Tuan Arasy | 67
"Your best friends are the one who are always there for you no matter what!"
Amanda memandang bayi kecil di pangkuannya dengan wajah teruja. Bayi yang masih tidur kerana sudah kenyang dipandang lama. Tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman. Pipi bayi perempuan itu cukup tembam. Sangat comel di matanya. Lama dia menatap bayi perempuan di pangkuannya itu.
“Harissa… Buka lah mata. Mama Amanda datang tu…” Suara Mira mengejutkan Amanda yang sedari tadi merenung bayi di tangannya. Wajah Mira dipandang lama.
“Kak Mira cakap apa tadi?”
Takut-takut Amanda bertanya. Wajah kakak iparnya yang terbaring di atas katil itu dipandang penuh makna. Mira tersenyum kecil.
“Kak Mira cakap, Harissa bertuah. Dia ada ibu dan dia ada mama Amanda. Bertuah kan Harissa dapat kasih sayang dari dua orang ibu?” Mira menyoal dengan senyuman.
Amanda terdiam. Mama Amanda? Serta merta pandangannya jatuh pada bayi kecil di pangkuannya. Entah mengapa hatinya mula sebak.
“Amanda.”
Amanda mengangkat muka. Wajah kakak iparnya dipandang. Mira tersenyum nipis apabila ternampak mata Amanda mula merah apabila pandangan mereka bertembung. Pasti Amanda sedang menahan diri dari menangis.
Jari Mira mula menyentuh pipi mulus Amanda. Mutiara jernih yang sudah turun ke pipi Amanda, diusap lembut.
“Harissa anak akak. Tapi dia juga anak saudara Amanda. Janji dengan akak yang Manda akan sayang dia seperti anak Manda sendiri kalau akak berkongsi dia dengan Manda?” Tanya Mira lagi. Amanda mengangguk pantas membuatkan Mira tersenyum.
“Macam ni lah adik akak.”
Amanda tersenyum kecil. Wajah Harissa di pangkuannya dipandang lama.
‘Harissa… Mama datang sayang…’
Pipi gebu Harissa dicium sayu. Entah mengapa hatinya mula berubah tenang. Dia bahagia.
Arasy yang tadinya memerhati tingkah laku Amanda dari balkoni mula mengalihkan pandangannya. Sebak hatinya apabila melihat wajah teruja Amanda sewaktu memangku bayi yang berusia 2 bulan itu. Amanda kelihatan cukup gembira di matanya.
Anak matanya yang berkaca disapu kasar. Dia tidak mahu ada yang melihatnya dalam keadaan itu. Dia perlu kuat. Amanda yang lemah itu mampu bertahan, apatah lagi dia yang lelaki. Dia ketua keluarga! Dia perlu kuat.
Aariq yang perasan perubahan di wajah adiknya apabila melihat Amanda memangku anak keduanya itu menghela nafas lemah. Dia mula berdiri di sebelah adiknya sambil memandang ke arah padang bola yang riuh dengan remaja-remaja aktif bermain bola sepak.
“Kau kena kuat. Amanda cuma ada kau. Kalau kau lemah, dia?” Aariq mula bersuara perlahan. Hanya dia dan Arasy sahaja yang boleh mendengar perbualan yang akan mereka bicarakan.
“Aku tak boleh tengok dia dukung anak kau. Aku rasa bersalah.”
“Kenapa nak rasa bersalah? Allah dah rancang sebaik-baik perancangan. Kenapa nak sedih?” Aariq menyoal lagi.
“Kau tak faham.”
Aariq menggelengkan kepalanya perlahan.
“Kau lupa ke Arasy berapa lama aku tunggu untuk dapat Khalesya dulu? 5 tahun Arasy. 5 tahun isteri aku menangis bila ada orang kutuk dia mandul sedangkan kami suami isteri sihat. Kau lupa ke Arasy?”
Kata-kata Aariq membuatkan Amanda terdiam. Kata-kata Aariq benar belaka. Abangnya itu kahwin muda. Tapi zuriatnya datang lambat. Mungkin ujian untuk mereka berdua.
“Percayalah Arasy, Allah tu maha mengetahui. Ada sebab dia buat semua ni. Aku harap kau sabar.” Pujuk Aariq lagi. Bahu adiknya ditepuk lembut. Arasy tersenyum nipis.
“Thanks bro.”
“Tak ada hal lah.”
Puan Sri Hasnawati tersenyum kecil melihat Amanda yang ceria menikmati ais kacang di mangkuknya. Anaknya itu sudah semakin pulih. Amanda juga sudah kembali tersenyum riang seperti dulu lagi. Dia kini sudah lega melihat perubahan itu.
“Sedap sangat ke ais kacang tu?” Puan Sri Hasnawati menegur.
“Sedap. Mama nak rasa?”
Puan Sri Hasnawati menggelengkan kepalanya perlahan.
“Tak apalah. Manda makan, mama temankan.”
Amanda mengangguk dengan gembira. Tangannya masih ligat menyuapkan suapan ais kacang ke mulutnya. Ais kacang itu terlampau menyelerakan. Sudahlah manis, sejuk, enak pula tu.
Telefon Amanda tiba-tiba berbunyi ‘Ting’ menandakan ada pesanan yang masuk. Amanda pantas mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja itu. Aplikasi WhatsApp dibuka. Keningnya mula bertaut sebaik sahaja membaca pesanan itu.
“Kenapa Amanda?” Tanya Puan Sri Hasnawati dengan riak risau. Wajah anaknya yang berkerut seribu setelah membaca pesanan itu membuatkan dia tertanya-tanya.
“Raisya..”
Amanda memandang mamanya sekilas sebelum pesanan daripada Raisya itu dibaca Kembali.
‘Manda, aku nak jumpa kau. Please, Manda… Tolong aku…’
“Kenapa dengan Raisya?” Puan Sri Hasnawati bertanya lagi. Bukankah gadis itu sudah berlepas ke Jepun? Adakah gadis itu dalam masalah?
“Raisya nak jumpa Manda. Manda kena pergi…” Amanda bingkas berdiri tetapi langkahnya berhenti sebaik sahaja mendengar teguran mamanya.
“Manda nak pergi dengan apa? Manda mana ada kereta. Tadi Manda datang dengan Arasy kan?” Tegur Puan Sri Hasnawati lembut. Amanda tepuk dahi.
“Pinjam kereta mama?” Amanda pandang wajah mamanya lama.
“Mama ikut. Mama pakai tudung sekejap.” Baru sahaja Puan Sri Hasnawati mahu melangkah, Amanda membantah.
“Tak apa mama. Manda pergi sendiri. Mungkin dia nak luahkan sesuatu pada Manda. Lagipun, Raisya mesti tak selesa kalau mama ikut. Ma, girls talk only.” Balas Amanda lagi. Wajah mamanya dipandang penuh harapan.
“Tapi mama risau..” Hati Puan Sri Hasnawati yang tiba-tiba berasa tidak enak membuatkan dia takut untuk melepaskan anaknya pergi. Amanda pegang tangan mamanya erat.
“Ma, Manda pergi kejap je. Janji.” Pujuk Amanda lagi. Puan Sri Hasnawati yang tadinya berat hati mula menjatuhkan kepalanya perlahan.
“Janji dengan mama, Amanda kena hati-hati.”
“Okay mama. Manda janji!”
Amanda melangkah masuk ke kawasan gudang lama itu dengan langkah yang perlahan. Adakah dia silap tempat. Telefon pintarnya dihidupkan kembali. Dia cuba mengenal pasti adakah dia berada di tempat yang betul.
‘Betul lah ini tempatnya.’ Guman Amanda di hati. Dia mula memerhati kawasan sekeliling. Mengapa Raisya mahu berjumpa di tempat kumuh seperti ini? Gudang terbiar? Biar betul?
“Raisya! Kau dekat mana?” Amanda menjerit kuat. Berharap agar Raisya muncul di depannya.
Telefon pintarnya yang berbunyi membuatkan dia bergegas mencari pesanan yang dia perolehi. Dia berharap agar pesanan itu daripada Raisya tetapi tidak. Pesanan itu dari suaminya, Arasy.
Sayang dekat mana?
Kenapa keluar tak cakap?
Saja nak buat saya risau kan?
Amanda memandang sekeliling sebelum dia membalas pesanan dari Arasy.
Saya jumpa Raisya.
Saya dah on the way nak balik.
Baby tunggu kejap ye.
Amanda kembali menyimpan telefon pintarnya di dalam poket seluar. Dia mula berasa seram sejuk apabila berada di situ seorang diri. Batang hidung Raisya langsung tidak kelihatan. Adakah gadis itu mempermainkan dia? Sungguh, benda ni tak kelakar!
“Raisya, aku nak balik ni! Aku tak suka kau main-main macam ni! Aku nak balik! Kau jangan cari aku.”
Amanda mula menjerit kegeraman. Jika Raisya berada di depan matanya, dia akan mencubit lengan gadis itu sampai membiru. Biar padam muka. Buat lawak bodoh lagi!
Amanda mula memusingkan tubuhnya untuk pulang. Matanya membulat apabila dua orang lelaki bertopeng mula memegang tangannya.
“Korang siapa? Lepaskan aku!”
Amanda mula meronta-ronta untuk melepaskan diri. Jantungnya mula berdengup laju. Dia mula takut.
Tanpa membalas, seorang lelaki mengeluarkan picagari di poket keluarnya lalu tengkuk Amanda mula disuntik dengan cairan berwarna jernih itu. Rontaan Amanda mula lemah. Pandangannya mula kabur. Tanpa sedar, dia pengsan disitu.
“Bawa dia!”
Arasy kehulu-kehilir dengan telefon pintar di telinganya. Dia masih cuba untuk menghubungi isterinya itu. Tetapi panggilannya langsung tidak dijawab membuatkan hatinya dipagut rasa risau.
“Mama risaulah Arasy. Dah empat jam Amanda tak balik ni. Dia tak pernah hilang lama macam ni.” Puan Sri Hasnawati menyuarakan rasa gelisah. Wajah menantunya dipandang dengan wajah risau.
“Manda singgah cafe kut. Awak tahu lah anak perempuan awak tu macam mana Has. Dia suka dessert. Mesti dia singkat cafe favourite dia tu.” Ujar Tan Sri Khalid tenang. Walaupun wajahnya langsung tidak menunjukkan wajah risau, percayalah. Jantungnya sudah berdebar kencang tanpa dia sedar.
“Awak memang selalu macam ni! Amanda tu perempuan. Macam-macam boleh jadi. Dah empat jam dia tak sampai rumah lagi. Bukan empat puluh minit.” Marah Puan Sri Hasnawati kegeraman.
Puan Maryani menggosok lengan madunya lembut. Berharap agar wanita itu bertenang.
“Akak risau Mar.” Puan Sri Hasnawati mengadu.
“Mar tahu, akak. Mar pun risau..” Puan Maryani memujuk lembut.
“Arasy, macam mana?” Tanya Tan Sri Khalid kepada kepada menantunya itu.
“Phone Amanda tak aktif.” Jawab Arasy risau. Zynn di sebelah sibuk dengan telefon pintarnya. Wajahnya cukup tegang saat itu, sama seperti majikannya itu.
“Tuan…”
Dua orang lelaki melangkah masuk ke rumah itu dengan wajah pucat. Mereka mula menghampiri Zynn yang berwajah tegang itu. Pantas sahaja mereka menjatuhkan kepala apabila mereka sudah berdiri di hadapan Zynn.
“Kami minta maaf. Kami gagal awasi Puan Amanda.”
“Minta maaf? Sesenang tu?” Nada Zynn masih rendah tetapi terdapat getaran di suaranya itu. Lelaki itu bagaikan sedang menahan emosi.
“Kami…” Belum sempat Syafiq bersuara, Zynn terlebih dahulu bersuara.
“Kenapa susah sangat kau nak dengar arahan aku? Kenapa susah sangat kau nak buat apa yang aku suruh? Aku suruh korang jaga Puan Amanda! Kenapa susah sangat kau nak terima arahan?” Kali ini nada Zynn sudah naik seoktaf. Turun naik dadanya menahan amarah.
Menggigil tubuh Syafiq dan Amir saat ini. Pertama kali mereka melihat Zynn seperti ini. Mereka sedar yang mereka telah melakukan kesilapan yang terbesar sehinggakan Zynn yang sentiasa beriak tenang mula diserang amarah.
“Zynn…” Arasy mula bersuara apabila melihat wajah tenang Zynn. Dia tahu apa yang akan berlaku sekejap lagi.
“Aku bagi tugas ni pada korang sebab aku percayakan korang! Aku percayakan korang! Tapi bukan sekali. Dua kali korang khianat aku! Dua kali!” Marah Zynn lagi. Tajam anak matanya memandang anak buahnya itu.
“Kami… Kami minta… maaf. Kami tak tahu yang Puan Amanda drive kereta Puan Sri. Kalau kami tahu.. Kami…” Tak sempat Amir membela diri, Zynn membidas lagi.
“Bullshit! Berapa kali korang nak bagi aku alasan bodoh macam ni?! Hah! Korang memang tak berguna! Menyesal aku percayakan korang! Bodoh! Aku bodoh sebab bagi kepercayaan aku pada korang. Bodoh!” Marah Zynn dengan wajah kesal.
“Zynn…”
Arasy mendekati Zynn. Bahu Zynn disentuh bagi menenangkan lelaki itu. Zynn yang tiba-tiba melulut di hadapan Arasy berjaya membuatkan Arasy dan ahli keluarganya terkejut. Syafiq dan Amir tergaman melihat ketuanya yang sudah melutut di kaki Arasy.
“Aku minta maaf Arasy. Aku yang salah. Aku yang gagal jaga Amanda. Aku gagal. Aku gagal.”
Zynn menundukkan wajahnya tanpa berani memandang Arasy saat ini. Arasy tergaman. Syafiq dan Amir yang melihat kejadian itu mula mengikut jejak langkah ketuanya. Mereka turut melutut di hadapan Arasy saat ini.
“Kami minta maaf Tuan Arasy. Kami tak jalankan amanah Tuan dengan baik. Hukumlah kami Tuan Arasy. Kami yang salah. Bukan Tuan Zynn.”
Arasy mengeluh kasar. Tubuh Zynn ditarik kasar sehingga lelaki itu berdiri di hadapannya saat ini. Tubuh Zynn yang tiba-tiba lemah berjaya ditarik dengan pantas. Cengkaman di kolar baju Zynn dikuatkan. Wajah Zynn ditarik memandangnya.
“Bukan ni cara untuk kau tebus salah kau, Zynn. Ye, aku marah! Memang aku marah! Bini aku hilang, Zynn. Hilang! Tapi kau kawan aku, Zynn! Semarah mana aku pada kau, kau kawan aku! KAU KAWAN AKU!”
Tubuh Zynn digongcang kuat membuatkan Zynn tersentak. Anak matanya memandang Arasy dengan satu pandangan yang tak dapat dipastikan. Rasa terharu mungkin?
Arasy melepaskan cengkaman di kolar Zynn kasar. Anak matanya masih tajam memandang wajah pekerja yang merangkap sahabatnya itu.
“Kalau kau betul sahabat aku, kalau kau betul nak tebus salah kau, tolong aku. Tolong aku cari Amanda. Tolong aku, Zynn.” Rayu Arasy dengan wajah berharap. Dia memang marahkan anak buah Zynn yang sudah lalai menjaga isteri dua kali berturut-turut. Tetapi dia tak sanggup hilang sahabat. Sahabat yang dia sayang sampai mati.
“Janji kau akan bantu aku cari Amanda?” Arasy hulurkan tangan.
Zynn pandang huluran tangan itu dengan perasan yang di sendiri sukar untuk tafsirkan. Nafas ditarik lama. Dia cuba menenangkan rasa sesak di dada. Tanpa teragak-agak huluran Arasy disambut. Mereka mula berjabat tangan.
“Aku janji.”
Arasy ukir senyum.
“Thanks Zynn.”
Bersambung...!
•07/02/2023
•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨
•Remember : What you give is what you will get back ✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top