Tuan Arasy | 69
"Time reveals the truth."
Arasy memandang skrin telefon pintarnya lama. Gambar dia dan Amanda terpancar elok di situ. Bagaimanakah keadaan isterinya sekarang? Amanda dah makan ke? Dah minum ke?
Hatinya mula berombak kembali. Mahu sahaja dia bertanya pada Raider yang masih mengadap komputer ribanya itu. Adakah keberadaan Amanda sudah dijumpai. Tapi semua itu mustahil kerana baru setengah jam tadi Raider mula menjejaki Amanda. Dia perlu bersabar.
Jarum jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Tapi Wafiy masih setia di sini. Mungkin lelaki itu juga menunggu berita baik dari Raider. Nick masih setia di sisi Raider, mungkin mahu menemani sahabatnya itu. Qasy sudah terbaring di sebelahnya. Lagak Qasy seperti dia pula yang menjejaki Amanda, letih sangat!
Roy dan Jeremy sudah tiada. Arasy mengarahkan mereka untuk menghantar Suhana pulang. Dia tidak berani membiarkan pekerjanya itu memandu seorang diri kerana sudah lewat malam. Jadi Roy dan Jeremy mempelawakan diri untuk menghantar Suhana pulang.
“Gotcha! Tuan, dah dapat.”
Pantas sahaja Arasy dan Wafiy berpaling ke arah Nick dan Raider. Terpancar riak lega di wajah Raider saat ini. Dia sudah mampu bersandar di kerusi dengan wajah tenang. Mungkin gembira kerana berjaya menjejaki Amanda.
“Apa yang kau dapat?” Arasy bertanya pendek. Hatinya mula dipagut rasa tenang.
Raider mula menekan sesuatu pada komputer ribanya. Kini semua perkara yang berada di skrin komputernya mula ditayang pada skrin besar di tengah-tengah bilik meeting itu. Arasy dan Wafiy mula memerhatikan skrin tersebut. Qasy yang tadinya nyenyak tidur mula terpisat-pisat bangun. Mungkin terkejut mendengar suara Raider yang boleh tahan tinggi. Happy sangat Abang Raider kita ni!
“Dekat mana ni?”
“Bangkok.” Jeremy yang baru sahaja tiba bersama Roy menjawab. Tajam sahaja dia melihat bangunan-bangunan pada skrin tersebut.
“Bangkok?” Hampir terkeluar biji mata Arasy apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Jeremy. Arasy pandang Raider untuk meminta penjelasan. Hampir luluh jantung Arasy apabila Raider mengiakan kata-kata Jeremy dengan menjatuhkan kepalanya beberapa kali.
“Jauh betul ghost bawa lari bini aku.” Keluh Arasy geram. Mendidih darahnya saat ini. Ghost memang binatang!
“Tempat apa ni?” Wafiy pula bertanya.
Berdasarkan pemerhatiannya. Tempat itu bukan sebarangan tempat. Mungkin bangunan-bangunan itu nampak lama, tetapi kawasan itu nampak sedikit berlainan. Kawasan itu bagaikan dikawal rapi. Lihat sahaja pagar batu yang begitu tinggi mengelilingi kawasan itu. Kawasan itu bagaikan kawasan larangan.
“Death Ground.”
“Death Ground? Tempat apa tu?” Qasy yang sedari tadi mendiamkan diri mula bersuara.
“Death Ground, salah satu tempat larangan di Bangkok. Dalam banyak-banyak black market dalam dunia ni, Death Ground paling bahaya.”
“Kenapa?” Qasy menyampuk lagi. Raider menghela nafas lemah.
“Sebab ramai mafia di seluruh negara datang sini. Dia orang jual dadah, senjata api malah jual manusia.”
“Jual manusia?” Wafiy dan Arasy pantas bersuara. Raider menganggukkan kepalanya perlahan.
“Tak boleh jadi. Kita kena masuk tempat tu. Arahkan semua team untuk get ready. Kita serang tempat tu sekarang.” Arah Arasy yang sudah berdiri. Wafiy disebelahnya menganggukkan kepalanya pantas.
“Kalau lah semudah tu.” Nick yang sedari tadi hanya memerhati mula bersuara.
“Apa maksud kau?” Tanya Arasy sambil memandang ke arah Nick, lama. Perasaannya mula kembali berdebar kencang.
“Bukan senang nak masuk Death Ground. Sistem kawalan dalam tu ketat gila. Tempat tu macam Arasy’s Studio. Penceroboh akan dibunuh serta merta.” Balas Nick lagi.
“Raider kan hacker, biarlah dia cover.” Qasy memberi idea.
“Kau ingat sesenang makan kuaci? Kau ingat sistem Death Ground tu cikai-cikai? Ingat senang ke nak hack.” Raider pandang Qasy menyampah. Budak tu ingat menjadi hacker itu mudah? Aduhai! Pecah otak wei!
“Alah, Roy dengan Jeremy hebat apa. Alpha dan Bravo Team kan ada. Serang je apa susah.” Balas Qasy selamba. Nick tersenyum penuh makna sambil mendekati Qasy dan…
“Aduh, sakitlah sial!” Carut Qasy marah sambil menggosok kepalanya yang diketuk Nick. Selama sahaja ketuk kepalanya! Tak guna punya member!
“Tahu sakit. Bercakap tak guna otak!” Marah Nick kegeraman. Dia kembali memandang Arasy dan Wafiy yang kelihatan serabut itu.
“Kita tak akan menang kalau serang tempat ni macam tu je. Kita tetap akan kalah. Lagipun, kalau kita nak serang, kita kena ada rancangan yang teliti. Buatnya kita serang tempat tu, lepas tu Ghost larikan Puan Amanda dan Cik Raisya macam mana? Kita kena tahu, mereka ada di bangunan mana. Kena tahu situasi dekat dalam sana. Kalau kita serang, kita kena pastikan yang Puan Amanda dan Cik Raisya dalam keadaan selamat.” Balas Nick lagi. Tegas sahaja dia bersuara saat ini.
Arasy kembali duduk. Dahinya yang semakin berdenyut dipicit kuat.
“Habis apa kita nak buat? Tak kan nak biarkan je? Buatkan ghost tu gila, dia pergi jual Raisya macam mana?” Tanya Wafiy dengan perasaan tidak puas hati.
Nick dan Raider tersenyum sinis.
“Siapa kata kita nak biarkan?”
Qasy pandang Nick dan Raider dengan mata yang semakin mengecil. Nick dan Raider seperti sedang membuat Pakatan rahsia tanpa dirinya…
“Apa yang korang rancang sebenarnya ni?” Tanya Qasy ingin tahu. Dia memeluk tubuh dengan wajah tegang. Geram apabila dia tidak tahu apa-apa.
“Rahsia.” Balas Nick selamba dengan senyuman sinis di bibir. Kepalanya dialihkan mengadap Raider yang sudah ketawa kecil.
“Haah, rahsia.” Balas Raider pula.
“Kenapa nak rahsia? Kalau rancangan korang tu tak berjaya macam mana? Dah siap nak gali lubang kubur sendiri?” Tanya Roy tidak puas hati. Nick ketawa sinis.
“Hei, aku Nick lah. Nothing impossible bro…” Balas Nick sinis. Dia kemudiannya ketawa kecil bersama Raider. Qasy menjulingkan matanya ke atas. Menyampahnya aku!
“Nick…” Setelah sekian lama Arasy mendiamkan diri, dia mula bersuara.
“Hurm?”
“Kau yakin?” Arasy bertanya dengan gugup. Separuh dari dirinya mempercayai Nick. Dia yakin dengan kebolehan Nick. Tapi separuh lagi dia takut. Dia takut rancangan Nick tidak berjaya.
“Yakin? Tak. Tapi insyaallah. Korang jangan risau. Untuk step pertama, aku dan Raider akan uruskan semuanya. Sampai masa korang akan beraksi. Don't worry buddy.” Balas Nick sebelum menepuk bahu Roy dan Jeremy serentak supaya dua orang lelaki yang sudah berpangkat abang itu dapat bertenang.
“Janji kau tak akan buat kerja gila, Nick.” Arasy memberi amaran tegas.
Nick tersengih.
“No comment!”
Bunyi tapak kasut yang semakin lama semakin kuat membuatkan Amanda yang cuba merungkaikan ikatan di tubuhnya. Semakin kuat bunyi tapak kasut itu semakin kuat Amanda meronta. Raisya juga turut melakukan perkara yang sama. Mereka cuba untuk melepaskan diri walaupun semua itu mustahil.
Tap…
Tap…
Tap…
Bunyi seseorang menepuk tangan mula memenuhi ruangan itu. Seorang lelaki bertopeng melangkah menghampiri Amanda. Lelaki itu mencangkung di hadapan Amanda sambil membelai rambut lurus wanita itu.
“Jangan berani kau sentuh dia!” Raisya di sebarang sana menjerit kuat. Walaupun dia juga menggeletar tetapi dia tidak mahu menunjukkan kelemahannya. Amanda akan menjadi lebih takut jika dia lemah.
“Memekak lah sial!” Jerit Ghost dengan amarah yang membara. Raisya tergaman apabila ditengking sebegitu rupa. Ludahnya tiba-tiba terasa kelat. Nyawanya bagaikan sudah dihujung tanduk. Walaupun ghost memakai topeng, dia dapat merasakan renungan membunuh dari lelaki itu.
Amanda yang tadinya meronta, terdiam. Suara itu!
“Fa…Faizal?” Gagap Amanda meneka dengan wajah gugup. Ghost yang tadinya merenung Raisya mula mengalihkan pandangannya. Wajah Amanda yang kelihatan pucat itu dipandang dengen senyuman sinis di sebalik topengnya.
“Bagus. Kau pantas. Tak macam suami kau. Lembab! Tak payah aku berpura-pura lagi.”
Faizal mula melepaskan topeng di wajahnya membuatkan Amanda tergaman. Tanpa dia sedari, air matanya mula mengalir. Dia terkaku apabila telahannya benar. Kepalanya digelengkan ke kiri dan kanan dengan pantas.
“Tak mungkin. Tak mungkin.”
Amanda menggelengkan kepalanya dengan tangisan yang mula pecah.
Faizal tersenyum sinis. Wajah kusut Amanda dirapikan. Dia masih cuba untuk membantu menghilangkan debu di wajah mulus Amanda. Wajah yang dulunya comel sudah comot. Kesiannya.
“Kenapa? Kenapa awak buat semua ni? Apa salah Arasy? Apa salah Arasy pada awak!” Amanda menjerit kuat membuatkan Faizal mendengus kasar. Rambut Amanda dijambak kuat sambil membawa wajah itu memandangnya.
“Salah Arasy? Salah dia sebab jadi anak Tan Sri Mukhriz! Salah dia sebab rampas apa yang aku sayang! Salah dia sebab hidup dalam dunia ni!” Balas Faizal dengan nada yang keras. Anak matanya kelihatan merenung Amanda dengan tajam. Bagaikan sarat dengan dendam.
“Binatang!”
Paaang!
“Amanda! Hoi, jangan lempang dia lah!” Raisya mula meronta-ronta untuk dilepaskan. Dia sendiri tidak menjangka bahawa lelaki itu sanggup bertindak sejauh itu.
“Lain kali jangan mencarut, kan dah sakit.” Faizal usap bibir Amanda yang sudah berdarah. Amanda diam. Dia mula menggigil kuat. Faizal di hadapannya bukan senior sekolahnya yang lemah lembut tetapi lelaki di hadapannya adalah syaitan bertopengkan manusia.
“Kena…kenapa?” Lemah sungguh suara Amanda menyoal.
Pandangannya beradu lama dengan anak mata Faizal. Tapi bezanya, anak matanya sarat dengan kesedihan manakala anak mata Faizal penuh dengan api kemarahan.
Faizal ketawa sinis. Tangan yang tadinya menjambak rambut Amanda mula dilepaskan. Dia mula ketawa dengan kuat. Bagaikan dia sudah menang dalam pertaruhan. Setelah beberapa minit, dia mula berhenti ketawa. Kerusi yang berada di sisi gudang ditarik sehingga kerusi itu berada tepat beberapa meter di hdapan Amanda.
“Okay, fine. Memandangkan aku tengah happy gila sekarang ni, kau cakaplah. Apa yang kau nak tahu dulu?” Tanya Faizal yang sudah duduk di kerusi berhadapan dengan Amanda. Santai sahaja lelaki itu memeluk tubuh memandang wanita muda itu.
“Kenapa kau bunuh Adha?”
Kening Faizal ternaik sedikit. Senyuman sinis kembali terpahat di bibirnya.
Bersambung...!
•20/02/2023
•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨
•Remember: What you give is what you will get back ✨
(Sorry lambat sangat update. Hope korang suka dengan chapter ni. Sis dah reveal dah siapa sebenarnya Ghost. Ada yang betul ke tekaan dia? Siapa yang berjaya teka? Raise your hand, babe!)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top