Tuan Arasy | 64
"Win or lose, just stay calm."
Puan Sri Khaleeda memandang menantunya yang termenung di atas katil itu dengan pandangan sayu. Amanda sudah dibenarkan keluar. Kini, Amanda dirawat di rumah ibu bapa kandungnya. Dia dan suaminya seringkali datang melawat menantunya itu.
Sebagai seorang ibu, dia tahu perasaan Amanda. Amanda bukan sahaja lemah fizikal tetapi wanita itu turut lemah mental. Siapa sahaja yang kuat setelah kehilangan anak yang dikandungnya selama 5 bulan? Siapa yang sanggup? Siapa yang tahan.
“Mummy?”
Amanda memanggil apabila ibu mertuanya itu hanya diam di muka pintu. Puan Sri Khaleeda mengukir senyuman nipis. Dia mula melangkah masuk ke bilik itu lalu duduk di kerusi di sebelah katil Amanda.
“Amanda okay kan sayang? Ada sakit dekat mana-mana?” Tanya Puan Sri Khaleeda lembut. Dia mengusap umbun-umbun menantunya dengan penuh kasih sayang. Bagaikan sedang menyalurkan kekuatan dalam diam kepada Amanda.
“Amanda okay mummy.” Balas Amanda yakin. Segaris senyuman dia ukir buat ibu mertuanya itu. Berharap agar dia tidak merisaukan sesiapa.
“Daddy mana? Tak datang?” Amanda mula bertanya.
“Datang, sayang... Daddy dekat bawah. Berbual dengan papa Manda. Dia orang kan dah jadi kawan.” Puan Sri Khaleeda ukir senyuman. Amanda turut tersenyum.
“Manda minta maaf. Manda bukan menantu yang baik untuk mummy dan daddy. Manda..” Belum sempat Amanda menghabiskan kata-katanya Puan Sri Khaleeda menyampuk.
“Berapa kali mummy nak cakap yang mummy dan daddy tak marahkan Amanda, sayang. Semua ni takdir. Amanda kahwin dengan Arasy, takdir. Amanda gugur pun takdir sayang. Mummy tak marahkan sesiapa. Mummy tak pernah salahkan Amanda, tak pernah salahkan Arasy malah mummy dan daddy tak pernah salahkan Raisya. Sebab apa? Sebab mummy tahu, rezeki mummy untuk dapat cucu Arasy dan Amanda masih belum masanya. Kita kena redha sayang… Kita kena terima. Walaupun sukar, mummy ada dengan Amanda.” Ucap Puan Sri Khaleeda ikhlas.
Mengalir air mata Amanda saat ini. Ucapan Puan Sri Khaleeda terlalu ikhlas di telinganya. Betapa bersyukurnya dia kerana mempunyai keluarga yang terlampau menyayangi dan memahami.
“Arasy mana?” Puan Sri Khaleeda menyoal apabila kelibat anak bongsunya tidak kelihatan. Biasanya Arasy sentiasa di sisi Amanda. Menemani isterinya siang dan malam.
“Manda suruh Arasy masuk kerja. Mama dengan ibu ada jaga Manda. Lagipun dah dua minggu Arasy tak masuk kerja. Manda tahu mesti banyak perkara yang Arasy kena settelkan. Manda paksa dia masuk kerja.” Amanda ukir senyuman nipis. Puan Sri Khaleeda turut tersenyum.
“Kalau Amanda nak tahu Arasy terlalu sayangkan Amanda.”
“Ye ke mummy?” Amanda mula bertanya walaupun dia tahu hakikat yang satu itu. Dia adalah segala-galanya buat Arasy.
“Ye. Amanda first love Arasy tau.”
“Iya?” Bulat mata Amanda mendengar ayat itu.
“Ye. Dulu kan, Arasy pernah beritahu mummy ada seorang budak perempuan ni, comel sangat. Dah lah putih, comel. Pipi dia tu macam pau. Rasa nak cubit sebab comel sangat. Masa tu, mummy teruja tau sebab itu kali pertama Arasy cakap tentang perempuan walaupun budak perempuan.” Balas Puan Sri Khaleeda sambil menjongket keningnya membuatkan Amanda ketawa kecil.
“Dia cakap budak tu adik Adha. Mummy ingat dia minat budak tu sekejap je tapi selepas tu dia beritahu dia nak bagi hadiah. Dia belikan teddy bear warna pink untuk budak perempuan tu.”
“Teddy bear warna pink?” Amanda mengerutkan keningnya.
“Tu.”
Puan Sri Khaleeda memalingkan mukanya memandang ke arah sebuah almari kaca yang berbingkai pink di suatu sudut bilik tidur Amanda. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis patung beruang yang pelbagai warna dan yang paling besar adalah patung beruang yang berwarna merah jambu.
“Manda ingat teddy tu dari arwah.”
Amanda membalas dengan perlahan. Teringat pula hari ulang tahunnya yang ke-13, Adha datang kepadanya dengan patung beruang itu sebagai hadiah. Entah mengapa dia pelik mengapa dia mendapat dua buah hadiah daripada Adha saat itu. Sebuah patung beruang berwarna merah jambu bersama sebuah jam tangan yang turut sama warnanya.
“Mummy tak sangka Arasy boleh jadi seromantik tu. Takut juga mummy waktu tu.” Balas Puan Sri Khaleeda mengusik sambil ketawa kecil. Amanda turut sama ketawa. Arasy nampak comel di matanya saat ini.
“Amanda kuatkan diri ye. Cuba bertahan demi Arasy.” Pujuk Puan Sri Khaleeda dengan harapan supaya Amanda kuat menghadapi cabaran sebagai seorang isteri kepada Arasy, lelaki yang selalu menjadi buruan kerana dendam.
“Manda akan cuba untuk kuat. Manda yang pilih Arasy dan Manda dah bersedia untuk lalui apa sahaja semata-mata untuk Arasy.” Balas Amanda yakin. Dia perlu kuat. Dia tak lemah!
“Good girl!”
Arasy melangkah masuk ke dalam balai polis itu dengan wajah yang tegang. Johan sudah ditangkap. Saat ini dia akan bersemuka dengan lelaki itu, lelaki yang paling kejam baginya. Uncle Lim turut sama terkejut apabila Qasy membongkarkan rahsia Johan selama ini. Terduduk lelaki itu dibuatnya. Pekerja yang dipercayainya sanggup melakukan jenayah seperti itu.
“Kau dah sampai.” Inspektor Badrul menghampiri Arasy.
Akhirnya, kepercayaan yang dia taburkan pada Arasy membuahkan hasil. Maruah yang dia rendahkan semata-mata untuk memujuk pihak atasan bagi membenarkan dia membuka kes Adha tidak sia-sia. Berkat maklumat dan bukti yang dikumpulkan Arasy, Johan disabitkan bersalah dalam dua pertuduhan.
Kesalahan yang pertama kes bunuh melibatkan arwah Adha dan yang kedua kes percubaan membunuh yang dilakukan terhadap Amanda membuatkan wanita itu keguguran. Johan kini disabitkan bersalah dan akan dihadapkan hukuman gantung sampai mati.
Sekarang ini kematian arwah Adha sudah terbela. Keluarga arwah Adha mampu hidup dalam ketenangan. Nama Arasy juga telah dibersihkan. Banyak wartawan mahu menemu ramah Arasy tetapi ditolak. Banyak perkara buruk yang berlaku saat ini. Apa yang penting, ghost perlu dihapuskan dengan segera!
“Mana jahanam tu?” Arasy bertanya dengan kasar. Dia sudah tidak mampu berlembut.
“Dekat dalam sana. Nanti aku suruh pegawai aku iring kau. Aku nak ingatkan kau satu benda. Aku tahu kau marah tapi tolong kawal amarah kau. Aku tak nak timbul masalah lain.” Pesan Inspektor Badrul lagi.
Semua benda boleh berlaku jika sedang marah. Mana tahu Arasy rampas pistol anggota polis lalu menembak Johan kerana amarah yang tersisa? Satu masalah pula jadinya!
“Aku tahulah. Mana dia?” Balas Arasy malas.
“Jep, bawa dia.” Arah Inspektor Badrul kepada anak buahnya. Pegawai yang bertugas mula mengiringin Arasy. Zynn pula hanya menunggu diluar. Hanya seorang sahaja dibenarkan masuk.
“Tuan tak gila lagi nak membunuh.” Tanpa nada Zynn bersuara. Inspektor Badrul sekadar mengangkat bahu.
“Manalah tahu, orang tengah marah. Masa tu lah syaitan ambil alih badan kita. Pak Ustaz pun boleh membunuh, inikan pula tuan kau tu.” Balas Inspektor Badrul selamba sebelum melangkah pergi. Zynn hanya mendiamkan diri tanpa membalas.
Arasy memandang lelaki dihadapannya dengan pandangan sayu. Jujur dia tak sangka hidup lelaki itu akan berakhir sebegitu. Walaupun Johan telah melakukan jenayah yang berat, itu tidak bermakna dia mahukan kematian lelaki itu.
Dia sudah mengenali Johan sudah bertahun. Lelaki yang tua tiga tahun darinya itu sudah dianggap sebagai abang. Sewaktu dia mula berjinak-jinak dalam dunia perlumbaan itu, Johan yang banyak membantunya. Lelaki itu yang memberikan tunjuk ajar padanya. Lelaki itu juga idolanya.
Benar kata Zarif. Jangan terlalu percayakan seseorang sehingga buta dalam menilai. Mereka sudah makan bersama, race bersama tetapi dalam diam Johan membencinya sehingga sanggup membunuhnya. Mengapa?
“Kenapa kau pandang aku macam tu?” Pertanyaan Johan yang tiba-tiba membuatkan Arasy kembali sadar dari ingatannya.
Johan mengukir senyuman sinis. Dia bersadar di kerusi itu dengan wajah selamba.
“Kau tak payah pandang aku macam tu. Tak payah nak kesiankan aku. Kau tahu, aku lah manusia yang paling bahagia bila dapat buat kau merana. Macam mana dengan bini kau tu? Hidup lagi? Ke dah mampus?” Sinis Johan menyoal.
Arasy masih beriak tenang. Dia tahu Johan bercakap tidak menggunakan otak. Jika tidak, pasti lelaki itu tidak akan berkata sebegitu.
“Apa salah aku?” Tanpa menjawab, Arasy terus menyoal.
“Apa salah aku sampai kau dendam dengan aku?” Arasy menyoal lagi.
Anak mata Johan dia tenung. Bagaikan mencari sedikit kasih di mata lelaki yang sudah dianggap seperti seorang abang padanya. Tapi tiada. Hanya sisa dendam yang terpancar di sepasang mata milik Johan. Dendam yang tiada penghujungnya.
“Kau nak tahu kenapa aku bencikan kau?” Johan pandang Arasy tajam. Arasy hanya diam, membiarkan saja Johan melepaskan amarah.
“Kau punca aku hilang segala-galanya!”
Johan menjerit kuat sambil berdiri. Tetapi tangannya yang digari di kerusi membataskan segala-galanya.
“Aku anak emas uncle Lim. Aku sang juara. Tapi bila kau datang, kau rampas semuanya! Aku hilang segalanya. Bila kau dah hebat semua orang dah lupakan aku! Dia orang buang aku macam kain buruk! Kau anak orang kaya! Kau boleh buat apa sahaja! Aku ni anak orang miskin! Siapa yang pandang! Tak ada!” Jerit Johan kuat. Menggigil tubuhnya menahan marah.
Dahulu dia lah yang disanjungi. Dari seorang yang dihina, dia disayangi. Dia mula merasa bahagia. Dia ada duit, dia ada maruah, dia ada segalanya. Hadirnya Arasy membuatkan dia hilang segala-galanya. Ramai penyokong yang mula bosan dengan kebolehannya dalam berlumba. Dia mula hilang penyokong, dia mula hilang penaja. Dia mula jatuh. Ramai yang mula mencacinya. Dia mula hilang fokus dan akhirnya dia disingkirkan!
Arasy terdiam. Benar! Kehadirannya merampas segala-segalanya!
“Bila evan datang jumpa aku, dia tawarkan aku satu juta untuk hapuskan kau. Mungkin dia dah tahu yang aku bencikan kau. Jadi dia upah aku untuk bunuh kau. Tapi sayang, nyawa kau liat. Adha yang tak bersalah tu yang mati! Sial.” Balas Johan kesal.
Arasy menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.
“Tapi kau tak patut hancurkan hidup kau dengan cara macam ni, Johan! Kau tak patut membunuh! Kau tak sendiri. Kau orang yang uncle Lim paling percaya. Dia tak akan tinggalkan kau!” Nada Arasy mula tinggi. Dia turut beremosi.
Bibir Johan menguntum senyuman jijik.
“Orang tua tu sayang aku? Kau ingat aku bodoh? Dia dah letak nama Qasy sebagai pewaris harta dia. Kau ingat aku ni bodoh macam kau?” Balas Johan sinis. Arasy kembali diam. Johan sudah dibutakan dengan dendam.
“Aku nak bagitahu kau satu rahsia.” Johan mula merapatkan tubuhnya dengan Arasy.
“Aku pernah fikir nak bunuh orang tua tu sebab aku nak semua harta dia. Tapi nasib baik aku nampak geran rumah dia. Dia letak nama budak tak guna tu. Kau ingat aku tak boleh nak agak yang dia dah letak nama budak tak guna tu dalam semua harta dia? Nasib aku tak bunuh dia lagi. Kalau tak happy lah budak tak guna tu dapat bolot semua harta orang tua tu.”
Kata-kata Johan saat ini mengejutkan Arasy. Sanggup lelaki itu cuba membunuh lelaki yang sudah menjadi ayah buatnya?
“Kau memang binatang, Johan! Kau ingat Qasy tu tamak macam kau?!” Marah Arasy lagi. Johan angkat bahu. Apa yang penting dia dah bahagia.
“Aku dah tak kenal kau. Tak sangka lelaki yang aku dah anggap seperti abang, sanggup buat aku macam ni. Kau memang binatang!”
Arasy angkat punggung untuk melangkah pergi. Baru beberapa tapak, dia berhenti.
“Tahniah Johan. Kau dah berjaya bunuh anak aku. Sumpah, aku tak akan pernah maafkan kau sampai bila-bila. Merangkak lah kau nanti dekat sana untuk tuntut maaf dari aku. Tapi semua tu tak berguna sebab aku memang tak akan maafkan kau!” Tegas Arasy bersuara tanpa berpaling memandang Johan. Dia kemudiannya melangkah pergi dengan perasaan hampa. Sedih apabila mengenangkan nasib Johan yang sudah dibutakan dengan dendam.
Johan mengepal penumbuk.
“Sial!”
Nick memandang sekeliling bangunan usang itu. Dia tertanya-tanya dimanakah dia berada sekarang. Bunyi kicauan burung membuatkan dia pasti dia berada di kawasan hutan yang terpencil. Sudah seminggu di dikurung di sini.
Setiap dua hari pasti Evan datang kepadanya untuk memberikannya air tanpa makanan. Pasti Ghost tidak mahu dia mati kehausan. Pasti ghost mahu dia mati dengan tangannya sendiri.
Nick mengukir senyuman sinis.
Impossible!
Kini dia sudah tidak mahu lagi bertahan. Dia tahu Raider mesti sedang dikerah untuk mencarinya. Nasib sahaja dia sudah meninggalkan telefonnya di dalam kereta. Mungkin susah bagi Raider untuk menjejaknya tetapi jika dia membawa telefon tersebut bersama pasti Arasy’s Studio akan terbongkar.
Ghost pasti sudah mengerah anak buahnya memeriksa dirinya. Rantai di tengkuknya juga sudah tiada. Pasti ghost sudah merampas barang kesayangannya itu.
‘Aduhai, my master key…’
Nick menangis di dalam hati. Kunci itu sentiasa dengannya dalam setiap masa. Pasti Ghost sudah membaca gerak gerinya.
Tanpa sedar Nick mengukir senyuman sinis. Ghost mungkin bijak. Tetapi lelaki itu melupakan sesuatu. Jam di tangannya tidak ditanggalkan. Mungkin ghost menganggap jam ditangannya hanya jam biasa. Tetapi tidak bagi seorang Nick!
Nick cuba menggerakkan tangannya yang diikat di belakang kerusi. Jari tangan kanannya mula ligat menekan butang yang ada pada jam tangannya yang berada di tangan kirinya. Setelah beberapa minit mencuba, dia akhirnya berjaya menekan butang yang dia mahukan.
Bau hangit mula menusuk hidungnya. Tangannya mula merasa terbakar dan…
“Ouch!” Nick menarik tangannya dengan kuat. Tangannya yang terasa panas terkibas kasar.
“Panas nak mati.” Keluh Nick perlahan. Tangannya yang sudah merah dan sedikit melecur dipandang lama. Tangan aku dah buruk!
Tanpa berlengah dia membuka ikatan di kakinya. Dia mula bangun dari kerusi. Pandangan teracap pada jam tangannya yang sudah terbakar dan tali yang sudah terputus di atas lantai.
“My baby Selleria…” Nick memandang jam tangannya yang sudah hancur di atas lantai. Gigih dia menabung untuk mendapatkan jam tangan tersebut. Mahal tu!
Nasib baik Raider sudah mengubahsuai jam tangan itu dengan menambah sebuah alat yang akan membuatkan jam itu terbakar apabila ditekan. Raider memang terlampau sayangkan dirinya. Tapi berkat Raider, dia mampu terlepas dengan mudah. Tak perlu bersusah payah mengeluarkan pisau yang terselit di tapak kasutnya.
‘Nice job Raider!’ Puji Nick dihati.
Bersambung...!
•09/01/2023
•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨
•Remember: What you give is what you will get back ✨
(Note: Nick dah selamat. Happy tak? Ada yang dah jadi Nick's Lover ke?)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top