Tuan Arasy| 65

"You have to know the past to understand the present."

Amanda memandang Arasy yang sedang bersiap-siap di hadapan dressing table. Entah mengapa hubungannya dengan Arasy terasa goyah. Arasy terlalu sibuk kebelakangan ni.

Kata papa, lelaki itu sedang berusaha menjejak ghost. Mungkin kerana kejadian yang berlaku padanya membuatkan Arasy bimbang. Pasti lelaki itu sedang merancang sesuatu.

Tapi Amanda sedih. Dia sudah bersedia berkongsi segala-galanya dengan Arasy. Mungkin Arasy tidak mahu dia bimbang tetapi dia perlu mengetahui segalanya. Arasy tidak perlu berahsia lagi dengannya. Dia sudah tahu tentang ghost dan dia sendiri sudah mengetahui berita tentang Johan.

Kata Qays, Johan dahulunya seorang abang yang baik. Tetapi mungkin kerana desakan orang disekeliling membuatkan lelaki itu jatuh ke lembah kejahatan. Mungkin kerana berasal dari keluarga yang miskin membuatkan Johan iri dengan Arasy. Manusia yang sudah mempunyai sifat dengki dan dikuasi amarah mudah melakukan sesuatu yang buruk.

“Amanda…”

Amanda yang tekun merenung Arasy mula tersedar. Arasy ketawa kecil.

Are you okay, baby boo?

Dagu Amanda ditolak ke atas membuatkan Amanda mendongak memandangnya.

“Awak nak pergi mana? Saya nak ikut.” Amanda mula mencuba nasib. Gelengan Arasy membuatkan senyuman di bibirnya pudar.

“Awak stay dekat rumah ye. Saya pergi kejap saja. Saya ada hal mustahak yang kena selesaikan. Sekarang dah lewat malam, awak tidur ye.” Arasy mula memujuk dengan lembut.

Amanda pandang anak mata Arasy lama. Anak mata itu kelihatan terpancar sesuatu. Cinta dan sayang. Tetapi Amanda sedar suatu perkara. Anak mata itu kelihatan letih, penat dan sayu.

“Saya pergi dulu ye sayang. Jangan tunggu saya tau. I love you baby.”

Arasy cium dahi Amanda seketika sebelum lelaki itu mula melangkah pergi. Amanda terkedu seketika.
Entah mengapa dirinya meronta-ronta untuk mengikuti Arasy. Dia pernah berjanji pada Arasy yang dia akan sentiasa di sisi lelaki itu pada bila-bila masa dan ini saatnya. Amanda bingkas berdiri. Dia perlu ikut Arasy!

Amanda memandang kawasan sekitar dengan pandangan seram. Disekelilingnya terdapat pokok-pokok yang kelihatan menakutkan. Dia yakin Arasy melalui jalan ini sebentar tadi. Walaupu dia mengekori Arasy dengan jarak jauh, dia yakin Arasy ke sini.

Tangannya memegang stereng kereta dengan kemas. Dia terlampau takut. Hari sudah larut malam dia pula berada di sebuah hutan yang dia sendiri tidak pasti. Perlahan sahaja keretanya bergerak melawan kepekatan malam di jalan yang sepi tanpa sebarang cahaya itu. Hanya cahaya keretanya sahaja yang kelihatan saat ini.

Kening Amanda terjongket apabila dia terpandang sebuah cahaya dari sebuah bangunan yang serba hitam tidak jauh dari tempat keretanya berhenti. Mungkinkah Arasy kesana? Bangunan itu kelihatan cukup besar dan dilindungi dengan pagar yang agak tinggi. Menyeramkan.

Amanda mula mematikan enjin keretanya. Dia kemudiannya melangkah keluar dari situ. Pandangannya dihalakan ke arah bangunan di hujung sana. Kepalanya mula ligat berfikir cara untuk dia masuk ke dalam bangunan itu.

Nak panjat ke? Tinggi. Aku sampai ke?’ Amanda mula berteka-teki sendiri.

Tanpa berfikir panjang, Amanda mula menurunkan penutup kepala hoodie di tubuhnya. Dia cuba menyorokkan wajahnya di sebalik penutup kepala itu. Langkahnya mula diaturkan ke arah pagar tinggi itu.

Macam mana nak masuk ni?’

Amanda meraung di hati. Dia seperti sudah mahu menangis apabila melihat pagar batu yang berdiri megah di situ. Sudahlah tinggi, langsung tiada tempat untuk dia memanjat. Dia pula mana pandai memanjat!

Arasy….’ Amanda sudah mahu menangis. Pagar tinggi itu dipukul geram!

Amanda mula mencari pintu masuk ke dalam bangunan itu. Dia kini berdiri di hadapan pagar besi berwarna hitam yang sangat tinggi. Amanda mendekati pintu pagar itu tetapi langkahnya terhenti apabila kedengaran siren yang kuat. Kawasan luar itu mula dihiasi dengan cahaya merah yang bergerak di sekeliling kawasan itu.

Amanda mula menggeletar ketakutan. Tangannya terangkat dengan sendirinya apabila dirinya mula disuluh dengan cahaya merah itu. Bagaikan seorang penceroboh.
Beberapa orang lelaki tegap melangkah keluar dari pintu pagar yang terbuka dengan senapang di tangan. Hampir terkeluar biji matanya apabila lelaki-lelaki itu mengacukan senapang ke arahnya.

Enemy! Enemy!

Amanda pantas menggelengkan kepalanya apabila mendengar lelaki-lelaki itu bersuara dengan serentak. Tangannya masih tidak dijatuhkan. Air matanya mula bertakung.

Arasy, saya takut….’ Amanda meraung di hati.

“Jalan!” Seorang lelaki memaksanya untuk berjalan dengan menolak-nolak hujung senapang ke tubuh kecilnya. Amanda yang ketakutan hanya menurut dengan lambat.

Arasy….’ Amanda menangis di hati. Tangannya mula menggeletar apabila banyak senapang diacukan kepadanya. Tersilap langkah, hilang nyawanya.

Saya takut….’ Amanda merintih di hati.

Adakah ini dosanya kerana melawan cakap suami? Dia memejamkan matanya. Berdoa di hati agar tuhan tidak mengambil nyawanya lagi. Dia banyak berdosa pada Arasy. Dia masih tak sempat memohon maaf pada Arasy.

“Amanda?”

Amanda yang masih memejamkan matanya kebingungan. Adakah dia sudah mati? Mengapa dia mendengar suara Arasy? Tapi mengapa dia tidak merasa sakit? Adakah dia di syurga?

“Lepaskan dia. She’s my wife! Back off!” Arasy bersuara lantang.

Hampir luluh jantung Arasy melihat Amanda diacukan senapang sebegitu. Arasy’s Studio mempunyai system kawalan yang ketat. Penceroboh akan terus dibunuh! Kalau Amanda mati, mendudalah dia jawabnya!

Semua lelaki yang bersenapang itu mula menjauhkan diri dari wanita asing itu. Senapangnya juga dijatuhkan dari terus diacukan ke arah wanita asing itu. Amanda perlahan-lahan membuka matanya apabila terasa dirinya sudah selamat.

“Arasy…” Amanda mula berlari ke arah Arasy yang mendekatinya dengan wajah risau. Tubuh tegap Arasy dipeluk seerat mungkin.

“Saya rasa dah nak mati… Takut…”

Amanda mengadu dalam pelukan. Air matanya mula mengalir laju. Terasa dirinya selamat di pelukan Arasy saat ini.

“Tak mati lagi.” Qasy yang sedari tadi memerhati drama sebabak itu mula bersuara.

Nick di sebelahnya sekadar memeluk tubuh dengan senyuman di bibirnya. Inilah wanita yang berjaya menghuru-harakan hidup Arasy Naufal.

Not bad.’ Nick memuji dalam diam.

“Awak buat apa dekat sini Amanda? Bahayalah! Kenapa tak tunggu saya dekat rumah? Awak tahu tak saya risau?”

Arasy menghuraikan pelukan sebelum semua kerisauannya dilepaskan. Walaubagaimanapun, nadanya masih lembut. Dia tak mahu isterinya itu terasa hati. Dia hanya risau bukan marahkan wanita itu.

“Habis tu awak ingat saya tak risau? Arasy Naufal Tan Sri Mukhriz! Saya ni isteri awak. Saya patut tahu apa yang awak buat. Awak tahu tak saya risaukan awak. Semua benda awak nak sembunyikan. Awak tak sayang saya ke Arasy? Saya ni isteri awak. Saya patut berada di sisi awak setiap saat. Kenapa awak buat saya macam ni? Awak tak sayang saya ke Arasy…” Amanda mula bercekak pinggang dengan nada marah.

Arasy mula menggosok belakang tengkuknya dengan nada kekok. Dia tahu semua anak buahnya memandangnya dengan wajah terkejut. Tuan Arasy yang garang takut isteri? Matilah nak.

“Korang tunggu sini buat apa lagi? Pergi buat kerja!” Tegas Arasy bersuara. Semua pekerjanya mula beredar.

“Takut bini.” Qasy mengutuk selamba sebelum kembali masuk ke dalam Arasy’s Studio bersama Suzana dan Arasy’s Crew yang lain. Nick tersenyum kecil.

‘Comel je pasangan ni.’ Puji Nick dihati sebelum lelaki itu mengikuti langkah Qasy masuk ke dalam Arasy’s Studio.

“Saya minta maaf…”

Arasy mula memujuk. Lengan Amanda dicucuk berkali-kali dengan nada manja. Amanda memandang Arasy lama. Tanpa sedar dia mendekati Arasy lalu tubuh itu dipeluk erat.

“Saya sayangkan awak Arasy.” Ucap Amanda ikhlas sebelum pelukan itu mula renggang. Tubuh itu muda ringan.

“Ya Allah, sayang.” Amanda pengsan!


Amanda memandang sekitar Arasy’s Studio itu dengan perasaan kagum. Setelah dia tersedar dari pengsan, Arasy mula memperkenalkan dia dengan semua Arasy’s Crew. Baru dia tahu dimanakah Arasy menghilang setiap malam. Rupa-rupanya di sini.

Amanda terpegun di muka pintu apabila dia tersesat masuk ke sebuah tempat latihan menempak. Beberapa orang lelaki berbaju serba hitam sibuk menembak target di papan menembak dengan peralatan menembak yang lengkap. Tanpa menunggu lebih lama, Amanda terus beredar dari situ. Tempat itu terlampau menakutkan.

Nice to meet you Puan Amanda.”


Amanda pandang lelaki muda di hadapannya lama. Ingatannya cuba dikerah kembali. Dia cuba mengingati lelaki yang kelihatan penting pada Arasy.

“Hurm… Nick?” Amanda mula menduga.

Nice try, ma’am.” Nick memuji dengan senyuman. Amanda turut tersenyum. Lelaki itu setinggi dan semuda Qasy tetapi lebih ramah berbanding adik angkat Arasy itu. Qasy terlampau dingin dengannya.

“Tak sangka saya dapat peluang untuk jumpa dengan Puan Amanda.” Nick memulakan perbualan.

“Saya tak sepenting Arasy.” Balas Amanda rendah diri.

“Tapi wanita yang paling penting dalam hidup Arasy.” Pantas Nick membalas. Amanda tersenyum kecil.

“Jom duduk dekat sana. Boleh sembang sikit.” Ajak Nick ramah. Amanda menganggukkan kepalanya perlahan. Dia berjalan bersama Nick ke sebuah ruang rehat terbuka di situ.

“Dah lama Nick kenal dengan Arasy?” Tanya Amanda ingin tahu. Dari perhatiannya, Nick sedikit selamba apabila bercakap dengan Arasy tidak seperti Arasy’s Crew yang lain. Mereka yang lain kelihatan seperti majikan dan pekerja manakala Nick seperti Qasy. Mereka seakan-akan kawan Arasy.

“Hurm…” Nick berfikir sejenak.

“Dah lama. Hampir 6 tahun.”

“Ouh, macam mana Nick kenal dengan Arasy?” Amanda menyoal lagi. Kata Arasy, Nick perisik persendirian. Pelik apabila Arasy mampu mengenali lelaki seperti Nick.

“Hurm, saya jumpa Arasy waktu saya lari dari musuh saya. Bekas ketua saya bencikan saya dan dia nak hapuskan saya. Waktu tu Zynn hampir langar saya tapi saya dah kena tembak masa tu. Arasy bawa saya balik. Dia rawat saya dekat ni. Hampir dua bulan la saya koma. Lepas saya sedar, dia jaga saya.” Balas Nick dengan senyuman. Teringat pertemuan pertama dia dengan Arasy. Kebaikan Arasy pernah dia ragui suatu ketika dahulu.

“Ouh.”

“Waktu tu, bangunan ni cuma tempat lepak Arasy. Tapi selepas arwah Adha meninggal, Arasy tukar tempat ni jadi macam ni.” Balas Nick lagi. Amanda menganggukkan kepalanya perlahan. Patutlah Nick seakan-akan selamba dengan Arasy.

“Macam mana Kak Sue, Raider, Roy dan Jeremy masuk sini?” Amanda menyoal lagi. Nick orang lama, pasti Nick tahu! Lagipula Nick ramah tidak seperti Qasy. Jadi mudah dia nak mengorek rahsia.

“Kak Sue dulunya peguam tapi dia dituduh pecah amanah. Arasy tahu Kak Sue tak bersalah jadi dia jamin Kak Sue. Kak Sue terhutang budi dengan Arasy dan dia kerja dengan Arasy. Kira-kira 4 tahun yang lepas.” Balas Nick lagi. Amanda menjatuhkan kepalanya perlahan.

“Kalau Raider, dia kawan saya. Selepas saya hilang, dia keluar dari syarikat dan cari saya. Ala, mamat tu hacker. Tak sampai 2 bulan dia dah jumpa saya. Dia nak ikut saya dan disebabkan Arasy tak cukup ahli, Arasy terima dia. Tapi saya bagi dia masuk kalau dia bersumpah akan setia pada Arasy, bukan pada saya.” Balas Nick lagi. Arasy mengerutkan keningnya.

“Kenapa kena setia pada Arasy bukan pada awak? Dia kan kawan awak.”
Nick tersenyum kecil.

“Sebab saya dah berhutang nyawa dengan Arasy. Tanpa Arasy, saya dah mati.” Jawab Nick mudah. Amanda menjatuhkan kepalanya perlahan.

“Roy dengan Jeremy budak jalanan yang Arasy kutip. Dulu dia orang pengemis. Arasy ambil dia orang dan latih dia orang jadi sniper. Selepas dia orang pandai, dia orang pula latih budak jalanan yang dia orang jumpa.” Balas Nick lagi. Amanda menekup mulutnya yang sudah terbuka kuat.

Budak jalanan? Tak nampak macam budak jalanan. Semuanya berpakaian bagus dan handsome!

Nick tersenyum kecil melihat reaksi terkejut Amanda.

“Arasy bagi mereka duit, tempat tinggal dan kasih sayang. Sebab tu dia orang setia dengan Arasy.” Balas Nick lagi. Amanda menganggukkan kepalanya setuju. Kalau kita buat baik dengan orang, mesti orang buat baik dengan kita.

Bersambung...!

30/01/2023

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember: What you give is what you will get back ✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top