari mulut Faizal hilang tiba-tiba. Anak matanya tajam memandang ke arah Amanda dengan perasaan dendam yang membara. Pantas sahaja dia bangun dari kerusi lalu bercangkung di hadapan Amanda. Jarinya mula mengusik-ngusik rambut Amanda yang sudah kusut itu.

“Tapi bila aku nampak, gadis yang paling aku sayang… Gadis yang paling aku cinta, bercinta dengan Arasy. Aku jadi marah! Hati aku sakit, Amanda! Orang yang aku cinta berpaling pada Arasy! Aku marah!” Faizal mencapai kerusi yang tadinya dia duduk lalu dicampak ke sebarang arah membuatkan bunyi yang kuat. Terhincut-hincut bahu Amanda menahan takut. Faizal bagaikan seorang lelaki yang psycho! Arasy saya takut!

Faizal mencengkam dagu Amanda kuat membuatkan wanita itu merintih sakit dengan air mata yang kembali mengalir. Pantas sahaja wajah itu ditarik kea rah supaya sejajar dengan wajahnya. Tajam sahaja anak matanya menikam anak mata wanita yang sudah bergelar isteri orang itu.

“Apa kurangnya aku Amanda?! Apa kurangnya aku?!” Tanya Faizal marah. Tubuh Amanda digoncang berkali-kali membuatkan Amanda mula ketakutan.

“Sebab kau binatang! Sebab tu dia tak pilih kau, jahanam!” Raisya di hujung sana meronta-ronta lagi. Faizal memejamkan matanya seketika. Pegangan di dagu Amanda dilepaskan sebelum dia mendekati Raisya lalu…

Paaaaang!

“Raisya!” Amanda menjerit kuat apabila Raisya dilempang lagi. Kali ini bibir Raisya semakin banyak mengeluarkan darah. Mungkin kerana kesan luka yang tadinya sudah ada, kian ditambah.

“Kau memang perempuan sial kan?” Rambut Raisya dijambak kuat.

“Aku dah suruh Johan untuk culik Amanda. Tapi jantan tak guna tu gelabah bila nampak kau. Dia takut kau kenal dia. Bodoh! Kau memang tak guna! Perempuan sial!” Pipi Raisya dilempang lagi. Kali ini lebih kuat membuatkan wanita itu terbatuk kecil sambil mengeluarkan darah pekat.

Teringat ketika Johan pulang tanpa Amanda membuatkan dia naik hantu. Dia hanya menyuruh Johan menculik Amanda. Gadis selemah Amanda cukup senang untuk dipedayakan. Tetapi lelaki itu gelabah apabila melihat Raisya turut bersama Amanda. Risau jika identitinya diketahui kerana Raisya pernah berjumpa denganya ketika masih menjadi kekasih Adha tujuh tahun yang lepas.

“Raisya! Kau dah gila ke Faizal!” Amanda meronta kuat apabila melihat keadaan Raisya yang terlalu memilukan.

Raisya mengukir senyuman sinis walaupun bibirnya sudah kebas untuk bergerak. Tanpa gentar dia membalas renungan tajam Faizal.

“Kau ingat aku takut dengan kau. Kalau kau ingat aku ni sama macam Amanda yang kau senang nak perbodohkan… Kau silap. Aku akan pastikan kau mampus, Faizal! MAMPUS!” Balas Raisya dengan bersusah payah sebelum dia meludah ke muka Faizal.

Biarkan lelaki itu marah! Biarkan lelaki itu membunuhnya. Hidup tanpa Adha bagaikan hidup tanpa nyawa. Dia lagi rela Faizal marah padanya lalu membunuhnya. Biarkan! Biarkan dia pergi bersama Adha. Dia sudah penat hidup sendiri! Penat hidup tanpa Adha!

“Perempuan jahanam! Evan!” Faizal menjerit kuat memanggil orang suruhannya itu. Kesan darah di mukanya dikesat kasar. Jijik lah bangsat!

Evan, lelaki yang menjadi orang kanan kepercayaan Faizal mula masuk. Amanda tergaman apabila melihat susuh tubuh yang amat dia kenali.

“Zan…Zander? Ap…Apa aw..awak buat ni?” Tanya Amanda dengan nada terkejut. Dia terkejut apabila melihat lelaki yang sudah dianggap sahabat pada Arasy, kini mengkhianati lelaki itu. Kenyataan apakah ini? Kenapa sulit untuk dia fahami?

Faizal ketawa sinis. Wajah Evan ataupun nama sebenarnya Zander Evan dipandang sekilas sebelum sia kembali memandang kea rah Amanda.

“Kau nak tahu satu rahsia tak, Amanda?”

Amanda diam. Soalan Faizal tidak dibalas. Dia terlampau terkejut.

“Aku yang upah Zander untuk berkawan dengan Arasy. Aku nak tahu betapa tersiksanya Arasy bila dia kena pergi oversea untuk tenangkan fikiran dia bila semua orang kecam dia. Kecam dan tuduh dia punca kematian Adha. Bila Zander kawan dengan Arasy. Semua gerak geri Arasy dalam genggaman aku. Aku gembira bila tengok dia menderita. Aku bahagia! Aku happy. Hahahahahhaha…” Faizal ketawa kuat. Dia tak sangka rancangannya menjadi lancar. Mudah dan senang.

‘Rancangan yang hebat! Brilliant Faizal! Brilliant!’ Pujinya dihati.
Amanda menggelengkan kepalanya berulang kali. Air matanya berjujuran turun ke pipi. Benar cakap Arasy. Hidup ini penuh dusta. Lihat sahaja permainan yang dimainkan Faizal saat ini. Sungguh sempurna! Cukup sempurna!

“Dah, bawa dia keluar!” Arah Faizal pada Zander membuatkan lelaki itu mengangguk pantas. Ikatan Raisya pada kerusi itu dileraikan lalu dia mengheret gadis itu keluar dari situ dengan pantas. Sekuat mana tenaga seorang gadis jika dibandingkan dengan tenaga lelaki sasa sepertinya. Lagipula, Raisya sudah lemah apabila dilempang berulangkali oleh Faizal.

“Mana kau nak bawa dia pergi, syaitan! Lepaskan dia! Lepaskan Raisya!” Amanda meronta-ronta lagi. Faizal tersenyum kecil.

“Aku nak bagi dia peringatan. Mulut dia tu, macam bangkai! Aku nak buat diam.” Balas Faizal lalu ketawa besar. Dia mula melangkah keluar dari gudang itu dengan hati yang senang.
Amanda menggelengkan kepalanya pantas. Pelbagai anasir buruk mula bermain di kepalanya. Dia mula membayangkan sesuatu yang bukan-bukan.

‘Arasy…. Tolong saya…. Saya takut…..’ Amanda merintih lagi dengan air mata yang kian mengalir tanpa henti.

Bersambung...!

21/02/2023

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember: What you give is what you will get back ✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top