Tuan Arasy | 68

"I never let you go, babe!"


Dua buah helicopter mula mendarat di sebuah kawasan lapang. Angin di kawasan itu mula bertiup kencang apabila helicopter itu mendarat di tanah. Terdapat beberapa hilux yang sudah sedia menunggu di situ. Beberapa orang lelaki mula berlari ke arah helicopter itu sebaik sahaja seorang lelaki berbaju t-shirt biru muda melompat turun dari helicopter itu.

Boss…” Seorang lelaki bertatu helang di lengannya mula menyapa lelaki berbaju t-shirt biru itu.

“Macam mana?” Tanya ghost kepada orang suruhannya itu.

“Semua ditanggung beres. Jangan risau.” Lelaki bertatu itu menjawab yakin. Ghost memandang orang suruhannya tajam.

“Kau jangan nak yakin sangat. Aku tak nak ada sesiapa pun masuk kawasan kita. Kawal dengan ketat Dark. Jangan buat silap! Kau tahu kan apa yang aku akan buat kalau aku marah.” Tajam sahaja anak mata ghost menikam anak mata Dark.

“Ta…tahu boss. Boss jangan risau. Aku dah kawal tempat ni. Polis pun tak boleh buat apa-apa. Tempat tu penuh dengan orang-orang kita. Orang luar tak boleh masuk.” Balas Dark yakin.

“Bagus. Angkat perempuan itu masuk hilux.” Arah Ghost sebelum melangkah pergi dari situ.

“Pai!” Jerit Dark kuat pada orang suruhannya itu. Berlari anak-anak buahnya ke arah Helicopter itu apabila mendengar jeritan dari ketuanya itu.

Dark memandang wajah ghost yang memangku seorang wanita muda yang sudah pengsan di kerusi penumpang melalui cermin pandang belakang. Wajah beku Evan di sebelahnya dipandang sekilas.

“Dia ke girlfriend yang boss cakap tu?” Takut-takut Dark menyoal. Tangannya masih pada stereng bagi mengawal pemanduannya yang semakin terhujung-hayang kerana melalui jalan yang berbatu itu.

“Hurm.” Balas Ghost pendek. Dia masih sibuk membelai rambut Amanda yang menutupi wajah mulus gadis itu.

“Cantik.”

Ghost tersenyum kecil. Wajah Amanda dipandang lama. Amanda sungguh cantik. Sangat cantik. Dia sudah memerhatikan gadis itu sedari dulu. Kecantikan dan perilaku manja Amanda membuatkan hatinya berlagu riang.

Senyuman di bibirnya bertukar pahit. Wajahnya kembali tegang. Alangkah bagusnya jika dia memiliki Amanda. Jika dia tidak takut untuk mendekati Amanda sudah pasti, Amanda menjadi wanitanya. Dia terlampau takut. Dia terlalu sayangkan Amanda sehinggakan dia sanggup membiarkan Amanda bersama orang lain.

Tapi dia tak boleh terima kenyataan yang Amanda sudah menjadi milik Arasy. Mengapa dalam banyak-banyak lelaki, Arasy yang Amanda pilih? Mengapa Arasy sentiasa merebut semua yang dia mahukan? Mengapa?

Arasy memandang Raider yang sibuk menekan-nekan keyboard komputer ribanya. Jantungnya masih lagi tidak mampu bertenang. Sudah lebih dua puluh empat jam, Amanda menghilang. Kehilangan Amanda sudah dilaporkan ke pihak polis. Kini Raider diarahkan untuk menjejak keberadaan isterinya.

Arasy memandang telefon Amanda digenggamannya. Dia menggenggam telefon pintar Amanda dengan erat. Dia tahu ini adalah rancangan ghost. Hanya ghost yang terlalu berdendam dengannya. Dia tahu lelaki itu yang menculik isterinya. Siapa lagi yang berdendam dengannya. Dia kini sudah tahu siapa ghost yang sebenarnya.

Arasy mengeluh kasar.

‘Kau memang licik ghost. Kau memang pandai berpura-pura sampai aku tertipu. Kenapa? Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Sahabat yang aku anggap seperti adik-beradik sanggup tikam aku dari belakang! Kenapa kau buta sangat Arasy? Ghost memang tak pernah jauh dari kau. Dia cukup dekat dengan kau Arasy! Cukup dekat tapi kau yang buta! Kau buta Arasy!’ Arasy meraung di hati.

Nick sudah membongkar segala kebenaran yang dia ketahui sebaik sahaja lelaki itu kembali. Pada mulanya dia tergaman. Dia tak sangka dia akan dikhianati sebegini. Dia hampir jatuh terduduk apabila mengetahui siapa ghost yang sebenarnya.

Dia terlalu terkejut dengan kebenaran yang baru sahaja terkongkar sehinggakan dia tak mampu bertindak. Tapi tak disangka, ghost pantai mengambil kesempatan ke atas dirinya. Ghost bijak! Terlalu bijak! Dia tahu tembelangnya sudah pecah sebaik sahaja Nick terlepas dan dia rancang untuk culik Amanda. Kau memang bijak ghost! Kau memang bijak!

“Arasy, apa dah jadi?”

Arasy berpaling memandang Wafiy yang mendekatinya dengan wajah risau. Lelaki itu memandang sekeliling dengan wajah keliru.

“Tempat…Tempat apa ni Arasy? Raisya? Raisya mana?” Tanya Wafiy risau.

Hampir luluh jantungnya apabila mendapat tahu bahawa Raisya dan Amanda hilang. Baru dua jam tadi kawan Raisya menelefon ibu gadis itu untuk mengetahui keberadaan Raisya yang masih tidak kelihatan di Narita International Airport.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Arasy mengatakan bahawa Amanda turut hilang setelah keluar dari rumah untuk bertemu Raisya. Lagi serabut kepalanya apabila nenda dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung. Mungkin nendanya itu terlampau terkejut dengan berita buruk itu.

Ghost. Aku rasa ghost culik Raisya dan Amanda.”

Ghost?” Wafiy pandang Arasy lama. Arasy mengeluh kecil. Dia mula menceritakan kembali siapa dan kenapa ghost melakukan semua ini.

“Kenapa Raisya? Raisya tak ada kena mengena dengan korang berdua. Ghost berdendam dengan kau Arasy. Raisya cuma cousin kau! Raisya tak penting!” Bentak Wafiy dengan emosi yang tak mampu dikawal.

“Sebab dia nak umpan bini aku. Kau ingat dia boleh culik isteri aku kalau bukan dengan gunakan Raisya? Dia gunakan Raisya untuk dapatkan Amanda. Itu tujuan dia!” Bentak Arasy kuat. Dia tahu Wafiy tertekan. Dia tahu Wafiy sayangkan Raisya. Dia juga bergitu. Dia terlalu sayangkan Amanda. Tetapi bergaduh tak mampu selesaikan semuanya. Amanda dan Raisya tidak akan kembali.

Wafiy yang duduk di kerusi di berhadapan dengan Arasy memicit dahinya kasar, Dia tak pernah terfikir perkara seperti ini akan berlaku. Kepalanya mula kusut. Raisya hilang. Nenda masih kritikal. Dia hilang arah! Dia tak kuat!

Qasy memandang Wafiy yang beriak risau di hujung sana, mengeluh kecil. Dia pasti telahannya tidak pernah salah. Wafiy terlalu mencintai Raisya. Dia dapat melihat perasaan cinta yang terlampau dalam pada Raisya melalui anak mata lelaki itu.

Dia tahu Wafiy masih memendam perasaan. Dia kenal Wafiy. Dia selalu menemani Arasy, Ashraf dan Adha melepak. Kadang-kadang Wafiy turut menyertai mereka. Sudah pastinya Adha akan mengajak si kekasih hati. Dia sudah dapat menilai bertapa Wafiy kecewa apabila melihat Adha dan Raisya bermesra. Dia tahu lelaki itu terluka. Tapi dia tahu, Wafiy tak mampu meluahkan perasaannya.
Raisya pasti tidak menerima cintanya kerana cinta Raisya saat itu hanya pada arwah. Tambahan pula Wafiy sepupunya sendiri. Jatuh cinta pada sepupu sendiri. Siapa sahaja yang percaya?

“Habis apa rancangan kau sekarang?” Tanya Wafiy setelah dirinya mula sedikit tenang. Arasy turut kehilangan Amanda. Dia pasti Arasy sudah mempunyai rancangan apabila melihat Arasy setenang itu.

“Raider tengah track location Amanda.” Arasy pandang Raider yang masih gigih menekan-nekan keyboard miliknya sambil ditemani Nick yang masih setia di sebelahnya.

Wafiy memandang lelaki berkaca mata yang masih tekun dengan komputer ribanya. Di sebelahnya terdapat seorang lelaki sedang memerhati sahabatnya menjejak Amanda.

Hacker?” Terpancul perkataan itu dari mulutnya. Arasy jatuhkan kepalanya.

Wafiy memandang Arasy lama.

“Kenapa kau rahsiakan benda ni dari aku?” Tanya Wafiy dengan nada rendah. Mungkin kecewa apabila Arasy tidak memberitahunya perkara sepenting itu. Adakah dia seorang yang tak boleh dipercayai?

“Makin ramai orang tahu, makin bahaya.” Mudah Arasy menjawab.

“Raisya tahu?” Teragak-agak Wafiy menyoal. Arasy menggelengkan kepalanya.

“Tak. Raisya tak tahu. Dia cuma kambing hitam. Sama seperti arwah Adha.”

Wafiy menganggukkan kepalanya perlahan. Qasy yang sibuk menjilat lollipop di antara dua orang lelaki yang berbadan sasa itu dipandang sekilas.

“Qasy tahu?”

Arasy pandang Qasy yang duduk di antara Roy dan Jeremy seketika sebelum kembali memandang Wafiy.

“Dia tahu rahsia Johan. Hanya tempat ni yang selamat untuk dia.” Balas Arasy lagi. Wafiy menganggukkan kepalanya perlahan. Keningnya terangkat apabila terpandang telefon pintar berwarna merah jambu di genggaman Arasy.

Phone Amanda dengan kau. Macam mana kau nak cari dia?” Tanya Wafiy risau. Arasy tersenyum sinis.

“Amanda tak pernah tanggalkan rantai permata yang aku hadiahkan pada dia. Raider dah letak tracker dalam loket tu. Insyaallah kita akan dapat kesan mereka. Kau jangan risau.” Balas Arasy lagi.

Arasy tahu ghost tak bodoh. Lelaki itu mempergunakan Raisya untuk mengumpan isterinya. Lelaki itu sengaja menyuruh Amanda pergi ke gudang terbiar itu seorang diri. Mudah untuk anak buahnya menculik Amanda. Tambahan pula di gudang itu tiada cctv. Pasti dia akan semakin sukar menjejak Amanda. Tapi dia sudah membuat persiapan. Dia tahu lambat laun Amanda akan menjadi mangsa.

Wafiy menghela nafas lega.

“Kau memang bijak.”

“Aku memang bijak. Tapi tu bukan idea aku. Tu idea Qasy.” Balas Arasy selamba. Wafiy pandang Qasy. Qasy angkat kening.

“Qasy tahu Qasy bijak.” Bongkak Qasy menjawab membuatkan Wafiy menggelengkan kepalanya sedang senyuman nipis. Hatinya mula sedikit lega. Dia tidak risau seperti tadi lagi.

“Amanda…Amanda…”

Amanda mencelikkan matanya perlahan-lahan. Pandangannya yang mulanya kabur bertukar jelas. Dia mula mengerutkan kening apabila dia mula menyedari yang dia kini berada di suatu tempat yang dia sendiri tidak pasti. Hatinya mula berdegup laju apabila menyedari kaki dan tangannya diikat di kerusi. Dia mula meronta-ronta sendirian.

“Amanda… Amanda…”

Terasa namanya dipanggil membuatkan dirinya berhenti meronta. Suara itu tidak asing di telinga. Dia mula mencari punca suara itu.

“Sinilah… Amanda… Kanan kau.”

Amanda pusingkan kepalanya memandang ke arah kanan. Mengikut arahan suara kecil itu. Terbeliak anak matanya apabila melihat keadaan Raisya yang sudah kusut masai. Matanya mula berair apabila melihat kesan lebam di pipi Raisya dan kesan luka di tepi bibir wanita itu.

“Raisya…Isk…Isk…”

Amanda mula menangis ketakutan. Raisya juga sepertinya. Diikat di kerusi. Tetapi keadaan Raisya lebih memilukan. Wanita itu kesakitan.

“Manda… Jangan lah nangis. Hei, janganlah nangis…” Pujuk Raisya perlahan. Dia tahu Amanda ketakutan. Dia juga begitu. Tapi mereka perlu berani. Arasy pasti akan melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mereka.

“Macam…Macam mana awak boleh ada dekat sini Raisya? Bukan awak dah nak bertolak ke Jepun?” Amanda bertanya dengan perlahan. Raisya mengoyakkan senyuman nipis.

“Sebelum bertolak aku dapat whatassp dari kau. Kau cakap kau nak jumpa aku. Flight aku masih ada dua jam, aku rasa aku masih sempat jumpa kau. Tak sangka pula tu semua ulah ghost. Aku patutnya bijak. Whatassp tu bukan nombor kau, tapi aku yang bodoh. Senang sangat percaya..” Raisya mengeluh kecil. Kalaulah dia lebih peka. Pasti dia dan Amanda tidak akan berada di sini. Pasti sekarang dia sedang bergembira bersama Shinichi di Jepun…

“Pipi awak tu…” Takut-takut Amanda menyoal. Melihat keadaan Raisya sahaja dia sudah dapat merasa kesakitan yang luar biasa. Bagaimanakah Raisya mampu bertahan?

Raisya ukir senyuman nipis.

“Aku okay. Kau jangan risau. Aku tak lembik macam kau.” Sindir Raisya selamba. Amanda tersenyum nipis. Dia mula memandang sekeliling.

“Kita di mana?” Tanya Amanda risau. Mereka sekarang dikurung di sebuah gudang yang bagaikan sebuah penjara. Ruangan itu terlampau tertutup. Mujur sahaja terdapat lampu di syiling yang menerangi ruangan itu. Jika tidak mereka akan berada di dalam kegelapan.

“Entahlah. Aku tak tahu. Gudang? Sebab ruangan ni besar.”

“Gudang tadi ke?” Amanda bertanya lagi.

“Tak mungkin. Aku pasti kita bukan di Malaysia.”

“Bukan di Malaysia?” Amanda membuntangkan matanya. Raisya menganggukkan kepalanya perlahan.

“Sebab sebelum aku pengsan, aku perasan yang dia orang bawa aku naik heli.” Balas Raisya yakin.
“Heli? Helicopter?” Amanda membulatkan matanya tidak percaya.

“Yelah. Helicopter. Lagipun, ghost tu tak bodoh sangat. Dia mesti bawa kita ke tempat yang jauh. Dia mesti tak nak Arasy jumpa kita.” Balas Raisya lagi.

“Arasy…” Wajah Amanda bertukar keruh apabila mengingatkan sebaris nama itu. Arasy, Manda takut…

“Jangan risau. Aku yakin, Arasy akan jumpa kita. Kau bertahan sikit.” Pujuk Raisya perlahan. Amanda menganggukkan kepalanya dalam ragu-ragu.

'Saya tunggu awak, Arasy.'

Note!:

[ Tuan Arasy | 46 ]

Qasy: Hello, Aku nak kau buatkan rantai untuk Amanda. Rantai yang sama dengan jam tangan Raider. Aku nak kau letakkan tracker dalam tu. Kita tak tahu apa yang akan jadi nanti.

Raider: okay, tak de hal!

Bersambung....!

•08/02/2023

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember: what you give is what you will get back ✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top