Tuan Arasy | 62

"The good news not lasts forever."



Raisya menggelengkan kepalanya berkali-kali apabila melihat Amanda di sebelahnya yang khusyuk menyuapkan aiskrim ke mulutnya. Nampak sangat berselera!

“Sedap sangat ke aiskrim tu?” Raisya menyoal pendek. Sengaja mahu memecah kesunyian yang melanda. Amanda khusyuk dengan aiskrim. Dia pula menjadi tunggul kayu di sini. Sikit pun tidak diendahkan.

“Sedap. Nak rasa?”

Amanda hulur sesudu aiskrim pada Raisya. Raisya tayang wajah menyampah membuatkan Amanda ketawa kecil dan meneruskan suapannya.

Raisya mengeluh buat sekian kalinya. Dia cukup bosan! Amanda amat membosankan! Sangat membosankan!

“Kau ada nak pergi mana-mana lagi?” Tanya Raisya apabila Amanda sudah mengelap mulutnya dengan tisu. Mungkin dia sudah menghabiskan aiskrim di bekal itu.

“Tak ada. Awak ada nak ke mana-mana ke?” Tanya Amanda lagi.
Raisya menggelengkan kepala perlahan. Dia dan Amanda mula berdiri lalu melangkah keluar dari kedai aiskrim itu. Langkah Amanda berhenti sebaik sahaja Raisya berhenti dengan mengejut.

“Kenapa ni?”

Card. Access card aku tertinggal di Butik.” Raisya kalut menyelongkar beg tangannya itu. Entah mengapa hatinya merasa tidak enak, bagaikan ada yang tak kena. Rupa-rupanya dia tertinggal access card miliknya di butik.

“Ouh, Raisy pergilah ambil access card tu, Manda tunggu sini.” Ujar Amanda dengan senyuman. Raisya pandang Amanda lama.

“Betul ke kau tunggu sini? Sorang-sorang?” Raisya pandang Amanda tidak percaya. Kawasan sekeliling dipandang.

“Ye. Saya tunggu awak dekat sini.” Balas Amanda yakin. Apa yang nak ditakutkan? Di hanya menunggu di luar kedai aiskrim itu sahaja.

“Betul ni?” Raisya menyoal lagi. Dia masih tidak yakin dengan jawapan Amanda. Arasy memintanya mengawasi Amanda, risau pula dia mahu meninggalkan Amanda di situ.

“Betul. Lagipun sini ramai orang. Tak ada sesiapa berani kacau saya.”

Amanda ukir senyuman lagi.
Raisya masih serba salah. Keretanya berada di seberang jalan itu dipandang.

“Saya okay je Raisya. Awak jangan risau.” Pujuk Amanda lagi. Setelah beberapa saat, Raisya mula setuju.

“Aku pergi sana kejap…. Je. Tunggu sini tau. Jangan pergi mana-mana.” Pesan Raisya lagi. Amanda mengangguk setuju.

Setelah itu, Raisya mula melangkah masuk ke dalam mall untuk mengambil kembali access card miliknya yang tertinggal.
Amanda memandang sekeliling. Tubuhnya yang terasa sejuk dipeluk perlahan. Dia hanya memandang sekeliling untuk menghilangkan bosan.

“Meow… Meow…”

Bibir Amanda mengukir senyuman apabila melihat seekor anak kucing yang berada di seberang jalan itu. Comel sahaja anak kucing itu dimatanya. Walaupun anak kucing itu anak kucing jalanan tetapi bulunya lebat dan agak gemuk. Comel sangat!
Langkahnya diatur ke arah anak kucing yang comel itu. Semakin dia mendekat, semakin anak kucing itu ke belakang. Menghindari dirinya. Takut agaknya.

“Jangan main dekat situ. Nanti kena langar.” Amanda panik apabila melihat anak kucing itu betul-betul di tengah jalan. Sudahlah kecil, pasti pemandu kereta yang lalu tidak perasaan akan kewujudan anak kucing comel itu.

“Jangan main dekat sini. bahaya.”

Amanda mula berlari ke arah anak kucing itu. Malang sekali anak kucing itu berlari laju menjauhi Amanda yang sudah mendekat. Anak kucing itu mula menyusup masuk ke bawah salah sebuah kereta di parking lot itu.
Amanda yang sudah di tengah jalan. Tempat anak kucing itu berada sebentar tadi menggelengkan kepalanya perlahan. Nasib sahaja anak kucing itu selamat.

Tanpa disedarinya, sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. Amanda yang baru mahu berpusing ke belakang tergaman apabila sebuah kereta meluncur laju ke arahnya dan…

“Puan Amanda, kereta!”

BUMMM!

“Puan Amanda!”

Dua orang lelaki berpakaian casual bergegas berlari mendekati Amanda yang terbaring di tepi jalan. Lelaki yang berbaju biru itu lantas memangku Amanda yang sudah terbaring di tepi jalan itu manakala seorang lagi lelaki bergegas mengejar kereta yang semakin hilang dari pandangan.

“WQR 286. Honda civic!” Earpiece di telingannya ditekan apabila kereta tersebut hilang dari pandangan.

“Amir…” Lelaki yang mengejar kereta tadi bergegas ke arah rakannya apabila namanya dipanggil kuat. Menggeletar lututnya apabila melihat darah di kain isteri majikannya itu.

“Da..da…darah Fiq..”

Arasy bergegas masuk ke ruangan kecemasan itu apabila mendapat berita daripada Zynn bahawa Amanda dikerjakan ke hospital kerana dilanggar. Hampir luluh jantungnya saat mendengar berita itu dari Zynn sewaktu dia di bilik meeting setengah jam yang lalu.
Tanpa berlengah, dia terus memandu ke sini. Entah berapa lampu isyarat yang dia langar, satu pun dia tak peduli. Keselamatan isteri dan anaknya lagi penting!

Zynn dan Qasy mengekorinya rapat di belakang. Meeting sebentar tadi melibatkan Lim Company. Memandangkan Uncle Lim masih di luar negara, Qasy yang mengganti lelaki itu untuk berjumpa dengannya bersama ahli Lembaga pengarah yang lain.

“Mama. Papa. Manda macam mana?” Kalut Arasy menyoal sebaik sahaja melihat wajah risau mama,ibu dan papanya yang duduk di kerusi menunggu di luar bilik kecemasan itu.

“Masih di dalam. Hampir setengah jam. Mama takut lah.” Puan Sri Hasnawati menyuarakan ketakutan yang melandanya saat ini. Puan Maryani setia di sisi. Menenangkan Puan Sri Hasnawati walaupun hatinya sendiri risau dengan keselamatan anak tirinya itu.

“Raisya, apa yang dah jadi?” Raisya yang menangis di sebelah mummy dan dadddynya dipandang tajam.

“Rais… Raisy… Raisy…”

Raisya tidak mampu meneruskan kata-katanya. Air mata Raisya mengalir lagi. Jantungnya bagaikan mahu pecah. Terbayang wajah Amanda menahan kesakitan sebentar tadi. Di tambah pula dengan darah yang membasahi kain wanita itu membuatkan Raisya hilang arah. Tangannya menggeletar. Dia ketakutan.

Arasy menghelas nafas berat. Kata-kata Zynn sebentar tadi membuatkan seluruh tubuhnya menggigil ketakutan. Amanda dilanggar lagi.

“Ya Allah!”

Arasy meraup wajahnya kasar. Jika berlaku sesuatu yang buruk pada Amanda dan bakal anaknya, dia tak mungkin dapat memaafkan dirinya sampai bila-bila.

“Kau memang perempuan sial kan? Berapa kali aku cakap jangan dekat dengan Amanda! Tengok apa yang dah jadi sekarang!” Wafiy yang baru tiba bersama nenda mula menyerang Raisya. Kolar baju Raisya disambar membuatkan gadis itu terkapai-kapai sendiri.

“Wafiy, Wafiy, sabar!”

Arasy menenangkan wafiy yang mula menggila. Wajah Raisya hampir membiru apabila dicekik Wafiy. Pasti lelaki itu terlampau marahkan Raisya. Terbatuk-batuk Raisya yang sudah terduduk apabila Arasy berjaya menjauhkan Wafiy darinya.

“Jangan halang aku. Perempuan ni memang sial!” Marah Wafiy yang sudah menggila.

Nasib sahaja ada Zynn, Arasy dan ayah-ayahnya yang membantu menjauhkan Wafiy daripada terus menyerang Raisya. Qasy pula membantu Raisya yang sudah lemah untuk berdiri.

“Susah nenda nak percaya. Tapi nenda terkilan. Terkilan dengan Raisy.” Nenda pula berkata dengan nada kesal.

“Nenda, bukan salah Raisy. Salah Arasy. Arasy yang leka.”

“Kamu diam, Arasy! Nenda dah lama bersabar dengan kamu Raisy. Mulai sekarang, kamu bukan lagi cucu nenda! Bukan lagi kerabat Tengku Maimon!”

Kata-kata yang dilontarkan Nenda berjaya membuatkan semua orang di situ tersentak. Arasy tergaman. Wafiy terkedu. Raisya diam tanpa kata. Mungkin sangat terkejut.

“Bonda, apa ni? Bonda jangan buat keputusan terburu-buru. Bonda..” Puan Sri Khaleeda mendekati ibunya dengan wajah terkejut. Dia tak mahu ibunya tersilap langkah. Perkara sudah berlaku. Siapa kita mahu melawan takdir.

Raisya yang masih terkejut melarikan diri dari situ. Qasy yang masih buntu, mengejar Raisya yang sudah menjauh. Risau jika gadis itu melakukan perkara yang tidak diingini. Sesiapa sahaja tidak mampu berfikiran waras jika berdepan dengan situasi bergini.

Pintu kecemasan yang terbuka memecahkan keheningan di ruangan menunggu itu. Seorang doktor lelaki mula melangkah keluar bersama dua orang jururawat.

“Keluarga pesakit?”

“Saya suami dia.” Arasy mula mendekati doktor lelaki itu. Riak wajah doktor yang merawat Amanda itu cuba dia amati.

“Maafkan saya…”

Arasy tergaman. Kata-kata doktor itu bermain-main di kepalanya. Dia masih tidak percaya…

“Allah!” Tangisan Puan Sri Hasnawati dan Puan Maryani mengejutkan Arasy bahawa dia tidak bermimpi. Perlahan-lahan air matanya jatuh ke pipi.

‘Ya Allah, berat dugaan yang kau berikan pada aku?’Arasy meraung di hati.

Kepala yang terasa mencucuk-cucuk membuatkan Nick tersedar dari pengsan. Pandangan yang pada mulanya kabur mula semakin jelas. Matanya galak memandang sekeliling.

“Aduh!” Nick mengaduh sakit apabila dia cuba menggerakkan tangan dan kakinya.


‘Damn! Aku kena ikat!’

Getus Nick di hati apabila dia baru sahaja menyedari bahawa dia terikat di sebuah kerusi kayu dengan tangan diikat di belakang. Sial!

“Dah bangun! Lama kau pengsan!” Seorang lelaki mendekati Zynn dengan senyuman sinis di wajahnya. Di belakangnya terdapat dua orang lelaki yang mengekorinya rapat. Mungkin orang suruhannya. Nick memandang wajah lelaki itu, lama.

G…Ghost?”

Nick menyoal dengan keraguan. Lelaki itu ketawa kuat. Dia melangkah mendekati Nick. Dia mencangkung di hadapan Nick supaya Nick mampu melihat segenap wajahnya.

“Aku nak kau tengok muka aku ni baik-baik. Sebab kejap lagi, kau akan mati!” Keras suara ghost berkata-kata. Senyuman di bibirnya semakin sinis. Siapa yang cari pasal dengannya adalah orang yang berani menempah maut! Nick adalah salah satunya.

“Aku sikit pun tak takut.” Tanpa nada takut atau yakin, Nick menjawab.

Benar, dia tiada perasaan. Dia sudah selalu berdepan dengan situasi begini. Hanya nasib sahaja menyebelahinya. Dia masih hidup hingga sekarang.

“Hahahhahhaha. Kau!” Rambut Nick dijebak sehingga Nick mendongak memandang Ghost. Anak mata Ghost mula tajam. Nick yang masih tenang walaupun kematian sedang menjemput membuatkan Ghost naik hantu.

“Kau manusia yang paling berani yang pernah aku jumpa. Tak pernah ada yang berani nak pecah masuk markas aku. Dan KAU!” Melenting suara Ghost saat ini. Berdengung telinga Nick dibuatnya.

“Orang pertama yang masuk tempat aku!” Tegas Ghost berbisik di telinga Nick saat ini. Jika orang lain mungkin akan meremang tapi bukan Nick. Dia masih berlagak tenang. Sebelum pisau menusuk ke jantungnya dia masih punyai harapan.

“Sekarang kau masuk rumah aku. Kau ingat aku akan biarkan kau keluar hidup-hidup? Jangan mimpilah!” Ghost senyum sinis. Pegangan di rambut Nick dilepaskan kuat lalu dia bingkas berdiri.

“Zafran Hayyan Bin Ahmad Hisyam a.k.a Nick. Perisik persendirian yang famous dengan gelaran, ‘Dark ghost’. Spy yang sentiasa menghilang tetapi datang bila diperlukan. Tapi sekarang aku tak perlukan kau. Kau tak payah susah-susah datang sini.” Balas ghost lagi. Satu keluhan dilepaskan tanpa sedar.

Tak sangka lelaki selicik Nick berkerja di bawah Arasy. Dia perlu berhati-hati. Rancangannya perlu diselesaikan dengan segera. Nick juga perlu dihapuskan dengan segera. Jika dia terlambat, sudah tiada jalan keluar.

“Aku tak sangka kau sebenarnya ghost. Orang yang nampak lemah tetapi terlalu bahaya. Arasy mesti terkejut bila dia dapat tahu, orang yang dia cari selama ni sebenarnya depan mata dia je.”

Ghost ketawa lagi. Kali dia dia ketawa besar. Bagaikan terlalu senang dengan kata-kata Nick.

“Arasy tu bodoh! Buta! Buat baik sikit dah mengaku kawan. Lemah!” Ghost tersenyum sinis.

Nick memandang Ghost lama. Kedua-dua orang suruhan ghost juga diperhatikan. Muka-muka ini lah yang akan dia bawa ke pengadilan nanti. Kau tunggu!

“Tuan, bad news. Johan.” Evan melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan wajah risau. Ipad di tangannya dihulurkan kepada Ghost. Ghost mula mengetap bibirnya apabila melihat berita itu.

F**k! Korang jaga dia!”

Ghost mula bergegas keluar dari situ dengan wajah marah bersama Evan di belakangnya. Nick mula berfikir sesuatu. Johan? Pasti lelaki itu melakukan sesuatu pada Arasy! Shit!

Bersambung...!

04/01/2023

•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨

•Remember: What you give is what you will get back ✨

(Note: Alhamdullillah, sis dah berjaya siapkan plot Story ni. Story ni akan tamat dalam waktu yang terdekat. Sis akan cuba siapkan Story Tuan Arasy secepat mungkin sementara sis masih free. Thank you Arasy's Lovers ✨)

(Task: Siapa agaknya Ghost?)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top